Table of Contents
Ingin bercuti di tempat menarik di Port Dickson? Port Dickson atau juga dikenali sebagai ‘PD’ adalah sebuah destinasi menarik di Negeri Sembilan.
Terletak hanya sejam perjalanan dari Kuala Lumpur, Port Dickson Negeri Sembilan juga destinasi popular bagi rakyat Malaysia yang mencari ketenangan.
Baca: 15 Hotel Tepi Pantai PD Yang Terbaik Untuk Bercuti
Port Dickson juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang pasti memukau pencipta alam. Dikelilingi oleh pokok palma dan casuarina, pantai di Port Dickson ini memanjang sehingga 18 km.
Selain pantai, terdapat banyak tempat bercuti di Port Dickson yang patut dilawati. Antaranya muzium tentera, ladang burung unta, pusat ikan hiasan, PD Waterfront, galeri seni 3D dan banyak lagi.
Senarai Tempat Menarik Di Port Dickson
Kami juga telah menyenaraikan 24 tempat menarik di Port Dickson untuk membantu anda merancang perjalanan lebih baik.
Jadi, apabila anda tiba di bandar Port Dickson, pasti terdapat banyak pilihan menarik untuk anda. Jom jalan-jalan Port Dickson!
Segar Recreation Eco Park
1 Taman rekreasi di Port Dickson
Alamat: 64, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan
Hubungi: 012-611 7379
Di Port Dickson, anda boleh menemui tarikan terbaru iaitu ‘Segar City’.
Walaupun belum popular di kalangan pelancong, tempat menarik di Pd ini menempatkan pelbagai aktiviti team-building seperti low rope, high rope, junior rope, obstacle challenges, flying fox, rock climbing dan abseiling.
Taman rekreasi luar ini juga mempunyai kemudahan drift-car track, BBQ camping, fire camping site, taman berbasikal dan sasaran memanah.
Pengunjung juga boleh menginap semalaman di Country House atau Farm House. Ia adalah rumah berkonsep semula jadi yang sesuai untuk percutian yang menggembirakan.
Lebih menarik, tempat ini berhampiran tempat menarik popular lain di Pd seperti Wild West Cowboys, Alive 3d Art Gallery dan Muzium Lukut.
Wild West Cowboy Indoor Theme Park
2 Theme park Port Dickson
Alamat: Jalan D/S71010 Port Bandar Dataran Segar, Lukut
Hubungi: 012-611 7379
Mahu merasai pengalaman ala koboi? Jom singgah di Taman Tema Wild West Cowboy di Dataran Segar, Lukut, Port Dickson berdekatan Burger King.
Taman tema di Port Dickson ini sesuai untuk keluarga dengan anak kecil. Anda akan menemui trek berwarna-warni, permainan interaktif, rides, arked video, dan dewan Pawagam 5D.
Aktiviti menarik termasuklah Cowboy Go Round, 7D Interactive Movie, Rider Boat, 5D Motion Adventures, dan Wild West Desert Explorer. Anak-anak pasti akan bergembira!
Waktu operasi: Rabu – Isnin (10 pagi hingga 10 malam)
X Park Port Dickson
3 Go kart Port Dickson
Alamat: Jalan Pantai Batu 13 KM 21, Mukim Pasir Panjang, Negeri Sembilan, 71250 Port Dickson
Hubungi: 012-762 2913
Kalau anda pengemar sukan lasak, singgahlah ke X Park Sendayan ini.
X Park Port Dickson adalah destinasi serba boleh untuk aktiviti harian bersama rakan, aktiviti team building, dan hari keluarga.
Tempat menarik PD ini menawarkan pelbagai aktiviti seperti memanah, go-kart, ATV, dan permainan paintball serta dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi.
Sesuai untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas.
Ehsan Waterpark
4 Taman tema air di Port Dickson
Alamat: No 1, Batu 13, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan
Hubungi: 066472888
Dibuka pada awal 2022, Ehsan Waterpark merupakan taman tema air terbesar di Negeri Sembilan.
Taman tema air ini dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi dan menempatkan beberapa gelongsor air dan juga mainan menarik untuk seisi keluarga.
Ehsan Waterpark juga mempunyai pusat konvensyen dan apartment untuk penginapan. Harga tiket juga berpatutan.
Jadi, jom kunjungi Ehsan Waterpark – tempat yang bersih, luas, dan menyediakan banyak permainan air serta kemudahan yang lengkap!
Waktu operasi: Khamis – Ahad (10 pagi hingga 6 petang)
Aurora Park Port Dickson
5 Tarikan baru di Port Dickson
Alamat: Lot 3636, Batu 9, Jalan Pantai, Kampung Sungai Menyala,71050,Port Dickson
Hubungi: 0173628126
Aurora Park, mula beroperasi pada Januari 2022, adalah taman hiburan menarik dan paling best untuk seisi keluarga. Terbahagi kepada 2 bahagian utama: Taman Haiwan dan juga Taman Lampu LED.
Selain itu, Taman Lampu LED hanya dibuka pada waktu malam, manakala Taman Haiwan boleh dikunjungi pada siang dan malam
Seperti zoo mini kecil, pengunjung boleh melihat pelbagai jenis haiwan, termasuk arnab, burung kakak tua, kuda, burung unta, burung merak dan banyak lagi.
Lain dari itu, Taman Lampu LED mempamerkan lampu LED yang menghiasi taman dengan kreatif, termasuk rekaan bangunan ikonik seperti Menara Eiffel dan Gunung Fuji, serta arch berbentuk hati, haiwan, dan banyak lagi.
Jom datang bersama keluarga dan dapatkan gambar-gambar indah untuk ‘post’ di media sosial anda!
Pantai Teluk Kemang
6 Tempat menarik di Port Dickson untuk family day
Alamat: 23, Jalan 3/10, Taman Intan Perdana, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Hubungi: 03-7844 3696
Pantai Teluk Kemang adalah pantai paling popular di Port Dickson kerana terdapat banyak pasar jalanan yang berdekatan.
Terkenal dengan aktiviti di pantai Teluk Kemang seperti jet ski, banana boat, bermain air dan banyak lagi serta suasana pantai yang menakjubkan.
Pantai Port Dickson Teluk Kemang ini menawarkan kemudahan bilik mandi, tempat letak kereta dan gazebo untuk kemudahan pelancong.
Nikmati percutian yang berbaloi dengan menginap di hotel bajet seperti Mesra Boutique Hotel dan hotel mesra keluarga (Thistle Port Dickson), yang berdekatan dengan pantai ini.
Pulau Burung Port Dickson
7 Photoshoot tempat menarik di Port Dickson
Alamat: Pulau Burung, Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson
Hubungi: N/A
Pulau Burung Port Dickson boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki dari platform kayu khas yang dibina antara Pantai Cahaya Negeri Sembilan dan Pulau Burung.
Semasa pasang surut Port Dickson, pengunjung boleh melalui kawasan pasir pantai dengan berjalan kaki menuju ke Pulau Burung Port Dickson.
Selain itu, anda boleh menikmati pemandangan hutan paya bakau, memancing dan bergambar di atas platform kayu pada waktu senja.
Blue Lagoon Pd
8 Tempat menarik di Port Dickson untuk kanak kanak
Alamat: Pantai Blue Lagoon / Pantai Tanjung Biru Port Dickson, Negeri Sembilan
Hubungi: N/A
Pantai Blue Lagoon ialah pantai kecil dalam teluk yang dikelilingi oleh hutan tebal. Hidupan liar seperti monyet, tupai dan burung sering kelihatan di sini kerana berdekatan dengan Hutan Simpan Tanjung Tuan.
Airnya juga tenang dan cetek, jadi selamat untuk kanak-kanak bermain. Suasana Blue Lagoon yang tenang sesuai untuk berkelah bersama keluarga.
Di Pantai Blue Lagoon, anda boleh merasai keseronokan aktiviti sukan air popular seperti banana boat, berkayak dan jet ski.
Selain daripada itu, Blue Lagoon juga menawarkan pemandangan laut biru yang memukau dan menjadi tempat memancing yang popular di kalangan pengunjung dan penduduk tempatan.
Uncle Wong Happy Farm
9 Atv Port Dickson
Alamat: Lot 11886, Bukit Permata, 71010 Lukut, Negeri Sembilan
Hubungi: 011-5419 1343
Datanglah ke Uncle Wong Happy Farm untuk pengembaraan ATV dan menikmati pemandangan semula jadi. Anda akan dikelilingi pokok palma di sebelah kanan dan kiri anda semasa menunggang ATV.
Kalau anda ingin mengalami sesuatu yang unik, cuba pengalaman ATV Night Ride. Terdapat juga trek laluan untuk ‘beginner’ dan pakar.
Jangan risau, anda juga boleh mempelajari asas pemanduan ATV dari pengajar professional.
Di samping itu, Uncle Wong Happy Farm juga menawarkan pelbagai aktiviti luar yang menarik seperti memancing, berkayak, dan mengayuh perahu.
Ini adalah percutian hujung minggu yang sempurna untuk anda sekeluarga atau bersama rakan.
Pusat Ikan Hiasan Port Dickson
10 Akuarium ikan hiasan di Port Dickson
Alamat: Jalan Kemang 8, Kampung Baharu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Hubungi: 06-662 1089
Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang ialah kemudahan akuarium dan pemuliharaan marin yang dikendalikan Jabatan Perikanan Malaysia di Teluk Kemang.
Selain itu, akuarium ikan hiasan menampilkan koleksi ikan marin, batu karang dan hidupan laut lain yang terkenal dalam perdagangan akuarium.
Penyu laut juga dipelihara di sini dan pusat ikan hiasan Teluk Kemang ini dibuka kepada orang ramai pada setiap hari dari 10 pagi hingga 4 petang dan yang terpenting masuk percuma.
Pantai Cahaya Negeri Sembilan
11 Tempat piknik di pantai
Alamat: Pantai Cahaya Port Dickson Negeri Sembilan
Hubungi: N/A
Jika anda mencari tempat percutian yang indah dan menarik, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Pantai Cahaya Port Dickson.
Terletak hanya 8 kilometer dari bandar Port Dickson. Penduduk tempatan menganggap Pantai Cahaya Negeri sebagai pantai terbaik di Port Dickson.
Malah, suasana pantai juga indah dan ini tempat pilihan pasangan atau keluarga yang ingin berehat dan menikmati bayu laut.
Pengunjung boleh berjalan di tepi pantai, mengambil gambar cantik untuk ootd/gambar kahwin outdoor, memancing, berkhemah atau berkelah bersama orang tersayang.
Pantai Cahaya Negeri juga mempunyai pemandangan laut yang indah dan jambatan panjang menuju ke Pulau Burung.
Pantai Sri Purnama
12 Tempat menarik di Port Dickson untuk honeymoon
Alamat: Pantai Purnama, Port Dickson, Negeri Sembilan
Hubungi: N/A
Pantai Purnama ialah pantai tersembunyi di batu ke-9 Port Dickson, hanya boleh diakses melalui kawasan perumahan.
Nama ‘Cahaya Bulan’ merujuk kepada persekitaran damai yang sesuai untuk melihat bintang-bintang pada waktu malam.
Pantai itu sendiri bermula di Balai Cerap Teluk Kemang, tetapi jalur pantai terus ke Blue Lagoon. Suasana pantai yang tenang sesuai untuk percutian keluarga atau percutian romantis.
Selain itu, Pantai Purnama mempunyai kemudahan perkhemahan, barbeku, tempat mandi dan kantin yang menyajikan makanan tempatan.
Lautnya jernih dan lembut, dengan formasi batuan yang indah kelihatan semasa pasang surut Port Dickson. Jom singgah pantai cantik di Port Dickson ni!
Pantai Saujana Port Dickson
13 Pantai di Port Dickson
Alamat: Pantai Saujana Port Dickson, Negeri Sembilan
Hubungi: N/A
Bagi yang belum tahu, Pantai Saujana ini terkenal untuk ‘family day trip’ kerana pantainya yang bersih, mendamaikan dan mempunyai banyak pokok rendang.
Walaupun terdapat gerai makanan berdekatan, kebanyakan pengunjung lebih suka berkelah di pantai.
Pantai menarik di Port Dickson ini terletak di batu keempat jalan pantai, dengan pintu masuk tepat di seberang pasar malam.
Jet ski, banana boat dan layang-layang antara aktiviti popular untuk pengunjung. Pengunjung juga boleh berkhemah dan menyalakan unggun api pada waktu malam.
Alive 3D Art Gallery
14 Photoshoot tempat menarik di Port Dickson
Alamat: no 38, 40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan
Hubungi: 012-611 7379
Alive 3D Art Gallery di Bandar Dataran Segar, Lukut, adalah sebuah muzium seni silap mata.
Muzium 3D Lukut ini mempunyai 5 tema yang berbeza iaitu adventure, animasi, akuarium, seni dart dan eksotik.
Selain itu, galeri ini mempunyai tiga tingkat seni 3D dan lukisan. Kerana seni itu sangat nyata, anda akan rasa seperti berada di dunia maya.
Dibuka setiap hari dari 11 pagi hingga 11 malam dan mempunyai bayaran masuk sebanyak RM 35.
Mural di dalam Galeri Seni 3D Alive ini menggunakan perspektif dan herotan visual untuk mencipta kesan 3D dalam gambar, yang boleh menjadi lucu atau dramatik bergantung pada konteks dan situasi.
PD Ostrich Farm
15 Taman haiwan di Port Dickson
Alamat: Lot 1419, Jalan Perdana 4, Batu 9, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Hubungi: 018-207 8682
PD Ostrich Farm merupakan tarikan pelancong berhampiran Pantai Purnama. Tempat menarik PD ini mempunyai banyak burung unta yang boleh anda beri makan, ambil gambar serta belajar tentang unta.
Selain burung unta, arnab, kambing, keldai dan angsa juga ada. Paintball, menaiki ATV, menunggang kuda dan memanah adalah antara aktiviti menarik di sini.
Di samping itu, PD Ostrich Show Farm ialah tempat yang bagus untuk kanak-kanak berlari-lari dan menunggang burung unta.
Tempat menarik Port Dickson ini mempunyai restoran burung unta yang menyajikan sate dan hidangan lain.
Rumah Api Tanjung Tuan (Cape Rachado Lighthouse)
16 Tempat menarik di Port Dickson yang percuma
Alamat: Tanjung Tuan Recreational Forest, Port Dickson
Hubungi: N/A
Cape Rachado ialah tempat memerhati burung yang popular di Port Dickson. Ia menarik lebih 300,000 burung yang berhijrah dan terkenal dengan Rumah Api Cape Rachado.
Apa yang menarik, kawasan ini dikenali sebagai ‘Tanjung Tuan’ di Melaka. Ia adalah rizab alam semula jadi seluas 80 hektar 18km ke selatan Port Dickson.
Tanjung berbukit ini mempunyai rumah api bersejarah, teluk yang indah, dan pemandangan pantai PD yang menakjubkan di Bukit Batu Putih.
Pengunjung boleh mendaki melalui hutan dan menuruni cerun berbukit ke pantai terdekat.
Untuk ke Rumah Api Tanjung Tuan (tertua di Malaysia), anda boleh mendaki bukit selama 20 minit melalui hutan simpan untuk ke sini.
Bukit Batu Putih
17 Tempat hiking di Port Dickson
Alamat: Bukit Batu Putih Port Dickson, Tanjung Tuan Recreational Forest
Hubungi: 011-3929 2993
Bukit Batu Putih ialah sebuah bukit batu kapur di Cape Rachado, betul-betul di bawah rumah api Tanjung Tuan.
Berjalan kaki dari tempat letak kereta mengambil masa kurang dari sepuluh minit dan ditandai dengan tali di sepanjang laluan hutan ke Bukit Batu Putih.
Pada hari yang cerah, puncak menawarkan pemandangan panoramik keseluruhan pantai PD. Lepas tu, anda boleh turun dari bukit dan menemui pantai yang indah dibarisi dengan formasi granit kecil.
PD Waterfront
18 Tempat menarik di Port Dickson waktu malam
Alamat: Pd Waterfront, Port Dickson, Negeri Sembilan
Hubungi: N/A
Selain dari pantai, Port Dickson mempunyai tarikan tepi laut yang menghadap ke Pulau Arang. Di samping itu, taman rekreasi dan gerai jualan juga ada di PD Waterfront.
Pada waktu malam, PD Waterfront adalah tempat yang menyeronokkan untuk berehat dan berjalan-jalan di Port Dickson. Anda juga dapat melihat kanak-kanak bermain layang-layang pada waktu petang.
Dengan pemandangan laut yang menyenangkan, tempat menarik di PD ini mempunyai tempat membeli-belah, tempat makan dan hiburan keluarga serta hotel pd waterfront berhampiran.
Malah, kedai makan segera seperti Dominos, McDonalds dan Starbucks juga ada untuk pengunjung.
Muzium Tentera Port Dickson
19 Tempat bersejarah di Port Dickson
Alamat: Muzium Tentera Darat, Kem, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Hubungi: 06-646 4263
Muzium Tentera Darat atau Army Museum Port Dickson ini terletak kira-kira 7 km dari bandar Port Dickson. Anda boleh masuk ke Muzium Tentera Darat ini tanpa sebarang bayaran tiket masuk setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Selain itu, Muzium Tentera Darat ini mempunyai 2 bangunan tentera lama dan 9 galeri. Galeri-galeri tersebut memberi tumpuan kepada sejarah ketenteraan Malaysia.
Di luar muzium terdapat pesawat model tentera, kereta kabel, kapal terbang dan helikopter. Pengunjung dialu-alukan untuk menaiki kenderaan ini dan mengambil gambar menarik sebagai kenangan.
Kafe Kampung Kaw
20 Tempat sarapan/breakfast menarik di Port Dickson
Alamat: PT3038, Jalan Haji Sirat, Kampung Baru, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Hubungi: N/A
Kafe Kampung Kaw antara tempat wajib singgah untuk sarapan pagi di Port Dickson. Selain dari port sarapan terbaik, Kafe Kampung Kaw juga menerima pelanggan untuk ‘lunch’.
Roti bakar, kuey teow goreng, kueh gemok dan nasi lemak, antara menu sarapan terbaik di sini. Nasi lemak juga dihidangkan bersama ayam bakar atau kambing bakar.
Selain itu, terdapat juga bubur nasi dan soto. Lokasi kedai makan sedap Port Dickson yang senang ditemui kerana terletak di Bandar Port Dickson.
Pada waktu petang pula, jangan lupa singgah makan cendol di tempat makan viral Port Dickson iaitu PD Famous Cendol Coconut Shake.
Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood
21 Kedai makan viral Port Dickson
Alamat: Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood, Teluk Kemang, Port Dickson
Hubungi: 019-608 1019
Selain mengunjungi pantai menarik, anda wajib kunjungi kedai seafood Port Dickson. Untuk itu, kami cadangkan Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood.
Pelbagai makanan laut segar terdapat di sana seperti udang, lala, sotong, ketam dan pelbagai jenis ikan. Ramai pelanggan juga memuji kualiti makanan di kedai ikan bakar Port Dickson ini.
Anda juga boleh memilih kaedah memasak, jadi hanya memesannya. Harga berpatutan dengan kualiti yang dijanjikan.
Kalau ada masa lebih, bolehlah singgah Masjid Sri Sendayan yang cantik di Seremban Negeri Sembilan.
PD London Bus Retro Village
22 Tempat penginapan unik di Port Dickson
Alamat: Batu 8, Jalan Pantai Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan
Hubungi: +6017-337 2832
Jika anda mencari tempat penginapan terbaik di Port Dickson, Hotel PD London Bus Retro Village adalah jawapannya!
Lokasinya sangat strategik kerana berdekatan dengan pantai, gerai makan dan ada tempat bbq. Jangan lupa bawa penghalau serangga kerana ada nyamuk.
Terdapat 3 jenis penginapan unik untuk anda iaitu village style, double decker red bus dan comfortable container.
Pendek cerita, ini tempat penginapan terbaik di Port Dickson jika anda melancong bersendirian atau bersama rakan-rakan.
Kadar bilik: Bermula dari RM 100 semalam
Ulasan pengunjung:
"Lokasi yang hebat, dihias dengan baik, selesa, bersih, luas dan inap desa ekonomi yang berbaloi untuk disewa dan menginap untuk perjalanan bersama keluarga dan rakan-rakan..."
Cottage Home PD
23 Homestay Port Dickson murah
Alamat: N166, Kampung Sungala, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Hubungi: 011-1149 5235
Suasana homestay ini sudah pasti membuatkan anda rasa seperti di luar negara. Berkonsepkan kotej pastel, seni bina homestay di Port Dickson ini cukup unik.
Beberapa pengunjung lain turut memberikan ulasan pemandangan di sini seperti Amsterdam! Kolam renang juga cukup besar untuk anda dan anak-anak anda berenang.
Terdapat dua jenis penginapan yang tersedia di sini: banglo untuk 5 hingga 6 orang dan unit studio untuk dua orang. Selain menenangkan fikiran, anda juga berpeluang mengambil gambar untuk Instagram.
Eagle Ranch Resort Port Dickson
24 Tempat penginapan menarik di Port Dickson
Alamat: 544, Jalan Pantai, Batu 14, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan
Hubungi: 06-661 0495
Ingin pergi bercuti di Port Dickson dengan gaya Wild West dan Red Indian?
Eagle Ranch Resort antara tempat penginapan istimewa dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti memanah, berbasikal, menunggang kuda, go-kart, dan pakej team building.
Tempat penginapan menarik ini menawarkan pilihan penginapan dengan konsep tersendiri seperti Kampung House, Paddock Chalet, Log Cabin, Eagle Terrace, dan lain-lain. Jom bercuti dan booking hotel pd!
Kadar bilik: Bermula dari RM 207
Ulasan pengunjung:
"Tempat yang bagus dengan banyak keluarga dan aktiviti lasak. Harga adalah berpatutan untuk tempat seperti ini, berhampiran dengan alam semula jadi dan berjalan kaki ke pantai. Resort ini seperti kawasan perkhemahan membina pasukan. Mempunyai kolam renang, gelanggang bola tampar pantai, go-kart ..."