Table of Contents
Cameron Highland merupakan salah satu kawasan pelancongan terkenal di Malaysia yang juga menempatkan banyak hotel terbaik di Cameron Highland.
Cuaca yang nyaman dan sejuk pasti membuatkan percutian anda seolah-olah berada di luar negara. Menarik bukan?
Terletak di antara negeri Kelantan, Perak dan daerah Lipis menjadikan lokasi pelancongan Cameron Highland sangat strategik.
Senarai hotel menarik di Cameron Highland
Sebut sahaja Cameron Highland pastinya sinonim dengan ladang teh, secawan teh panas, strawberi dan udara sejuk.
Untuk mengunjungi ke tempat-tempat menarik di Cameron Highland pastinya anda menginginkan tempat penginapan terbaik berhampirannya kan?
Berikut pilihan hotel terbaik di Cameron Highland yang terdiri daripada hotel murah, sederhana dan mewah mengikut bajet anda.
Hotel Casa Dela Rosa
1 Boutique hotel Cameron Highland
Alamat: 48, Jalan Circular, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
Tel: 05-491 1333
Biliknya bagus, luas, hotel mesra kanak-kanak dan dihiasi dengan moden.
Suasana di sekitar kawasan hotel seperti taman. Sangat selesa dan santai!
Pemandangan dari bilik juga menarik dan banyak tempat bergambar serta ootd.
Berdekatan pasar malam, ladang strawberry, padang golf, lembah teh dan tempat sarapan di mana-mana.
Pengunjung juga boleh menempah pakej ulang tahun dan anniversary serta bercuti bersama keluarga.
Tempat yang bagus untuk tinggal di Cameron Highlands!
Century Pines Resort Cameron Highlands
2 Hotel romantik di Cameron Highland
Alamat: Lot 42 Jalan Masjid , 39000 Cameron Highlands, Malaysia
Tel: N/A
Di pekan Tanah Rata, terdapat sebuah hotel bertaraf 4 bintang untuk pasangan berbulan madu iaitu Pines Resort Cameron Highlands.
Seperti kebanyakan hotel di Cameron Highlands, Hotel Century Pines juga mempunyai perincian gaya Tudor yang indah.
Terdapat taman dengan kolam ikan dan air terjun kecil, dan pokok pinus tinggi mengelilingi hotel.
Setiap bilik dihiasi gabungan barangan elemen elegen, moden, dan tradisional.
Diberikan selipar percuma untuk berjalan di lantai bilik yang berkayu, bilik mandi dengan tab, dan balkoninya mempunyai pemandangan indah.
Tambah lagi, terdapat kedai serbaneka, gimnasium, spa, tempat dobi, restoran dengan bufet sarapan percuma yang menampilkan hidangan tempatan dan antarabangsa.
Hotel De’La Ferns Cameron Highland
3 Hotel di antara tanah Rata dan Brinchang
Alamat: Batu 39, Jalan Besar, 39000 Cameron Highlands, Malaysia
Tel: 054914888
Diuruskan oleh pihak sama yang mengurus Rosa Passadena Hotel.
Bahagian luar penginapan di Cameron Highland ini nampak menarik dengan sentuhan moden dan Tudor English.
Selain mempunyai balkoni dengan view tenang dan menghirup udara segar Cameron Highland, bilik mandi juga dilengkapi tab mandi, pancuran mandi panas dan pengering rambut. Â
Di teres, tetamu boleh menikmati teh Inggeris dengan scone dan pai epal.
Kaunter penerimaan tetamu di Hotel De’ La Ferns dibuka 24/7 jam. WIFI, lounge, trek jogging, dan lobi juga disediakan.
Tersedia beberapa jenis bilik hotel seperti deluxe double, triple, junior suite, family suite dan apartment suites.
Sarapan pagi percuma dan makan malam steamboat ditawarkan kepada semua tetamu. Harga purata semalam hanya RM 246.
Tidak lupa, pengunjung juga boleh menempah pakej candle light dinner, honeymoon, birthday dan mesyuarat.
Sleepbox Hotel
4 Hotel backpacker di Cameron Highland
Alamat: 5-2, Marigold Square, Jalan Besar, 39000 Tanah Rata, Pahang
Tel: 010-666 3362
Hotel kapsul menjadi tumpuan backpacker dengan purata harga sebilik RM 56 semalam.
Menawarkan bilik asrama yang selesa dengan setiap kapsul mempunyai katil, kipas kecil, cermin dan locker kecil.
Jangan risau, tempatnya bersih, sarapan pagi disediakan dan hiasan dalaman hotel juga cantik.
Hotel bajet yang mempunyai surau, mesin pengering dan mesin basuh untuk mencuci pakaian, wifi laju & percuma, ruang istirahat yang selesa dan teh/kopi/air panas yang mengalir 24 jam.
Di bawah hotel anda boleh menemui Watsons, CU Mart, 7 Eleven, kedai runcit, restoran dan ATM. Dekat dengan kawasan sewa motor dan stesen bas.
Bilik air dan tandas diasingkan untuk lelaki dan perempuan. Disyorkan untuk pengembara solo dan jangan lupa bawa penyembur serangga!
Rovers Inn Cameron Highlands
5 Penginapan di Tanah Rata
Alamat: Rovers Inn, PT 1675, A), Bungalow, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
Tel: 054915598
Hotel murah di Cameron Highland ini terletak di kawasan berbukit yang tenang dengan lalu lintas yang sedikit dan percuma kopi.
Bilik-bilik sangat bagus dan serba lengkap dengan pemandangan gunung yang sangat menenangkan dari balkoni serta menikmati udara segar pada waktu pagi.
Terdapat sebuah taman yang besar dengan trek berjalan kaki dan anda sampai ke pusat bandar dalam masa 5 minit berjalan kaki.
Namun, cameron Inn ini tiada lif dan kurang sesuai untuk percutian bersama keluarga atau mereka yang mempunyai masalah sakit lutut.
Hotel Cool Mama
6 Hotel Cameron Highland Brinchang
Alamat: No A-1-13 Presint 1 Cameron Centrum, Brinchang, Cameron Highlands, Malaysia, 39000
Telefon: –
Hotel Cool Mama serendah RM 147 untuk satu malam ini terletak di tengah-tengah Brinchang.
Antara tarikan popular berhampiran hotel ialah Muzium Tunnel, Cactus Valley, Ladang Strawberi Kok Lim dan Cameron Highlands Butterfly Farm.
Hotel terbaik Cameron Highland ini menawarkan bilik minimalis dengan pemandangan luar seperti family room dengan 2 katil double yang besar.
Malah, hotel ini bersih dan kawasan berhampiran juga meriah pada waktu malam serta boleh berjalan kaki ke kawasan pekan.
Di bawah hotel ini adalah kawasan membeli-belah dengan banyak pilihan restoran termasuk gerai mamak, Starbucks, Pizza Hut dan banyak lagi.
Wan Alyasa Hotel
7 Hotel Cameron Highland yang mesra muslim
Alamat: Jalan Brinchang Square, 39100 Brinchang, Pahang
Telefon: 05-491 4578
Buntu mencari hotel menarik di Cameron Highland yang mesra muslim? Jangan risau, Wan Alyasa Hotel kan ada!
Dengan kadar harga serendah RM 118 untuk satu malam anda boleh mendapatkan penginapan yang cantik dengan seni bina Inggeris ini.
Ditambah lagi dengan hiasan basikal lama dan motor berkuasa besar pastinya menambahkan lagi keserian pada hotel ini.
Hotel terbaik Cameron Highland ini berhampiran dengan Cactus Valley, Big Red Strawberry Farm dan Muzium Tunnel.
Nova Highlands Hotel
8 Hotel tertinggi di Cameron Highland
Alamat: Jalan Aranda Nova, Greencow, 39100, Pahang
Telefon: 05-496 1434
Nova Highland Hotel merupakan hotel terbaik di tanah rata Cameron Highland yang tertinggi di kawasan ini.
Hotel berkelas 5 bintang ini menyediakan kelengkapan dengan private balcony bersama pemandangan alam semulajadi dan taman.
Cameron Highland Butterfly, Square Cameron dan Raju’s Hills Strawberry terletak berdekatan dengan Nova Hotel Cameron Highland ini.
Iris House Hotel
9 Hotel bajet Cameron Highland dekat pasar malam
Alamat: No. 56, Jalan Kuari, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang
Telefon: 05-491 1818
Anda solo traveller yang ingin mencari hotel Cameron Highland best bajet sekitar pasar malam? Kami cadangkan untuk anda bermalam di Iris House Hotel.
Hotel serendah RM 107 untuk satu malam ini hanya 4 minit sahaja dari Pasar Malam Brinchang dan kawasan-kawasan pelancongan yang lain.
Selain itu, ia menawarkan 4 jenis bilik dengan pemandangan menarik dari bandar.
Agro Highlands and Chalet
10 Hotel Cameron Highland untuk kursus
Alamat: Lot PT1009, Jalan Pecah Batu, 39000 Brinchang, Pahang
Telefon: –
Selain percutian, hotel terbaik di Cameron Highland ini juga menjadi lokasi untuk mengadakan kursus ataupun seminar.
Agro Highlands and Chalet menyediakan tempat untuk kursus, seminar dengan kemudahan dewan yang disediakan.
Tambahan pula, bermula dengan harga RM 141 anda juga boleh merasai pengalaman memetik strawberi di kawasan hotel ini tau! Menarik bukan?
Zenith Hotel Cameron
11 Hotel Cameron Highland 5 Star
Alamat: Jalan Majlis, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
Telefon: 05-491 9595
Bagi anda yang memiliki bajet yang lebih bolehlah memilih penginapan berkelas 5 bintang di hotel dengan seni bina Eropah ini.
Zenith Hotel Cameron merupakan hotel menarik di Cameron Highland yang lengkap dengan segala fasiliti yang diperlukan.
Dengan harga bermula RM 491 untuk satu malam anda boleh menikmati sauna, kolam renang, gimnasium dan bilik yang cukup luas.
Bukan itu sahaja, malah anda dapat menyaksikan view taman yang indah dari balkoni peribadi bilik.
Strawberry Park Resort
12 Cameron Highland hotel with swimming pool
Alamat: Lot 195 & 196, Jalan Strawberry Park, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Telefon: 05-491 1166
Inginkan penginapan yang serba moden bersama swimming pool? Anda boleh memilih untuk menginap di Strawberry Park Resort bermula dengan kadar harga RM 281 untuk satu malam.
Ia dilengkapi dengan indoor swimming pool, spa ala-ala di Bali, sauna, bilik permainan kanak-kanak dan gelanggang tenis.
Anda juga boleh memilih pakej yang disediakan oleh pihak hotel seperti ‘Guided Forest Walk’ atau ‘Mountain Biking‘ di Gunung Brinchang. Menarik bukan?
Tambahan pula, anda tidak perlu risau untuk mencari tempat makan kerana terdapat 7 restoran yang menyajikan makanan lazat terletak berhampiran hotel ini tau!
Hotel Flora Plus
13 Hotel bajet Cameron Highland
Alamat: Block B3, 29-30 Brinchang Square,, Jalan Besar Brinchang,, Brinchang, 39100 Cameron Highland, Pahang
Telefon: 05-491 1297
Anda solo traveller yang mencari hotel menarik di Cameron Highland yang bajet dengan bilik yang kecil?
Hotel Flora Plus sesuai untuk anda bermalam dengan harga serendah RM 128 satu malam.
Sesuai dengan namanya meskipun hotel bajet, ia tetap diserikan lagi dengan tema bunga-bungaan.
Heritage Hotel Cameron Highland
14 Hotel Cameron Highland Tanah Rata
Alamat: Jalan Gereja, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
Telefon: 05-491 3888
Memiliki gaya Tudor, Heritage Hotel Cameron Highlands menjanjikan pemandangan indah di sekitar Tanah Rata dengan ketinggian 1500 m.
Hotel Cameron Highland best ini dilengkapi dengan landskap taman, perpustakaan dan berbagai pilihan tempat makan.
Selain itu, hotel serendah harga RM 174 untuk satu malam ini pernah dinobatkan sebagai “Top Choice of Agoda Travellers” pada tahun 2019.
Anda juga boleh menikmati minum petang dengan menghirup secawan teh panas Cameron di The Vintage Lounge.
The Lakehouse
15 Hotel Cameron Highland yang ada breakfast
Alamat: 30th Mile, Jalan Ringlet – Sungai Koyan, Sungai Khazanah, 39000 Ringlet, Pahang
Telefon: 05-495 6152
Tidak semua penginapan hadir dengan hidangan breakfast diawal pagi.
The Lakehouse menyajikan menu tempatan dan British yang cukup melazatkan bermula harga RM 818 untuk satu malam.
Hotel Cameron Highland best ini cukup gah dengan rekaan klasik Inggeris. Di mana bilik ini dibina dengan siling kayu dan perabot kayu yang antik.
Keistimewaan hotel ini ialah dengan menempatkan Reading Room iaitu tempat pembacaan dan The Lake View Cafe untuk menikmati secawan teh panas.
Avillion Cameron Highlands
16 Hotel Cameron Highland 4 star
Alamat: C-3 Jalan Camelia, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang
Telefon: 03-2262 0288
Moden dan minimalis. Itulah konsep yang diketengahkan oleh Avillion Cameron Highland.
Hotel Cameron Highland best ini terletak hanya 5 km dari Ladang Teh Boh.
Ia mempunyai 100 buah bilik dengan 4 jenis bilik seperti superior studio dan deluxe studio dengan harga bermula RM 273 untuk satu malam.
Copthorne Cameron Highland
17 Hotel Cameron Highland berkonsepkan Tudor
Alamat: Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang
Telefon: 05-496 1777
Juga dikenali sebagai Equatorial Hotel, Capthorne Cameron Highland pernah dinobatkan sebagai “Top Choice of Agoda Travellers” pada tahun 2019.
Bermula dengan harga RM 203 untuk satu malam, anda boleh menikmati bilik menghadap pemandangan alam semulajadi yang menyamankan.
Hotel terbaik Cameron Highland ini mengetengahkan konsep English Tudor yang terletak berhampiran dengan Butterfly Farm dan Ladang Teh Boh.
Rosa Passadena
18 Hotel Cameron Highland 3 star
Alamat: No. 1, 39100 Brinchang, Pahang
Telefon: 05-491 2288
Rosa Passadena menawarkan bilik dengan pemandangan bandar sekitar Cameron Highland yang menarik.
Hotel 3 bintang yang terletak di Brinchang ini berdekatan dengan Cactus Valley, Big Red Strawberry Farm dan banyak lagi.
Dengan harga pemulaan RM 124 untuk satu malam anda boleh menikmati sajian makanan Barat terbaik di sini.
Tambahan pula, hotel ini menjadi tarikan pengunjung sehingga dianugerahkan sebagai “Top Choice of Agoda Travellers” pada tahun 2020.
Kea Garden Guest House
19 Hotel Cameron Highland berkonsepkan taman
Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Telefon: 05-496 1472
Dalam banyak-banyak hotel yang disenaraikan, anda pasti akan terpegun melihat keindahan taman bunga di perkarangan hotel ini!
Kea Garden Guest House bakal membuatkan anda seperti berada di dalam fantasi yang dihiasi dengan warna-warni pada bunga dan air terjun.
Dengan harga lebih kurang RM 135 untuk satu malam, anda boleh menginap di bilik berlatar belakangkan pemandangan taman dan alam semulajadi.
Antaranya ialah deluxe twin, deluxe king balcony, family room, junior suite dan deluxe suite.
Smurf Inn Homestay
20 Hotel bajet Cameron Highland dengan gaya klasik
Alamat: Smurf Inn home stay No : 8, Jalan Sultan Abu Bakar, 39000 Brinchang, Pahang
Telefon: 05-491 1880
Bermula harga murah dengan RM 99, anda boleh mendiami untuk satu malam di Smurf Inn Homestay.
Untuk makluman anda, hotel terbaik di Cameron Highland ini diinspirasikan daripada watak kartun warna biru popular iaitu ‘The Smurf’.
Berkonsepkan klasik dan vintaj ala-ala perkampungan Smurf pastinya membuatkan anak-anak kecil teruja di sini.
Selain itu, ia terletak berhampiran dengan EQ Strawberry Farm dan Ee Feng Guu Bee Farm.