Table of Contents
Apa lagi daerah menarik di negeri Sabah untuk dikunjungi selain tempat famous seperti Kota Kinabalu, Kundasang, Sandakan, Lahad Datu, Kuala Penyu, Keningau, Semporna, dan pulau-pulau di Sabah? Jawapannya, tempat menarik di Tenom!
Terletak di kawasan pendalaman dan bersempadan dengan daerah Keningau, daerah Tenom yang juga dikenali sebagai bandar kopi, mempunyai beberapa tempat bercuti menarik.
Tidak tahu di mana tempat menarik di Tenom Sabah? Jangan risau, berikut adalah beberapa tempat melancong menarik untuk anda lawati ketika bercuti di Sabah.
Senarai 13 tempat menarik di Tenom
Muzium Antanom Tenom
1 Muzium di Tenom
Alamat: Jalan Tenom Kemabong, 89900 Tenom, Sabah
Hubungi: N/A
Nak tahu lokasi bersejarah di Tenom? Kunjungi sahaja muzium Tenom ini bersama keluarga. Jika bernasib baik, ada Tamu Tenom yang dibuka setiap Rabu dan Ahad.
Terletak di belakang Restoran Asia Rasa 3, betul-betul berhadapan dengan medan selera. Tempat menarik Tenom ini percuma je, saiznya kecil tapi padat dengan info-info serta koleksi sejarah Tenom.
Di muzium ini, anda boleh belajar tentang sejarah Murut dan Tenom, serta bagaimana Tenom mendapat nama tersebut.
Jadi, jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Tenom, salah satu pusat pertanian di Sabah, kunjungi muzium Antanom ini!
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Tugu Pahlawan Ontoros Antanom
2 Tempat menarik di Tambunan
Alamat: 89650 Tambunan, Sabah
Hubungi: N/A
Di daerah Tambunan, berdekatan Tenom dan hotel Tenom, terdapat sebuah monumen yang menjadi landmark daerah Tambunan, iaitu Tugu Pahlawan Sabah Antenom.
Siapakah Antenom? Antenom, juga dikenali sebagai Antanom, ialah seorang pahlawan Sabah yang terkenal dalam kalangan kaum Murut. Nama penuhnya ialah Datuk Seri Panglima Ontoros bin Endoi @ Antanom.
Menurut cerita rakyat tempatan, Antenom dipercayai memiliki kuasa sakti yang luar biasa termasuk kekuatan fizikal, kebal, dan mampu berkomunikasi dengan binatang liar.Â
Crocker Range National Park’
3 Taman negara di Sabah
Alamat: Tambunan, Sabah
Hubungi: 088523500
Taman Banjaran Crocker, atau Taman Negara Crocker Range, adalah taman negara terbesar di Sabah. Taman ini memang menarik, tapi trek-trek dia agak mencabar.
Rasa seronok bila berjalan-jalan dalam tempat menarik Tenom ni. Dengan alam semula jadinya yang hijau dan segar, anda akan rasa tenang.
Kalau anda minat hiking, jangan lepaskan peluang untuk melalui laluan trek yang namanya “Salt Trail”. Biasanya, korang kena habiskan dalam 5-8 jam sehari.
Selain pemandangan gunung yang menakjubkan, anda berpeluang melihat orkid liar dan tumbuhan lain serta menjelajah keindahan alam semula jadi terdekat termasuk Mahua Waterfall.
Tenom Coffee Valley
4 Cafe menarik di Tenom
Alamat: Jalan Tun Ahmad Raffai, Tenom, 89907 Tenom, Sabah
Hubungi: 087733508
Korang kena datang ke Tenom Coffee Valley ni kalau korang cari tempat yang selesa untuk santai di tengah-tengah pekan Tenom.
Cuba minuman coffee, waffle, kek, western food, chocolate smoothie dan banyak lagi. Confirm kena cuba semua sebab sedap sangat!
Kalau anda ada event birthday, perkahwinan, atau pertunangan pun boleh buat di sini. Tempat menarik Tenom ini memang cantik.
Lagi satu, sesuai sangat kalau nak ambil gambar comel-comel untuk Instagram. Harga makanan pun berpatutan, memang puas hati makan kat sini!
Pusat Kebudayaan Murut
5 Tempat kebudayaan di Sabah
Alamat: 89900 Tenom, Sabah
Hubungi: 011-6574 9522
Tempat bersejarah ini menjadi istimewa kerana ia menceritakan sejarah, tradisi suku Murut, dan budaya orang Murut. Dibina daripada kayu dan dipengaruhi oleh seni bina Murut tradisional.
Muzium dan galeri ini juga masih memelihara dan mempamerkan artifak budaya, alat muzik, ukiran kayu, kraftangan, pakaian, dan karya seni kontemporari.
Setiap tiang di sini mempunyai ukiran unik yang menceritakan kisah-kisah tertentu. Terdapat juga contoh rumah komuniti untuk sebuah kampung dan pelbagai artifak kehidupan orang Murut.
Saksikan juga persembahan tarian Tradisional Murut pada hujung minggu dan hari festival tertentu serta dalami warisan Sabah ini!
Waktu operasi: Setiap hari (8:30 am–4:30 pm)
Pammos View
6 Tempat menarik di Tenom untuk berkelah dan camping
Alamat: Kg. Pamilaan, Batu 15.5, Jalan Tenom – Keningau, 89907 Tenom, Sabah
Hubungi: 019-534 1000
Selain berkelah bersama keluarga atau mandi di tepi sungai, anda juga boleh camping di sini. Nak bermalam dengan lebih selesa? Jangan risau, terdapat beberapa jenis chalet untuk dipilih.
Tempat menarik Tenom Sabah ini juga mempunyai ruang yang mencukupi untuk aktiviti hiburan keluarga seperti sukan kecil.
Kawasan ini benar-benar selamat, tenang dan sesuai untuk kanak-kanak.
Air sungainya juga sejuk dan segar. Terdapat tandas, surau, dan pondok untuk barbeku. Harganya sangat murah, hanya rm3/seorang.
Waktu operasi: Setiap hari (8:30 pagi – 5 petang)
Taman Pertanian Sabah
7 Taman menarik di Sabah
Alamat: Taman Pertanian Sabah Lagud Seberang, Tenom, Sabah
Hubungi: N/A
Taman Pertanian Lagud Seberang atau lebih dikenali sebagai Taman Pertanian Sabah ini terletak kira-kira 10 km dari Pekan Tenom.
Terdapat pelbagai jenis spesis tumbuhan, burung, serangga dan haiwan liar. Menariknya lagi, taman seluas 200 hektar ini berlatar belakangkan Banjaran Crocker.
Dalam Sabah Agricultural Park ini terdapat tasik, observation tower dan beberapa taman menarik seperti taman hiasan, taman haiwan, pusat lebah dan banyak lagi.
Waktu operasi: Selasa – Ahad (8  pagi –5 petang)
Padas White River Rafting
8 Aktiviti river rafting di Tenom
Alamat: Jalan Tun Ahmad Raffai, 89900 Tenom, Sabah
Hubungi: N/A
Jom bersedia untuk aktiviti berakit air yang menarik di Sungai Padas! Di sini, anda juga akan menikmati pengalaman yang mengujakan.
Naik rakit dan mengayuh melalui Sungai Padas sepanjang 12 km, melalui 8 jeram yang mencabar dan 8 bahagian sungai yang tenang.
Selepas aktiviti 2 hingga 3 jam ini, makan tengah hari bersama rakan-rakan anda. Ayuh sertai aktiviti berakit ini!
Tenom Valley
9 Homestay di Tenom
Alamat: Jalan Cinta Mata, 89900 Tenom, Sabah
Hubungi: 012-833 8993
Kalau nak stay di Tenom Valley, anda boleh menginap di penginapan terbesar yang tersembunyi dalam keindahan Tenom Sabah.
Sesuai untuk rombongan besar seperti keluarga atau kawan-kawan.
Lihatlah gunung dan hutan hijau dan dengarlah bunyi burung serta serangga dari luar bilik.
Penginapan di Tenom ini adalah sebuah rumah kayu yang sangat unik dengan balkoni kaca.
Fasiliti yang lengkap, ada dapur, kolam renang kecil, biliknya luas dan homestay Tenom ini dalam kawasan berkawat serta pagar automatik.Â
Rukud Hill
10 Tempat hiking di Tenom
Alamat: Peti Surat 206 Kg, Jalan Kalibatang Baru, 89908 Tenom, Sabah
Hubungi: 01151663650
Kepada para peminat hiking di luar sana, jom kunjungi Bukit Rukud ini yang menawarkan pemandangan yang cantik.
Tempat ini sesuai untuk aktiviti mendaki dan bersantai pada waktu petang. Pendakian sejauh 350 meter ini pasti akan memberikan keseronokan yang tersendiri.
Nikmati udara segar dan keindahan dari puncak Bukit Rukud!
Yong Farmstay
11 Tempat menarik Tenom untuk kanak kanak
Alamat: Yong Farmstay, 89900 Tenom, Sabah
Hubungi: 014-3809339
Terletak di atas bukit berhampiran bandar Tenom, tempat ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik yang mencabar dan penuh ilmu.
Sangat sesuai untuk trip keluarga atau pelajar.
Lakukan aktiviti ATV, memanah, slingshot, mendaki tangga berwarna-warni, memberi makan ikan, taman permainan, rumah gaya Hakka, mini zoo, dan banyak lagi.
Bayaran masuk untuk dewasa hanya RM28 dan kanak-kanak RM15. Café Halal Cook juga disediakan pada hujung minggu sahaja.
Paling ikonik di sini ialah platform kaca yang menawarkan pemandangan yang indah.
Jika anda ingin menginap, chalet seperti kontena juga boleh ditempah. Tempat yang best dengan view menghijau untuk percutian ringkas bersama keluarga!
Yit Foh Coffee Park
12 Kilang kopi Tenom
Alamat: 3 Km, Jalan Tenom-Sapong, Kampung Chinta Mata, 89908 Tenom, Sabah
Hubungi: 010-263 5657
Jom datang ke Yit Foh Tenom Coffee! Kilang kopi tertua di Tenom, ditubuhkan sejak 1960 oleh Encik Yong Loong Vun.
Pada tahun 2017, Yit Foh Coffee Park telah dibuka, yang terdiri daripada Restoran Yit Foh Robusta dan Coffee Park Cottage.
Tempat yang bagus untuk bersantai dan membeli-belah kopi Tenom Sabah serta produk lain dengan harga kilang.
Jika ingin menginap, ada juga Yit Foh Coffee Cottage.
Kawasan kilang Kopi Yit Foh ini juga mempunyai pelbagai tempat menarik untuk bergambar, termasuk tempat untuk mengabadikan “I LOVE TENOM”.
Jadi, jom jalan-jalan dan makan-makan di kafe mereka. Anda pasti akan menyukai kopi Tenom!
Fatt Choi Coffee Cabin
13 Port menarik untuk bergambar
Alamat: Kampung Tenom Lama, Tenom, 89908 Tenom, Sabah
Hubungi: +608 773 5230
Jom jalan-jalan bersama keluarga atau rakan-rakan ke sini!
Terletak di puncak bukit, jadi pemandangan dari atas sangat cantik dan lihatlah dengan jelas panorama Pekan Tenom.

Bayangkan minum secawan kopi sambil menikmati pemandangan bandar, bukit-bukau, Sungai Padas, dan awan.
Terdapat juga taman permainan, menara di atas bukit dan port menarik untuk bergambar.
Di sekitar Fatt Choi ini, terdapat gerai-gerai makanan seperti char kuey teow, sate dan lain-lain.
Boleh juga sewa kabin di sini! Kabin-kabin ini direka dengan reka bentuk rumah panjang yang menarik, dan tumbuhan kopi di hadapan pintu bilik anda.
Suasana di sini sangat tenang dan nyaman, dengan mesin kopi dan penghawa dingin di dalam bilik. Disarankan untuk membawa mosquito repellent.Â