Seminggu dua ni kita dikecohkan dengan isu persengketaan antara Aliff Aziz, Sarah Yasmine, Bella Astillah dan Ruhainis.
Tapi kali ini lain pula terjadi apabila nama pelakon Emma dan Chacha Maembong tiba-tiba naik dalam kemelut hubungan cinta tiga bersegi ini.
Isu ini timbul selepas Sarah memuat naik beberapa keping gambar perbualan antara Ruhainis dengan Aliff Aziz menerusi Instastory miliknya.
Penjelasan dari Emma
Selepas tular IG story milik Sarah, Emma terus tampil membuat kenyataan menerusi Live Instagram untuk ‘clear’ apa yang menjadi persoalan.
“Ruhainis, ko tak nak try ke laki si Emma ni? – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata tidak memihak pada Emma kerana bagi netizen, perkara ini sudah terbongkar Emma seorang talam dua muka.
Malah netizen turut tidak faham kenapa Emma bertanya pada pihak individu yang merampas suami orang? Adoi macam-macam netizen ni haha!
Apa pun, kami doakan Bella dalam keadaan tenang-tenang saja setelah banyak perkara yang terbongkar ni. Fokus jaga anak dan cari duit ye Bella!