Table of Contents
Bandar Taiping hanya 1.5 jam dari Pulau Pinang dan empat jam dari Kuala Lumpur, menjadikan day trip anda lebih mudah. Taiping terletak di daerah Larut, Matang, dan Selama. Beberapa tempat menarik di Taiping juga dikatakan sebagai lokasi legenda tertua di Malaysia.
Adakah anda tahu bahawa Taiping antara bandar terawal yang wujud di Malaysia dan berada di tengah-tengah antara Ipoh dan Pulau Pinang?
Ya, disebabkan bandar Taiping ditubuhkan oleh British, maka tidak hairanlah Taiping boleh menjadi yang pertama di Malaysia yang mempunyai tarikan pusat peranginan bukit, stesen kereta api dan menara jam.
Jika anda masih mencari tempat menarik untuk bercuti, datanglah bersama kawan atau keluarga dan nikmati percutian menarik di sini. Bandar Taiping mendapat pujian tertinggi apabila dinamakan “No. 3 Most Sustainable City in The World” pada 2019 di Jerman.
Senarai Tempat Menarik Di Taiping
Jika anda sedang mencari tempat untuk berehat pada percutian seterusnya, Bandar Taiping ialah destinasi yang ideal.
Antara tarikan di Taiping bandar warisan ini, termasuk kawasan rekreasi, Zoo Taiping dan lain-lain. Berikut di bawah tempat percutian yang menarik di Taiping yang boleh anda lawati:
Taman Tasik Taiping, Taiping
1 Tempat menarik di Taman Tasik Taiping
Alamat: Taman Tasik Taiping, Taiping, 34000, Perak
Telefon: 017-5460464

Apabila anda berada di taman Taiping ini, anda dapat menikmati pemandangan landskap indah yang dihiasi pokok-pokok berusia sehingga ratusan tahun.
Selain pondok berehat dan laluan berjogging, di sini juga terdapat 10 kolam besar yang cantik. Anda juga boleh mengambil banyak gambar di sana.
Pengunjung boleh menunggang basikal di taman atau mendayung bot mengelilingi tasik taiping. Selain itu, taman Taiping ini terletak berhampiran dengan Bukit Larut dan menempatkan Zoo Taiping.
Waktu Operasi: Setiap hari: 8am-10pm
Lihat Peta | Harga tiket: Masuk percuma
ATV Adventure Park Larut, Taiping
2 Aktiviti outdoor di Taiping
Alamat: Lot 3644, Pejabat Rekreasi, Jalan Air Terjun, 34000 Taiping, Perak
Telefon: 019-712 1791

Semasa menikmati percutian di Taiping anda boleh melakukan aktiviti lasak bersama keluarga dan rakan. Contohnya, naik atv dan OOTD gaya hipster.
Apa yang bestnya, anda boleh melepasi kawasan Hutan Hujan Bukit Larut secara berkumpulan! Sungguh menyeronokkan untuk bersiar-siar melepasi banyak laluan di trek sambil ketawa dan menikmati persekitaran hutan yang kehijauan.
Teringin nak stay sini semalam? Memang boleh, sebabnya ada speedy hut, glamping dan paling rare lagi, rasai pengalaman tidur dalam bas lama yang diubah seperti caravan.
Datang jauh dari tempat lain, tiada masalah kerana bilik persalinan khas wanita, tempat solat dan tandas pun ada. Ayuh booking tiket Atv Adventure Park Larut serendah RM30 di halaman Klook.
Waktu Operasi: Rabu-isnin: 9am–6pm & Selasa: tutup
Lihat Lokasi | Facebook | WhatsApp
Zoo Taiping & Night Safari, Taiping
3 Tempat menarik di Taiping untuk family day
Alamat: Jalan Taman Tasik Taiping, 34000, Taiping, Perak
Telefon: +605-8086577

Zoo Taiping merupakan zoo yang tertua yang dibuka seawal tahun 1961 di Malaysia. Anda juga boleh memilih untuk berjalan kaki atau menaiki keretapi mini secara percuma di tempat menarik di Taiping untuk family day ini.
Anda akan gembira melihat banyak burung, buaya, gorilla dan lebih daripada 180 spesies termasuk mamalia dan reptilia. Zoo Taiping ini popular kerana zoo ini menjadi zoo pertama yang memiliki Night Safari di Malaysia.
Pada waktu malam, pengunjung akan terpukau dengan keaslian dan keindahan alam semulajadi apabila dibayangi cahaya. Night Safari Taiping menampilkan hidupan liar yang aktif dalam suasana semula jadi pada waktu malam.
Anda akan mengagumi dan menghargai keajaiban alam semula jadi sambil berhibur dan menenangkan fikiran. Night Safari Taiping, lokasi pelancongan unik yang menggunakan lampu khas seperti cahaya bulan untuk menunjukkan haiwan yang aktif pada waktu malam.
Zoo Taiping waktu operasi: dibuka setiap hari kecuali ahad dan cuti umum 8am-11pm
Lihat Peta | Laman Web | Facebook | Instagram | WhatsApp
Spritzer Eco Park, Taiping
4 Tempat menarik di Taiping yang percuma
Alamat: Lot 898, Reservoir, Off, Jalan Air Kuning, 34000, Taiping, Perak
Telefon: +605-8086577

Spritzer Taiping Ecopark ditubuhkan untuk memulihara kekayaan warisan negara di samping menyediakan pilihan rekreasi dan riadah. Taman Spritzer sesuai untuk berkelah dan keluar bersama keluarga. Spritzer Eco Park menawarkan pengalaman bermain golf terhebat di bandar dengan Signature Hole Golf dan padang Golf Mini 18 lubang.
Selain itu, Spritzer Eco Park ialah rumah kepada terowong Discovery dan jalan-jalan hutan hujan Tree Tag Walkabout. Zon Kidz ialah ruang yang dikhaskan untuk mengajar kanak-kanak cara membuat kraf menggunakan bahan guna semula.
Cactus point adalah ciri spritzer ecopark yang diperbuat daripada batu berusia 215 juta tahun. Pengunjung boleh bermain golf, photoshoot, berjalan di laluan refleksologi, membeli cenderamata di kedai mini berhampiran, minum kopi di Stg Cafe, atau melawat kilang pembotolan Spritzer.
Waktu Operasi: Setiap hari: 9am-9pm
Lihat Peta | Laman Web | Facebook
Payong Hujang, Taiping
5 Aktiviti glamping di Taiping
Alamat: 34000 Taiping, Perak
Telefon: 019-898 9804

Bersama keluarga dan rakan anda, pergi glamping dengan pengalaman ATV di Taiping.
Penginapan di lokasi glamping serendah RM180 untuk satu malam dan boleh bbq bersama orang tersayang. Pengembaraan ATV di laluan luar jalan dengan 20 halangan berbeza.
Keselamatan anda dijamin oleh bimbingan pengajar ATV dan penggunaan peralatan keselamatan. Inilah cara terbaik untuk menghilangkan tekanan, jadi alami glamping secara semula jadi untuk melupakan semua kebimbangan anda.
Burmese Pool Taiping, Taiping
6 Tempat menarik untuk berkelah di Taiping
Alamat: 153, Jalan 2, Taman Sentosa, Taiping, 34000, Perak
Telefon: –

Burmese Pool atau Kolam Burma Taiping ialah lokasi yang indah untuk diterokai. Pengunjung perlu melalui Taman Tasik Taiping untuk ke sini dan mencari papan tanda yang menunjukkan Kolam Burma.
Lokasi ini sering dianggap sebagai salah satu tempat terbaik untuk menyejukkan kaki anda di dalam air sambil menghirup udara segar. Anda juga boleh mendengar bunyi muzik hutan secara semula jadi, yang akan memberikan anda ketenangan dalaman.
Sungainya yang sejuk dan airnya mengalir terus dari air terjun Bukit Larut. Sememangnya seronok mandi-manda bersama keluarga di sini. Penggemar rama-rama, penjejak, perenang dan pengembara akan menyukai lokasi ini.
Waktu Operasi: Setiap hari: 8am–5pm
Lihat Peta | Tiket Kemasukan: Percuma
Menara Jam Taiping, Taiping
7 Bangunan bersejarah di Taiping
Alamat: Jalan Kota, 34000 Taiping, Perak
Telefon: –

Menara Jam adalah tarikan yang mesti dilihat di Taiping dan tidak boleh dilepaskan dalam sebarang lawatan. Ada sesuatu tentang bangunan putih ini, yang dipengaruhi oleh gaya Eropah klasik, yang memancarkan suasana nostalgia.
Dahulu menara ini berfungsi sebagai balai polis dan balai bomba sehingga tahun 1950, kini menjadi destinasi pelancongan terkenal yang mengandungi banyak kawasan Instagrammable.
Bersedia untuk mengambil lebih daripada sepuluh gambar di tempat menarik di bandar Taiping ini, yang merangkumi segala-galanya daripada beca klasik hingga pondok telefon purba. Uniknya, inilah menara jam pertama di Malaysia.
Dataran Warisan Taiping, Taiping
8 Tempat menarik di Taiping waktu malam
Alamat: 1897, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak
Telefon: +6017-5065696

Dataran Warisan Taiping ialah dataran awam yang bersejarah di bandar ini. Selain bangunan kerajaan, dataran ini dikelilingi hotel dan kedai, yang menambah daya tarikannya. Bangunan-bangunan lama yang mengelilingi dataran menawarkan pemandangan yang indah dan persekitaran yang mesra.
Walaupun kelihatan seperti dataran bandar biasa pada hari bekerja, tempat ini menjadi hidup pada malam hujung minggu apabila gerai makanan mula membuka kedai. Perkhidmatan seperti urutan kaki, inai dan mainan kanak-kanak turut disediakan di lokasi ini.
Selain itu, dataran ini cukup terang pada waktu malam, dan ia adalah lokasi yang menyenangkan untuk melepak dan berehat pada waktu malam. Dataran ini sering digunakan sebagai lokasi untuk acara khas.
Lihat Peta | Waktu Operasi: 24 jam
Muzium Perak, Taiping
9 Museum di Taiping
Alamat: Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak
Telefon: +605-8072057

Muzium Perak ini, yang dibina pada tahun 1883, adalah yang tertua di Malaysia. Struktur itu sendiri mengingatkan gaya art deco seni bina British.
Selain daripada mempelajari sejarah Perak melalui pameran, anda juga dapat melihat pelbagai koleksi lain, termasuk radio antik, basikal dan rangka haiwan seperti buaya, tengkorak gajah, dan pelbagai spesies asli yang menarik di Malaysia.
Terdapat paparan indah pakaian yang diperbuat daripada pulpa kayu, alat muzik tradisional dan arca yang menakjubkan. Tambahan pula, di sini juga ada enjin wap Kereta Api Negeri Perak abad ke-19, jet pejuang Tentera Udara Malaysia dan sauh Selat Melaka yang bersejarah.
Waktu Operasi: Setiap hari: 9am-5pm
Lihat Peta | Harga Tiket Muzium Perak: Dewasa: RM2, 12 tahun ke bawah: percuma
Bukit Larut, Taiping
10 Tempat menarik di Bukit Larut Taiping
Alamat: Bukit Larut, 34000 Taiping, Perak
Telefon: +6012-2771920

Bukit Larut merupakan lokasi menarik di Taiping yang cukup popular di kalangan pelancong. Hutan semula jadi, dengan banyak flora dan hidupan liar, serta suasana damai yang dipenuhi dengan udara segar, boleh membawa ketenangan kepada sesiapa sahaja yang berkunjung.
Bukit Larut atau Maxwell Hill adalah penginapan tanah tinggi pertama dan tertua di Malaysia, menurut catatan sejarah Taiping. Maxwell Hill dinamakan sempena George Maxwell, penolong British pertama di Perak, yang tinggal di sana pada tahun 1870 ketika kawasan itu sedang dibina. Ketinggian bukit larut adalah 1,250 m.
Jungle trekking dan mendaki Bukit Larut merupakan aktiviti popular bagi orang ramai ketika bercuti di Taiping. Anda juga boleh bermalam di chalet yang berdekatan puncak Bukit Larut. Malahan, anda boleh berkhemah di bawah bukit atau berhampiran air terjun.
Waktu Operasi: 7am-5pm
Lihat Peta | Bayaran mendaki bersama pemandu: Rm15 | Bayaran masuk: RM10
Kilang Kopi Antong (Antong Coffee Mill), Taiping
11 Kopi viral Taiping
Alamat: Jalan Assam Kumbang, 34000 Taiping, Perak
Telefon: +6014-9000055

Kilang Kopi Antong ini telah beroperasi sejak 1993 dan kilang kopi tertua di Malaysia. Pengunjung dialu-alukan untuk melawat kilang dan menikmati kopi Taiping serta mempelajari cara pembuatan kopi. Mereka juga mengekalkan kaedah tradisional memanggang kopi iaitu melalui pengunaan ketuhar kayu.
Selain produk kopi yang dijual di sini, pengunjung juga boleh merasai beberapa bancuhan kopi tempatan secara percuma. Apabila anda memesan kopi, mereka menyediakan anda dengan biskut keras yang dipanggil ‘biskut lutut’ untuk dinikmati bersamanya secara percuma.
Anda juga boleh membeli produk kopi dan biskut unik keluaran Kilang Kopi Antong sebagai buah tangan, pulang dari bercuti di Taiping. Kilang kopi Antong juga termasuk dalam pakej serendah RM330 untuk half day tour mengelilingi Taiping.
Waktu Operasi: Setiap hari: 8:30am–5:30pm
Lihat Peta | Instagram | WhatsApp
Roti Bakar Arang Fadzil House, Taiping
12 Sarapan best di Taiping
Alamat: Jalan Perusahaan 2, Kampung Sungai Tupai, 34000, Taiping, Perak
Telefon: +6017-5055877

Restoran Roti Bakar Arang Fadzil House juga antara yang terkenal di Taiping, Perak dengan makanan sedapnya. Pengunjung dari seluruh negeri datang untuk makan hidangan enak dan sarapan pagi di Taiping.
Tempat sarapan di Taiping ini terkenal dengan roti bakar arang yang disajikan dengan telur separuh masak dan kacang panggang sebagai hidangan sampingan. Selain itu, anda mesti merasai roti kukus inti pandan, yang paling sesuai dinikmati dengan secawan teh tarik panas.
Nasi Lemak Rendang adalah salah satu hidangan yang paling popular di restoran ini. Kedai sarapan di Taiping ini dibuka dari jam 7pagi – 12 tengah hari dan inilah pilihan sarapan pagi terbaik di Taiping terutamanya buat mereka yang bercuti di Taiping.
Kuala Sepetang Eco Tourism, Taiping
13 Aktiviti menarik di Kuala Sepetang Taiping
Alamat: Jalan Sungai Manggis, Kampung Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak
Telefon: 012-5145023

Kuala Sepetang yang juga dikenali sebagai Port Weld, sebuah perkampungan nelayan kecil yang terletak 12 kilometer dari bandar Taiping. Perjalanan dari Ipoh, Perak ke Kuala Sepetang hanya mengambil masa sejam. Kuala Sepetang destinasi percutian terbaik untuk keluarga yang mencari percutian yang tenang.
Selain memancing, melawat kolam ikan, dan melihat helang makan, anda boleh menaiki bot untuk melihat suasana Kuala Sepetang. Selain itu, pengunjung boleh melawat kilang arang dan Hutan Bakau Matang.
Pada waktu malam, kumpulan kelip-kelip boleh dilihat berterbangan di tebing sungai. Pemandangannya sangat memukau dan memberikan pengunjung pengalaman cuti terbaik.
Ikan lumba-lumba, yang dikenali sebagai “Lucky Dolphins,” juga boleh dilihat dengan menaiki bot ke laut di tempat menarik Kuala Sepetang Taiping ini. Jangan lupa menikmati beberapa mee udang dan hidangan makanan laut terbaik di Perak.
Waktu Operasi: Setiap hari: 7am–10:30pm
Taman Botani Perak, Taiping
14 Tempat menarik di bandar Taiping
Alamat: 34000 Taiping, Perak
Telefon: –

Selepas Taman Botani Johor dan Taman Botani Sarawak, Taman Botani Perak adalah yang terbaharu daripada tiga taman botani negara. Anda juga boleh melihat alam flora yang subur. Anda juga boleh bersantai dengan aliran kecil dari air terjun berdekatan yang sangat menenangkan.
Malah, taman ini digunakan sebagai kemudahan kajian saintifik dan pemuliharaan selain sebagai kawasan rekreasi awam. Taman ini juga bekas “tee-off’ padang golf yang wujud suatu masa dahulu dan menyumbang kepada keindahan alam semulajadi di sini.
Taman ini mempunyai 13 laman yang unik dan menarik. Selain itu, Taman Botani Perak ini berkonsepkan Muzium Pokok dan terdiri daripada pelbagai spesies yang ada di Malaysia. Tiket kemasukan ke taman Taiping ini hanya RM2.
Lihat Peta | Waktu Operasi: Setiap hari: 8:30am–7pm
Reserve The Cozytainer, Taiping
15 Hotel bajet Taiping/hotel murah di Taiping
Alamat: 183, Jalan Merdeka 34000 Taiping, Perak, Malaysia
Telefon: +6014-9458023

Hotel yang dibina daripada kontena perkapalan yang telah diubah suai menjadi bilik gaya loteng yang menyenangkan dengan kemudahan moden. The Cozytainer bertujuan untuk berfungsi sebagai rumah yang selesa jauh dari rumah untuk pengunjung ke Taiping.
The Cozytainer adalah pilihan yang sangat baik untuk individu yang ingin melawat bandar Taiping yang indah. Majoriti pemandangan berada dalam jarak berjalan kaki (atau kurang daripada 5 minit dengan kereta) dari hotel, yang merupakan satu kelebihan.
Setiap bilik mempunyai penghawa dingin, wifi, TV dan bilik mandi peribadi (yang dilengkapi dengan peralatan mandian, pengering rambut dan tuala). Penginapan yang bersih, diselenggara dengan baik dan menyenangkan. Harga serendah RM160 seorang semalam tetapi kini RM98 dengan diskaun booking di Agoda.
Lihat Peta | Facebook | Instagram | WhatsApp
Taiping Equine Park, Taiping
16 Tempat menarik di Taiping untuk kanak kanak
Alamat: Jln. Bukit Larut, 34000 Taiping, Perak
Telefon: +6012-3114177

Anda boleh menikmati Taiping Equine Park bersama seisi keluarga kerana ia adalah taman yang benar-benar kreatif. Terdapat sesuatu yang istimewa tentang persekitaran taman yang indah dan menawan yang anda tidak mahu ketinggalan.
Beberapa ekor kuda boleh ditemui di taman desa, semuanya mesra dan boleh ditunggangi walaupun oleh kanak-kanak. Taiping Equine Park ialah satu-satunya taman menunggang kuda di Taiping yang menawarkan aktiviti riadah serta pelajaran menunggang kuda untuk semua peringkat umur.
Jika anda ingin menganjurkan parti hari jadi, barbeku atau sebarang acara lain, anda boleh melakukannya di sini.
Bismillah Cendol, Taiping
17 Makanan sedap di Taiping
Alamat: 233, Jalan Barrack, 34000 Taiping, Perak
Telefon: +6010-8037860

Apabila anda perlu menyejukkan badan dalam panas terik di pekan Taiping, semangkuk cendol sejuk sentiasa menjadi pilihan yang hebat. Cendol Bismillah dan Cendol Terkenal Ansari ialah dua daripada tempat paling popular untuk menyediakan cendol di Taiping, jika anda melawat dari tempat lain di Malaysia.
Pada tahun 1993, Bismillah Cendol telah ditubuhkan berhampiran Institusi St. George, Taiping dan ia telah beroperasi sejak itu.
Cendol biasa, kacang, pulut, dan pulut kacang, serta laksa dan pasembor, semuanya boleh didapati di kedai cendol ini. Jika anda pernah berada di Taiping, anda harus singgah ke dua kedai cendol ini.
Lihat Lokasi | Waktu Operasi: Setiap hari: 11am–6pm
Kilang Arang Kuala Sepetang, Taiping
18 Tempat menarik di Kuala Sepetang Taiping
Alamat: Jalan Taiping – Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak
Telefon: +6012-4286098

Kilang arang ialah tempat nostalgia yang membawa anda kembali ke masa lalu. Ia merupakan kilang arang lama yang menukar kayu balak bakau kepada arang hitam.
Lokasi yang terletak di Kuala Sepetang ini akan membawa anda menelusuri sejarah penghasilan arang.
Walau bagaimanapun, jika anda tidak berminat untuk mengetahui tentang sejarah kilang, anda tidak perlu menemuinya sendiri.
Waktu Operasi: Setiap hari: 10am–5pm
Lihat Peta | Facebook | WhatsApp
Novotel Taiping, Taiping
19 Hotel menarik di Taiping/resort/chalet (tempat penginapan)
Alamat: No 1, Jalan Tupai, 34000 Taiping, Perak
Telefon: +605-8208288

Novotel Taiping adalah hotel empat bintang di pekan Taiping dengan konsep moden dan kontemporari. Selain itu, penginapan ini hanya 1.2 kilometer dari Taman Tasik Taiping.
Kolam renangnya sungguh menakjubkan, terutamanya dengan latar belakang bukit dan banjaran gunung. Dari bilik hotel anda, anda akan dapat melihat pergunungan yang menakjubkan dari kejauhan.
Peninapan ini juga mempunyai gym dan banyak restoran serta kedai roti berhampiran hotel Taiping ini.
Lihat Lokasi | Check-in time: 2:00 pm, Check-out time: 12:00 pm
5D Art Paradise, Taiping
20 Tempat bergambar menarik di Taiping
Alamat: Jalan Maharajalela, 34000 Taiping, Perak
Telefon: +6016-5212693

5D Art Paradise ialah pilihan terbaik untuk keluarga dan organisasi yang mencari hiburan. Ilustrasi optik, arca dan muzium pameran ini menawarkan lebih 70 ilustrasi optik, arca dan pameran yang menggalakkan orang ramai mengambil gambar kreatif.
Muzium 5d Taiping ini dibahagikan kepada lima kawasan dan setiap satunya mempunyai subjek tertentu untuk dipamerkan.
Jika anda berada di Taiping dan ingin melakukan aktiviti bersama keluarga yang menghiburkan dan mendidik, maka 5d art taiping ini mesti dikunjungi.
Waktu Operasi: Isnin (tutup), Sabtu-ahad: 10:30am–7pm, selasa-khamis: 11:30am–7pm, jumaat: 11am-6.30pm
Bukit Merah Resort, Taiping
21 Tempat menarik di Bukit Merah
Alamat: Jalan Bukit Merah, Semanggol, Taiping, 34400, Perak
Telefon: +605-8908888

Taiping resort ini terletak di dalam kompleks eko-pelancongan yang terdiri daripada taman eko, taman air dan kemudahan pemulihan orang-utan. Harga tiket bukit merah bagi waterpark sahaja bermula dari RM 30. Anda boleh memilih untuk menginap di Kampung Air Water Chalet atau laketown hotels.
Berinteraksi dengan haiwan di Ecopark atau nikmati hari yang menyeronokkan di Laketown Waterpark, yang mempunyai kolam ombak dan gelongsor air. Anda juga boleh meluangkan masa dengan urutan di spa, atau bersenam di gym. Anda boleh memilih pakej percutian Bukit Merah Laketown Resort serendah RM180 semalam dengan booking di Agoda.
Ripples Hawker Centre menyediakan pelbagai pilihan tempat makan. Bukit Merah Laketown Resort hanya 30 minit perjalanan dari Taiping. Antara aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan ialah lake cruise, kayak, archery, paintball, paddle boat, nature trekking dan lain-lain.
Lihat Peta | Check-in time: 3:00 pm, Check-out time: 12:00 pm
Yong Tau Foo Taiping Belakang Bomba, Taiping
22 Kedai makan sedap di Taiping
Alamat: Pusat Penjaja Taiping, 34000 Taiping, Perak
Telefon: –

Medan selera ini telah lama menjadi tumpuan utama pengemar-pengemar Yong Tau Foo. Terdapat banyak gerai untuk dipilih, semuanya dijamin sedap dan asli.
Anda akan rambang mata memilih pelbagai variasi bahan untuk Yong Tau Foo. Rata-rata peniaga meletakkan nilai tinggi terhadap bahan-bahan dalam kuah Yong Tau Foo mereka untuk memastikan ia pekat dan berkualiti tinggi.
Bagi anda yang mencari hidangan yang ringan tetapi menyelerakan, hidangan ini sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam.
Lihat Lokasi | Waktu Operasi: Setiap hari: 5pm–12am