Table of Contents
Adakah anda rasa stress, letih, moody, rasa terasing atau tak semangat? Jika ya, itu tandanya anda perlukan sedikit masa untuk self healing dan memanjakan diri sendiri.
Sebenarnya, tempat self healing ini sangat sesuai untuk menikmati masa me time yang santai dan menenangkan.
Selain menawarkan pelbagai aktiviti dan terapi yang membantu mengurangkan tekanan, ia juga meningkatkan kestabilan emosi anda.
Namun, di mana sebenarnya tempat-tempat menarik untuk healing di Selangor dan KL? Jangan risau, kami akan menyenaraikan beberapa tempat healing di Selangor dan KL yang terbaik untuk membantu anda.
Lebih menarik lagi, anda berpeluang mengunjungi hidden gems in Selangor yang pasti akan memberikan kebahagiaan kepada diri anda.
Jadi, berikanlah ruang untuk diri anda dan bersedia untuk perjalanan percutian healing yang menakjubkan di sekitar KL dan Selangor!
Senarai Tempat Menarik Untuk Healing di KL & Selangor
Colony By Infinitum Klcc
1 Tempat healing di tengah bandar Kuala Lumpur
Alamat: Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Chowkit / Putra WTC, Kuala Lumpur, Malaysia
Hubungi: +6561003515
Terletak di tengah-tengah bandar KL, penginapan menarik ini patut ada dalam senarai tempat self healing anda.
Apa yang menarik, hotel di KL ini mempunyai kolam renang yang bukan sahaja luas, malah mempunyai ‘view’ KLCC dan menara KL.
Pusat kecergasan, spa, jakuzi dan kolam renang untuk kanak-kanak pun ada tau! Pada waktu pagi atau petang, anda berjalan kaki ke KL Forest Eco Park.
Sementara harga tengah murah iaitu RM164 sahaja semalam, ‘booking’ hotel ini di bawah!
Ulasan pengunjung:
“Apartmen itu bagus, dengan pemandangan yang indah. Pemandangan dari kolam renang jauh lebih cantik. berbaloi untuk wang..” - Shahmi
Eagle Feeding, Kuala Selangor
2 Beri makan helang dan lihat pemandangan indah di Selangor
Alamat: Pasir Penambang, Kuala Selangor, Selangor
Hubungi: N/A
Jika anda ingin merasai pengalaman memberi makan helang, tempah sahaja pakej serendah RM 20 seorang di bawah tau!
Sebaik sahaja perjalanan bot ke Pasir Penambang bermula, pengunjung boleh melihat 20-40 ekor helang terbang bebas di langit.
Sambil memberi makan helang-helang tersebut, anda dapat menikmati pemandangan yang tenang dan indah di sekitar kawasan ini.
Selain itu, pengunjung juga boleh mengambil gambar helang dan melihat matahari terbenam. Aktiviti ‘healing’ ini sangat unik kan?
Air Terjun Kanching
3 Air terjun Selangor
Alamat: Kilometer 17, Jalan, Jalan Rawang, Templer Baiduri, 48000 Rawang, Selangor
Tel: 03-60916131
Jika anda suka dengan alam semula jadi, tempat ini benar-benar memberikan ketenangan kepada jiwa.
Terletak di Taman Rekreasi Kanching dan hanya 40 minit pemanduan dari pusat bandar Kuala Lumpur.
Tempat ini sangat popular antara pendaki dan pengunjung yang ingin berkelah, mandi-manda serta berkhemah.
Menariknya lagi, terdapat 7 tingkat air terjun yang memukau, bermula dari yang pertama yang hanya memerlukan lima minit berjalan kaki dari kawasan letak kereta.
Selain healing, tempat ini sesuai untuk outing bersama keluarga atau member!
Bayaran letak kereta: RM4 setiap kenderaan
Waktu operasi: Setiap hari (8:15 pagi –4:45 petang)
Pantai Bagan Sg Burung
4 Healing vibes pantai selangor
Alamat: Bagan Lalang, 43950 Tanjong Sepat, Selangor
Tel: N/A
Datanglah awal dan cari tempat yang teduh, jika tidak, cuaca akan terlalu panas dan terik pada tengah hari. Pantai yang cantik untuk self healing dan picnic bersama keluarga.
Salah satu pantai terdekat dari KL, hanya mengambil masa kira-kira 1.5 jam untuk tiba di sini. Anda boleh melihat pasang surut air dan matahari terbenam di sini.
Pantai ini sangat bersih dan terdapat gerai makanan, surau, dan tandas, tempat mandi serta taman permainan. Jom lihat view pantai Selangor yang indah!
Kalau korang nak staycation, ada dua pilihan hotel. Pertama, Avani Hotel dengan konsep mewah. Kalau nak budget-friendly sikit, jangan risau, Seri Malaysia Bagan Lalang pun ada!
Baca: 15 Private Pool Homestay Di Selangor & Lembah Klang Yang Terbaik
Pantai Morib Banting
5 Suasana tenang dan bunyi ombak
Alamat: Morib, 42700 Banting, Selangor
Tel: N/A
Kalau anda cari tempat yang tenang untuk santai atau nak healing, jomlah datang sini! Pantai di Selangor ni memang sesuai sangat untuk buat half day trip.
Tengah air surut tu, korang boleh tengok pemandangan indah dari pantai yang terbentang sampai Selat Melaka dan ketam-ketam kecil yang bergerak atas pasir.
Dekat situ ada taman pantai dengan playground. Anak-anak boleh bermain riang sambil korang relax kat pantai. Nak stay lagi sehari, booking penginapan Gold Coast Morib Resort!
Eco Grandeur Park Puncak Alam
6 Tempat healing percuma di Selangor
Alamat: Eco Grandeur Park Puncak Alam, Selangor
Tel: N/A
Sebuah taman mini dengan landskap dan pemandangan yang indah.
Selain menjadi salah satu tempat healing, pengunjung boleh melihat matahari terbenam dan berkumpul bersama keluarga.
Ini tempat percuma di Selangor yang bagus untuk melakukan aktiviti menarik, antaranya picnic, berehat, bersenam, berbasikal, jogging, bermain bola keranjang, futsal, dan lain-lain.
Pemandangan di sini sungguh menakjubkan dengan tasik buatan, taman mini (stardust forest & secret forest) dan dua tapak jogging besar yang dihubungkan oleh jambatan ala-ala London Bridge.
Terdapat kemudahan awam seperti taman permainan, kawasan jogging, peralatan senaman, padang futsal, padang bola keranjang, dan tandas.
Tempat ni juga perfect untuk ambil gambar OOTD!
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi –8 malam)
Shah Alam Community Forest
7 Healing dengan aktiviti hiking di Shah Alam
Alamat: Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor
Tel: 011-33886483
Jangan risau kalau korang pemula, tak terlalu sukar pun. Ikut je rombongan depan korang dan kalau boleh hiking dalam kumpulan!
Tempat menarik Shah Alam ini sangat sesuai untuk healing sambil melihat hutan kehijauan. Laluan hutan komuniti ni besar dan terletak strategik di kawasan barat Lembah Klang antara KL dan Klang.
Tempat ni memang best untuk hiking, sesuai untuk pemula, dan ada beberapa tempat duduk untuk berehat dan menikmati pemandangan.
Banyak checkpoint menarik dalam laluan ni, seperti Taman Puncak, Mirror Lake, Puncak Alam Budiman, Station C, dan Station B. Tapi yang paling popular ialah mirror lake dan Taman Puncak.
Pemandangan tasik kebiruan yang sangat indah, rasa macam nak duduk di situ sepanjang hari. Parking tidak disediakan di pintu masuk, tapi korang boleh park kereta dekat Petron Setia Alam dan jalan kaki dalam 10 minit je.
Elakkan beri makanan pada kera dan berhati-hati jika terjumpa kera kerana binatang ini lebih agresif apabila terbau makanan dan boleh menyerang anda.
Di sini banyak pokok dan tumbuhan yang seperti dalam filem Jurassic. Jangan lupa bawa air secukupnya sebab korang akan habiskan masa sekurang-kurangnya 4 hingga 5 jam di sini.
The Nahara Kalumpang
8 Chalet tepi sungai untuk self healing
Alamat: Kampung Pasir Putih, 44100, Selangor
Tel: 019-4312193
Ketika pertama kali memasuki The Nahara, anda pasti akan terpesona dengan keindahannya!
Anda boleh memilih untuk membayar yuran masuk untuk menikmati sungai, tempah gazebo untuk berpicnic/BBQ, atau menginap semalam di bilik, chalet atau berkhemah.
Malam di sini sangat sejuk, jadi anda tidak perlu menghidupkan aircond atau kipas.
Pilihlah chalet yang berdekatan dengan sungai dan dilengkapi dengan bilik mandi peribadi.
Tempat terbaik untuk percutian bersama keluarga dan rakan-rakan. Terdapat juga bilik mandi, tandas, gazebo, pondok, canopy, dan chalet kecil tersedia.
Tempat ini juga sangat selamat untuk kanak-kanak bermain di sungai dengan adanya tali keselamatan yang melintasi sungai.
Sementara tu boleh picnic tepi sungai dan melihat keindahan alam! Jika mencari tempat yang tenang untuk healing, The Nahara pilihan terbaik!
Kawasan di sepanjang sungai sangat bersih, memberikan suasana picnic yang menyenangkan dengan bunyi air sungai yang mengalir dari aliran air terjun berdekatan.
KL Forest Eco Park
9 Jambatan gantung dengan pemandangan menarik
Alamat: Jalan Puncak, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: N/A
Pilihlah Taman Eco Hutan KL sebagai tempat self healing di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur!
Rasakan ketenangan dan keharmonian yang tidak dapat digambarkan saat berada di sini.
Pemandangan alam semula jadi yang hijau dan menyegarkan akan membangkitkan perasaan positif dan ketenangan dalam diri anda.
Keistimewaan tempat ini terletak pada kehadiran hutan hujan tropika yang terpelihara dengan baik.
Menariknya lagi, anda boleh berjalan melalui jambatan gantung yang menawarkan pemandangan menarik.
Teduhan Langat Retreat, Hulu Langat
10 Tempat healing vibe kampung
Alamat: Lot 1491, Batu 20, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor
Tel: 013-833 8245
Teduhan Langat Retreat menawarkan pelbagai pilihan penginapan termasuk chalet, rumah warisan, dan kem berkhemah/glamping. Dikelilingi oleh hutan, sungai, dan bukit.
Ketika tiba di sini, anda akan disambut oleh burung merak yang cantik. Dari beranda, anda dapat melihat rusa, itik, dan kolam memancing.
Suara alam semulajadi sangat jelas terutama pada waktu malam yang sejuk. Terdapat juga kolam renang besar dengan peluncur yang menarik.
Malah, ada taman mini yang membolehkan anda memberi makan burung-burung, arnab, kambing, ayam, itik, angsa, kambing, rusa, dan merak.
Terdapat juga sebuah gazebo besar untuk bersantai atau aktiviti barbeku. Lokasi ini berdekatan dengan Hutan Lipur Gunung Nuang dan Sungai Chongkak.
Bukit Jelutong Eco Community
11 Zoo mini untuk healing di Shah Alam
Alamat: Jalan Lelangit U8/45, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Tel: N/A
Tempat ini sangat menarik untuk dikunjungi oleh semua golongan dengan view serupa seperti New Zealand.
Fasiliti di sini juga lengkap, termasuk tandas, surau, pondok, bangku tepi tasik, dan tempat berteduh jika hujan dan paling penting masuk percuma!
Haiwan-haiwan di sini dibiarkan berjalan-jalan di taman dan makanan untuk haiwan juga disediakan. Antara haiwan-haiwan yang terdapat di sini adalah itik, angsa, kambing, biri-biri, merak, arnab, dan banyak lagi.
Suasana di sini sangat tenang dengan pokok-pokok hijau, tasik dan pemandangan bukit. Taman ini bukan sahaja sebagai tempat rekreasi, tapi juga tempat untuk mempelajari haiwan.
Malah, anda boleh berehat dan melakukan aktiviti luar seperti berjoging sambil melihat pemandangan bersama rakan-rakan atau keluarga.
Anda juga boleh melihat itik dan angsa berenang dalam tasik ni. Lagi menarik, anda boleh berpicnic di tepi tasik!
Jika anda pencinta alam atau haiwan, tempat ini wajib anda lawati!
Tambah lagi, anda boleh berehat menghadap tasik dan mengambil gambar ootd yang menarik di sekitar sini. Nikmati pengalaman seperti berada di ladang dengan suasana yang tenang!
Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 7 malam)
Perdana Botanical Garden
12 Berjalan-jalan di tengah taman yang luas
Alamat: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-2276 0432
Alam semula jadi yang menakjubkan dan udara segar menanti anda di Taman Botani Perdana (Perdana Botanical Garden).
Dahulu dikenali sebagai Taman Tasik Perdana, tempat ini merupakan destinasi terbaik dan percuma untuk “me time” di Kuala Lumpur.
Anda juga boleh berjalan-jalan melalui taman yang subur, berbasikal, melawat rumah tanaman orkid atau picnic di atas rumput.
Di sini juga terdapat pelbagai kemudahan seperti kedai cenderahati, trek jogging, tempat letak kenderaan, surau, kafe, gazebo, taman permainan, gelongsor, buaian, dan meja berkelah. Di dalamnya terdapat juga rusa, burung, dan rama-rama.
Anda juga berpeluang untuk menjelajahi keindahan taman ini, mengambil gambar indah, atau bersantai dengan alam semula jadi.
Tidak ketinggalan, tarikan utama di sini termasuklah Pusat Penyelidikan dan Pemuliharaan, Laman Perdana, Pulau Cycad, Taman Rusa, Taman Herba dan Rempah, Taman Sunken, Taman Bunga Raya, Taman Orkid, Herbarium, dan Jalan Brownea.
Waktu operasi: 7 pagi hingga 8 malam
Kuala Kubu Bharu
13 Tempat healing Hulu Selangor
Alamat: Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor
Tel: N/A
Kuala Kubu Bharu adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang mencari tempat untuk self healing. Di sini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti lasak dan semulajadi yang menarik.
Anda boleh melibatkan diri dalam paragliding yang mengejutkan, rafting yang mengujakan, serta mendaki Bukit Kutu yang mencabar.
Anda juga boleh merasai kesegaran air terjun di Sungai Chiling, menikmati keseronokan aktiviti rope swing, berendam dalam kolam air panas di Hulu Tamu, menginap di The Stick atau Sarang by the Brook.
Penginapan ini memang perfect untuk korang yang suka nature dan bersantai!
Jika anda mencari pengalaman yang lebih unik, anda juga boleh mencuba tandem paragliding. Kuala Kubu Bharu memang tempat yang membangkitkan semangat dan menenangkan jiwa.
Bukit Antarabangsa View Point
14 Tempat healing Bukit Antarabangsa
Alamat: Taman Wangsa Ukay, 68000 Ampang Jaya, Selangor
Tel: N/A
Jika anda mencari tempat untuk healing di KL, datanglah ke Bukit Antarabangsa View Point. Pemandangan matahari terbenam dan view KL dari jauh yang indah di sini akan membuat anda rasa tenang.
Datanglah sebelum pukul 5:30 petang supaya anda dapat menikmati pemandangan menara KL, KLCC, dan landmark lainnya yang tinggi.
Udara segar di sekitar tempat ini akan membuat anda semakin rileks. Terdapat juga warung makanan kecil dan kedai kopi terdekat.
Pengunjung yang pernah datang memang rekomen Bukit Antarabangsa ini kerana anda boleh melihat matahari terbenam dan pemandangan KL dari tempat tinggi tanpa perlu hiking atau jalan jauh.
Tempat ini juga berdekatan dengan Bukit Antarabangsa Sunset View. Anda boleh berjogging, berjalan-jalan, dan berkelah bersama pasangan atau member!
Jangan lupa bawa tikar piknik dan snek ringan kerana anginnya agak kencang dan terdapat banyak tempat teduh ketika matahari terbenam.
Tempat ini percuma, tenang, dan tidak terlalu ramai, jadi anda boleh menikmati waktu me time. Ia merupakan tempat terbaik untuk melihat KLCC dari jauh!
Spa Village Ritz Carlton Kuala Lumpur
15 Terapi urutan badan
Alamat: 168, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-2782 9090
Sesi urutan badan selama satu jam akan membuat anda rasa lebih baik selepas seminggu yang penat dan stres. Spa Village di Ritz Carlton Kuala Lumpur adalah destinasi mewah untuk urutan badan.
Perkhidmatan yang disediakan termasuk urutan tradisional Bali, Melayu, Thai, Swedish, urutan batu panas, dan aromaterapi.
Tambahan pula, terdapat juga facial ala Eropah, scrub badan, dan pembalut badan.
Salah satu pakej yang sangat disyorkan ialah Sensory Exploration selama 90 minit. Dalam pakej ini, anda akan menikmati urutan kepala dan kaki dengan aromaterapi.
Setelah urutan selesai, anda boleh berehat dan bersantai di gazebo yang terletak di luar spa dengan suasana hijau yang menenangkan dan pancuran air yang indah.
Lokasi terbaik untuk recharge dan kembali bertenaga!
Baca: 15 Chalet Tepi Pantai Terbaik Malaysia (Family Day & Honeymoon)
Sekeping Serendah Retreats
16 Tempat yang penuh privasi dan ketenangan
Alamat: Sekeping Serendah Retreats, Jalan Ipoh, Kampung Orang Asli Serendah, 48200 Serendah, Selangor
Tel: 012-3246552
Korang pernah dengar tak tentang Sekeping Serendah? Penginapan tersembunyi di dalam hutan ini terletak di Selangor.
Tempat ni memang sesuai untuk orang yang suka privasi, bawa keluarga, melepak dengan rakan-rakan atau sekadar berdua dengan pasangan.
Di Sekeping Serendah, bilik-biliknya terbuka ke hutan dengan tingkap kaca yang dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau. Tiada tv atau restoran di sini, dan WiFi hanya disediakan di kawasan umum.
Terdapat dua kolam renang di sini, jadi korang boleh berendam sambil menikmati kehijauan hutan sekeliling. Selain berenang, korang juga boleh adakan majlis BBQ party dan luangkan masa santai di tepi kolam renang.
Korang juga boleh berjalan-jalan di hutan mengikut laluan yang telah ditetapkan. Suasana hutan ni memang dapat menyembuhkan emosi dan perasaan korang.
Jadi, kalau korang nak cari ketenangan dalam diri dan luangkan masa melepak dengan alam semulajadi, Sekeping Serendah ni tempat yang korang tak boleh lepaskan!
Grand Hyatt Kuala Lumpur
17 Solo staycation di KL
Alamat: 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-21821234
Terletak di Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Center, hotel mewah ni mempunyai rekabentuk moden sesuai untuk mereka yang mempunyai high taste!
Di Grand Hyatt Kuala Lumpur, anda boleh menikmati pelbagai kemudahan yang akan membuat ‘me time’ dan staycation anda di sini menjadi penuh makna.
Berenang di outdoor pool, bersenam di gym 24 jam dengan personal trainer, memanjakan diri dengan rawatan spa yang menyegarkan, bersantai di jacuzzi, atau mengeluarkan peluh di sauna.
Anda juga boleh melepak di dalam bilik dan menikmati pemandangan KLCC.
Apa pun pilihan korang, hotel ini membuatkan anda feel mewah dan pengalaman yang tak terlupakan.
Jomlah menginap dan healing kat sini. Confirm takkan menyesal!