Dari semalam netizen digemparkan dengan tea dari Sarah Yasmine tentang perbualan whatsapp antara pelakon Singapura Aliff Aziz dan Ruhainis.
Dalam conversation yang di disebarkan oleh Sarah, terdapat satu bahagian yang menarik perhatian ramai apabila Aliff dan Ruhainis menggunakan kod.
Kod tersebut ada L U, L U M dan M U S M. Pada awalnya min juga tak faham tapi selepas seminit dua cuba hadam apa singkatan tersebut, barulah dapat, ihiks!
“Kalau saya baca…” – Dr Say
Apa yang menarik perhatian kami apabila pempengaruh dan pengacara, Dr. Say Shazril cuba memahami maksud disebalik kod huruf tersebut.
Dia juga mempersoalkan kenapa ketika bercinta dulu dengan isterinya, mereka tidak terfikir untuk menggunakan kod-kod ini untuk meluahkan rasa cinta.
Dalam masa yang sama, Dr Say tunjuk perbualan whatsapp dia bersama isterinya yang sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga menerusi Insta Story.
“What respon would you like to get from your wife/gf?” – Bubblebeemalaysia
Bukan Dr Say je yang menangkap pada bahagian tersebut tapi jenama air dan media lain juga buat troll dengan singkatan tersebut.
So korang dah tahu belum LUM dengan MUSM tu apa? ehek!