Aiskrim adalah pilihan hidangan terbaik adalah makanan atau minuman yang sejuk untuk mengurangkan kepanasan badan jika cuaca panas atau musim panas berpanjangan, Salah satu cara yang paling berkesan untuk menghilangkan kepanasan badan adalah dengan memakan aiskrim dalam keadaan cuaca panas.
Peti aiskrim di kedai-kedai runcit pasti menarik perhatian kanak-kanak dan orang dewasa sebagai hidangan penutup dan pencuci mulut. Saat ini, terdapat banyak jenis perisa yang dapat dibuat dari buah-buahan dan malahn bunga.
Sebelum anda memilih aiskrim kesukaan anda, fikirkan dahulu pernahkah anda mencuba aiskrim perisa anggur? Jika ya, kemungkinan besar anda telah mencuba jenis aiskrim yang berketul, bukan seperti aiskrim biasa seperti perisa vanila, coklat, strawberi, dan perisa lainnya.
Mengapa sukar untuk mencari aiskrim perisa anggur?
Walaupun gula-gula anggur ada dijual, tidak dapat dikatakan hal yang sama untuk aiskrim perisa anggur. Salah satu faktor yang jarang orang ramai untuk jumpa aiskrim perisa anggur di pasaran adalah kerana ia agak sukar untuk dihasilkan dan tidak memberikan tekstur krim yang lembut seperti yang diinginkan.
Ini disebabkan oleh kandungan air yang tinggi dalam anggur yang baik untuk sumber hidrasi, tetapi apabila dibekukan untuk dijadikan aiskrim, ia akan bertukar menjadi ais yang berketul.
Reader’s Digest juga pernah melaporkan bahawa beberapa syarikat pengeluar aiskrim telah mencuba memajukan aiskrim perisa anggur dalam jenama mereka, namun kebanyakan gagal kerana tidak mendapat sambutan dan kebanyakan aiskrim terpaksa menggunakan bahan perisa tiruan.
Terdapat kisah seram yang mengatakan bahawa aiskrim perisa anggur telah menyebabkan kematian seekor anjing. Seorang lelaki telah membuat aiskrim perisa anggur untuk diberikan kepada teman wanitanya, tetapi ia telah dimakan oleh anjing milik wanita tersebut. Tidak lama kemudian, anjing itu menjadi tidak sedar dan akhirnya mati.
Terdapat beberapa teori yang mengatakan bahawa untuk mencipta aiskrim perisa anggur bukanlah perkara yang mudah. Ia memerlukan sukatan yang tepat kerana anggur adalah buah yang sangat sukar untuk diolah.