Table of Contents
Mencari tempat penginapan menarik buat seisi keluarga termasuk tempat menarik untuk kanak kanak? Theme Park hotel Malaysia kan ada!
Theme park ataupun waterpark Malaysia sudah semestinya menjadi tempat hiburan popular yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia.
Baca: 15 Hotel Tepi Pantai PD Yang Terbaik Untuk Bercuti
Bukan hanya kanak-kanak sahaja teruja bermain di taman tema air ini, golongan dewasa juga sama tau!
Senarai theme park hotel Malaysia
Selain menjadi tarikan di tempat penginapan, terdapat juga kelebihan jika anda menginap di hotel yang memiliki taman tema air ini.
Di mana, ada di antaranya menyediakan tiket masuk harga tiket ke waterpark secara percuma!
Jadi, jom lihat hotel yang ada waterpark di Malaysia yang menyeronokkan sebagai tempat mandi-manda.
A Famosa Resort Melaka
1 Melaka Theme Park Hotel
Alamat: A’famosa Resort, Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka
Tel: +606-552 0888
Mencari tempat percutian yang menyeronokkan di Melaka?Â
A Famosa Resort mempunyai taman tema air yang menakjubkan dengan permainan slaid air yang mencabar untuk remaja.
Resort di Melaka ini juga menawarkan Pulau Monyet, Safari Adventure, permainan perang paintball, mendaki batu, menunggang kuda, memanah, go kart, dan mendayung bot.Â
Tempat yang sesuai untuk hari keluarga atau aktiviti membina pasukan.
Grand Orient Hotel Penang
2 Hotel ada taman tema air di Penang
Alamat: No 3079, Jalan Laguna 1, Kampung Jawa, Perai, Pulau Pinang
Tel: +604 383 0099
Salah satu hotel terbaik di Pulau Pinang, Grand Orient Hotel terkenal dengan perkhidmatan yang sangat baik dan terletak berhampiran Jambatan Pulau Pinang.
Hotel ini menawarkan Laguna Waterpark, sebuah taman hiburan yang direka dengan tema Amazon.
Tarikan Laguna waterpark termasuk Aqua Kids Zone, Wading pool, Outdoor Jacuzzi, Pool Volleyball, Active River, Laguna Island dan Lap Pool.
Selain itu, mempunyai 44 bilik yang selesa, Cafe d Orient, lif, kolam renang dalaman, sauna, dan gim dengan peralatan Life Fitness 5-bintang.
Pilih sahaja pakej untuk family day, perayaan parti, mesyuarat/persidangan atau sekolah.
Amverton Cove Golf and Island Resort
3 Hotel di Pulau Carey, Selangor
Alamat: Jalan Pulau Carey, 42960 Pulau Carey, Selangor
Telefon: 03-3123 3888
Amverton Cove Golf and Island Resort merupakan theme park hotel Malaysia yang mesra keluarga di Pulau Carey, Selangor.
Hotel yang terletak tidak jauh dari Shah Alam dan Putrajaya ini memiliki sebuah padang golf yang pernah menerima berbagai anugerah.
Selain itu, adanya kemudahan waterpark Malaysia dan swimming pool sebagai tempat mandi yang menarik menanti anda di sini!
Lain daripada itu, anda boleh menyewa basikal untuk bersiar-siar di kawasan pesisir pantai.
Best Western i-City Shah Alam
4 Hotel di Shah Alam, Selangor
Alamat: A-GF-01 Golden Triangle, 6, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-5521 9000
Rata-rata mengetahui i-City terkenal dengan taman tema salji bukan? Namun begitu, ia juga mempunyai tarikan lain tau!
Dengan memiliki satu-satunya tornado ride di Asia, menjadikan taman tema air Best Western i-City Shah Alam cukup istimewa berbanding hotel-hotel yang lain.
Lagi tarikan yang menggamit suasana di taman permainan ini ialah gelongsor spiral/rainbow, giant jacuzzi dan river adventure.
Selain itu, anda boleh menyemak tawaran tiket masuk harga tiket ketika menginap di penginapan ini.
Sunway Clio Hotel
5 Hotel di Petaling Jaya, Selangor
Alamat: Jalan PJS 11/15, Off, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7492 8000
Terletak strategik hanya 10 km dari Kidzania dan 500 m dari Sunway Lagoon memudahkan Sunway Clio Hotel diakses.
Ia menawarkan tempat menarik untuk kanak kanak bermain di kids meal dan theme park.
Hotel dengan 401 bilik ini menyediakan bilik city dan park view yang terbaik untuk anda lihat.
Sunway Pyramid Hotel
6 Hotel di Sunway Pyramid, Selangor
Alamat: Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7492 8000
Sunway Lagoon merupakan theme park hotel Malaysia yang terkenal sebagai tempat mandi-manda.
Ia terletak di dalam kawasan Sunway Pyramid Hotel dengan tawaran untuk mengakses ke Bas Rapid Transit (BST).
Selain itu, anda boleh meluncur di pantai buatan terbesar di dunia serta melewati jambatan terpanjang dan tertinggi di KL.
Sunway Resort
7 Hotel di Bandar Sunway, Selangor
Alamat: 1, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7492 8000
Sunway Resort merupakan jalan pintas untuk ke waterpark Malaysia yang terkenal iaitu Taman Tema Sunway Lagoon dan Mega Shopping Mall.
Hotel ini disediakan dengan bilik city view yang dilengkapi dengan bilik mandi marmar dan tub mandi.
Anda juga dapat menerima kemudahan spa ala-ala Bali, waterpark dan fitness center.
Bukit Merah Laketown Resort
8 Hotel di Semanggol, Perak
Alamat: Jalan Bukit Merah, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak
Telefon: 05-890 8888
Meskipun keluasannya tidak semewah seperti salah sebuah waterpark Malaysia di Sunway Lagoon, namun ia tetap meriah dengan kunjungan pelancong.
Pelbagai tarikan yang menggamatkan lagi suasana di taman permainan di Bukit Merah Laketown Resort ini.
Antaranya ialah water speed slides, boomerang, sandy beachfront, wave pool, body slides, giant tube rides, water pillar dan kids adventure river.
Sunway Lost World Of Tambun
9 Hotel di Ipoh, Perak
Alamat: 1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak
Telefon: 05-540 8888
Terletak di sekeliling kawasan batu kapur dan hutan yang menghijau, menjadikan Sunway Lost World Of Tambun cukup unik sekali.
Terdapat pelbagai pakej yang disediakan termasuk pakej team building, pakej meeting, pakej 2 hari 1 malam dan pakej bertemakan hari jadi.
Pengunjung boleh berseronok di jungle wave pool dan adventure river.
Tambahan pula, kanak-kanak boleh berseronok di Kids Explorabay dan Cliff Racer.
Bukit Gambang Resort
10 Hotel di Gambang, Pahang
Alamat: Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang, Pahang
Telefon: 09-548 8000
Alami percutian mendebarkan theme park hotel Malaysia di Bukit Gambang Resort.
Tarikan ini menempatkan permainan air yang terpanjang dan tertinggi di Malaysia tau!
Misalnya, canopy slide, family raft ride, crystal slide, 6 lanes racer, aqua play, journey of ice dan penguin express.
Baca: 15 Hotel Terbaik Cameron Highland 2022 (Bajet Rendah ke Mewah)
Dengan memilih destinasi penginapan ini, anda berpeluang untuk mendapatkan tiket masuk harga tiket secara percuma bukan sahaja waterpark malah safari.
Theme Park Hotel Genting
11 Hotel di Genting Highland, Pahang
Alamat: Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-2718 1118
Genting merupakan kawasan yang terkenal dengan pelbagai taman tema.
Theme Park Hotel Genting terletak hanya 100 m dari Theme Park berbanding First World Hotel yang sejauh 300 m.
Baca: 18 Tempat Menarik Di Genting Highland Terkini
Bagi anda yang datang dengan ahli keluarga yang ramai, anda boleh booking bilik yang luas iaitu sixers.
Malahan, anda boleh meminta katil tambahan jika diperlukan dan dekorasi ruangan dalamnya diserikan lagi dengan sudut street art.
Grand Orient Hotel
12 Hotel di Perai, Penang
Alamat: no 3079, 1, Jalan Laguna 2, Kampung Jawa, 13700 Perai, Penang
Telefon: 04-383 0099
Grand Orient Hotel menampilkan tema Amazon yang memuatkan sebanyak 46 bilik dengan lantai rona tanah.
Taman landskapnya juga dipenuhi lebih 20 spesies tumbuhan asli Amazon.Â
Dalam pada itu, anda boleh berseronok mandi-manda di Laguna Waterpark.
Shangri-La Golden Sands, Penang
13 Hotel di Batu Ferringhi, Penang
Alamat: Jalan Batu Ferringhi, Kampung Tanjung Huma, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Telefon: 04-886 1911
Terletak di tengah-tengah pantai Batu Ferringhi, Shangri-La Golden Sands, Penang menawarkan pemandangan terbaik dari laut dan kolam.
Bagi menyaksikan view indah ini, anda boleh duduk di ruangan khas yang disediakan di tepi tingkap bilik yang bersaiz besar.
Selain itu, ia memiliki 3 kolam renang luaran, 2 gelongsor dan pusaran serta taman air mini.
Pastinya anda seisi keluarga teruja dengan suasana di taman permainan ini!
Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu
14 Hotel di Kota Kinabalu, Sabah
Alamat: No. 20, Jalan Aru, Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Telefon: 08-832 7888
Negeri Sabah sudah pasti menawarkan tempat pelancongan yang indah dan menarik kan?
Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu menawarkan penginapan dengan pemandangan yang memukau dari gunung dan lautan.
Selain tarikan waterpark, ia turut menyediakan aktiviti sukan air yang menyeronokkan. Antaranya ialah snorkeling, canoe, jet ski, scuba diving dan banyak lagi.
Legoland Malaysia Hotel
15 Hotel di Nusajaya, Johor
Alamat: 7, Persiaran Medini Utara 3, 79100 Nusajaya, Johor
Telefon: 07-597 8888
Hiasan warna-warni dan lambakan lego yang ditampilkan menjadi lambang keunikan di tempat ini.
Jika anda ataupun anak-anak anda tidak puas berseronok di Legoland bolehlah menginap di Legoland Malaysia Hotel yang dikelilingi dengan objek daripada lego ini.
Bagi waterpark pula, lebih 40 tarikan permainan air yang menarik disediakan seperti splash ‘N’ swirl, joker soaker, duplo splash safari, LEGO wave pool dan LEGO slide racers.
Wah! Seronoknya! Jom ke Legoland!
KSL Hotel & Resort
16 Hotel di Johor Bahru, Johor
Alamat: 33, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor
Telefon: 07-288 2999
Kebiasaannya waterpark/theme park terletak di dasar tanah kan?
Tetapi KSL Hotel & Resort memberi kelainan di mana taman temanya terletak di tingkat 7 bangunan! Wah, sesuatu kelainan bukan?
Taman tema di sini dikelilingi oleh dinasour animatronik ala-ala Jurassic Park yang seakan-akan realiti tau!
Ia menawarkan trampoline gergasi, timba air gergasi, pancuran air dan gelongsor air.
Lotus Desaru Beach Resort & Spa
17 Hotel di Bandar Penawar, Johor
Alamat: Lot 1854, Jalan Desaru, 81930 Bandar Penawar, Johor
Telefon: 07-884 2800
Penginapan Lotus Desaru Beach Resort & Spa bertempat di sepanjang pantai timur Johor.
Ia menawarkan kemudahan terbaik seperti game room, private beach, waterpark, boating, fishing, swimming pool indoor/outdoor dan macam-macam lagi.
Baca: 15 Tempat Menarik Di Desaru Untuk Bercuti
Tambahan pula, khidmat penukaran wang asing, sewaan basikal dan barangan cenderahati juga terdapat di sini tau!
Bayou Lagoon Park Resort
18 Hotel di Bukit Katil, Melaka
Alamat: Jalan Kampung Tehel, Bukit Katil, 75450 Melaka
Telefon: 06-233 0888
Bayou Lagoon Park Resort telah memenangi pelbagai anugerah dari segi taman air, pusat runcit, pusat konvensyen dan pangsapuri perkhidmatan.
Ia menyediakan taman tema mini yang sesuai sebagai tempat menarik untuk kanak kanak.
Baca: 20 Tempat Menarik Di Melaka Paling Popular Terkini
Tambahan pula, anda boleh mengunjungi Magic Art 3D Museum yang terletak di dalam kawasan penginapan ini.
Cinta Sayang Resort
19 Hotel di Sungai Petani, Kedah
Alamat: 362, Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani, Kedah
Telefon: 04-441 4666
Cinta Sayang Resort menyediakan kemudahan waterpark yang best di Carnivall Water Park.
Antara tarikan yang disediakan ialah tornado twist, tsunami wave, mushroom fall, boomerang fall dan splash mansion.
Setelah puas berendam, anda berpeluang melakukan aktiviti menunggang kuda pula! Pasti menyeronokkan bukan?