Table of Contents
Putrajaya mungkin jarang terlintas sebagai destinasi utama pelancongan Malaysia, namun bandar taman pintar ini menyimpan banyak tempat menarik untuk jalan-jalan bersama keluarga.
Selain sebagai Pusat Pentadbiran Persekutuan, pengunjung akan menemui banyak landmark bangunan kerajaan, jambatan cantik dan taman luas yang penuh kehijauan.
Apabila anda ingin bercuti bersama keluarga tersayang, Putrajaya menawarkan pelbagai destinasi baharu dan tempat best yang sesuai untuk dikunjungi.
Pelbagai aktiviti menarik juga kerap diadakan oleh pihak Kementerian Pelancongan Putrajaya untuk menarik lebih ramai pengunjung.
Senarai Aktiviti & Tempat Menarik Best Di Putrajaya
Jadi, jika anda merancang untuk melancong ke Kuala Lumpur atau Selangor, jangan lupa kunjungi tarikan terbaik Putrajaya.
Bukan setakat mencipta memori, malah ia pasti buat anda mahu pergi lagi. Jom lihat tempat menarik untuk cuti Putrajaya!
District 21, Putrajaya
1 Aktiviti indoor yang menarik di Putrajaya
Alamat: AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel: +603-8328 8888
Terletak dalam IOI City Mall, taman tema adventure ini menawarkan 8 bilik acara dan 10 tarikan permainan yang menyeronokkan serta mencabar yang sesuai untuk keluarga dengan kanak-kanak kecil.
Beberapa tarikan District 21 termasuk Trampoline, Sky Trail, Roller Glider, Ninja Warrior dan banyak lagi akan membuatkan jantung anda berdebar-debar.
Turut menawarkan pakej sambut birthday di Putrajaya, rombongan pelajar sekolah dan aktiviti team building. Harga tiket District 21 IOI Mall Putrajaya serendah RM60 di Klook.
Jadi sebelum shopping atau bagi mereka yang tiada aktiviti hujung minggu ni, bolehlah bergerak aktif di District 21.
Waktu Operasi:
- Tiket : 10 pagi – 10 malam (Setiap hari)
- Ride & Amusements : Sabtu – Ahad: 10 pagi – 8 malam, Isnin – Jumaat: 12 tengah hari – 8 malam
Ice Skating, Putrajaya
2 Tempat lepak di Putrajaya
Alamat: IOI City Mall, Ioi Resort, 62502, Putrajaya
Telefon: +60383288880
Menurut Malaysia Book of Records, Icescape ialah gelanggang luncur ais terbesar di Malaysia.
Terletak di tingkat satu IOI City Mall, mempunyai permukaan ais 30m x 60m dan pemandangan kaca yang menakjubkan.
Permukaan ais terbesar di Malaysia menampung segala-galanya daripada luncur santai hingga luncur laju dan hoki ais.
Lokasi menarik yang juga sesuai untuk persembahan dan pertandingan berprestij. Berseronoklah meluncur ais bersama rakan dan keluarga anda.
Bersama-sama dengan kemudahan skating, Icescape Ice Rink @ IOI City Mall ini menawarkan pelajaran dari beginner hingga advanced.
Pilihan kedua untuk kanak-kanak terletak di Alamanda Putrajaya. Harga ice skating IOI Putrajaya hanya RM33. Jom booking di laman Klook.
Waktu Operasi:
- Isnin-ahad: 10am-10pm
- Ice Resurfacing Time (1/2 hour ) : 2.30pm, 5.30pm, 7.30pm
Pantai Floria, Putrajaya
3 Pantai Putrajaya
Alamat: Pantai Floria, Presint 4, 62000 Putrajaya
Tel: N/A
Apa yang menariknya, pantai pasir putih buatan ini sepanjang 100 meter dan tarikan terbaharu Putrajaya untuk aktiviti rekreasi air.
Pantai menarik di Putrajaya ini terletak di kawasan Anjung Floria, Presint 4 dan berhampiran dengan titik permulaan Pit Stop laluan basikal Putrajaya.
Nikmati perkelahan sambil menikmati pemandangan Tasik Putrajaya yang menakjubkan dan kanak-kanak juga boleh bermain pasir atau berehat di tempat duduk bertingkat yang selesa.
Selain itu, pantai buatan Putrajaya ini ada tapak berkhemah dan pengunjung boleh berbasikal serta bersantai bersama keluarga.
Waktu Operasi: Isnin (tutup), Selasa – Ahad: 9 pagi – 6:30 petang
Skyrides Festivals Park Putrajaya
4 Tempat menarik untuk kanak kanak di Putrajaya
Alamat: Jalan P2m, Presint 2, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel: +60388930185
Skyrides Festivals Park ialah destinasi yang menarik untuk keluarga yang mempunyai anak kecil.
Tarikan utama Skyrides Festivals Park ialah naik belon helium yang membawa penumpang ke ketinggian kira-kira 150 meter, di mana mereka berpeluang melihat pemandangan Putrajaya yang menakjubkan. Jom cuba naik Skyrides Balloon!
Selain itu, anda boleh menaiki bot mengelilingi Tasik Putrajaya dengan Sky Cruise dan ambil gambar putrajaya.
Terdapat dua atau tiga pakej yang tersedia, bermula dari percutian cepat hingga menikmati keindahan malam sambil makan malam romantis diterangi cahaya lilin.
Jika anda cergas, mempunyai otot yang kuat, dan ego yang besar, cuba Sky Warrior. Set ini menyerupai rancangan TV Jepun Ninja Warrior dan bawa pakaian ganti jika tidak mahu kembali basah.
Bagi kanak-kanak, mereka masih boleh bermain di suatu tempat iaitu Sky Kids.
Taman Wetland, Putrajaya
5 Tempat menarik di Putrajaya yang percuma
Alamat: Putrajaya Wetlands Park, Persiaran Persekutuan, Presint 13, 62000 Putrajaya
Tel: +60388877774
Taman Wetland Putrajaya, salah satu lokasi memerhati burung yang paling popular di bandar Putrajaya dengan lebih daripada 100 spesies burung dan seluas 138 hektar.
Tiada bayaran masuk Taman Wetland Putrajaya namun setiap aktiviti menarik di taman Putrajaya ini dikenakan bayaran berbeza.
Antara aktiviti di Taman Wetland Putrajaya termasuklah berjogging, aktiviti beriadah, berbasikal, berkhemah, berkayak, memancing dan aktiviti luar yang lain.
Apa yang bestnya kerana Glow Zone, tarikan terbaru untuk pengalaman glamping sambil mengagumi keindahan taman ini.
Harga sewa basikal di Taman Wetland Putrajaya untuk pemegang mykad serendah RM8 pada hari Selasa hingga Khamis dan RM10 pada Jumaat hingga Ahad, cuti sekolah, serta cuti umum.
Taman Botani Putrajaya
6 Tempat riadah menarik di Putrajaya
Alamat: Lebuh Perdana Barat, Presint 1, 62000 Putrajaya
Tel: +603-8887 7770
Menariknya, taman indah ini mempunyai “Floral Garden”, bunga-bungaan dari seluruh dunia dan bestnya masuk adalah percuma.
Dibahagikan kepada lima bahagian, antaranya floral gardens, explorer’s trail, palm hill, taman matahari dan tepi tasik.
Selain itu, pengunjung boleh melakukan aktiviti beriadah, jogging, berbasikal dan berjalan mengelilingi taman sambil menghirup udara segar.
Tambah lagi, anda boleh piknik di Taman Botani Putrajaya dan lihat peta Taman Botani Putrajaya Presint 1 untuk arah ke sini.
Taman di Putrajaya ini juga tempat cantik untuk photoshoot gambar kahwin di Putrajaya.
Masjid Putra (Putra Mosque), Putrajaya
7 Masjid di Putrajaya
Alamat: Persiaran Persekutuan, Presint 1, 62502 Putrajaya
Tel: +603-8888 5678
Apa yang menariknya, seni bina Masjid Putrajaya yang indah ini bercirikan seni bina Islam, Timur Tengah dan moden.
Terletak bersebelahan dengan Dataran Putra di tengah-tengah bandar di pinggir Tasik Putrajaya. Masjid Putra, masjid merah jambu yang terkenal di Putrajaya, boleh dilihat dari mana-mana sahaja di bandar ini.
Dewan solat utama ini boleh memuatkan sehingga 8000 jemaah di aras bawah dan 2000 jemaah wanita di tingkat 1.
Selain menjadi lokasi umat islam beribadah, masjid ni turut menjadi tumpuan penduduk setempat untuk bergambar Putrajaya dan melangsungkan akad nikah.
Jika ingin melawat tarikan Putrajaya ini, diminta berpakaian sopan atau menyewa jubah merah dari Masjid Putra.
Pusat Rekreasi Air Putrajaya
8 Tempat berkelah menarik di putrajaya
Alamat: Exit Persiaran Utara, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel: +60388885539
Di Putrajaya, terdapat sebuah taman awam yang dinamakan Pusat Rekreasi Air Putrajaya. Luangkan sedikit masa untuk menghargai kedamaian dan keindahan persekitaran anda.
Apa yang best di Pusat Rekreasi Air Putrajaya ialah pengunjung boleh berjalan santai, melihat sunset, bbq, water ball, paddle boat, kayak putrajaya, hari keluarga, berehat dan melibatkan diri dalam aktiviti sukan air di Pusat Rekreasi Air Putrajaya.
Jika anda suka mendayung atau outdoor activity, jom datang ke sini. Ini cara yang bagus untuk menghabiskan masa sehari, sama ada untuk berseronok atau meningkatkan kemahiran.
Malahan, inilah port memancing free di Putrajaya.
Dorsett Putrajaya
9 Hotel menarik di Putrajaya
Alamat: Precinct 3, 62000 Putrajaya
Tel: +60388928388
Salah satu pilihan untuk menginap pada harga yang berpatutan di Putrajaya ialah Dorsett Putrajaya.
Hotel Putrajaya yang ada kolam ini menawarkan balkoni dengan pemandangan indah Tasik Putrajaya dan parking percuma yang luas.
Kemudahan bilik termasuk bilik mandi peribadi dengan pengering rambut dan peralatan mandian percuma. Namun, tiada tab mandi panas disediakan. Hotel murah Putrajaya ini juga mempunyai kolam renang luaran, gimnasium dan spa.
Kaunter penerimaan tetamu dibuka 24 jam untuk perkhidmatan dobi dan dobi (bayaran dikenakan) dan hotel Putrajaya ini hanya 1.8 km dari pusat bandar.
Anda boleh menempah bilik di Dorsett Hotel Putrajaya pada kadar hanya RM184 semalam pada laman Agoda.
Hotel menarik di Putrajaya dan Cyberjaya ini menawarkan pakej sambut birthday dan pakej makan malam romantis sambil menikmati keindahan malam.
Dataran Putra
10 Tempat menarik ambil gambar di Putrajaya
Alamat: Presint 1, 62000 Putrajaya
Tel: +60380008000
Bandar Dataran Putra adalah salah satu tempat yang paling popular untuk dikunjungi di Putrajaya. Dataran Putra juga menjadi destinasi pengunjung untuk ambil gambar Putrajaya yang menarik.
Berapakah luas Dataran Putra tersebut? Menurut sumber lain, Masjid Putra, Perdana Putra, Jambatan Putra, dan Pusat Beli-belah Promenade membentuk bulatan 300 meter mengelilingi Dataran Putra.
Perayaan seperti perarakan Hari Kemerdekaan Malaysia telah berlangsung di dataran tersebut.
Apabila menghabiskan hujung minggu di Dataran Putra Presint 1, terdapat banyak tempat dan aktiviti menarik untuk dikunjungi tapi sedikit sesak kerana terletak di pusat bandar.
Taman Ekuestrian Putrajaya
11 Tempat menarik di putrajaya untuk kanak-kanak
Alamat: Jalan Kandang Kuda, Precinct 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel: +603-8000 8902
Pelajaran dalam menunggang, outride, easy ride, dan joyride adalah antara aktiviti yang terdapat di taman kuda Putrajaya yang berdekatan Dorset Hotel Putrajaya.
Jika ingin belajar menunggang kuda, anda boleh mendapatkan pelajaran persendirian. Tiada yuran untuk masuk ke taman kuda Putrajaya ini.
Kanak-kanak dan keluarga mereka boleh menunggang kuda di sekitar kandang kuda atau denai taman. Harga horse riding mengelilingi kandang hanya RM 10.
Malahan, ini salah satu tempat photoshoot kahwin di Putrajaya dan Selangor.
Cruise Tasik, Putrajaya
12 Tempat menarik di Putrajaya waktu malam
Alamat: Presint 1, 62000, Putrajaya, Putrajaya
Tel: +603-8881 0648
Salah satu aktiviti menarik di Putrajaya ialah menaiki bot penumpang atau perahu gondola tradisional Melayu untuk menyusuri Tasik Putrajaya.
Banyak pelancong percaya pengalaman ini jauh lebih menyeronokkan dan romantis untuk menikmati pemandangan bandar.
Pelayaran tasik ini juga menawarkan pengalaman dinner cruise Putrajaya atau makan malam bertaraf 5-bintang. Sambil menikmati hidangan, anda dapat mengeksplorasi mercu tanda dan senibina unik di sekeliling Putrajaya.
Sangat sesuai untuk private dinner berdua atau sambut anniversary. Dari atas perahu, pemandangan malam Putrajaya sangat menakjubkan.
Jadi, jangan lepaskan aktiviti wajib cuba ini dengan harga pakej serendah RM160 sahaja. Ini juga tempat menarik sambut birthday di Putrajaya.
Nikmatilah pengalaman unik mengelilingi kota Putrajaya yang cantik dengan pelayaran di tasiknya yang indah.
Bangunan Pentadbiran Putrajaya
13 Bangunan di Putrajaya
Alamat: Blok Utama, Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel: N/A
Dengan kubah hijau gaya megah dan dinding batu, struktur yang mengagumkan ini berdiri di atas bukit utama Putrajaya.
Menteri dan pegawai berpangkat tinggi bekerja di kompleks pejabat ini. Bangunan Pentadbiran Putrajaya ini menggabungkan reka bentuk Islam dan kontemporari.
Walaupun ia ditutup kepada pengunjung, anda masih dapat melihat keagungannya dari luar.
Monumen Millennium, Putrajaya
14 Tempat menarik untuk bergambar di Putrajaya
Alamat: Lebuh Ehsan, Presint 2, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel: N/A
Bagi yang belum tahu, inilah monumen negara pertama Wilayah Persekutuan Putrajaya. Tun Dr Mahathir menanam kapsul masa di bawah monumen ini semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Dari atas, menara ini menyerupai bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya berwarna emas dan mempunyai ketinggian 68 meter
Apa yang menariknya, monumen alaf baru ini memancarkan cahaya terang pada waktu malam.
Pengunjung boleh melihat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Jambatan Seri Wawasan dari pelantar tertinggi, melakukan aktiviti santai seperti singgah ke Putrajaya Food Truck atau menyewa basikal elektrik di Putrajaya dan melalui tepi tasik yang tenang.
Pusat Penghayatan Alam Putrajaya
15 Tempat menarik sekitar Putrajaya
Alamat: Persiaran Persekutuan, Presint 13, 62300, Putrajaya, Putrajaya
Tel: +603-88877774
Nature Interpretation Center Putrajaya juga dikenali sebagai Pusat Penghayatan Alam. Sebuah bangunan tiga tingkat yang sebahagian daripada Taman Wetland Putrajaya.
Tempat menarik berdekatan Putrajaya ini memberikan pengunjung pendidikan tentang persekitaran semula jadi tanah lembap dan sesuai untuk school trip.
Bangunan ini termasuk ruang pameran interaktif, auditorium skrin 240 darjah, perpustakaan dan kafeteria.
Pelawat hanya perlu mendaftar di kaunter; masuk adalah percuma. Anda juga boleh berjalan santai sekitar Taman Wetland.
Waktu Operasi: Selasa – Jumaat: 9 pagi – 6 petang
Dataran Putrajaya
16 Tempat lepak menarik di Putrajaya
Alamat: Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel: +60380008000
Aktiviti percutian Putrajaya anda tidak akan lengkap jika anda tidak mengunjungi salah satu tarikan pelancong di Putrajaya yang terbaik ini.
Selain itu, anda boleh menyewa basikal, kereta mainan, kasut roda, dan permainan lain di Dataran Putrajaya.
Ini juga salah satu tempat berbuka puasa di Putrajaya buat penduduk Islam setempat ketika bulan Ramadan.
Anda boleh datang ke sini untuk berehat, bersantai bersama keluarga atau bergambar dengan latar belakang masjid.
Ioi City Mall, Putrajaya
17 Tempat menarik di Ioi City Mall Putrajaya
Alamat: IOI City Tower Two Lebuh IRC, 62502 Putrajaya, Selangor
Tel: +603-8328 8899
Jarak antara Pusat Bandar Kuala Lumpur dan IOI City Mall hanya 35 minit dengan kereta serta lebih kurang 15 minit dari Putrajaya Sentral.
KTM Serdang dan MRT Kajang juga mempunyai bas ulang-alik yang pergi ke IOI City Mall dengan bayaran RM 1 setiap perjalanan.
Bangunan empat tingkat itu menempatkan lebih 350 kedai sebaneka, jenama beli-belah, taman tema, gelanggang luncur bersaiz Olimpik dan tempat makan.
Ioi Mall Putrajaya merupakan pusat beli-belah terbesar di Lembah Klang. Makan malam di sebelahnya menawarkan pemandangan Symphony Walk yang sangat romantis dan elegan.
Restoran di IOI City Mall terkenal dengan pelbagai jenis masakan, termasuk asia, tempatan dan barat. Antara tempat makan menarik di Ioi City Mall Putrajaya termasuklah Texas Chicken, Ramen Village, Starbucks, Inside Scoop, dan banyak lagi!
Moroccan Pavilion Putrajaya
18 Tempat menarik di Putrajaya untuk photoshoot
Alamat: Presint 1, 62000 Putrajaya
Tel: +60380008000
Tersembunyi di dalam Taman Botani Putrajaya terdapat sebuah tempat menarik bernama Moroccan Pavilion.
Monumen indah dengan gaya seni bina Maghribi ini dibina sebagai lambang pertukaran budaya antara Malaysia dan Morocco.
Pengunjung boleh bersantai menikmati pemandangan sambil mendengar bunyi air pancutan dan kolam yang mengalir.
Setelah puas menjelajah pavilion, teroka bahagian taman botani lainnya yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan cantik.
Laluan di sekitar Astaka Morocco seperti gerbang sebelum pintu masuk juga sangat sesuai untuk aktiviti fotografi perkahwinan.
Tempat menarik di Putrajaya yang percuma untuk dikunjungi, kecuali bilik galerinya yang dikenakan bayaran RM3 dewasa dan RM1 kanak-kanak. Jom lihat peta tempat menarik di Putrajaya ini.
Waktu Operasi: Selasa: Tutup, Rabu – Isnin: 9 pagi – 6 petang
Taman Cabaran, Putrajaya
19 Tempat menarik untuk aktiviti lasak
Alamat: Jalan P5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel: +60380008000
Putrajaya Challenge Park ialah tempat mendaki indoor terbesar di Presint 5. Taman seluas 30 hektar dengan kemudahan taman ekstrem terbaik di Asia Selatan.
Terdapat beberapa dinding panjat trapezoid setinggi 20 meter dan enam zon dari pemula hingga pakar mendaki. Beberapa laluan basikal gunung juga tersedia untuk menguji kekuatan dan kemahiran anda.
Dinding memanjat yang lebih kecil menyeronokkan dan lebih selamat untuk kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.
Sebaliknya, mereka yang mencari hiburan yang lebih mendebarkan harus melalui Skate and Thrill Park, yang sangat digemari oleh pemain papan selaju, penunggang basikal dan juga penunggang aksi.
Waktu Operasi: Isnin – Khamis: 10 pagi –7 petang, Jumaat – Ahad: 10 pagi–11 malam
Kompleks Sukan Air Putrajaya
20 Aktiviti berenang di Putrajaya
Alamat: Kompleks Sukan Air Presint 6, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel: +60388810648
Kompleks Sukan Air Putrajaya merupakan kolam renang paling menarik dan terbaik di Putrajaya.
Ini kerana tersedia kolam renang bersaiz olimpik dan terdapat sesi untuk wanita, kolam renang untuk kanak-kanak di bawah sepuluh tahun, tandas, restoran dan bilik persalinan.
Pilihan kedua terbaik untuk aktiviti berenang ialah Kolam Renang Presint 16.
Selain itu, kolam renang Presint 6 ini berfungsi sebagai tempat latihan untuk bakal atlet dan perkhidmatan sokongan untuk acara sukan air seperti meluncur, mendayung, dan wakeboarding.
Tiket kemasukan; RM 2 (kanak-kanak) & RM 3 (dewasa)
Waktu Operasi:
- Jumaat: 9–11:30am, 4:30–7pm, 7:30–10pm
- Sabtu: 9–10am, 12:45pm–3:15am
- Ahad – Khamis: 9–11:30am, 12:45pm–3:15am
Marina Putrajaya
21 Aktiviti bersama keluarga di Putrajaya
Alamat: 1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel: +60388810648
Marina Putrajaya merupakan salah satu lokasi kolam renang Putrajaya yang menjadi pilihan pengunjung.
Kompleks bangunan ini menawarkan kawasan rekreasi awam seperti sauna, studio aerobik, karoake, ruang snuker, gym, dan kolam renang tertutp.
Dari sini, pengunjung boleh melihat pemandangan Tasik Putrajaya yang indah terutamanya ketika matahari terbenam.
Tempat best di Putrajaya ini menawarkan empat dewan untuk disewa dan boleh menganjurkan majlis istimewa di tepi tasik seperti sambutan hari lahir atau majlis perkhawinan.
Turut menjadi tuan rumah acara terkenal seperti ‘Kejohanan Perlumbaan Udara Antarabangsa Red Bull Putrajaya’ dan ‘Magic Of The Night’.
Harga tiket kolam renang putrajaya: Dewasa: RM5, Kanak-kanak: RM3
Taman Wawasan, Putrajaya
22 Taman rekreasi Putrajaya
Alamat: Presint 2, 62100 Putrajaya
Telefon: +60175374272
Adakah anda mempunyai rancangan hujung minggu ini? Jika tiada, kunjungilah Taman Wawasan Putrajaya untuk melihat keindahan pemandangan tasik.
Di tengah-tengah Putrajaya, Taman Metropolitan di Nusa Perdana ini antara destinasi popular di kalangan pengunjung dan mempunyai pantai kerikil yang tersusun indah.
Tempat yang sangat baik untuk aktiviti beriadah kerana ia mempunyai banyak bukit dan tangga serta taman berlandskap yang indah bersebelahan dengan tasik.
Pengunjung boleh berjalan, berjoging, berbasikal, berkelah atau hanya berehat kerana terdapat trek mengelilingi tasik yang indah dan melihat pemandangan Putrajaya dari platform tontonan.
Taman Wawasan juga mempunyai amfiteater yang sesuai untuk sebarang acara dan program, serta Aqua Plaza (Water Plaza).
Taman Warisan Pertanian Putrajaya
23 Taman di Putrajaya
Alamat: Taman Warisan Pertanian Putrajaya, Presint 16, 62000 Putrajaya
Tel: +60388877772
Luangkan masa di Taman Warisan Pertanian Putrajaya untuk menghargai dan menemui khazanah Pertanian Malaysia.
Salah satu tempat best di Putrajaya ini menekankan fungsi dan kepentingan pertanian komersial negara dengan kawasan berkeluasan lebih 14.4 hektar.
Selain melihat cara menoreh pokok getah dalam suasana kampung, tempat ini menampilkan pelbagai jenis pokok buah-buahan, herba, rempah ratus dan tanaman perindustrian seperti padi, kopi dan kelapa sawit.
Pengunjung juga boleh menikmati pemandangan Putrajaya dari dek tinjau atau memilih pakej night trail untuk expore taman pada sebelah malam.
Waktu Operasi: Setiap hari: 7 pagi –10 malam