Table of Contents
Umum mengetahui bahawa, tempat menarik di Pulau Tioman Pahang merupakan sebuah pulau secara amnya terkenal dengan pantai berpasir putih dan air laut biru kehijauan.
Lokasinya terletak di Rompin, Pahang dan pernah diiktiraf sebagai pulau tercantik di dunia oleh TIME Magazine.
Menariknya, jika anda melihat bentuk Pulau Tioman negeri Pahang dari udara atau dari peta, ia kelihatan seperti bentuk seketul peha ayam. Unik, bukan?
Senarai tempat menarik di Pulau Tioman
Keistimewaan Pulau Tioman memang tidak dapat disangkal lagi dengan keindahan pantai, hutan paya bakau, hidupan laut serta pelbagai pakej percutian ke Pulau Tioman yang ditawarkan.
Tambahan pula, lagenda Pulau Tioman juga menyebutnya sebagai tempat bersemayam puteri naga dari China.
Berikut tempat menarik untuk bercuti di Pulau Tioman yang boleh dikunjungi dan ambil gambar Pulau Tioman sebagai kenangan.
Pantai Kampung Juara
1 Pantai di Tioman
Alamat: Pantai Kampung Jugra, Pulau Tioman, Pahang
Telefon: N/A
Pantai Kampung Juara terletak di Kampung Juara iaitu di wilayah Timur Pulau Tioman. Keistimewaan pantai ini ialah ia merupakan satu-satunya tempat menarik di Pulau Tioman yang menghadap Laut China Selatan.
Selain itu, pantainya mempunyai air laut yang bersih dan jernih, sesuai untuk bermandi-manda, snorkeling, berkanu, banana boat dan banyak lagi.
Tambahan pula, terdapat kemudahan penginapan dengan harga yang berpatutan.
Jangan lupa, berdekatan dengan Pantai Kampung Juara ialah Juara Turtle Project dan Air Terjun Ali.
Salang Indah Tioman
2 Resort di Pulau Tioman
Alamat: Salang Indah Tioman, Kampung Salang, Pulau Tioman, 26800 Kuala Rompin, Pahang
Telefon: +6094195015
Ingin bercuti ke kawasan Kampung Salang? Mencari tempat penginapan mesra budget di sekitar Pulau Tioman? Kami syorkan anda untuk menginap di Salang Indah Tioman.
Ia merupakan sebuah resort yang mempunyai 25 bilik dan dikelilingi hutan alam semulajadi. Tambahan pula, terdapat 3 kategori bilik yang disediakan iaitu couple, triple dan family.
Selain itu, turut disediakan wifi, televisyen dan pendingin hawa. Di samping pemandangan yang cantik, pengunjung boleh merentasi hutan untuk ke Ayer Batang dan Panuba Bay.
Paya Debloc Village
3 Homestay di Pulau Tioman
Alamat: Lot 869 Kampung Paya Pulau Tioman, 26800 Kuala Rompin, Pahang
Telefon: N/A
Paya Debloc Village merupakan tempat penginapan yang sesuai untuk anda yang menginginkan ketenangan tinggal berhampiran pantai serta suasana ala-ala kampung.
Ia terletak di dalam kawasan Kampung Paya dan menawarkan penginapan 3 hari 2 malam untuk 3 jenis penginapan di situ dengan harga berpatutan.
Antaranya, ialah Chalet Twin Room, Container Twin Room dan Container Single Room. Selanjutnya, aktiviti yang boleh dilakukan ialah scuba diving, atv dan bermacam lagi.
Cheers Chalet Tioman
4 Chalet di Pulau Tioman
Alamat: Pulau Tioman 26800 Kampung Tekek, Pahang, Malaysia
Telefon: +6094191425
Cheers Chalet Tioman terletak di dalam Kampung Tekek iaitu kawasan zon bebas cukai yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk pengunjung.
Selain itu, jarak penginapan ke pantai hanya mengambil masa kira-kira 2 minit perjalanan.
Penginapan menarik di Pulau Tioman ini mempunyai reka bentuk bangunan kayu yang menarik di bawah rimbunan tumbuhan-tumbuhan hijau.
Sementara itu, terdapat kira-kira 11 jenis penginapan yang disediakan dengan anggaran harga RM 60 – RM 350 untuk satu malam.
Di samping itu, pengunjung boleh menyewa basikal untuk bersiar-siar di sekitar kawasan penginapan ini.
Selanjutnya, aktiviti-aktiviti yang ditawarkan di sini ialah menyelam, berbasikal, barbeku dan memancing.
Pulau Tulai
5 Snorkeling di Pulau Tioman
Alamat: Pulau Tulai, Pahang
Telefon: N/A
Aktiviti di Pulau Tioman yang boleh anda lakukan di Pulau Tulai adalah aktiviti snorkeling.
Pulau Tulai ataupun dikenali sebagai Coral Island ialah sebuah pulau yang terkenal dalam kalangan pengunjung untuk melakukan aktiviti snorkeling.
Tambahan pula, Pulau Tulai mempunyai banyak hidupan laut seperti batuan karang yang cantik serta ikan-ikan yang eksotik.
Oleh itu, anda jangan lupa membawa kamera kalis air untuk mengambil gambar hidupan-hidupan laut yang cantik belaka ini.
Gunung Nenek Semukut
6 Tempat bersejarah di Pulau Tioman
Alamat: Pantai Kampung Jugra, Pulau Tioman, Pahang
Telefon: N/A
Adakah anda penggemar aktiviti lasak yang tidak gentar dengan cabaran mendatang? Oleh itu, apa kata anda cuba mendaki Gunung Nenek Semukut di Pulau Tioman ini!
Gunung Nenek Semukut merupakan gunung yang terkenal di Pulau Tioman kerana jalannya yang berliku menjadi batu penghalang kepada para pendaki untuk sampai ke puncak.
Tambahan pula, pendakian mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke puncak gunung dan turun semula ke bawah.
Selain itu, sejarah gunung ini tiada kaitan langsung dengan nenek, tetapi ia diceritakan bahawa sepasang naga yang berubah menjadi batu kerana melanggar pantang larang.
Selanjutnya, gunung ini juga terkenal dengan pembentukan wajah pada bahagian puncaknya seakan-akan wajah seorang lelaki.
Air Terjun Asah
7 Air terjun di Pulau Tioman
Alamat: Pulau Tioman, Pahang
Telefon: N/A
Terdapat beberapa air terjun yang menarik di Pulau Tioman yang boleh anda kunjungi.
Namun begitu, Air Terjun Asah dikatakan lebih dikenali di mata pengunjung dengan kesegaran air terjun dari gunung dan keunikannya sebagai air terjun yang terbesar di Pulau Tioman ini.
Oleh hal yang demikian, Air Terjun Asah pernah ditampilkan buat julung kalinya pada tahun 1958 di dalam Filem Blockbuster Hollywood, “South Pacific”. Menarik bukan!
Selanjutnya, jika anda berjalan dari Kampung Asah akan mengambil masa sekitar 20 minit untuk sampai ke sini.
Juara Turtle Project
8 Tempat menarik untuk kanak-kanak di Pulau Tioman
Alamat: Kampong Juara, 26800 Pulau Tioman, Pahang
Telefon: +6094193244
Cuti sekolah berkunjung tiba, tetapi masih tidak tahu destinasi percutian untuk membawa anak-anak bercuti ke mana di sekitar Pulau Tioman?
Anda boleh bercuti ke Kampung Juara dan menuju ke Juara Turtle Project.
Ia adalah sebuah tempat di mana pengunjung boleh menyaksikan sendiri penyu-penyu mendarat dan menetaskan telur dengan bayaran RM 10 seorang.
Selain itu, penyu-penyu ini dapat disaksikan pada bulan Februari hingga Oktober.
Di samping itu, pengunjung boleh menjadi sukarelawan Turtle Sanctuary dengan merasai sendiri pengalaman mengutip telur penyu yang terbiar dan meletakkan ke tempat penetasan yang disediakan.
Pusat Taman Laut Tioman
9 Tempat menarik untuk family di Pulau Tioman
Alamat: Pusat Taman Laut, Pulau Tioman, Pahang
Telefon: N/A
Bercuti bersama family merupakan perkara yang paling indah bagi seseorang setelah sekian lama kesibukan bekerja.
Justeru, tempat menarik untuk family di Pulau Tioman yang anda wajib singgah ialah Pusat Taman Laut Tioman.
Tempat ini merupakan pusat perikanan yang berperanan sebagai tempat riadah untuk pengunjung.
Selain itu, turut disediakan tempat untuk para pengunjung menyelam dan menyaksikan sendiri keindahan hidupan laut yang cantik dan mempesona.
Namun begitu, perlu diingatkan bahawa sebarang aktiviti tangkapan hasil laut tidak dibenarkan sama sekali.
Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Pulau Renggis (Renggis Island Tioman)
10 Tempat menarik untuk pasangan di Pulau Tioman
Alamat: Pulau Renggis, Pahang
Telefon: N/A
Inginkan percutian ke Pulau Tioman yang lain dari yang lain bersama pasangan anda? Jadi, jom ke Pulau Renggis (Renggis Island Tioman)!
Pulau ini merupakan pulau yang terbentuk dari batuan karang dan suatu masa dahulu pernah dinobatkan sebagai pulau tercantik di dunia.
Selanjutnya, pulau kecil ini terletak berhampiran pusat penginapan Berjaya Tioman Resort.
Oleh itu, anda jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati segala pakej yang ditawarkan untuk menjelajahi kawasan ini.
Barat Tioman Beach Resort
11 Resort terbaik di Pulau Tioman
Alamat: Lot 438 Kampung Juara Pulau Tioman, 26800 Kuala Rompin, Pahang
Telefon: 0102526888
Impikan resort terbaik di Pulau Tioman? Jadi, apa tunggu lagi mari menginap di Barat Tioman Beach Resort!
Resort yang terletak di Kampung Juara ini menyediakan sebuah balkoni dan teres untuk pengunjung melihat lebih dekat pemandangan matahari terbit dan terbenam.
Tambahan pula, peralatan sukan air seperti snorkeling dan penyewaan basikal turut disediakan di sini.
Selanjutnya, pengunjung boleh melakukan bermacam aktiviti seperti snorkeling, berkanu, menyelam dan jungle trekking.
Gunung Kajang
12 Aktiviti mendaki di Pulau Tioman
Alamat: Mersing, Pahang
Telefon: N/A
Anda gemar dengan aktiviti lasak seperti mendaki gunung demi menikmati keindahan alam semulajadi? Jom ke Gunung Kajang!
Gunung Kajang ialah sebuah gunung yang terletak betul-betul di tengah Pulau Tioman. Selanjutnya, pendakian untuk sampai ke puncak dianggarkan kira-kira 13 kilometer.
Tambahan pula, gunung ini merupakan antara gunung yang mempunyai hutan dara yang padat dengan flora dan fauna.
Berjaya Tioman Golf & Spa Resort
13 Aktiviti bermain golf di Pulau Tioman
Berjaya Tioman Resort, 26800 Pulau Tioman, Pahang
Telefon: +6094191000
Peminat sukan golf dan dalam masa yang sama inginkan spa di kawasan penginapan yang sama?
Penginapan yang berasaskan resort di Berjaya Tioman Resort ini hanya membezakan jarak 10 minit pemanduan dari Jeti Pantai ABC dan kedudukannya berhadapan laut.
Selain itu, kemudahan dan aktiviti yang ditawarkan adalah sama seperti tempat penginapan yang lain.
Namun begitu, Berjaya Tioman Resort terdapat tambahan dari segi padang golf bagi penggemar sukan golf dan urutan spa untuk memanjakan diri.
Tunamaya Beach & Spa Resort
14 Vila moden, berhawa dingin dengan balkoni
Alamat: Lot 20 & 21, Sarang Burung, Kg. Mukut, 26800 Pulau Tioman, Pahang
Telefon: +6077668888
Impikan penginapan mewah di sekitar Pulau Tioman? Tunamaya Beach & Spa Resort ada jawapannya.
Bagi pengunjung yang berada di Kampung Genting, anda cuma perlu 15 minit perjalanan menaiki bot untuk sampai ke sini.
Selain itu, resort ini berkonsepkan vila moden yang dilengkapi dengan pendingin hawa dan balkoni.
Keistimewaan penginapan ini selain aktiviti sukan laut ialah spa mewah bagi mereka yang ingin menghilangkan keletihan badan setelah seharian berjalan.
1511 Coconut Grove
15 Chalet berbentuk teres tepi pantai
Alamat: Kampung Juara Tioman Pahang, 26800 Kg Juara, Pahang
Telefon: 094194888
Impikan penginapan yang menenangkan dan hanya bertemankan deruan ombak di tepian pantai? Maka, bermalamlah di 1511 Coconut Grove.
Penginapan berasaskan chalet ini terletak hanya 10 kilometer dari Jeti Pantai ABC dan berkonsepkan bentuk teres di tepi pantai yang indah mempesona.
Selain itu, kemudahan yang disediakan wifi percuma dan sarapan continental turut dihidangkan.