Table of Contents
Walaupun Labuan adalah bandar yang kecil dengan luas 91.64 kilometer persegi, terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati.
Rata-rata beranggapan bahawa Labuan Sabah merupakan di dalam negeri yang sama namun sebenarnya tidak. Ini kerana Labuan merupakan sebuah wilayah persekutuan dan ibu negeri Labuan ialah Victoria.
Bandar Labuan yang berkeluasan hampir 92 kilometer persegi ini terletak di utara Kepulauan Borneo. Ia juga terkenal sebagai pulau bebas cukai, sama seperti Pulau Langkawi, Pulau Pangkor dan Pulau Tioman.
Sebagai contoh, coklat Labuan sering menjadi pilihan utama pengunjung di bandar ibu negeri ini.
Senarai tempat menarik di Labuan
Seperti sedia maklum, pulau di bandar Labuan Sabah mempunyai perairan yang baik, sesuai untuk aktiviti snorkeling dan scuba diving.
Untuk berkunjung ke Labuan, pengunjung boleh menaiki feri dari Kota Kinabalu atau penerbangan dari Kuala Lumpur.
Inilah senarai 19 tempat menarik terbaik di Labuan untuk pengunjung.
Pantai Layang Layangan
1 Pantai di Labuan
Alamat: Pantai Layang-Layang, 87000, Wilayah Persekutuan Labuan
Telefon: –
Terletak kira-kira 15 minit dari ibu negeri Labuan, Pantai Layang-Layangan sememangnya dikenali di bandar Labuan ini.
Pantai ini menawarkan pemandangan matahari terbenam yang sungguh mempesonakan dan destinasi popular di kalangan pemancing.
Lain daripada itu, terdapat gerai-gerai makanan di sepanjang tepi pantai untuk pengunjung yang ingin bersantai sambil menikmati hidangan.
Laluan berbasikal turut tersedia di tepian pantai untuk pengunjung gemar berbasikal dan pelbagai pilihan hotel murah Labuan berdekatan.
Taman Damai & Tugu Penyerahan Jepun (Peace Park & Surrender Point)
2 Tempat bersejarah di Labuan
Alamat: Peace Park & Surrender Point, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Telefon: –
Jom hayati peninggalan sejarah di bandar Labuan ini seperti Taman Damai dan Tugu Penyerahan Jepun merupakan tempat bersejarah yang terletak bersebelahan dengan Pantai Layang Layangan.
Taman Damai adalah lambang keharmonian antara Malaysia dan Jepun, dibina daripada sumbangan Japan Shipbuilding Industry Foundation dan keluarga mereka yang terkorban semasa pencerobohan Jepun.
Manakala Tugu Penyerahan Jepun berkisarkan tentang ketua Angkatan Tentera Jepun iaitu Leftenan Jeneral Masao Baba yang telah menyerah kalah kepada Tentera Australia pada tahun 1945. Â
Tanah Perkuburan Perang Labuan (Labuan War Memorial Cemetery)
3 Tempat menarik di Victoria Labuan
Alamat: Labuan War Memorial Cemetary, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Telefon: –
Labuan War Memorial Cemetary merupakan tanah perkuburan tentera-tentera Komanwel yang terkorban ketika pencerobahan Jepun di Kepulauan Borneo ketika Perang Dunia Ke-2.
Selain itu, sebanyak 1788 buah kubur ditempatkan di sini yang kebanyakannya berasal dari India dan Australia.
Dalam pada itu, turut disemadikan di sini tentera yang pernah menerima Anugerah Kepujian Keberanian Victoria Cross iaitu Tom Derrick dan Jack Mackey.
Muzium Marin Labuan
4 Tempat menarik di Labuan untuk keluarga
Alamat: Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, Jalan Tanjung Purun, 87008 Labuan
Telefon: 08-7425927
Jika anda seisi keluarga berkunjung ke Labuan, jangan lupa singgah di Muzium Marin Labuan.
Tempat ini amat sesuai bagi ahli keluarga yang tidak berani menyelam. Muzium yang unik berbentuk kerang ini mempunyai 2 tingkat dengan lebih 500 koleksi.
Anda boleh menjelajah ruang pameran seperti Seksyen Hidupan Marin, Seksyen Batu Karang, Maklumat Kapal Karam dan Seksyen Paya Bakau. Menarik bukan?
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9 pagi – 5 petang)
Menara Jam Labuan
5 Menara jam di Labuan
Alamat: Jalan Tanjung Purun, Bandar Labuan, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Telefon: –
Menara Jam Labuan merupakan menara jam bersejarah yang terselamat bersama 4 buah struktur lain ketika pengeboman tentera bersekutu. Ia termasuk chimney, bangunan hospital, rumah api di Pulau Kuraman dan Pulau Papan.
Selain itu, menara jam ini pada asalnya dibina di atas sumbangan peniaga dari Melaka iaitu Chee Swee Cheng pada tahun 1906. Malangnya, pihak British merobohkan menara ini pada tahun 1948.
Namun begitu, ia dibaiki semula oleh Perbadanan Labuan pada tahun 2002. Menariknya, menara jam ini masih berfungsi dengan mengeluarkan bunyi pada setiap jam hingga kini.
Labuan Chimney Trail
6 Tempat hiking di Labuan
Alamat: Tanjung Kubong Trail, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Telefon: –
Bagi anda ‘kaki hiking’, Labuan Chimney Trail, Tanjung Kubong merupakan tempat menarik Labuan Sabah untuk aktiviti ini.
Laluan yang terkenal di ibu negeri Labuan ini sepanjang 3.8 kilometer dan sekitar 5-10 minit berjalan menuju ke bahagian puncak yang memberikan pemandangan laut yang luas serta Gunung Kinabalu.
Selain itu, anda juga boleh menemui tarikan lain seperti Gedung Ubat (tempat simpanan peluru tentera Jepun semasa Perang Dunia Ke-2) dan Terowong Tanjung Kubong (pintu keluar masuk ke lombong arang).
Bukit Kubong Trail
7 Bukit tertinggi di Labuan
Alamat: Bukit Kubong Trail, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Telefon: –
Jangan lepaskan peluang untuk mendaki bukit tertinggi di Labuan iaitu Bukit Kubong Trail yang setinggi 91 meter dari aras laut. Ia menjanjikan pemandangan yang indah di Kepulauan Borneo serta Laut China Selatan.
Dalam pada itu, kawasan ini menyediakan beberapa pusat perkhemahan untuk pengunjung yang ingin merasakan suasana berkhemah di tempat yang menenangkan.
Pengunjung juga boleh menggunakan laluan alternatif yang agak singkat tetapi mencabar iaitu dari Kompleks TUDM Bukit Kubong. Ini tempat ideal untuk anda yang gemar aktiviti lasak!
Muzium Chimney (The Chimney Museum)
8 Tapak perlombongan arang batu di Labuan
Alamat: The Chimney Museum, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Telefon: 08-7463603
Muzium Chimney atau dikenali sebagai The Chimney Museum merupakan bekas tapak perlombongan arang batu di bandar Labuan. Bangunan 2 tingkat ini terdiri daripada 2 bahagian utama yang boleh dikunjungi iaitu Pusat Informasi Chimney (PIC) dan Menara Chimney.
Selain itu, di bahagian PIC terletaknya sejarah Tanjung Kubong sebagai tapak perlombongan dan penyimpanan arang batu terbesar di bandar Labuan. Kemudiannya, pada tahun 1847 hingga 1911 hasil perlombongan ini dieksploitasi oleh orang Inggeris.
Manakala Menara Chimney merupakan sebuah menara setinggi 32.5 meter yang wujud sekitar tahun 1880 dan dibina daripada 23 000 batu-bata merah dengan reka bentuk Inggeris.
The Bird Park Labuan
9 Tempat menarik di Labuan untuk kanak-kanak
Alamat: The Bird Park Labuan, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Telefon: 08-7272288
Mencari tempat menarik Labuan untuk bercuti bersama anak-anak? Jom ke The Bird Park Labuan yang lokasinya tidak jauh dari Muzium Chimney.
Taman burung ini mempunyai 3 kubah besar yang dikelilingi oleh keindahan landskap flora. Kecantikan warna-warni lebih daripada 600 spesies burung-burung sememangnya memukau pandangan anda!
Antara spesies burung yang terdapat di sini ialah burung enggang, burung hantu, tiong mas, kakak tua dan banyak lagi. Tempah penginapan resort terdekat serendah RM209!
Waktu Operasi: Isnin (2 ptg – 4:30 ptg) & Selasa – Ahad (9 pagi – 4:30 ptg)
Muzium Labuan
10 Tempat menarik di Labuan yang percuma
Alamat: U 0364, Jalan Dewan, 87008 Wilayah Persekutuan Labuan
Telefon: 08-7414135
Muzium Labuan merupakan muzium yang terdapat di ibu negeri Labuan dengan kemasukan secara percuma.
Ia dibina oleh British pada tahun 1950 sebagai Pejabat Pentadbiran Kolonial British. Kemudiannya, Jabatan Muzium Malaysia mengambil alih kawasan tersebut untuk dijadikan Muzium Labuan.
Selanjutnya, barang pameran yang menjadi tumpuan ialah kerusi, meja dan pen yang pernah digunakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir Mohamed.
Lain daripada itu, barangan lain yang dipaparkan termasuk replika rumah suku Kadayan, artifak batu zaman Neolitik yang ditemui di Pulau Burong dan pelbagai senjata perang dunia.
Ujana Kewangan
11 Shopping mall di Labuan
Alamat: Jln Merdeka, Financial Park, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Telefon: 08-7419477
Tidak lengkaplah jalan-jalan di kawasan berdekatan dengan Kepulauan Borneo ini tanpa singgah di shopping mall di bandar Labuan iaitu Ujana Kewangan.
Ia mesra dipanggil sebagai UK di kalangan penduduk setempat. Selain itu, UK merupakan satu-satunya shopping mall yang berada di ibu negeri Labuan ini.
Pelbagai jualan berjenama yang ditempatkan di sini seperti minyak wangi, beg dan coklat Labuan. Coklat? Ya, jika anda peminat coklat, anda boleh memborong penuh 1 bagasi di tempat ini.
Maklumlah, semestinya harga berpatutan di pulau bebas cukai ini!
Pantai Pancur Hitam
12 Tempat lepak menarik di Labuan
Alamat: Pantai Pancur Hitam, 87000, Wilayah Persekutuan Labuan
Telefon: –
Mencari tempat bersantai dan lepak seketika setelah penat berjalan di ibu negeri Labuan ini?
Jom lepak di Pantai Pancur Hitam yang mempunyai pelbagai prasarana lebih lengkap berbanding pantai lain.
Selain itu, pantai ini terletak berdekatan dengan Jalan Pancur Hitam dan Jalan Batu Manikar. Pengunjung boleh berkelah, barbeku dan bersantai sambil melihat pemandangan indah matahari terbenam.
Pantai Pohon Batu
13 Tempat menarik untuk pasangan di labuan
Alamat: Pantai Pohon Batu, 87000, Wilayah Persekutuan Labuan
Telefon: –
Mencari tempat best di Labuan untuk bercuti bersama pasangan anda? Mari bercuti ke Pantai Pohon Batu yang terletak bersebelahan dengan Pantai Pancur Hitam.
Tambahan pula, terdapat warung-warung kayu unik di tepian pantai yang menjual pelbagai makanan laut yang segar hasil tangkapan para nelayan.
Sambil-sambil itu, pengunjung boleh makan sambil menghirup udara segar dan menyaksikan pemandangan matahari terbenam bersama pasangan. Romantik bukan? Â Â
Dataran Labuan (Labuan Square)
14 Tempat persembahan hari penting negara di Labuan
Alamat: Jalan Merdeka, Bandar Labuan, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Telefon: –
Dataran Labuan atau dikenali sebagai Labuan Square merupakan tempat menarik Labuan terutama ketika acara atau persembahan hari penting negara.
Misalnya, sambutan Hari Kemerdekaan negara sememangnya diadakan di dataran ini dengan disaksikan oleh ribuan pengunjung setempat.
Tambahan pula, pengunjung boleh bergambar dengan signboard Labuan berbentuk love sebagai bukti telah menjejakkan kaki di sini.
Taman Botani Labuan (Labuan Botanical Gardens)
15 Taman botani di Labuan
Alamat: Labuan Botanical Garden, 708, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Telefon: 08-7408600
Berlokasi hanya 5 minit dari bandar Labuan semestinya destinasi wajib untuk pengunjung singgah. Labuan Botanical Gardens merupakan taman botani di bandar Labuan yang menempatkan taman herba, laluan refleksologi, rumah pondok dan pelbagai spesies bunga raya.
Terdahulu, ia merupakan tapak kawasan bangunan kerajaan yang dibina oleh penjajah pada tahun 1852 iaitu Bumbung 12.
Tambahan pula, Bumbung 12 didiami oleh Sir James Brooke dan tempat persinggahan The Prince of Wales iaitu King Edward III pada tahun 1922.
Kemudiannya, kawasan tersebut dibom oleh tentera bersekutu hingga tinggal sisa bangunan dan tangki air pada tahun 1945.
One Stop Duty-Free Shopping
16 Kedai bebas cukai di Labuan
Alamat: Bandar Labuan, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Telefon: 08-7421178
Penggemar coklat Labuan sila munculkan diri anda! Ribuan barangan bebas cukai yang semestinya menarik perhatian ialah coklat Labuan dijual di kedai ini.
One Stop Duty-Free Shopping merupakan kedai yang terletak di tengah-tengah bandar Labuan. Kedai ini juga berdekatan hotel di Labuan yang murah.
Lain daripada itu, barangan bebas cukai yang lain seperti mutiara, saho, sambal dan tapai turut dijual di bawah harga sebenar kedai ini.
Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 9 malam)
Masjid Jamek An’nur
17 Masjid negeri di Labuan
Alamat: Masjid, Bandar Labuan, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Telefon: 08-7414212
Masjid Jamek An’nur yang dibina pada tahun 1980 merupakan satu-satunya masjid utama yang terletak di ibu negeri Labuan. Menariknya, ia direka berkonsepkan pengaruh Melayu, Brunei dan Turki.
Selain itu, keunikan yang ada pada masjid yang agak futuristik ini menjadikan ia terkenal dalam kalangan pengunjung dari dalam mahupun luar bandar Labuan.
Masjid ini berhampiran dengan tempat menarik Labuan seperti Taman Botani dan Perkampungan Air. Oleh itu, bagi anda beragama Islam jangan lepaskan peluang keemasan untuk solat berjemaah di masjid unik ini. Â
Pulau Kuraman
18 Pulau di Labuan
Alamat: Pulau Kuraman, Wilayah Persekutuan Labuan
Telefon: –
Umum mengetahui bahawa bandar Labuan Sabah mempunyai pelbagai pulau tarikan pelancong begitu juga Pulau Kuraman. Pulau Labuan yang menghadap Laut China Selatan ini mempunyai kejernihan air dan pantai berpasir yang halus.
Di samping itu, aktiviti utama yang boleh dilakukan di sini seperti snorkeling Labuan dan scuba diving bagi menerokai hidupan laut dan terumbu karang yang cantik-cantik belaka.
Seterusnya, pengunjung juga dapat melakukan aktiviti pantai seperti berkelah, bermain layang-layang, bermandi-manda dan banyak lagi.
Palm Beach Resort & Spa
19 Tempat penginapan menarik di Labuan
Alamat: Jalan Batu Manikar, 87014 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Telefon: 08-7418700
Palm Beach Resort & Spa yang terletak di barat Kepulauan Borneo salah satu hotel terbaik di Labuan untuk penginapan mampu milik.
Selain itu, ia mempunyai fasiliti seperti Grand Ballroom yang mampu memuatkan 800 tetamu serta mempunyai 3 bilik kecil iaitu Bilik Lembaga Cerobong, Bilik Lembaga Layangan dan Dewan Mutiara.
Resort di tepi laut ini terdiri daripada 254 bilik yang luas dan selesa, serta menawarkan rawatan mengurut dan spa. Bestnya kan?
Kadar bilik: Bermula dari RM 488 (Promosi: RM 180 sehingga Jan 2024)
Ulasan pengunjung:
"Sekiranya ada urusan ke Labuan pasti palm beach & resort yang menjadi pilihan untuk penginapan kami sekeluarga."