Table of Contents
Tempat menarik di Kundasang dan Ranau, destinasi pelancongan yang terkenal di Sabah.
Kundasang ialah sebuah bandar yang terletak di daerah Ranau Sabah, menawarkan keindahan semula jadi yang menakjubkan.
Terletak di sepanjang tebing Sungai Kundasang, Pekan Kundasang hanya 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu dan 12 kilometer dari bandar Ranau.
Tetapi apa yang membuat Kundasang Sabah begitu istimewa adalah keindahan persekitarannya dan lokasinya yang tinggi, menjadikan suhu di Kundasang sejuk sepanjang tahun.
Senarai Tempat Menarik Di Kundasang Dan Ranau
Bagi menjadikan percutian anda di Ranau Kundasang lebih bermakna, kami telah menyusun senarai tempat menarik di Kundasang dan Ranau untuk panduan anda.
Kami harap cadangan ini dapat membantu anda merancang percutian di Kundasang.
Hidden Hill Kundasang
1 Homestay menarik di Kundasang
Alamat: Kg Dodon Kasigau Kundasang Sabah, Kundasang, Kinabalu National Park, Malaysia, 89308
Telefon: N/A
Tempat percutian ini sangat cantik dan menenangkan dengan tema jepun!
Ia seperti sebuah rumah ala Jepun dengan pemandangan indah dan pokok-pokok pain. Anda boleh tempah bilik atau sekadar berjalan-jalan dengan rakan.
Homestay ini dilengkapi kemudahan asas termasuk dapur dan peluang BBQ pada waktu malam. Dari tingkap atau balkoni, pengunjung boleh melihat Gunung Kinabalu.

Anda juga boleh menyewa Yukata, pakaian watak anime Jepun dan pelbagai kimono. Cuma jalan untuk ke Hidden Hill Kundasang sangat mencabar.
Sesuai untuk keluarga dengan anak-anak dan menyajikan hidangan Jepun yang sedap.
Harga purata: Dari RM 251
Ulasan pengunjung:
“2D1N staycation with fam, best sgt, view lawa. Saja pilih hidden hill ni sbb nak rasa vibes mcm kat Japan. Buka tingkap nampak view Mt Kinabalu. Tempat bersih & instagrammable. Best sgt healing kat sini. Sure will repeat after this…”
.
Spring Garden Kundasang
2 Tempat penginapan ada taman bunga di Kundasang
Alamat: Jalan Golf Course Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah
Telefon: 012-809 1564
Datanglah pada musim bunga untuk pengalaman fotografi terbaik! Bayaran masuk hanya RM10.
Bersantailah dalam ketenangan alam semula jadi, duduk di tepi sungai berbatu, dan nikmati bunyi air yang mengalir tenang.
Ingin bermalam? Ada vila peribadi di tengah-tengah taman dengan pemandangan Gunung Kinabalu.
Tempat sempurna untuk berehat dan menikmati alam semula jadi. Jom berjalan-jalan di Spring Garden Kundasang!
Harga purata: Dari RM 984
Ulasan pengunjung:
“Hanya melawat taman-taman dan ia adalah indah! Kami mengambil banyak gambar yang menakjubkan dengan latar belakang Gunung Kinabalu. Terdapat juga laluan berjalan kaki singkat ke sungai...”
Taman Arnab Kundasang
3 Tempat menarik Kundasang untuk kanak kanak
Alamat: Kg Purakagis kibbas, 89308 Ranau, Sabah
Telefon: 010-955 0019

Taman arnab @ rabbit garden adalah salah satu pilihan terbaik untuk percutian di Sabah.
Terdapat 4 lokasi taman arnab di Kundasang dan Ranau: D’mesilau Rabbit Garden, Ranau Rabbit Farm, Arnab Village Ranau dan Sejati Arnab Farm.
Anda boleh pilih mana yang ingin dilawati, tetapi hari ini kita fokus pada Arnab Village Ranau, tempat terbaik untuk keluarga dengan anak-anak kecil.
Selain daripada arnab, tempat menarik untuk kanak-kanak ini juga mempunyai hamster, kucing, kebun anggur dan banyak port bergambar yang menarik.
Tapi ingatlah, jalan di Taman Arnab Kundasang ini tidak begitu rata, jadi berhati-hatilah!
Waktu Operasi: Setiap hari: 8 pagi –5 petang
Alpaca Club Kundasang
4 Tempat menarik untuk family day
Alamat: Jalan Cinta Mata Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah
Telefon: 011-5868 3622

Di Kelab Alpaca, pengunjung berpeluang berinteraksi dengan alpaca comel yang telah mengembara jauh dari Amerika Selatan.
Ini adalah tarikan pertama bertemakan alpaca di Sabah, dan tempat menarik ini terletak di kaki bukit Mesilou, berhampiran bandar Mesilou.
Tahukah anda bahawa alpaca adalah salah satu ahli keluarga unta yang paling kecil?
Aktiviti mesra keluarga ini sesuai untuk semua dan pasti akan menjadi kenangan terindah di Kundasang!
Waktu Operasi: Setiap hari : 9 pagi –5 petang
Taman Negara Gunung Kinabalu Kundasang Sabah
5 Taman negara di Sabah
Alamat: 89300 Ranau, Sabah
Telefon: 08-852 3500

Bagi yang belum tahu, Gunung Kinabalu terletak tidak jauh dari bandar Kundasang. Kalau anda sukakan aktiviti mendaki atau beriadah, Taman Kinabalu pilihan terbaik untuk anda.
Keindahan flora dan fauna eksotik di Taman Kinabalu boleh dilihat melalui 8 laluan mendaki yang boleh dilalui pengunjung. Kalau lapar, singgahlah di tempat makan di taman ini.
Salah satu keistimewaan Taman Negara Kinabalu ialah ia merupakan warisan dunia pertama di Malaysia dan gunung kedua tertinggi di Asia Tenggara.
Taman Kinabalu juga mempunyai Timpohon Gate, iaitu tempat permulaan pendakian Gunung Kinabalu.
Kundasang Farm Ville
6 Tempat menarik Kundasang waktu malam
Alamat: 89308 Kundasang, Sabah
Telefon: 010-978 0737

Walaupun pada waktu siang atau malam, anda harus datang ke Kundasang Farm Ville. Di sini, anda boleh melihat, memetik sendiri serta membeli sayur-sayuran hidroponik segar.
Selepas penat berjalan dan menjelajahi kebun, jangan lupa berehat di Hooga Cafe yang menyajikan pelbagai jenis kopi bersama kek yang lazat.
Farm Ville juga menjadi tempat yang ideal untuk mengambil gambar kerana terdapat laluan bercahaya cermin yang unik dan cantik.
Waktu Operasi: Setiap hari: 8 pagi –10 malam
Ladang Tea Sabah/Sabah Tea Garden
7 Tempat menarik yang percuma di Kundasang
Alamat: 89309 Ranau, Sabah
Telefon: –

Adakah anda mencari tempat percutian yang menyegarkan di Kundasang?
Lanskap Sabah yang tenang, diliputi dengan taman teh hijau yang subur di pergunungan, sudah pasti akan memberikan anda Kundasang view yang terbaik.
Ladang Tea Sabah percuma untuk masuk, tetapi anda boleh mendaftar lawatan kilang berpandu dengan harga RM 14 untuk mengetahui lebih lanjut tentang proses membuat teh.
Anda juga akan dapat mencuba beberapa teh terbaik terbaik dari Ladang Tea Sabah.
Paragliding Ranau
8 Aktiviti paragliding di Ranau Kundasang
Alamat: Jln Kompleks Sukan Ranau, 89308 Ranau, Sabah
Telefon: 013-865 0545

Mulakan pengembaraan paragliding ini bersama orang tersayang dan rakan anda.
Dapatkan peluang untuk mencapai langit dan biarkan angin membawa anda merasai pemandangan Gunung Kinabalu yang menakjubkan.
Juruterbang yang mesra dan cekap menjadikan aktiviti outdoor ini lebih selamat. Aktiviti paragliding serendah RM180 ini akan disahkan segera apabila anda membuat tempahan.
Harganya mahal tetapi sangat berbaloi untuk kenangan seumur hidup.
Waktu Operasi: Setiap hari: 9 pagi –5 petang
Atv Adventure Kundasang
9 Aktiviti lasak/atv di Kundasang
Alamat: 89308, Jalan Kundasang Kauluan, 89308 Kundasang, Sabah
Telefon: 010-825 8306

Luangkan sehari di Kundasang bersama keluarga atau rakan-rakan anda dengan aktiviti menarik ini.
Dalam pengembaraan yang mendebarkan ini, anda akan dibawa melalui ladang Desa Dairy dan kampung berhampiran sambil menikmati angin sejuk gunung.
Pilih menunggang bersendirian atau berkongsi ATV sambil menikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang menakjubkan di latar belakang Kundasang.
Jom menerokai destinasi popular di Sabah dan kawasan tanah tinggi Kundasang menggunakan ATV!
Waktu Operasi: Setiap hari: 9 pagi –5 petang
Hounon Ridge Farmstay & Camping
10 Tempat menarik di Kundasang untuk camping
Alamat: Kg. Himbaan, Bundu Tuhan,, 89308 Ranau, Sabah
Telefon: 013-850 6463

Hournan Ridge Farmstay dianggap salah satu ‘hidden gem’ di Sabah. Tempat penginapan ini hanya 21 km dari Kinabalu Park dan lokasi terbaik untuk camping atau honeymoon Kundasang Sabah.
Malah, tempat ini terkenal di kalangan anak muda kerana memiliki pemandangan alam semula jadi yang indah.
Anda boleh BBQ, camping, tidur bawah bintang dan berpeluang menyaksikan pemandangan matahari terbit dan terbenam yang memukau.
Namun begitu, perjalanan ke Hournan Ridge Farmstay agak mencabar kerana homestay ini terletak jauh di pedalaman kampung.
Hooga Cafe Kundasang
11 Tempat makanan/restaurant halal di Kundasang
Alamat: 89308 Kundasang, Sabah
Telefon: –

Hooga Cafe adalah pilihan bagus untuk makan tengah hari dan malam, hanya 3 km dari ladang tenusu.
Cafe ini bersambung dengan Kundasang Farm Ville, tempat yang bagus untuk keluarga atau pasangan muda. Lampu hiasan yang cantik menambahkan lagi suasana romantik.
Makan malam dihidangkan selepas jam 6 petang dengan hidangan seperti burger, nasi ayam, dan hidangan barat yang sedap.
Selain itu, anda boleh melihat replika bas dua tingkat yang menyajikan kepada pelanggan yang duduk di tingkat atas sambil menikmati pemandangan malam yang indah.
Strawberry Mesilau Park
12 Tempat menarik untuk pasangan di Kundasang
Alamat: Jalan Cinta Mata Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah
Telefon: 014-555 2737

Bukan hanya Cameron Highlands, Kundasang juga mempunyai ladang strawberry.
Strawberry Farm Mesilou turut mempunyai kafe dengan menu berasaskan strawberry. Anda boleh lihat cara penanaman dan petik strawberi segar.
Harga tiket masuk Strawberry Farm Kundasang hanya RM 3, dan anda juga boleh melihat pelbagai spesies bunga ros.
Nikmati strawberi masam dan manis sambil menikmati Kundasang view di tempat tarikan pelancong ini!
Magical Garden
13 Tempat menarik untuk selfie/ootd di Ranau
Alamat: Kg. Purakagis Kibaas, Ranau
Telefon: 010-9550019

Selain Kundasang Selfie Garden dan Spring Garden Kundasang, Magical Garden antara tempat menarik yang sangat bagus untuk mengambil gambar.
Tempat menarik di Ranau ini terletak di lereng bukit dengan pelbagai spesies bunga yang berwarna-warni.
Kawasan seluas 2 ekar ini pasti memuaskan hati anda, sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan, dan akan memberikan pengalaman yang menarik!
Cat Village Kundasang
14 Tempat menarik untuk family day
Alamat: 89308 Kundasang, Sabah
Telefon: –

Cat Village Kundasang atau dikenali sebagai Mesilou Cat’s Village, adalah destinasi menarik untuk peminat kucing dan juga tempat yang sesuai untuk kanak-kanak di Kundasang.
Setiap kucing di Mesilou Cat’s Village memiliki cerita tersendiri; ada yang lahir di sini, ada yang menjadi anak angkat, dan ada yang dari jalanan. Mereka semua sihat, jinak, dan telah diberi vaksin.
Selain daripada itu, tempat menarik di Kundasang & Ranau ini juga menyediakan kemudahan homestay dan menjual anak pokok bunga serta pelbagai pilihan tanaman kaktus.
Sosodikon Hill Kundasang
15 Tempat hiking menarik di Kundasang Sabah
Alamat: Kg Kauluan Peti Surat 873, 89308 Kundasang, Sabah
Telefon: 017-895 6192

Sosodikon Hill Kundasang adalah destinasi hiking yang sesuai untuk semua peringkat, termasuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Laluan ini tidak hanya menyediakan senaman yang baik tetapi juga pemandangan menakjubkan ke tanah tinggi Kundasang.
Malah, anda boleh menjelajah beberapa destinasi hiking terkenal di Kundasang yang lain seperti Bukit Maragang, Bukit Kimondou, Bukit Tinorindak, dan Bukit Lugas.
Jangan lupa datang ke 5 laluan hiking terbaik di Sabah tau!
Desa Dairy Farm
16 Tempat sarapan/breakfast menarik di Kundasang
Alamat: Jalan Cinta Mata Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah
Telefon: 088-889562

Desa Dairy Farm, dikenali juga sebagai Ladang Tenusu Desa Cattle, menawarkan pemandangan Gunung Kinabalu yang cantik.
Terletak di Mesilau, kawasan paling sejuk di Kundasang dan suasananya seperti “The Little New Zealand” serta sesuai dijadikan tempat menarik untuk photoshoot di Kundasang.
Tiket masuk ke ladang lembu Kundasang ini hanya RM5. Anda juga boleh memberi makan kambing dan lembu, mencuba susu segar dan yogurt, serta melihat lembu diperah.
Selepas sarapan, jangan lupa ambil gambar di sini kerana Gunung Kinabalu sangat jelas pada pukul 7-8 pagi! Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Desa Cattle Dairy Farm.
Crystal Hill Sabah
17 Tempat menarik di Kundasang untuk honeymoon
Alamat: 89308 Kundasang, Sabah
Telefon: 016-584 6116

Crystal Hill R adalah tempat penginapan menarik di Sabah, terletak bertentangan dengan Gunung Kinabalu. Dari balkoni bilik atau dek resort, anda dapat melihat Pekan Kundasang.
Bagi pengunjung yang mahir memasak, mereka boleh menggunakan BBQ resort untuk menyediakan makanan sendiri.
Selain itu, terdapat perkhidmatan teksi dan sewaan kereta untuk menerokai Taman Negara Kinabalu.
Inilah pilihan Kundasang hotel yang berbaloi. Sesuai untuk honeymoon, healing atau mencari ketenangan.
Harga purata: Dari RM 116
Ulasan pengunjung:
“Pemandangan Gunung Kinabalu yang menakjubkan. Platform yang besar membolehkan tetamu menikmati pemandangan gunung, matahari terbit & menikmati secawan teh. Pada waktu malam, seseorang boleh mendengar deruan angin gunung…”
Membeli Belah di Pekan Nabalu, Kundasang
18 Tempat membeli belah menarik di Kundasang
Alamat: 89150 Ranau, Sabah
Telefon: –

Tidak jauh dari jalan utama, terdapat pasar dan kawasan lapangan dengan pemandangan Gunung Kinabalu dan Banjaran Crocker.
Kemudian, anda boleh shopping cenderahati Sabah yang murah di Pasar Kraftangan Pekan Nabalu.
Di sini, anda akan menemui pelbagai cenderahati seperti magnet peti ais, rantai kunci, baju T, dan banyak lagi.
Jadi, jangan lupa singgah di Pekan Nabalu sebelum ke tempat menarik di Ranau & Kundasang.
Fish Spa Kundasang
19 Tempat menarik di Ranau
Alamat: Kampung Luanti Baru, 89300 Ranau, Sabah
Telefon: 08-887 6988

Tagal Fish Spa di Sungai Moroli, Kg Luanti terkenal di kalangan pengunjung. Terletak kira-kira 25 kilometer dari bandar Ranau.
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah merendam kaki dan memberi makan ikan pelian.
Malah, penduduk tempatan telah melatih ikan tagal untuk membuang sel kulit mati dengan urutan dan gigitan.
Ranau Fish Spa juga membantu mereka yang mengalami psoriasis dan melembutkan kulit.
Kolam Air Panas Poring Ranau
20 Tempat pelancongan di Ranau Sabah
Alamat: 89300 Ranau, Sabah
Telefon: 014-695 8577

Poring Hotspring adalah tarikan popular di Ranau Kundasang. Hot Spring Kota Kinabalu, terletak 30-40 minit dari Ranau dan sering sesak pada musim cuti sekolah.
Mineral dan sulfur dalam kolam Air Panas Poring Ranau ini membantu menyegarkan badan, meredakan lenguh sendi, menenangkan jiwa, dan merawat penyakit kulit.
Selepas mendaki gunung atau berjalan-jalan di Kundasang, anda dan keluarga boleh singgah sebentar di Kolam Air Panas Poring.
Di Hot Spring Kota Kinabalu, anda dapat menjumpai banyak pokok buluh dan jambatan gantung Poring.
War Memorial Kundasang
21 Photoshoot tempat menarik /tempat bergambar menarik di Kundasang
Alamat: Jalan Kundasang Kauluan, Kundasang, 89300 Ranau, Sabah
Telefon: 019-899 2041

War Memorial Kundasang terletak di pekan Kundasang dan mula dibuka pada tahun 1962. Tidak ada salahnya untuk anda singgah, berehat, dan mengambil gambar di taman yang menarik ini.
Bentuk bangunan, tanaman, bunga, susun atur, dan suasana yang sejuk dan nyaman pasti akan membuat anda gembira.
Menariknya, Kundasang War Memorial mempunyai 4 taman yang berbeza: English Garden, Australian Garden, Borneo Garden dan Contemplation Garden.
Setiap taman mewakili identiti Australia, England, dan Sabah. Bagi penggemar sejarah, ini tempat yang baik untuk merasai kisah Perang Dunia Kedua.
Waktu Operasi: Setiap hari: 8:30 pagi –5 petang
Jic Seng Nursery
22 Tempat menarik di Kundasang yang percuma
Alamat: 89308 Kundasang, Sabah
Telefon: 016-582 7667

Jic Seng Nursery atau Js Nursery Kundasang antara salah satu tempat menarik di Kundasang Sabah.
Bagi peminat tumbuhan hiasan “rare”, tempat ini wajib dikunjungi. Di sini, anda boleh menemui pelbagai jenis tumbuhan seperti orkid, kaktus, periuk kera, dan banyak lagi.
Alat dan keperluan berkebun juga dijual di taman bunga Kundasang ini. Jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar dengan latar belakang bunga yang cantik.
Waktu Operasi: Setiap hari: 8 pagi –5 petang
Humble Hobbit Home Kundasang
23 Tempat tidur menarik/tempat tinggal menarik di Kundasang
Alamat: 89308 Kundasang, Sabah
Telefon: 012-822 3605

Anda peminat filem ‘The Lord Of The Rings’? Anda pasti ingin merasai tinggal di perkampungan Hobbit.
Menarik lagi, tempat penginapan unik ini menawarkan pemandangan Gunung Kinabalu yang menakjubkan.
Kotej Hobbit ini juga menyediakan kemudahan resort dan merupakan antara “rumah” terbaru dari resort B-Inspire Adobe di Kundasang.
Jika anda mahukan kelainan, cuba tinggal di rumah hobbit ini!