Table of Contents
Adakah anda ingin bercuti di tempat menarik Shah Alam? Setiap tempat menarik ini mempunyai keunikan tersendiri.
Shah Alam daerah Selangor ini juga berdekatan dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Bagi ibu dan bapa yang ingin mengambil anak mereka pulang dari universiti di Shah Alam boleh membawa anak-anak mereka ke tempat-tempat menarik ini.
Sekiranya anda berkunjung ke Shah Alam, jangan lupa untuk singgah tempat menarik ini.
Senarai tempat menarik di Shah Alam
Setia City Mall
1 Mall di Shah Alam
Alamat: 59, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-3375 8688
Dengan pelbagai jenama terkenal seperti Parkson, Kaison, H&M dan banyak lagi, Setia City Mall pasti menjadi destinasi idaman untuk kaki shopping.
Selain daripada berbelanja, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti bermain bowling, karaoke atau berehat di tepi taman berhadapan pusat membeli-belah ini.
Pemandangan tasik buatan dan air pancut yang berwarna-warni akan memukau mata. Bagi mereka yang membawa kanak-kanak, terdapat taman permainan yang sesuai untuk aktiviti keluarga.
Taman Persahabatan Selangor-Jepun
2 Taman Jepun di Shah Alam
Alamat: Persiaran Bandar Raya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Tel: N/A
Taman bertema Jepun ini salah satu destinasi menarik percuma di Shah Alam yang menarik penduduk tempatan serta pelancong luar.
Berdekatan dengan Masjid Shah Alam, taman Jepun Shah Alam ini turut menyediakan tempat letak kenderaan percuma.
Antara tarikan menarik di dalamnya termasuk ruang zen, kolam, ruang refleksologi, dan ruang teres yang menawarkan pemandangan indah.
Jika nak ‘feeling’ berada di Jepun, singgah sini!
Evolt Karting, Shah Alam
3 Trek go-kart indoor pertama di Malaysia
Alamat: U6, PT 3779 (HSM 6462 Jalan 4D, Seksyen, Kampung Subang Baru, 40150 Shah Alam, Selangor
Tel: 012-648 8064
Korang tau tak, Shah Alam juga mempunyai “Indoor Electric Karting Centre” pertama di Malaysia.
Karting itu juga sangat pantas dengan stereng gaya F1 dan tempat duduk yang boleh dilaras.
Di sini juga terdapat dek tontonan menghadap ke litar, trek untuk kanak-kanak dan dewasa serta penghalang trek yang selamat.
Staffnya peramah, tempat ini juga berhawa dingin dan sebelum bermula ada taklimat keselamatan.
Dengan harga tiket serendah RM 70 sahaja, anda boleh bergembira bersama sekumpulan rakan atau keluarga dengan sesi karting yang mendebarkan ini!
Tuft Space (Tufting Workshop)
4 Art craft workshop di Shah Alam
Alamat: Eco Ardence, No 46-1, Jalan Eco Ardence C U12/36C Eco Ardence Seksyen, U12 Shah Alam, Shah Alam, Selangor
Tel: 010-278 2378
Apa yang menarik di Tuft Space ialah anda diberi pilihan untuk bengkel tufting atau bengkel lampu neon.
Di samping aktiviti ini menyeronokkan dan unik, daya kreativiti anda juga akan terserlah. Pengajar di bengkel ini juga boleh berbahasa Melayu/Inggeris/Cina.
Melalui bengkel Tufting, anda boleh mencipta seni gantung dinding atau permaidani reka bentuk pilihan anda dengan bimbingan profesional.
Manakala, dalam bengkel lampu neon pula, pengunjung boleh mencipta lampu neon secara DIY.
Dengan bayaran yang berpatutan, pengunjung akan diberikan semua peralatan & bahan tufting termasuk kain primer dan 80 warna benang akrilik.
Selepas selesai, bolehlah bawa pulang, letak dalam bilik atau upload di story Instagram!
Baca: 15 Tempat Menarik Untuk Company Trip Di Malaysia 2023
Taman Tasik Elmina
5 Tempat menarik untuk bergambar di Shah Alam
Alamat: Elmina Valley Park, 176, Jalan Metafasa U16/3, 40160 Shah Alam, Selangor
Hubungi: 0378312253
Di bandar baru Elmina City, anda akan menemui dua lokasi menarik untuk bergambar.
Pertama, terdapat laluan pelangi berwarna-warni yang cantik dan keduanya ‘Elmina Iconic Bridge’ yang unik di Elmina Valley Park.
Apabila matahari terbenam, pengunjung berpeluang melihat jambatan Elmina menyala seakan warna merah terang.
Selain itu, terdapat Elmina Central Park yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga dengan kemudahan sukan dan pengunjung juga boleh berbasikal mengelilingi taman yang cantik ini.
Bukit Jelutong Eco Community
6 Zoo mini percuma di Selangor
Alamat: Jalan Lelangit U8/45, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Hubungi: N/A
Nikmati keindahan alam semulajadi dan melihat haiwan-haiwan yang menarik di Bukit Jelutong Eco Community!
Dibuka seawal jam 7 pagi, taman awam ini popular dalam kalangan penduduk Selangor untuk jalan jalan dan beriadah pada waktu pagi serta petang.
Pengunjung boleh melepak di taman, berkelah bawah pokok menghadap tasik, memberi makan haiwan, memancing, mendaki di laluan khas dan berbasikal mengelilingi taman.
Jangan lupa bergambar dengan latar belakang bukit dan datang sini bersama keluarga!
D’Network @ Setia Eco Park
7 Tempat lepak di Shah Alam
Alamat: D’Network @ Setia Eco Park, Jalan Setia Nusantara U13/17, Setia Alam, Seksyen U13, Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Tel: +60333432228
Ingin mencari tempat ‘hangout’ yang menarik di Shah Alam? Datanglah ke Setia Eco Park pada waktu malam!
Taman menarik di Selangor ini menampilkan air pancutan di tengah tasik, dengan kedai-kedai bercahaya dan pemandangan sekeliling tempat ini juga indah tau!
Pengunjung juga boleh berjoging, berkelah tepi tasik, bermain di playground, menyertai aktiviti sukan di dalam premis atau sekadar berjalan-jalan sekitar taman.
Jika lapar, anda boleh memilih makanan dari barat hingga masakan fusion. Paling penting, tempat menarik sekitar Selangor ini ‘pet friendly’.
Taman Tasik Shah Alam
8 Tempat picnic di Shah Alam
Alamat: Pesiaran Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-5522 2834
Taman Tasik Shah Alam merupakan antara taman yang terbaik di Selangor. Selain berjogging dan jalan jalan, anda juga boleh melihat pemandangan yang indah seperti masjid Shah Alam.
Tempat ini sangat sesuai untuk berkelah kerana terdapat banyak tempat berteduh. Antara aktiviti menarik disini ialah bungee jumping, berkayak, melalui jambatan bergoyang dan sebagainya.
Pemandangan malam juga sangat cantik terutamanya di kawasan air terjun. Jadi tidak hairanlah taman Shah Alam ini menjadi tarikan pengunjung untuk beriadah.
Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
9 Masjid cantik di Shah Alam
Alamat: Persiaran Masjid St., Sekysen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-5519 9988
Sekiranya anda berkunjung ke Taman Tasik Shah Alam seperti yang dicadangkan, anda pasti melihat masjid ini di tasik itu.
Inilah Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz. Masjid ini mempunyai reka bentuk dan sejarahnya yang tersendiri yang pasti membuatkan anda teruja apabila mengetahuinya.
Masjid ini sangat digalakkan untuk dikunjungi sekiranya anda tiba di daerah Shah Alam. Lepas tu, singgah Dataran Shah Alam yang berdekatan.
Perpustakaan Raja Tun Uda
10 Perpustakaan menarik di Shah Alam
Alamat: Jln Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-5519 7667
Anda inginkan suasana yang sunyi dan memerlukan pemandangan yang indah?
Perpustakaan Raja Tun Uda adalah tempat yang sesuai kerana sambil anda membaca buku dan berehat, anda dapat melihat pemandangan indah di sekeliling anda.
Tempat ini sesuai untuk menenangkan fikiran dan berehat sebentar setelah puas berjalan. Kemudahan yang disediakan disini juga sangatlah banyak dan memuaskan!
Waktu operasi: setiap hari ( 9 pagi – 6 petang)
I-City Shah Alam
11 Tempat menarik Shah Alam pada waktu malam
Alamat: i-Gallery, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-5521 8800
Anda ingin menghabiskan malam anda di tempat yang cantik dan seronok? I-city lah tempatnya dengan pemandangan malam dipenuhi lampu-lampu menarik serta pelbagai permainan yang anda lakukan.
Luangkan masa bersama anak-anak mahupun sahabat dengan bermain dan mencipta kenangan indah bersama. I-City Shah Alam bayaran hanya bermula dari RM33.
Ini juga salah satu keistimewaan Shah Alam. Tempat cantik di Shah Alam ini juga mempunyai banyak spot yang cantik untuk anda bergambar.
Baca: 16 Tempat Menarik Di Selangor Yang Percuma & Terbaik
I City Snowalk
12 Tempat menarik untuk dating di Shah Alam
Alamat: Jalan Multimedia 7/Ah, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-5521 8800
Anda ingin merasai suasana salji seperti di luar negara? Marilah berkunjung ke I-City Snowalk dan rasai kesejukan dan kenikmatan berada di tempat salji.
Anak-anak anda pasti menyukai sekiranya anda bawa mereka ke sini. Terdapat, pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan seperti mencipta snow ball, bergambar, bermain salji dan banyak lagi.
Waktu operasi: Isnin – jumaat (3petang – 11malam) & sabtu – ahad (1petang – 11malam)
Taman Botani Negara Shah Alam
13 Taman di Shah Alam
Alamat: Taman Pertanian Malaysia, 40170 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-5510 7048
Taman botani adalah tempat yang wajib anda kunjungi jika anda adalah pencinta alam semula jadi. Menariknya di sini anda boleh melakukan aktiviti fly fishing, berbasikal dan banyak lagi.
Terdapat tarikan seperti taman haiwan, rumah iklim sederhana 4 musim dan rumah kampung setiap negeri di Malaysia.
Selain itu, tersedia kemudahan surau, tempat letak kenderaan dan pondok rehat. Jangan lupa selfie disini!
Waktu operasi: Selasa – ahad (7:30 pagi – 4:00 petang)
Laman Seni 7
14 Lokasi outdoor photoshoot Shah Alam
Alamat: Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: 013-6032411
Laman seni 7 ini juga tempat yang menarik untuk dikunjungi. Terdapat banyak lukisan-lukisan yang cantik di dinding dan realistic.
Tempat ini sesuai untuk anda yang ingin mengambil gambar yang cantik untuk dibuat kenangan.
Seni-seni di laman ini membuatkan anda terpukau dengan seni lukis yang dipersembahkan oleh pelukis.
Shah Alam Extreme Park
15 Aktiviti lasak dan ekstrem di Shah Alam
Alamat: Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Telefon: 012-2878787
Lihat daripada nama sahaja anda sudah tahu bahawa tempat ini merupakan tempat anda melakukan sukan-sukan yang ekstrem.
Antara aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan ialah skateboarding, rock climbing, roller skating dan sebagainya.
Tempat best di Shah Alam ini sesuai untuk anda yang suka mencabar diri dan menghilangkan stress dengan melakukan aktiviti seperti ini.
Wetworld Shah Alam
16 Taman tema air di Shah Alam
Alamat: 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-5513 2020
Wetworld Shah Alam merupakan tempat yang sesuai bagi anda yang meminati aktiviti air.
Pelbagai kemudahan dan permainan disediakan untuk memuaskan hati pelanggan. Taman Tema Air Wet World ini sesuai untuk kanak-kanak kerana kolamnya cetek.
Malah, waterpark ini juga seringkali memberikan diskaun yang menarik dan sesuai untuk aktiviti team building di Selangor.
Waktu operasi: khamis – selasa (10 pagi – 6 petang)
Shah Alam Community Forest
17 Bukit di Shah Alam
Alamat: Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor
Telefon: 011-33886483
Bagi anda yang meminati kehijauan dan menyukai keindahan alam amatlah sesuai untuk anda singgah ke Shah Alam Community Forest ini ataupun dikenali sebagai Setia Alam Community Trail.
Anda boleh mendaki dengan memilih laluan yang sesuai sambil melihat keindahan alam. Jom sihatkan tubuh badan dan menikmati udara segar!
Stadium Shah Alam
18 Stadium di Shah Alam
Alamat: Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Telefon: –
Stadium Mini Shah Alam ini mempunyai reka bentuk yang menarik dan sesuai untuk dijadikan spot mengambil gambar.
Tempat ini mempunyai banyak sejarah tersendiri dan berkapasiti lebih daripada 80,000 orang pada satu masa.
Di sekeliling stadium ini, juga terdapat gerai-gerai makanan yang sering beroperasi terutama semasa bulan Ramadan.
Litar Go Kart
19 Aktiviti outdoor di Selangor
Alamat: Go Kart Circuit, Stadium Car Park, Western 5, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-55125868
City Karting menawarkan perhidmatan Go Kart bagi mereka yang meminatinya. Litar Go kart ini memiliki lebih kurang 15 selekoh yang mencabar.
Anda yang sukakan cabaran pastinya menikmati pengalaman menaiki Go Kart di litar ini.
Jadi apa tunggu lagi, jangan lupa singgah sekiranya anda berkunjung ke Shah Alam.
Laman Budaya, Galeri Shah Alam
20 Bangunan bersejarah di Selangor
Alamat: Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-55105344
Laman Budaya Shah Alam atau juga dikenali dengan Galeri Shah Alam ini mempunyai tiga ruang pameran. Pameran yang ditunjukkan termasuk pameran koleksi, lukisan kanak-kanak dan banyak lagi.
Anda yang meminati sejarah dan suka melihat lukisan digalakkan untuk berkunjung ke Laman Budaya Galeri Shah Alam ini.
Waktu operasi: Isnin – jumaat (9 pagi – 5 petang)
Zipline Shah Alam
21 Aktiviti flying fox di Shah Alam
Alamat: Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: 011-29801801
Bagi anda yang meminati aktiviti ekstrem, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Zipline Shah Alam ini untuk melakukan aktiviti flying fox.
Anda dapat menikmati pemandangan tasik Shah Alam sambil menjalankan aktiviti zipline ini. Sebarang info, sila lihat di laman Instagram mereka iaitu Zipline Shah Alam.
Waktu operasi: selasa – jumaat (10 pagi – 6:30 petang) & sabtu, ahad (8:30 pagi – 6:30 petang)
Mudtrekker Paintball Park
22 Tempat menarik di Shah Alam untuk remaja
Alamat: Jalan Hijau Serindit U9/68, Seksyen U9, Cahaya SPK, 40150 Shah Alam, Selangor
Telefon: 016-3231144
Anda sedang bercuti beramai-ramai bersama keluarga mahupun sahabat dan tidak tahu aktiviti outdoor yang ingin dilakukan?
Terdapat beberapa tema zon perang yang boleh anda pilih, dan setiap satu mempunyai cabaran unik yang bagus untuk mengasah kemahiran taktikal anda. Kakitangan juga sangat mesra dan profesional.
Kemudahan termasuk bilik mandi, tandas, surau, dan dapur (tempah makanan sebelum acara). Datang ke tempat menarik Selangor ini dan gembira bersama!
Waktu operasi: selasa – jumaat (10 pagi – 5 petang) & sabtu – ahad (9 pagi – 5 petang)
Pasar Malam Setia Alam
23 Pasar malam di Shah Alam
Alamat: Jalan Setia Prima A U13/A, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Telefon: –
Syurga makanan! Itulah yang boleh digambarkan dengan pasar malam ini. Sekiranya anda kaki makan, anda wajib datang ke sini.
Pasar malam ini akan buat anda rambang mata dengan pelbagai aneka pilihan. Pastikan membawa wang lebih tau!
Denai Alam Riding & Recreational Club (DARC)
24 Aktiviti berkuda di Shah Alam
Alamat: No 1, Jalan Elektron U16/100 Seksyen 16, Denai Alam, 40160, Selangor
Telefon: 010-2402606
Pernah rasa menunggang kuda? Takut jatuh? Jangan risau disini para pelatih yang berkemahiran tentang kuda. Bahkan, semua lapisan umur boleh menunggang kuda.
Jika anda mempunyai anak-anak yang ingin membelai kuda pony, disini juga boleh! Kebanyakan pengunjung sangat berpuas hati dan akan kembali jalan jalan hujung minggu bersama orang tersayang.
Tempat best di Shah Alam ini juga lengkap dengan surau dan gerai makan. Tangkap gambar kenangan banyak-banyak tau!
Taman Rekreasi Alam Megah
25 Taman rekreasi di Shah Alam
Alamat: Taman Alam Megah, 40400 Shah Alam, Selangor
Telefon: –
Anda masih tercari-cari kawasan untuk lepak yang percuma? Jom ke taman di Shah Alam ini.
Disini ada trek jogging, wakaf rehat, parking, restoran, taman permainan dan tandas serta pelbagai peralatan senaman disediakan.
Selain itu, anda boleh berjogging, bermain badminton, bola sepak dan sebagainya.
Kompleks Taman Seni Islam
26 Galeri seni islam di Shah Alam
Alamat: 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-55119001
Kompleks bercirikan islam ini, turut menyimpan khazanah yang memukau. Anda yang datang ke sini akan tertarik dengan keindahan tulisan khat.
Malahan, pelbagai informasi yang berkaitan tamadun islam dan kreativiti para pelukis islam banyak dipamerkan di sini.
Lebih menarik lagi anda boleh melihat manuskrip asli Al-Quran asli yang berharga 20 juta ringgit Malaysia.