Siapa je tak kenal dengan pelakon jelita, Rozita Che Wan yang sentiasa bersiap walaupun usianya sudah berusia 50-an.
Rozita Che Wan atau lebih mesra di kenali Che Ta baru-baru ini membuat satu pengumuman yang menggembirakan apabila dirinya ingin bagi bag tangan miliknya.
Kalau tawarkan dekat perempuan, of course la ramai kata nak kan? Jadi ruangan komen Che Ta dihujani dengan lambakan kata nak!
“Sapa lah yang bakal berootd dengan handbag yang kami nak bagi ni!,” – Che Ta
Pengumuman dah dibuat, jad Che Ta mula merealisasikan janjinya pada pengikutnya.
Malah, dia turut melepaskan 2 biji bag tangan miliknya jenama Valentino bernilai RM15 ribu dan Chloe bernilai RM10 ribu. Pemurahnya Che Ta!
“Ingat nak bagi sajoo,” – Netizen
Tapi untuk dapatkan beg tangan mahal percuma, Che Ta meletakkan syarat akan memilih individu bertuah dengan membeli set Cekang Jelita keluarannya.
Malangnya ada yang terasa tertipu kerana ingatkan Che Ta nak bagi terus rupanya ada agenda disebalik tawaran tersebut.
Apa pun, siapa yang join contest Che Ta ni, harapnya menang!