Table of Contents
Di mana tempat menarik di Kuala Kangsar? Jika Johor mempunyai Muar sebagai bandar maharani, Kuala Kangsar pula merupakan bandar diraja dan bandar bersejarah di Negeri Perak.
Tahukah anda Kuala Kangsar mendapat nama melalui pokok Kuala Kangsar yang tumbuh di tebing sungai. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Kangsar hanya mengambil masa 3 jam sahaja.
Selain itu, Kuala Kangsar merupakan tempat tumpuan pelancongan dengan pelbagai produk tempatan industri kecil dan sederhana (IKS).
Bukan Melaka sahaja yang kaya dengan tempat bersejarah, Kuala Kangsar tidak kurang hebatnya. Terdapat pelbagai tempat bersejarah yang menarik boleh anda lawati.
Senarai Tempat-tempat Menarik Di Kuala Kangsar
Jika anda merancang percutian bajet, Kuala Kangsar adalah tempat yang paling ideal untuk percutian bersama keluarga anda.
Berikut adalah cadangan 15 tempat menarik di Kuala Kangsar jika anda merancang untuk datang ke sini. Rancanglah lebih awal supaya percutian anda lebih teratur.
Muzium Diraja Kuala Kangsar (Istana Kenangan Bukit Chandan)
1 Muzium di Kuala Kangsar
Alamat: Istana Lama Bukit Chandan, Perak, 33000 Kuala Kangsar
Telefon: 05-777 5362
Muzium ini dahulunya dikenali sebagai Istana Kenangan, Istana Lembah dan Istana Lepas.
Terletak di Bukit Chandan Perak, muzium ini dibina dengan 60 batang tiang yang panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter.
Senibina Istana Kenangan ini melambangkan kesenian melayu tradisional yang sangat cantik.
Muzium Diraja Kuala Kangsar ini juga telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Sejarah pada 9 Mac 2009.
Jika anda peminat sejarah melayu lama, muzium ini wajib untuk anda lawati dan pasti membuatkan anda rasa seperti di dalam istana sebenar.
Galeri Sultan Azlan Shah
2 Tempat bersejarah Kuala Kangsar
Alamat: Jalan Istana, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Telefon: 05-777 5362
Galeri Sultan Azlan Shah merupakan sebuah tempat yang mempamerkan perjalanan hidup dan sejarah penting bagi almarhum DYMM Sultan Azlan Shah.
Dahulunya dikenali sebagai Istana Ulu, galeri di jalan Kuala Kangsar ini merupakan tempat yang bagus untuk dilawati bersama keluarga.
Ini kerana anda akan mendapat lebih banyak pendedahan mengenai institusi Raja Perlembangan.
Baca: 16 Tempat Menarik Ramai Tidak Tahu di Malaysia (Hidden Gem)
Istana Iskandariah Bukit Chandan
3 Istana di Kuala Kangsar
Alamat: Taman Lerista, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Telefon: 011-2607 9350
Istana megah ini merupakan istana rasmi tempat bersemayam raja-raja pemerintah yang pernah ditabalkan sebagai Sultan Perak. Istana Iskandariah ini terletak di atas kawasan seluas 10435 meter persegi.
Paling menarik, istana di jalan Kuala Kangsar ini menghadap arah matahari naik dan mempunyai pemandangan luas ke arah Sungai Perak.
Jika dilihat dari segi senibina, istana ini menyerupai senibina Islam india “Saracenic” yang diadun dengan corak senibina Asia barat.
Dataran Pavilion Kuala Kangsar
4 Tempat menarik untuk keluarga di Kuala Kangsar
Alamat: 33000 Kuala Kangsar, Perak
Telefon: –
Dibina pada tahun 1920, menara ini dahulunya digunakan oleh kerabat Diraja Perak untuk menonton perlawanan polo, bola dan ragbi.
Reka bentuk bangunan menara ini bercirikan elemen traditional Melayu dan Cina.
Terletak berhadapan Malay College Kuala Kangsar, menara ini tidak lagi beroperasi, dan dijadikan sebagai tempat bersejarah dan tarikan pelancong yang datang kesini.
Victoria Bridge
5 Tempat menarik untuk pasangan di Kuala Kangsar
Alamat: Kampung Kapor, 31050 Enggor, Perak
Telefon: –
Jambatan keretapi lama ini menghubungkan Perai ke Johor pada tahun 1910 dan terletak di daerah Enggor, Kuala Kangsar.
Victoria Bridge ini telah menjadi salah satu destinasi tarikan pelancong yang sering dikunjungi. Malah, ramai pengantin memilih tempat ini untuk bergambar wedding outdoor di Perak.
Jika anda datang ke Perak untuk ‘honeymoon’, jangan lupa singgah di Victoria Bridge untuk mengabdikan kenangan terindah.
Kilang Kicap Tamin
6 Tempat menarik untuk kanak-kanak di Kuala Kangsar
Alamat: No.3955, Jalan Ipoh Batu 25, 33600, Enggor, Perak, 1, Kampung Setia, 31100 Enggor, Perak
Telefon: 05-757 6577
Siapa saja yang tidak mengenali kicap jenama Tamin ini?
Dengan hanya bermodalkan RM10 pada waktu itu dan semangat beliau yang kuat, Kicap Tamin masih mendapat permintaan yang tinggi dikalangan peminatnya sehingga hari ini.
Di kilang ini, anda boleh membawa anak-anak untuk melihat proses penghasilan kicap Tamin yang masih menggunakan kaedah tradisional.
Galeri Arkeologi Lembah Lenggong
7 Tempat menarik di Lenggong
Alamat: Jabatan Muzium dan Antikuiti, Kota Tampan, 33400 Lenggong, Perak
Telefon: 05-767 9700
Jika anda peminat artifak lama, kunjungi Galeri Arkeologi Lenggong. Ditubuhkan pada 1999, ia memaparkan pelbagai artifak dari Lembah Lenggong.
Tarikan utama galeri ini ialah Orang Perak atau Perak Man, yang hidup di Lenggong lebih 11,000 tahun lalu. Kerangka Perak Man ini juga merupakan yang paling lengkap pernah ditemui.
Galeri ini mempunyai 2 tingkat, dengan tingkat bawah memaparkan artifak dari Lembah Lenggong, manakala tingkat atas memberi fokus pada Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia.
Pusat Pembangunan Kraftangan Perak
8 Aktiviti menarik di Kuala Kangsar
Alamat: Enggor, Perak
Telefon: –
Kuala Kangsar terkenal dengan labu sayong. Rugi jika anda datang ke sini tanpa membeli atau melihat proses pembuatannya.
Di Pusat Pembangunan Kraftangan, anda dapat melihat pelbagai jenis dan warna labu sayong serta mencuba membuatnya sendiri dengan menggunakan bahan tanah liat.
Ini pasti akan mencipta kenangan menarik semasa lawatan anda di Kuala Kangsar.
Oldest Rubber Tree
9 Mercu tanda bersejarah di Kuala Kangsar
Alamat: Jalan Raja Chulan, Kampung Penaga, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Telefon: –
Oldest Rubber Tree yang terletak di Jalan Raja Chulan ini merupakan pokok getah pertama di Tanah Melayu pada masa itu.
Menurut fakta sejarah, pokok getah ini adalah benih terawal dari 11 benih yang ditanam di negara ini.
Biji getah ini dibawa dari Brazil oleh Henry Nicholas Redly pada tahun 1877. Pokok ini dikatakan masih hidup daripada 9 pokok getah asal yang ditanam.
Baca: 16 Zoo & Taman Rekreasi Yang Best Di Malaysia
Masjid Ubudiah Bukit Chandan
10 Masjid di Kuala Kangsar
Alamat: Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Telefon: 011-1769 6364
Berhampiran Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah ini merupakan masjid nazar oleh Sultan Idris bila kesihatan baginda pulih.
Senireka yang diilhamkan oleh Mr Hubbeck telah menjadikan masjid Ubudiah sebagai salah satu tarikan pelancong yang popular di Perak.
Bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar merah dan putih, diimport dari London. Masjid yang berbentuk oktagon ini mempunyai 4 buah menara.
Tasik Raban
11 Tempat menarik percuma di Kuala Kangsar
Alamat: Kampung Raban, 33030 Lenggong, Perak
Telefon: 05-751 2799
Tasik Raban, atau juga dikenali sebagai Dataran Tasik Raban, terletak di pekan kecil Raban, kira-kira 34km dari Kuala Kangsar.
Aktiviti-aktiviti di Tasik Raban termasuk berkayak, memancing, berbasikal, dan mengelilingi tasik dengan bot.
Resort juga disediakan untuk penginapan pelancong, termasuk bilik penginapan murah serta dorm yang menarik.
Selain itu, resort ini turut tergolong dalam senarai hotel di Kuala Kangsar yang dikelilingi oleh tumbuhan hijau, pastinya memberikan perasaan tenang seketika kepada anda.
Kolam Air Panas Ara Panjang
12 Tempat mandi di Kuala Kangsar
Alamat: 33800 Manong, Perak
Telefon: 05-776 3199
Kuala Kangsar turut menyediakan tempat mandi-manda dan kolam air panas ini juga merupakan salah satu ‘hidden gem’ di Perak
Berendam di kolam air panas ini membawa pelbagai manfaat, termasuk mengurangkan tekanan dan membantu merawat masalah gatal kulit.
Kolam ini memiliki banyak mata air dan suhunya lebih tinggi daripada kolam air panas lain. Kemudahan tandas juga disediakan.
Malay College Kuala Kangsar
13 Tempat bersejarah di Kuala Kangsar
Alamat: Jalan Tun Razak, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Telefon: 05-776 1400
Kolej Melayu Kuala Kangsar ialah sekolah premier lelaki Malaysia, terletak di pekan Kuala Kangsar Perak.
Ditubuhkan pada tahun 1905 oleh pihak British, sekolah ini awalnya ditubuhkan untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, termasuk kerabat diraja.
Kini, ramai pelajar Melayu yang terpilih dan berpeluang untuk belajar di sekolah yang berprestij ini.
Sungai Perak
14 Sungai di Kuala Kangsar
Sungai Perak merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia selepas Sungai Pahang.
Dengan dua cawangan, Sungai Bidor dan Sungai Kinta, ianya antara sungai terpanjang dalam kawasan negeri-negeri di sekelilingnya.
Sungai Perak, sepanjang 400km, bermula dari Hulu Perak dan berpunca dari banjaran Titiwangsa hingga Beting Beras Basah
Kemudahan perkhidmatan bot juga terdapat di Sungai Perak untuk mengelilingi sepanjang sungai ini. Aktiviti menarik ini pasti lebih istimewa jika anda berkunjung bersama keluarga.
Pusat Kraftangan Mariwasa
15 Pusat kraftangan pingat di Kuala Kangsar
Alamat: Lorong Industri 1, Kawasan Perusahaan Beranang, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Telefon: 05-776 5888
Jika berminat dengan kraftangan, kunjungi Pusat Kraftangan Mariwasa.
Ia satu-satunya pusat penghasilan pingat kebesaran Raja-Raja Melayu di Malaysia, menggunakan bahan seperti perak, emas, dan tembaga.
Singgah di tempat menarik Kuala Kangsar ini untuk melihat proses pembuatan pingat dan darjah kebesaran yang bermutu tinggi.
Warung Telaga Kuala Kangsar
16 Tempat makanan menarik di Kuala Kangsar
Alamat: Warung Telaga Kota Lama Kiri, Kampung Kuala Chempias, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Hubungi: 012-593 4771
Selain Restoran Teratak Warisan Kampung, kedai makan popular di Kuala Kangsar ini menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong.
Dinamakan Warung Telaga kerana terinspirasi oleh telaga arwah ibu pemilik yang berusia lebih dari 100 tahun.
Malah, warung ini mempunyai suasana santai dan ciri retro dengan hiasan barang lama seperti kamera dan alat muzik.
Salah satu hidangan yang paling popular ialah laksa sarang burung.