Table of Contents
Sebuah negeri di Johor yang terletak berhampiran dengan Muar, Kluang, Pontian dan Segamat, itulah Batu Pahat.
Memegang gelaran sebagai “Syurga Membeli-belah di Johor Utara” oleh kebanyakan pelancong Singapura, Batu Pahat Johor sudah tidak asing lagi kepada semua orang dari dalam dan luar negara.
Tetapi, apakah tempat menarik di Batu Pahat yang boleh dilawati bersama pasangan, rakan atau keluarga?
Senarai aktiviti & tempat menarik di Batu Pahat
Ini adalah 15 destinasi menarik di Batu Pahat Johor yang sangat sesuai dikunjungi oleh semua jenis perlancongan sama ada travel solo, bersama rakan-rakan, keluarga, atau pasangan.
Dengan informasi ini, diharapkan anda dapat memperoleh banyak pengetahuan yang berguna dan bermanfaat, terutamanya bagi mereka yang masih merancang untuk memilih destinasi yang terbaik.
Pantai Minyak Beku
1 Pantai cantik di Batu Pahat
Alamat: Jalan Minyak Beku, 83000 Batu Pahat, Johor
Telefon: –

Siapa kata di Batu Pahat tiada pantai yang indah dengan ombak yang menyenangkan?
Pantai Minyak Beku, nama tempat di Johor ini memang harus dikunjungi jika anda peminat alam.
Keindahan pantai Batu Pahat menarik perhatian pengunjung, terutamanya bagi mereka yang ingin menyaksikan matahari terbit dan terbenam.
Dengan duduk bersantai di atas bukit berbatu, anda boleh menikmati pemandangan Selat Melaka sambil memerhati kehidupan masyarakat nelayan.
Jangan lepaskan peluang untuk memancing berhampiran kawasan pantai ini sambil menghayati keindahan pantai.
Dataran Penggaram Batu Pahat
2 Tempat lepak menarik di Batu Pahat
Alamat: Jalan Rahmat, Kampung Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor
Telefon: –

Kalau di KL ada Dataran Merdeka, tetapi di Johor ada Dataran Penggaram atau Dataran Batu Pahat.
Tempat menarik Batu Pahat di jalan Rahmat Batu Pahat ini agak meriah dengan pelbagai gerai jualan terutama pada hujung minggu dan cuti sekolah.
Pemandangan di sekitar dataran ini sangat menarik, terutama semasa acara-acara istimewa seperti persembahan kebudayaan, ceramah, pameran dan banyak lagi.
Dataran ini salah satu tempat yang sesuai untuk berkumpul bersama keluarga dan bergambar di tugu Batu Pahat.
Hutan Lipur Bukit Soga Perdana
3 Aktiviti outdoor/jungle trekking di Batu Pahat
Alamat: Taman Bukit Perdana, 83000 Batu Pahat, Johor
Telefon: –

Hutan simpan ini, juga dikenali sebagai Hutan Lipur Soga Perdana, terletak hanya 3 km dari Batu Pahat.
Selain itu, hutan ini mempunyai taman rekreasi dengan semua kemudahan penting seperti pondok rehat, laluan joging dan tandas awam.
Di dalam hutan, anda akan menjumpai menara pemerhatian setinggi 600 kaki yang terletak kira-kira 780 meter dari tempat perjalanan bermula.
Jika anda gemar alam semula jadi dan suka meneroka hutan, tempat ini adalah pilihan yang terbaik.
Taman Rekreasi Tasik Y
4 Tempat menarik untuk family di Batu Pahat
Alamat: Jalan Sejati, Kampung Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor
Telefon: –

Salah satu destinasi kegemaran penduduk Batu Pahat untuk beriadah ialah Taman Rekreasi Tasik Y dengan landskapnya yang cantik.
Pada setiap hujung minggu dan petang, tempat menarik ini sering dipenuhi dengan orang ramai yang datang untuk berjogging sambil jalan-jalan di sekitar gerai jualan.
Taman ini ada playground, batu refleksologi, dan laluan pejalan kaki yang dikelilingi banyak pokok.
Menariknya lagi, terdapat replika dinosaur yang pasti akan menggembirakan anak anda.
Anda juga boleh berehat di pondok rehat tepi tasik dan menikmati suasana yang tenang. Inilah tempat yang sesuai untuk hangout bersama keluarga!
Pusat Membeli-Belah Batu Pahat
5 Tempat shopping di Batu Pahat
Alamat: Lot 2.12, Level 2 Batu Pahat Mall, Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor
Telefon: 07-433 7733

Salah satu pusat membeli-belah yang sangat popular di Batu Pahat, terutamanya dalam kalangan anak muda ialah Batu Pahat Mall atau lebih dikenali sebagai BP Mall.
Batu Pahat Mall mempunyai lebih daripada 260 kedai termasuk kedai pakaian, salun kecantikan, cinema, fast food, restoran dan banyak lagi.
Jika anda masih ingin mencari lagi pilihan membeli-belah atau sekadar melihat-lihat, anda boleh meneruskan lawatan ke Square One Mall di Taman Flora Utama.
Pastikan anda meluangkan masa untuk datang ke pusat membeli-belah ini apabila berada di Batu Pahat.
Taman Botani
6 Taman di Batu Pahat
Alamat: Sri Medan, 83000 Batu Pahat, Johor
Telefon: 07-4858101

Jika anda ingin menikmati kehijauan dan udara segar, datanglah ke Taman Botani Batu Pahat.
Pada waktu petang, ramai orang sering berehat di taman ini untuk menikmati suasana yang tenang.
Taman ini menawarkan pemandangan yang indah dengan laluan dan jambatan yang melintasi tasik serta sebagai tempat untuk fotografi.
Menariknya, suatu ketika dahulu, filem epik Puteri Gunung Ledang telah menjalani penggambaran di Taman Botani,
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (7 pagi – 7 petang), Jumaat (tutup)
Wet World Batu Pahat
7 Tempat mandi di Batu Pahat
Alamat: 83000 Batu Pahat, Johor
Telefon: –

Salah satu taman tema yang terkenal di Johor ialah Wet World Batu Pahat. Waterpark ini menawarkan kolam renang yang besar dan pelbagai gelongsor dengan saiz yang berbeza.
Terdapat kolam yang khas untuk orang dewasa dan juga kolam renang khusus untuk kanak-kanak dengan taman permainan yang menarik.
Di taman tema Batu Pahat ini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti air dan tarikan seperti Kiddy Pool, Big Splash, Mini Waterfall, Wave pool, dan Swan Boat.
Jom menghabiskan percutian di Batu Pahat bersama seisi keluarga!
Old Street Batu Pahat
8 Tempat menarik Batu Pahat untuk bergambar
Alamat: Jalan Parit Besar, 83000 Batu Pahat, Johor
Telefon: 013-666 5800

Jika anda mencari tempat yang cantik untuk bergambar di Bandar Batu Pahat, jomlah ke Old Street Batu Pahat.
Landskapnya sangat indah dengan gabungan moden dan sentuhan lama. Di atas bumbung, terdapat sebuah taman yang dihias cantik yang dipanggil Sky Garden Old Street.
Tambahan pula, terdapat pelbagai restoran berhampiran yang telah dihias secara kreatif.
Makan bersama keluarga di restoran dan luangkan masa bersama sambil melihat pemandangan menarik!
Waktu Operasi: Setiap hari: 10 pagi – 11 malam
Batu Pahat Walk (BP Walk)
9 Tempat makan menarik di Batu Pahat
Alamat: Jalan Rahmat, 83000 Batu Pahat
Telefon: –

Jika anda ingin mengalami kehidupan malam Batu Pahat, pastikan anda melawat ke BP Walk di Jalan Rahmat Batu Pahat.
BP Walk merupakan tempat di mana anda dapat menjumpai beberapa kedai yang menawarkan makanan ringan, pakaian, dan aksesori.
Selepas menghabiskan waktu untuk membeli-belah, anda boleh berehat dan mencari tempat makan yang terbaik di Batu Pahat.
Kawasan ini menjadi sangat meriah pada waktu malam dan sangat sesuai untuk anda yang kerap mencari tempat makan pada lewat malam.
Di sini, anda boleh mencuba makanan sedap di Batu Pahat seperti mee bandung, mee rebus, sate, dan banyak lagi.
Glow Park Batu Pahat
10 Tempat menarik di Batu Pahat waktu malam
Alamat: Kampung Batu Pasir, 83000 Batu Pahat, Johor
Telefon: –

Adakah anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Batu Pahat dan tarikannya? Ayuh ke Taman Bercahaya atau Glow Park Batu Pahat.
Taman ini diterangi dengan lampu LED yang menjadikan tempat menarik waktu malam ini kelihatan sangat indah.
Lampu LED ini digunakan untuk menghiasi pokok, dan sesetengah daripadanya dibentuk menyerupai pokok bunga dan haiwan.
Kawasan menarik ini terletak dalam Wet World, tetapi harga tiket dijual berasingan.
Ramai orang menyebutnya sebagai “ICT Batu Pahat” kerana ia mengingatkan mereka kepada konsep yang serupa dengan “i-City Shah Alam.”
Lover’s Bridge
11 Hotel di Batu Pahat
Alamat: 95, TL Sg 43, Batu Pahat, Jalan Kampung Segenting, 83200, Johor
Telefon: 07-428 6346

Lover’s bridge kedengaran unik bukan? Inilah nama tempat di Johor yang sebenarnya adalah jeti yang berhampiran dengan hotel Lover Bridge Resort.
Destinasi pelancongan Batu Pahat ini menjadi tumpuan pasangan untuk meluangkan masa bersama.
Berehat sebentar di jeti kayu berdekatan sambil menikmati pemandangan indah semasa matahari terbenam dan bergambar bersama pasangan.
Selain itu, Lover Bridge Resort terletak berhampiran Selat Melaka. Setiap bilik dihiasi dengan gabungan moden dan tropika yang menghadap ke lautan yang luas.
Bahagian terbaik tentang hotel Batu Pahat ini ialah anda boleh menikmati pemandangan laut sambil menikmati hidangan BBQ Thai yang lazat!
Galeri Dato’ Onn
12 Bangunan bersejarah di Batu Pahat
Alamat: Jalan Dato Mohd. Shah, Gunong Soga, 83000 Batu Pahat, Johor
Telefon: 07-431 7220

Dari tahun 1895 hingga 1962, Dato’ Onn telah berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor dan semasa berkhidmat, beliau telah memberikan sumbangan yang besar kepada pembangunan negeri Johor.
Itulah sebabnya galeri ini didedikasikan khas untuk mengenangnya. Di galeri Dato ‘Onn, anda boleh menemui pelbagai artifak bersejarah, gambar keluarga, tembikar dan banyak lagi.
Tempat ini sangat sesuai jika anda membawa anak-anak sekolah untuk mendalami sejarah Johor.
Senta Advanture Camp
13 Tempat percutian menarik
Alamat: PTD 5934, Batu, 5, Jalan Minyak Beku, 83000 Batu Pahat, Johor
Telefon: 017-755 3238

Senta Adventure Camp & Resort menaarkan kolam renang terbuka, taman dan teres. Anda boleh memilih sama ada menginap di chalet atau kabin yang selesa!
Selain itu, terdapat juga bilik untuk keluarga serta pelbagai aktiviti menarik seperti jatuh bebas, memancing, berkayak, panjat tebing, memanah dan berbasikal di sekitar Kampong Minyak Beku.
Anda juga boleh merakam kenangan dengan bergambar di Pantai Minyak Beku yang indah. Tempat ini sesuai untuk percutian keluarga, kumpulan atau korporat.
69 Avenue Residence
14 Chalet Batu Pahat
Alamat: Lot 69, Jalan Taman Tasek Merdeka, 83000 Batu Pahat, Johor
Telefon: 012-696 9084

69 Avenue Residence adalah kemudahan penginapan berpagar persendirian yang terletak berhampiran dengan Tasek Merdeka, Batu Pahat.
Tempat penginapan menarik ini menampilkan English style dengan kotej dan taman kecil di hadapannya.
Penginapan yang selesa ini juga berhampiran dengan banyak restoran, kedai serbaneka dan pusat membeli-belah seperti Square One dan Aeon Big.
Malahan, inilah tempat penginapan keluarga yang sesuai untuk perjalanan singkat atau berbulan madu.
DIY Playground Batu Pahat
15 Tempat menarik untuk kanak-kanak
Alamat: Jalan Syed Abdullah, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor
Telefon: –

Jika anda ingin tahu, DIY merujuk kepada do-it-yourself, jadi taman permainan ini dicipta menggunakan pelbagai bahan kitar semula.
Kanak-kanak boleh bermain pelbagai jenis permainan di sini. Antaranya gelongsor, buaian, kapal lanun dan banyak lagi yang direka dari barangan kitar semula.
Selain berseronok, anak-anak anda akan dapat belajar tentang nilai dan kelebihan mengitar semula.
Street Art Batu Pahat
16 Tempat menarik Batu Pahat untuk ootd
Alamat: 39-15, Jalan Mohd Salleh, Kampung Sateh, 83000 Batu Pahat, Johor
Telefon: –

Bukan tarikan utama Batu Pahat, tetapi jika anda mempunyai masa, jom bersiar-siar di sekitar bandar Batu Pahat untuk mencari beberapa lukisan jalanan di sebalik bangunan lama yang berdekatan.
Di sini terdapat pelbagai lukisan dinding, menjadi spot yang sempurna untuk anda dan rakan-rakan bergambar berlatar belakangkan lukisan berwarna-warni.
Majoriti lukisan juga bermotifkan makanan dan buah-buahan serta lukisan kehidupan seharian di Malaysia.
Apabila berkunjung pada waktu malam, mural itu diterangi oleh lampu yang dipasang. Inilah Street Art Batu Pahat, tempat yang bagus untuk OOTD dan swafoto Instagram.