Table of Contents
Agak-agak ada tak tempat percutian bajet menarik di Malaysia? Jangan risau, kalau korang pelajar dan nak cuti bajet, terdapat pelbagai tempat bercuti di Malaysia yang sesuai untuk percutian budget.
Mulai dari tempat travel pelajar sehingga tempat paling best dan paling cantik di Malaysia, semuanya ada di sini!
Contohnya, pantai-pantai cantik di Pulau Perhentian dan Pulau Redang, Melaka, Pulau Pangkor, Kuala Lumpur, Langkawi, Cameron Highland dan banyak lagi!
Kami juga akan memberikan beberapa tips melancong dan menceritakan beberapa aktiviti menarik di Malaysia yang boleh anda lakukan semasa bercuti.
Jadi, rancanglah dengan baik supaya korang boleh berjimat. Selamat bercuti dan menjelajah tempat paling best di Malaysia!
Senarai 12 Tempat Percutian Bajet Di Malaysia
Pulau Perhentian
1 Day trip Pulau di Terengganu
Alamat: Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia
Hubungi: N/A
Sebut sahaja pasal pulau, anda pasti terbayang suasana santai dengan laut kebiruan dan ombak yang beralun perlahan serta keindahan alam.
Tak kurang hebatnya juga pulau cantik di Terengganu ini, iaitu Pulau Perhentian.Terletak di daerah Besut Terengganu dan terdiri daripada 2 pulau utama iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar.
Pulau menarik ini juga berdekatan Pulau Rawa. Waktu terbaik untuk ke sini adalah antara bulan April hingga September. Selain Pulau Perhentian, Terengganu juga ada Pulau Kapas!
Lakukan pelbagai aktiviti menarik seperti snorkeling, scuba diving, island hopping, mandi pantai, bergambar, hiking ke Kincir Angin D’ Lagoon atau bersantai di tepi pantai.
Dengar cite pakej Pulau Perhentian paling murah adalah RM115 seorang untuk day trip!
Pulau Redang
2 Pulau cantik di Malaysia
Alamat: Pulau Redang, Terengganu
Hubungi: N/A
Pulau perhentian vs Pulau Redang, anda rasa mana lagi cantik dan budget friendly? Jawapannya terletak pada pulau di Terengganu ini!
Dikenali sebagai salah satu pulau tercantik di dunia dengan pantai berpasir putih yang indah dan airnya yang jernih.
Bukan itu sahaja, pulau terbesar di luar pantai Timur Malaysia ini juga mempunyai 3 pantai menarik iaitu Pantai Teluk Dalam, Long Beach (Pasir Panjang) dan Pantai Teluk Kalong.
Nak lagi jimat boleh tempah pakej day trip Pulau Redang bersama rakan universiti atau keluarga. Pengalaman bercuti di Pulau Redang ini akan menjadi kenangan terindah buat anda.
Jika ada sedikit lagi masa bolehlah singgah tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu juga!
Melaka
3 Percutian best di Melaka
Alamat: Melaka, Malaysia
Hubungi: N/A
Apa yang menarik di Melaka, bandar bersejarah ini? Tentunya terdapat banyak bangunan bersejarah seperti Museum Maritim, Kota A Famosa, Stadthuys, dan banyak lagi.
Selain itu, terdapat juga destinasi menarik lain yang boleh anda lawati, sama ada pada waktu malam atau siang hari.
Anda boleh pergi ke Zoo Melaka, Muzium Kapal Selam, Taman Botanikal Melaka, menaiki river cruise sungai Melaka, dan lain-lain. Menginaplah di hotel murah Melaka.
Jangan lupa jalan-jalan tempat viral di Melaka dan mencuba pelbagai makanan tempatan seperti Klebang Coconut Shake, gerai-gerai di Jonker Street, Asam Pedas, makanan Baba Nyonya, dan banyak lagi!
Sekinchan
4 Perkampungan nelayan di daerah Selangor
Alamat: Sekinchan, Selangor
Hubungi: N/A
Dekat sini ada sebuah perkampungan nelayan kecil yang terletak di Sabak Bernam, Selangor. Tapi tahu tak, sekarang Sekinchan dah jadi kawasan pertanian penting dan pengeluar beras utama di seluruh Malaysia.
Sebelum pergi Sekinchan, pastikan korang periksa kalendar musim menuai padi, sebab tu masa paling best nak tengok sawah padi warna kuning.
Baca: 15 Private Pool Homestay Di Selangor & Lembah Klang Yang Terbaik
Bulan Mac hingga Mei dan September hingga November, masa tu la paling cantik! Ajak kawan-kawan picnic di Pantai Redang, makan seafood sedap-sedap kat restoran sekitar tu.
Kalau ada masa, cuba lah stay semalam kat homestay tepi sawah dan nikmati pemandangan sawah padi waktu pagi.
Malam pulak, jangan lupa singgah kat tempat kelip-kelip dekat Kuala Selangor. Memang romantik habis!
Langkawi
5 Destinasi pelancongan popular di Kedah
Alamat: Langkawi, Kedah
Hubungi: N/A
Nak tau di mana lagi tempat travel bersama kawan yang best? Jomlah naik feri ke Langkawi, destinasi pelancongan popular di Kedah.
Tempat bercuti Malaysia ini juga dikenali dengan lagenda Mahsuri, air terjun Telaja Tujuh, Gunung Mat Cincang, dan bandar bebas cukai.
Alang-alang ada kat sini, ambil gambar banyak-banyak kat Dataran Helang, jalan-jalan ke Taman Lagenda, Sky Dome, Muzium 3D, Teluk Datai, Pantai Cenang dan Tanjung Rhu!
Jika ada bajet lebih, bolehlah naik kereta kabel Langkawi atau sky bridge.
Tadom Hill Resorts
6 Percutian bajet di Selangor
Alamat: 2, Jalan Bukit Tadom, Kampung Orang Asli, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor
Hubungi: 012-5225908
Tadom Hill Resorts betul-betul tempat paling best di malaysia, tau! Resort ni dikelilingi bukit batu kapur, tasik, dan tumbuhan menghijau. Sangat sesuai untuk aktiviti team-building atau hari keluarga.
Dalam resort ni ada dua jenis penginapan yang menarik iaitu Tadom Bamboo Camp untuk tapak perkhemahan/asrama, dan Tadom Bamboo Suites untuk chalet premium.
Uniknya lagi, kebanyakan bangunan dibina daripada buluh. Di resort daerah Banting ini juga ada platform menyelam buluh, buaian Tarzan, kerusi santai terapung buatan tangan dari buluh, dan buaian air. Memang seronok!
Jadi, kalau korang nak hilangkan penat dan dapatkan masa yang berkualiti dengan rakan-rakan, inilah tempat healing yang mesra budget yang paling terbaik!
Reserve The Cozytainer
7 Percutian bajet di Perak
Alamat: Jalan Merdeka, Taiping Town, Taiping, Malaysia
Hubungi: N/A
Penginapan murah dan unik bawah RM500 ini sangat berbaloi untuk pelajar yang ingin bercuti di bandar Taiping. Lokasinya juga hanya 1.2 km dari Taman Tasik Taiping yang indah.
Apa yang pengunjung akan dapat? Bukan sahaja sekelilingnya dengan pemandangan gunung, malah terdapat beberapa tarikan menarik yang berdekatan seperti Muzium Perak, Bukit Larut dan lain-lain. Dapur kongsi dan tempat Bbq pun ada!
Pilihlah bilik double untuk 8 orang dengan 1 katil queen dan 6 katil 2 tingkat yang berhawa dingin. Paling penting, banyak tempat ootd/instagrammable yang unik untuk kaki tik toker!
Apa kata pengunjung?
“Reserve cozytainer ialah salah satu penginapan bajet terbaik yang pernah saya menginap di Malaysia. 1) lokasi: taiping pusat, 2min dari taman tasik taiping, koewteow dolly, 3min dari taiping mall, yongtaufoo, foodcourt 2) daftar masuk sendiri: kunci masuk loker dengan kod… “ – Noor
“Bilik gaya kontena. Jangan harap ianya seperti bilik hotel biasa. Walau bagaimanapun, ia agak luas untuk bilik kontena. Bersih dan cantik…. “ – Ameer
Kuala Lumpur Half Day City Tour
8 Tour bajet separuh hari di Kuala Lumpur
Alamat: Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Hubungi: N/A
Bagi mereka yang kali pertama datang ke KL, boleh ikuti tour ini dan lawati Muzium Negara, Masjid Negara, Istana Raja, Dataran Merdeka dan banyak lagi.
Korang tau tak, Kuala Lumpur juga mempunyai banyak kafe yang aesthetic dan port bergambar menarik.
Kemungkinan besar, korang akan menghabiskan beberapa malam di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Jangan risau, korang juga boleh tempah hotel-hotel yang murah di Kuala Lumpur atau hotel view KLCC.
Apa kata pengunjung?
“ Lawatan separuh hari KL sangat menakjubkan. Kami telah belajar banyak maklumat baru daripada Amar, pemandu pelancong kami. Kami pergi ke banyak tempat seperti Menara Berkembar Petronas, Kilang Coklat, Istana Raja-raja, Masjid Negara, Monumen Negara, Muzium Negara, dan banyak lagi. Jika anda ingin melawat KL City, tempah ini dari Klook… “ – Ressan Jenny
Cameron Highland
9 Percutian bajet keluarga
Alamat: Cameron Highland, Pahang, Malaysia
Hubungi: N/A
Anda wajib jejakkan kaki ke Cameron Highlands ni, tau. Cameron Highlands ni merupakan destinasi yang popular yang terletak di kawasan tinggi tengah di negeri Pahang, Malaysia.
Tempat peranginan ini memang terbaik untuk melepaskan penat dan menikmati udara sejuk yang menyegarkan.
Terdapat banyak tempat menarik yang boleh korang lawati, termasuklah ladang teh yang cantik dan ladang strawberi di mana korang boleh petik sendiri strawberi segar.
Dan yang paling best, di sini juga terdapat banyak hotel murah yang sangat sesuai dengan bajet keluarga atau sekumpulan pelajar.
Baca: 17 Theme Park Hotel Terbaik Malaysia (Taman Air Popular)
Georgetown, Penang
10 Tapak warisan bersejarah di Malaysia
Alamat: Georgetown, Penang
Hubungi: N/A
Korang tahu tak, kat Penang memang banyak port menarik untuk makan-makan. Paling penting, kebanyakan tempat makan adalah halal!
Selain itu, anda boleh jalan-jalan di tempat menarik Penang dan menginap semalam di hotel terdekat.
Ibu negara Pulau Pinang ini juga merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang kaya dengan budaya dan sejarah.
Terdapat juga banyak mural seni jalanan untuk anda bergambar dan banyak tempat menarik percuma untuk anda kunjungi!
Taman Negara, Pahang
11 Taman Negara di Malaysia
Alamat: Taman Negara Pahang, Kuala Tahan, Pahang
Hubungi: N/A
Perlukan udara segar setelah penat belajar? Apa kata anda singgah Taman Negara yang sangat cantik. Salah satunya ialah Taman Negara Pahang.
Terletak tidak jauh dari bandar Jerantut dan taman negara ini kaya dengan pelbagai fauna dan flora.
Selain menjelahi hutan bersama tour guide, menaiki bot menyusuri sungai Tembiling dan Sungai Tahan, anda juga boleh berjalan di Canopy Walk serta melawat perkampungan orang asli yang berdekatan.
Suasana pada waktu pagi lebih menyegarkan. Jangan lupa membawa atau memakai losen penghalau serangga!
Colmar Bukit Tinggi and Japanese Village Day Tour
12 Tempat bertema Perancis dan Jepun di Malaysia
Alamat: KM 48 Persimpangan Bertingkat, Karak Expy, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
Hubungi: 092213666
Adakah anda minat budaya Jepun dan selalu lihat drama Jepun?
Jika ya, marilah singgah dan alami budaya negara matahari terbit ini dengan lawatan sehari dari Kuala Lumpur ke Colmar Tropicale. Tempat percutian bajet ini terletak di Bukit Tinggi.
Sebenarnya, resort ini bertema Perancis dan terdapat Taman Botani serta Kampung Jepun yang unik untuk anda.
Di sini juga terdapat kafe Perancis, kedai butik, galeri seni, kedai roti Perancis dan banyak lagi!
Apa kata pengunjung?
“Tarikan ini disyorkan kepada saya beberapa tahun lalu dan saya tidak berkesempatan untuk melawat sehingga kini. Oleh itu, saya memutuskan untuk menempah apabila saya berkesempatan melakukan perjalanan sehari di Klook apabila saya memutuskan untuk pergi ke KL. Have a nice day trip with Mr Mani our guide to Colmar Bukit Tinggi…” – Yi Jun