Table of Contents
Adakah anda seorang perempuan yang suka melancong seorang diri? Nak ajak member tapi tiada atau kawan asyik busy memanjang?
Kalau betul, di Malaysia juga terdapat destinasi terbaik untuk solo staycation, termasuklah hutan hijau, pantai cantik, taman tema, hotel budget dan lain-lain. Semuanya ada!
Rasai solo traveling yang menyeronokkan atau me time sepuasnya dengan penuh ketenangan.
Paling penting, anda akan rasa selamat untuk travel sorang-sorang. Tapi masih keliru nak ke mana?
Jangan risau, kami akan berkongsi beberapa lokasi paling best dan solo travel tips untuk perempuan berani seperti anda.
Senarai 12 Tempat Menarik untuk Perempuan Travel Solo di Malaysia
Melaka
1 Bandar bersejarah dengan budaya menarik
Alamat: Melaka, Malaysia
Hubungi: N/A
Bandar bersejarah ini terkenal dengan Jonker Street, pasar malam utama terletak di tengah-tengah Chinatown.
Ia terkenal dengan pelbagai kedai antik dan gerai makanan yang terdapat di sekitarnya.
Di sini, terdapat banyak bangunan bersejarah dan tempat-tempat menarik seperti Stadthuys Melaka, Kota A Famosa, The Baba & Nyonya Heritage, river cruise Melaka, dan banyak lagi.
Nikmati pemandangan indah dari Menara Taming Sari yang menawarkan panorama 360 darjah dari atas.
Melaka juga mudah diakses dengan berjalan kaki atau menaiki beca.
Alang-alang kat sini, cubalah makan satay, asam pedas, dan cendol yang sedap!
Kuala Lumpur
2 Bandar metropolitan dengan pelbagai tarikan
Alamat: Kuala Lumpur, Malaysia
Hubungi: N/A
Ibu kota Malaysia ini menawarkan pelbagai makanan unik, warisan budaya tempatan, tarikan pelancongan yang menarik, dan kehidupan malam yang meriah.
Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur merupakan beberapa tarikan utama yang wajib dikunjungi di sini.
Anda juga akan rasa selamat dan selesa berjalan di sekitar bandar KL ini, dengan pelbagai kemudahan pengangkutan awam yang mudah diakses.
- Klik di sini untuk senarai penuh tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur
- Klik di sini untuk senarai penuh tempat menarik di Putrajaya
Nickelodeon Lost Lagoon at Sunway Lagoon, Selangor
3 Taman tema menarik untuk solo travel Malaysia
Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi: 0356390000
Selangor salah satu negeri yang paling maju di Malaysia, menawarkan pelbagai tarikan seperti pantai, zoo, pengalaman alam semula jadi, dan melihat kelip-kelip di Kuala Selangor.
Tidak ketinggalan adalah Nickelodeon Lost Lagoon at Sunway Lagoon, taman tema ini bertemakan Nickelodeon dan mempunyai segalanya untuk perjalanan solo anda.
Taman air ini menggabungkan kegembiraan dan keseronokan dengan tema-tema terkenal seperti SpongeBob SquarePants, Teenage Mutant Ninja Turtles, dan banyak lagi.
Paling penting, di sini pengawasan ketat dan staffnya juga peramah. Anda juga boleh bertemu dengan orang baru dan berkawan dengan mereka.
Baca: 15 Private Pool Homestay Di Selangor & Lembah Klang Yang Terbaik
Genting Highlands
4 Tempat sejuk dan paling best di Malaysia
Alamat: Genting Highland, Pahang, Malaysia
Hubungi: N/A
Genting Highlands antara destinasi solo yang sempurna di Malaysia. Sama seperti Cameron Highlands, jalan-jalan di sini sempit, berliku-liku dan curam.
Tapi kebanyakan penduduk tempatan lebih gemar ke Genting Highlands untuk hiburan, manakala mereka yang lebih suka suasana yang tenang akan pergi ke Cameron Highlands.
Ia menawarkan taman tema dalam dan luar, pusat membeli-belah, dan kasino. Terdapat beberapa resort bukit yang menarik untuk staycation beberapa malam di Genting Highland.
Menariknya lagi, anda juga boleh naik Awana SkyWay Gondola Cable Car untuk ke Genting Resort.
Cameron Highlands
5 Kawasan yang sejuk dengan ladang teh dan petik strawberi
Alamat: Cameron Highland, Pahang, Malaysia
Hubungi: N/A
Terkenal dengan ladang teh yang indah, view bukit yang hijau, dan udara sejuknya yang menyegarkan.
Sebenarnya, inilah tempat asal jenama teh paling popular Malaysia, BOH Tea.
Cuaca cukup sejuk di sini kerana suhu boleh turun serendah 12 °C.
Ini salah satu sebab mengapa ia adalah tempat yang popular untuk melancong solo di Malaysia.
Bukan itu sahaja, anda boleh melawat ladang lebah, taman bunga dan strawberi serta mendaki beberapa laluan indah seperti Mossy Forest sambil menikmati angin sejuk.
Baca: Theme Park Hotel Terbaik Malaysia (Taman Air Popular)
Pulau Pinang
6 Solo travel di kota hipster
Alamat: Pulau Pinang, Malaysia
Hubungi: N/A
Pulau Pinang, tempat yang paling terbaik untuk melihat mural seni jalanan, makan di gerai jalanan dan menikmati suasana hipster.
Jangan lupa ambil gambar yang Instagramable di setiap sudutnya.
Bukan itu sahaja, Penang atau Pulau Pinang juga mempunyai bandar warisan UNESCO iaitu George Town.
Anda juga boleh menaiki kereta kabel ke puncak Penang Hill untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan.
Langkawi
7 Lagenda Mahsuri di Malaysia
Alamat: Langkawi, Malaysia
Hubungi: N/A
Tempat menarik ini dapat diakses dengan feri dan selamat untuk perempuan solo traveller.
Bagi yang belum tahu, Langkawi juga terkenal dengan lagenda Mahsuri, Pulau Beras Basah, Geopark Langkawi dan banyak lagi.
Tempat yang paling sibuk di sini adalah Pantai Cenang di mana anda boleh melibatkan diri dengan sukan air dan banyak hotel mewah berhampiran.
Tambah lagi, anda boleh mencuba Langkawi Skybridge atau cable car ke puncak Gunung Mat Cincang untuk melihat pemandangan indah Langkawi dari atas.
Jangan lupa berbelanja di Duty-Free Shopping dan menjamu selera dengan hidangan tempatan di Langkawi!
Pulau Semporna
8 Tempat paling best di Malaysia
Alamat: Pulau Semporna, Sabah, Malaysia
Hubungi: N/A
Terletak di Sabah, Pulau Semporna dikelilingi oleh air laut biru jernih dan pulau cantik yang akan menarik minat sesiapa sahaja yang suka travel solo atau percutian bersama keluarga.
Soal penginapan tidak perlu risau kerana di sini terdapat banyak agensi pelancongan dan penginapan yang khas untuk perempuan termasuklah penginapan tepi laut.
Kaki snorkeling pasti suka dengan keindahan bawah laut pulau cantik ini. Port snorkeling paling utama ialah Timba-timba, Mataking, Pompom, Mabul, dan Kapalai.
Anda akan terpesona oleh keindahan alamnya dan boleh makan seafood tanpa had. Jangan lupa kunjungi Pekan Semporna dan Kampung Bajau Laut!
Pulau Perhentian
9 Pulau cantik untuk snorkeling dan menyelam
Alamat: Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia
Hubungi: N/A
Inilah destinasi yang paling best di Pantai Timur untuk anda yang mencari pengalaman snorkeling dan selam skuba yang luar biasa dengan air laut yang jernih.
Keindahan terumbu karang dan hidupan bawah laut akan membuat anda terpegun.
Pulau ini dibahagikan kepada dua bahagian: Perhentian Besar dan Perhentian Kecil. Kedua-duanya mempunyai keunikan tersendiri.
Selain itu, pulau ini tidak terlalu padat dan memiliki suasana yang tenang, sehingga anda dapat menikmati me time dan menenangkan fikiran dengan hanya bersantai di tepi pantai.
Pulau ini juga menawarkan penginapan yang romantis, solo, percutian keluarga, dan penginapan kumpulan bersama rakan-rakan.
Johor Bharu
10 Destinasi untuk Taman Tema Legoland dan Membeli-belah
Alamat: Johor Bharu, Johor, Malaysia
Hubungi: N/A
Ibu negeri Johor ini menawarkan pelbagai makanan halal yang sedap, bandar-bandar yang menarik, dan taman tema yang menakjubkan seperti Legoland Malaysia dan Hello Kitty Town.
Daerah ini juga adalah pintu gerbang utama ke Singapura.
Bagi pencinta alam, kunjungilah Taman Rekreasi Hutan Bandar Johor Bharu yang menawarkan jungle trekking di tengah alam yang menghijau.
Jangan lupa mengunjungi Pasar Karat yang merupakan pasar malam khas Johor Bharu yang menjual barang-barang antik dan unik.
Baca: 14 Penginapan Yang Ada Private Pool di Malaysia Untuk Percutian Hebat
Kuala Terengganu
11 Solo travel di pantai timur
Alamat: Kuala Terengganu, Terengganu
Hubungi: N/A
Terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia dan memiliki pantai berpasir putih yang cantik dengan suasana yang santai.
Terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Terengganu.
Antaranya mengunjungi Muzium Terengganu, Pantai Batu Buruk, Masjid Kristal, Kampung Cina, Jambatan Gantung, Istana lama, dan banyak lagi.
Terengganu juga terkenal dengan makanan tradisinya iaitu nasi dagang, sata, dan keropok lekor.
Jadi, tunggu apa lagi? Jomlah solo trip ke Kuala Terengganu!
Pulau Tioman
12 Pulau untuk menyelam dengan hutan tropika yang indah
Alamat: Pulau Tioman, Pahang, Malaysia
Hubungi: N/A
Terkenal dengan hutan lebatnya dan terumbu karang yang mengelilingi pulau ini, menjadikannya destinasi yang popular untuk aktiviti menyelam, snorkeling, dan surfing.
Bayangkan sahaja anda berjalan-jalan di tepi pantai dengan angin sepoi-sepoi sambil melihat matahari terbenam yang memukau.
Walaupun secara geografi, Pulau Tioman ini lebih dekat dengan tanah besar Johor daripada Pahang.
Anda boleh datang ke pulau ini melalui perkhidmatan feri yang disediakan dari bandar Mersing di Johor atau Tanjung Gemok di Pahang.
Fakta menarik, pantainya digambarkan dalam filem South Pacific pada tahun 1958 sebagai Bali Hai.
Perjalanan solo ke Pulau Tioman juga membolehkan anda merasai kepelbagaian budaya dan makanan tempatan. Jangan lupa makan ikan bakar yang sedap!
Tips untuk solo travel
Walau bagaimanapun, seperti destinasi melancong yang lain penting untuk anda mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan diri anda.
Berikut adalah beberapa tips solo traveller terutama perempuan:
- Lakukan penyelidikan dan pertimbangkan tahap keselesaan diri anda ketika merancang perjalanan anda.
- Sentiasa berwaspada dengan persekitaran anda dan orang-orang di sekeliling. Elakkan kawasan terpencil terutamanya pada waktu malam.
- Malaysia adalah negara majoriti Muslim, oleh itu penting untuk menghormati adat istiadat tempatan dan berpakaian sopan, terutamanya di kawasan luar bandar.
- Pastikan barang berharga anda dijaga dengan baik dan elakkan mempamerkan barang mahal seperti perhiasan emas atau elektronik. Buat salinan dokumen penting seperti pasport anda dan menyimpannya di tempat yang selamat.
- Beritahu seseorang mengenai rancangan anda untuk hari tersebut dan berhubung secara berkala. Ini boleh menjadi rakan atau ahli keluarga di rumah, atau seseorang yang anda boleh percayai.
- Gunakan syarikat pengangkutan yang dipercayai dan elakkan penggunaan teksi tanpa lesen atau bentuk pengangkutan lain yang mencurigakan.
- Jika ada sesuatu yang tidak kena, percayai instincts anda. Jika rasa tidak selesa atau selamat dalam sesuatu situasi, adalah baik untuk menjauh daripadanya.
Ingat, ini adalah tip keselamatan dan harus dipraktiskan di mana sahaja anda melancong.
Berhati-hatilah ketika bercuti dan ingatlah peribahasa melayu yang berbunyi “Malang tidak berbau”.