Table of Contents
Rata-rata pengunjung dari dalam mahupun luar negara yang melancong ke Kuala Lumpur pastinya memilih penginapan hotel view KLCC terbaik bukan?
Jika Eiffel Tower menjadi bangunan ikonik di Perancis manakala Menara Berkembar Petronas pula menjadi lambang kemegahan Malaysia.
Bangunan ikonik ini pernah dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 451 m sekitar tahun 1998 hingga 2004 sebelum diambil alih oleh bangunan Taipei 101.
Senarai hotel dengan view KLCC yang terbaik
Dikenali sebagai Petronas Twin Towers atau KLCC Twin Towers menempatkan banyak tarikan menarik untuk dikunjungi.
Antaranya ialah Aquaria KLCC, Suria KLCC, Petrosains, Taman KLCC dan banyak lagi.
Baca: 15 Hotel Murah & Terbaik Di Kuala Lumpur Untuk Bermalam
Dengan ini, terdapat banyak penginapan yang disediakan bagi memudahkan urusan pelancongan anda di hotel dengan KLCC Twin Tower view ini.
Berikut hotel nampak view KLCC terbaik sebagai destinasi percutian anda.
Pavilion Hotel Kuala Lumpur
1 Hotel nampak KLCC
Alamat: 170, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-2117 2888
Diuruskan oleh Banyan Tree, Hotel Pavilion terletak di sekitar Bukit Bintang dan menghubungkan anda terus ke KLCC melalui laluan pejalan kaki yang dilindungi.Â
Selain itu, tidak jauh dari salah satu taman tema terbaik di KL iaitu Berjaya Times Square Theme Park.
Tempat di mana seisi keluarga boleh menikmati rides yang menyeronokkan dan lepas tu cuba makanan jalanan di Jalan Alor.
Perkhidmatan bilik disediakan 24/7, sarapan pagi percuma, ada restoran menyajikan masakan Jepun, kolam renang infiniti atas bumbung dan spa mewah, serta gim dan bilik tarian.
Hiasannya elegan dengan suasana yang santai dan sesuai untuk berehat selepas seharian menerokai bandar.
DoubleTree By Hilton Kuala Lumpur
2 Hotel pemandangan KLCC
Alamat: The Intermark, 348, Jln Tun Razak, Kampung Datuk Keramat, 50400 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Tel: 03-2172 7272
Doubletree Hilton Kuala Lumpur sedikit unik dari hotel best lain di Kuala Lumpur kerana mempunyai kolam renang luaran air masin.
Hotel mewah ini turut disambungkan ke Kompleks Membeli-belah Intermark dan berdekatan stesen LRT.
Sesuai untuk mereka yang ada event di KL dan harga purata bilik hanya RM398.
ibis Kuala Lumpur City Centre
3 Hotel murah di Kuala Lumpur dekat KLCC
Alamat: 32, Jalan Yap Kwan Seng, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-2778 3333
Bagi yang mencari hotel murah dengan view KLCC, booking je ibis Kuala Lumpur City Centre!
Bukan apa, harga purata bilik hanya RM 231 semalam dan kadang-kadang boleh dapat lagi murah.
Terletak di tengah-tengah bandar, beberapa bilik menawarkan pemandangan bandar.
Pengunjung juga hanya perlu 5 minit berjalan kaki ke Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC Mall dan Taman KLCC.
Shangri-La Kuala Lumpur
4 Hotel 5 Star KL
Alamat: 11, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-2032 2388
Hotel pemandangan bandar ini berjarak 1 km dari Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas dan 26 km dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.Â
Menawarkan Wifi percuma, spa, kolam renang, gym, kafe, lobi mewah, 4 restoran (termasuk restoran Cina, Jepun dan gaya buffet) serta ruang mesyuarat dan acara.
Hotel bersih, selesa, selamat dan mesra keluarga kerana ibu bapa boleh meninggalkan anak-anak kecil untuk bermain di pusat kanak-kanak untuk tempoh yang singkat.
Regalia Suites & Hotel Kuala Lumpur
5 Hotel di Jalan Anjung Putra
Alamat: No. 2, Jalan Anjung Putra, Off, Jln Sultan Ismail, 50480, Federal Territory of Kuala Lumpur
Telefon: 03-2725 0735
Meskipun persekitarannya tampak mewah, namun harga penginapannya jauh lebih murah berbanding hotel-hotel yang lain.
Regalia Residence KL yang terletak di tengah-tengah bandar ini menawarkan view KLCC yang cukup cantik.
Ia menyediakan hotel pool view KLCC, fitness center, taman depan hotel dan free wifi. Harga bilik serendah RM250 dan dapatkan promosi hujung tahun!
Bilik dengan view menarik: 1/2 bedroom premier, executive skyline, family room, executive king, skyline deluxe king room, executive twin, deluxe king room/twin room
Tamu Hotel & Suite Kuala Lumpur
6 Hotel di Jalan Raja Abdullah
Alamat: 120, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2603 1999
Mencari penginapan mesra muslim dengan view KLCC yang menarik? Tamu Hotel & Studios memiliki segala kelengkapan yang anda inginkan!
Tambahan pula, sejadah dan Al-Quran turut disediakan di setiap bilik penginapan. Penginapan semalam bermula RM409 dan lebih banyak diskaun pada cuti umum!
Di sini anda boleh melihat pemandangan 3 menara sekaligus iaitu Menara KL, Menara Berkembar Petronas dan Menara Merdeka.
Bilik dengan view menarik: 1/2-bedroom residence, executive suite, junior suite, deluxe twin, standard twin/double
Grand Hyatt Kuala Lumpur
7 Hotel di Jalan Pinang
Alamat: 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-218 21234
Grand Hyatt Kuala Lumpur sememangnya tidak asing lagi sebagai hotel dengan KLCC Twin Tower view ini.
Ia mempunyai pelbagai bilik yang boleh menikmati keindahan bangunan ikonik KL ini.
Bukan setakat bilik malah di ruangan bathtub pun anda boleh melihat view cantik ini tau! Penginapan bermula RM650 semalam!
Antara kemudahan yang disediakan ialah gimnasium, spa mewah, kolam renang luaran yang dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau.
Bilik dengan view menarik: 1 king garden view, 1 king tower view, 2 twin tower view, 1 king bed tower view deluxe, 2 twin club access, 2 twin tower view club, grand executive suite
Mandarin Oriental Kuala Lumpur
8 Hotel di Kuala Lumpur dekat KLCC
Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Telefon: 03-2380 8888
Alami percutian best dengan menginap di salah sebuah hotel nampak view KLCC terbaik yang bertaraf 5 bintang di Kuala Lumpur.
Dengan diskaun Agoda, dapatkan bilik dengan harga serendah RM648!
Hotel Mandarin Oriental berlokasi hanya di sebelah pintu masuk Menara Berkembar Petronas 3.
Antara kemudahan yang ditawarkan ialah gimnasium, gelanggang tenis, dan pusat golf dalaman.
Bilik dengan view menarik: park suite king, mandarin room king, club executive park view room king, club twin towers view room king/twin, club deluxe city view room king, twin towers view room twin
Traders Hotel Kuala Lumpur
9 Hotel di KLCC Park
Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Telefon: 03-2332 9888
Terletak di KLCC Park sudah pastinya menawarkan pemandangan KLCC cukup jelas dari pandangan mata bukan?
Hotel berdekatan KLCC ini bukan sahaja menyediakan penginapan selesa malah menyediakan ruang pejalan kaki tertutup menuju ke menara KLCC dan stesen LRT.
Selain itu, hotel 34 tingkat merangkumi 574 bilik ini turut menyediakan trek joging di Taman KLCC.
Bilik dengan view menarik: deluxe room/garden view room/twin towers view room, traders club room/club twin towers view room, city view suite, twin towers view suite
W Kuala Lumpur
10 Hotel di Jalan Ampang
Alamat: 121, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2786 8888
W Kuala Lumpur menawarkan hotel dengan KLCC Twin Tower view yang lebih dekat dari kolam renang luaran.
Rekaan yang unik, pencahayaan yang menarik dan futuristik diketengahkan pada hotel ini.
Tambahan pula, anda boleh strim lagu kegemaran anda dengan soundbar yang disediakan yang disambung melalui bluetooth.
Bilik dengan view menarik: wonderful guest room, mega guest room, spectacular guest room, cool corner guest room, studio/marvelous/ewow suite
Vortex Suites KLCC Kuala Lumpur Hotel & Services
11 Hotel di Jalan Sultan Ismail
Alamat: 56-1, Vortex Suite & Residence, 12, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 1-800-88-1818
Berkedudukan dengan jarak hanya 1 km dari Pusat Konvenseyen KL dan Suria KLCC, anda boleh menemui hotel view KLCC terbaik ini.
Voltex Suites KLCC Kuala Lumpur Hotel & Services dilengkapi dengan bilik dan dapur bersama ruang makan.
Antara tarikan terdekat hotel ini ialah Menara Berkembar Petronas, Taman KLCC, Galeri Starhill dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah.
Bilik dengan view menarik: superior apartment with city view
EQ Kuala Lumpur
12 Hotel di Equatorial Plaza
Alamat: EQ, Equatorial Plaza, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2789 7777
EQ Kuala Lumpur yang berada di Equatorial Plaza ini memiliki hotel pool view KLCC, spa dan fitness studio.
Selain itu, anda boleh menikmati pemandangan KLCC yang cukup indah pada waktu malam terutamanya di rooftop hotel.
Di mana, Sky 51 merupakan restoran untuk anda menjamu selera sambil melihat pemandangan di sekitar ibu kota.
Bilik dengan view menarik: premier king infinity, studio suite room, premier king room, deluxe queen/twin towers view king room/twin room/king room
Banyan Tree Kuala Lumpur
13 Hotel di Jalan Conlay
Alamat: 2, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2113 1888
Terletak berdekatan Bukit Bintang, Banyan Tree Kuala Lumpur menawarkan bilik bukan hanya view KLCC malah KL Tower. Dapatkan harga promosi bermula RM1200!
Meskipun terletak di kawasan sibuk, namun hotel view KLCC cantik ini tetap menjamin privasi pengunjung dengan bilik kalis bunyi.
Kemudahan lain yang ditawarkan seperti infinity pool, spa dan gimnasium.
Bilik dengan view menarik: signature sky retreat-king/twin, signature banyan retreat-king/twin, banyan retreat-king/twin
Corus Hotel Kuala Lumpur
14 Hotel di Persiaran Hampshire
Alamat: Persiaran Hampshire, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2161 8888
Corus Hotel Kuala Lumpur terletak hanya 2 min dari stesen LRT ini menawarkan hotel pool view KLCC.
Anda juga boleh menggunakan khidmat shuttle hotel untuk ke sekitar Bukit Bintang dan Chinatown.
Lain daripada itu, restoran di hotel ini turut menyediakan beraneka hidangan tempatan dan Eropah yang terbaik.
Bilik dengan view menarik: paradise cabana king bed, deluxe king/twin
The RuMa Hotel and Residences
15 Hotel di Jalan Kia Peng
Alamat: 7, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2778 0888
Memiliki gaya urban seiring dengan kemajuan ibu kota, The RuMa Hotel & Residences merupakan antara hotel terbaik di sini. Ia dilengkapi sebanyak 19 bilik dan 34 suites yang menarik menghadap menara KLCC.
Kemudahan kolam renang, spa, gimnasium dan perpustakaan turut disediakan di hotel ini.
Bilik dengan view menarik: grand suite/studio/twin room, deluxe suite, corner studio, garden king room, deluxe twin/king room
Hotel Maya Kuala Lumpur
16 Hotel di Kampung Baru
Alamat: 138, Jln Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2332 7777
Hotel Maya Kuala Lumpur bukan sahaja mempunyai tub mandi serba mewah malah memiliki pemandangan indah KLCC dari jendela bilik.
Penginapan bermula dari RM500 dan dengan promo harga serendah RM240!
Selain itu, hotel area KL ini dilengkapi dengan kemodenan bilik dan katil yang sangat empuk.
Tambahan pula, hotel ini terletak strategik 5 minit dari menara KLCC dan Pavillion.
Bilik dengan view menarik: deluxe/junior suite, studio room, heritage studio
Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences
17 Hotel di Jalan Pinang
Alamat: B-3-6, Marc Residences, 3, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
Telefon: 1-800-88-3888
Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences memiliki 450 buah bilik dengan mengetengahkan rekaan kontemporari.
Hotel ini terletak strategik di tengah-tengah ibu negara iaitu berhadapan dengan Pavillion. Harga bilik bermula dari RM596!
Bagi pengunjung yang membawa anak-anak kecil, hotel ini menyediakan kemudahan untuk kanak-kanak bermain di Kids’ Club.
Bilik dengan view menarik: deluxe room, grand deluxe room, premium deluxe twin room, premium deluxe king bed, executive club king
Impiana KLCC Hotel
18 Hotel di Suria KLCC
Alamat: Impiana Klcc Hotel & Spa, 13, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2147 1111
Mencari penginapan impian? Impiana KLCC Hotel kan ada! Hotel yang berlantaikan kayu ini menyediakan fasiliti infinity pool, gimnasium dan spa ala-ala di Bali.
Di samping itu, bagi anda yang ingin ke Pavillion yang bersambung dengan menara KLCC ini bolehlah melalui sky bridge.
Bilik dengan view menarik: executive suite, club premier/deluxe twin, deluxe twin room/king room, superior twin plus
Four Seasons Hotel Kuala Lumpur
19 Hotel di Jalan Ampang
Alamat: 145, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2382 8888
Four Seasons Hotel Kuala Lumpur menawarkan penginapan yang selesa berhampiran menara KLCC dan Avenue K.
Nikmati sarapan pagi yang menyelerakan dengan hidangan waffle istimewa dari restoran di hotel ini.
Lain daripada itu, kemudahan lain yang disediakan ialah kolam renang, spa dan gimnasium.
Bilik dengan view menarik: presidential suite, two bedroom deluxe apartment, city view room king bed/room two double beds