Table of Contents
Salah satu daerah yang terdapat banyak tempat menarik di Johor ialah daerah Segamat.
Sejarah Segamat bermula apabila seorang bendahara pada zaman Kesultanan Melaka menemui kawasan ini yang amat subur.
Dan hingga kini, Segamat tetap menjadi sebuah daerah yang subur dalam bidang pertanian.
Selain itu, terdapat juga banyak tempat menarik di Segamat, Johor yang boleh anda lawati semasa bercuti di sini.
Bahkan, anda boleh mencari tempat makan terbaik ketika jalan jalan cari makan Segamat dan menginap di hotel terbaik Segamat.
Senarai Tempat-tempat Menarik Di Segamat Johor
Berikut adalah beberapa cadangan lokasi menarik di sekitar Segamat. Kami harapkan anda yang sedang bercuti di Johor akan mengambil kesempatan untuk singgah ke daerah Segamat sekali.
Semoga pengembaraan anda akan menjadi kenangan yang indah bersama keluarga atau sahabat handal.
Air Terjun Jeram Tinggi
1 Air terjun di Segamat
Alamat: Ulu Jementah,85200 Jementah, Segamat, Johor
Telefon: –

Bagi mereka yang suka berkelah di hujung minggu sambil menikmati keindahan alam semulajadi, bolehlah berkunjung ke Air Terjun Jeram Tinggi.
Keindahan air terjun yang jernih pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang datang bermandi manda. Camping pun pasti menyeronokkan!
Air terjun di sini tidak terlalu dalam dan tempat ini jarang dikunjungi orang ramai kerana terletak di tengah-tengah hutan simpan di Jementah, Segamat.
Selain itu, terdapat kemudahan seperti wakaf rehat, laluan pejalan kaki ke air terjun, tempat letak kereta dan tandas awam.
Bukit Serakek, Buloh Kasap Segamat
2 Tempat hiking di Segamat
Alamat: Bukit Beirut, Serakek, Buloh Kasap Segamat
Telefon: –

Siapa sini geng hiking Segamat? Anda mungkin pernah mendengar bahawa Segamat mempunyai port mendaki baharu.
Berita itu telah tersebar luas dalam kalangan orang Segamat. Pemandangan juga sangat menakjubkan dan anda boleh melihat Gunung Ledang dari atas bukit.
Jom kongsi gambar-gambar cantik yang anda ambil dari puncak Bukit Serakek. Hanya lima minit dari lokasi mendaki, berhenti rehat di kedai milkshake yang menyegarkan di kampung Spangloi.
Jambatan Putus Buluh Kasap
3 Tinggalan sejarah di Buluh Kasap
Alamat: Jalan Buloh Kasap, Kampung Kuning Patah, 85000, Buloh Kasap, Johor
Telefon: –

Jambatan di Batu Pahat ini merupakan hasil pembinaan oleh tentera British, tetapi telah dihancurkan dan diputuskan bagi menghalang tentera Jepun.
Oleh itu, jambatan ini dikenali sebagai Jambatan Putus Segamat. Sebuah jambatan kedua telah dibina sebagai jalan penghubung yang terletak tidak jauh dari jambatan ini.
Anda masih boleh melihat struktur bangunan ini jika anda berkunjung ke negeri Johor.
Air Terjun Sungai Bantang
4 Aktiviti jungle trekking dan mandi manda di Segamat
Alamat: Hutan Lipur Sungai Bantang, Jalan Sungai Bantang, 85400, Johor
Telefon: 07-931 2141

Aktiviti jungle trekking di kawasan air terjun Sungai Bantang yang cantik sangat menenangkan minda.
Selain itu, kawasan ini telah ditubuhkan sebagai hutan lipur dan dijaga dengan baik untuk kepuasan pengunjung yang ingin menikmati alam semulajadi.
Tempat rekreasi yang ideal untuk keluarga dengan kemudahan termasuk tempat riadah, parking, tandas awam, dan tempat persalinan pakaian.
Bagi mereka yang gemar berkhemah, terdapat tapak perkhemahan sekitar hutan lipur ini dan dinasihatkan hubungi pihak pengurusan terlebih dalulu sebelum berkhemah.
Waktu operasi: Selasa- Ahad: 9 pagi – 5:30 petang
Taman Bunga Batu Hampar
5 Taman rekreasi di Segamat
Alamat: Jalan Buloh Kasap, Kampung Gubah, 85000 Segamat, Johor
Telefon: –

Jika anda mencari taman rekreasi di tengah-tengah bandar Segamat, kunjungilah Taman Bunga Batu Hampar atau dikenali juga sebagai Rock Garden.
Selain sesuai menjadi tempat berkelah, pengunjung boleh berjogging, mengambil gambar yang cantik atau bermain di taman permainan bersama anak-anak.
Keunikan tempat menarik ini terletak pada kehadiran batu-batuan di sekeliling taman.
Jika anda penat selepas berjalan, terdapat homestay Segamat yang berdekatan untuk penginapan seisi keluarga.
Replika Durian
6 Ikon pelancongan di Segamat
Alamat: Dataran Segamat, 85000 Segamat, Johor
Telefon: –

Di daerah Segamat, terkenal dengan keenakan duriannya dan anda dapat menjumpai pelbagai jenis durian di sini.
Jika anda berada di Sarawak, anda boleh melihat replika durian di Serian, dan di Bandar Segamat, anda akan menjumpai replika durian popular berhampiran Dataran Segamat.
Jangan lepaskan peluang untuk melihat replika ini dan mengambil gambar kenangan.
Dataran Segamat
7 Tempat menarik untuk bergambar dan melepak di Segamat
Alamat: Jalan Omar, Kampung Gubah, 85000 Segamat, Johor
Telefon: 019-3420 073

Bersebelahan dengan replika durian, Dataran Segamat juga salah satu tempat menarik untuk bergambar di Johor. Dataran ini juga telah diubah suai dengan cantik dan menjadi mercu tanda Segamat.
Selain itu, dataran ini biasanya digunakan ketika sambutan-sambutan penting seperti Hari Kebangsaan.
Anda boleh mengambil gambar kenangan di sini, dan ini juga tempat yang bagus untuk meluangkan masa bersama rakan atau keluarga pada waktu malam.
Menara Jam
8 Tempat photoshoot di Segamat
Alamat: Dataran Segamat, 85000 Segamat, Johor
Telefon: –

Wah, Segamat pun ada menara jam. Nak bergambar pun boleh santai-santai! Sebabnya Menara Jam Segamat ini berada di sekitar Dataran Segamat.
Menara jam ini siap dibina pada tahun 1996. Jika datang bercuti di Segamat Johor, jangan lupa tangkap gambar anda bersama keluarga di Menara Jam Segamat.
Selepas itu, upload di akaun media sosial anda dengan #Segamat.
Menara Bendera
9 Bangunan bersejarah di Segamat
Alamat: Jalan Omar Dataran Segamat, 85000 Segamat, Johor
Telefon: –

Selain replika durian dan menara jam, menara bendera terletak juga berdekatan dataran. Ini kerana pembinaan Menara Bendera ini dibuat bersama-sama Dataran Segamat.
Jadi tidak hairanlah jika ketiga-tiga mercu tanda Segamat ini diletakkan di kawasan yang sama. Pengunjung lebih menyukai untuk berkunjung pada waktu petang kerana pemandangan di sana sangat cantik.
Nak bergambar di Segamat? Ini salah satu port menarik untuk anda singgah!
Makam Bendahara Tepok
10 Makam pahlawan di Segamat
Alamat: Jalan Sultan, 85000 Segamat, Johor
Telefon: –

Bendahara tepok merupakan bendahara terakhir pada zaman kesultanan melayu Melaka.
Ketika Melaka berdepan dengan Portugis, mereka yang hampir tewas berundur ke Johor dan bendahara inilah yang telah menamai daerah Segamat.
Nama itu kekal sehingga kini. Beliau juga yang bertangungjawab membuka penempatan di sini dan akhirnya menetap di sini. Makam ini dijaga rapi dan boleh dikunjungi.
Pusat Rekreasi Pusat Air Panas Labis
11 Tempat menarik untuk keluarga di Segamat
Alamat: Air Panas, 85300 Labis, Johor
Telefon: 07-928 7106

Salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan pengunjung di daerah Segamat adalah kolam air panas.
Di sini, terdapat berbagai pilihan kolam dengan kedalaman yang berbeza dan anda juga boleh membawa ahli keluarga untuk bersantai.
Terdapat juga kemudahan lain seperti surau, tandas dan taman permainan untuk kanak-kanak. Apa yang lebih istimewa lagi ialah bilik sauna juga disediakan.
Waktu operasi: Setiap hari: 1 petang – 7 malam
Taman Rekreasi Sungai Kapeh
12 Tempat menarik untuk lepak di Segamat
Alamat: 1, Jalan Utama 2/3, Kampung Abdullah, 85000 Segamat, Johor
Telefon: –

Taman rekreasi ini awalnya adalah belukar, tetapi kerajaan setempat telah mengambil inisiatif untuk menjadikannya sebagai tempat rekreasi.
Tempat riadah ini dilengkapi dengan alat senaman dan tasik yang dihubungkan melalui jambatan.
Bagi kaki pancing, anda boleh memancing pelbagai jenis ikan air tawar di dalam tasik ini.
Nikmatilah waktu santai sambil mengeratkan hubungan dengan ahli keluarga. Jangan lupa untuk mencuba makanan yang dijual di tempat ini.
Bazaar Karat
13 Tempat menarik di Segamat waktu malam
Alamat: Jalan Omar, Kampung Gubah, 85000, Segamat, Johor
Telefon: –

Pernah dengar tentang Bazaar Karat? Bazaar ini sebenarnya pasar malam unik di mana peniaga menjual pelbagai barang mulai dari pakaian hingga makanan.
Awalnya hanya beroperasi selama 2 hari, tetapi atas desakan peniaga dan pengunjung, ia kini dibuka selama 3 hari dan menjadi tarikan utama di Dataran Segamat.
Cakap sahaja nak cari apa semua ada di sini. Bermula dari barang biasa yang kita selalu nampak hingga barang rare. Bagi peminat bola, terdapat juga siaran bola sepak secara live.
Waktu operasi: Jumaat – Ahad: 5 petang – 12 malam
Restoran Selera Nasi Beringin
14 Tempat makan menarik Segamat
Alamat: 22 & 24, Jln Utama 2/7, Taman Utama, 85000 Segamat District, Johor
Telefon: 012-6046 365

Restoran Selera Nasi Beringin terkenal kerana nasi ini dulunya eksklusif untuk tetamu diraja di Istana Johor.
Resepi turun temurun ini sangat sedap dengan aroma wangi rempah ratus. Nasi beringin juga dihidangkan dengan pilihan ayam masak kari, ayam masak merah, atau kari kambing bersama acar timun.
Pengunjung sering berpuas hati dengan masakan ini, dan pelanggan sering kembali kerana keenakan makanan.
Kini, hidangan mewah di zaman silam boleh dirasai sesiapa sahaja.
Restoran Rz
15 Kedai makan sedap di Segamat
Alamat: No. 34, Jalan Utama 2/3, Taman Utama, 85000 Segamat, Johor
Telefon: 019-7350 735

Restoran di Segamat ini unik dengan hidangan berasaskan ikan baung dan udang galah, yang terkenal di kawasan ini.
Ikan baungnya diperoleh dari Sungai Segamat, dan menunya pasti memukau sesiapa yang mencubanya.
Pelanggan datang dari Johor hingga ke Pahang dan Kelantan hanya untuk menikmati hidangan di sini.
Bagi peminat ikan baung dan udang galah, kunjungilah restoran ini dan nikmatilah sendiri keenakannya
Waktu operasi: Rabu (tutup), Khamis – Selasa: 8 pagi – 3:30 petang
Restoran Al Rizki 786
16 Nasi briyani lauk kambing di Segamat
Alamat: Jalan Buloh Kasap, Taman Yayasan, 85000 Segamat, Johor
Telefon: 019-763 4786

Cari briyani yang sedap dan berpatutan? Restoran Al Rizki 786 adalah jawapannya.
Mereka menyajikan briyani kambing yang lembut dan murtabak special dengan daging yang berlimpah dan rasa yang luar biasa.
Selain itu, terdapat juga rojak mee dan pelbagai pilihan makanan lain sesuai dengan selera anda. Jadi, kunjungi restoran ini dan anda pasti puas hati!
Waktu operasi: Isnin (tutup), Selasa – Ahad: 8 pagi – 6:30 petang
Kedai Cendol Masjid India
17 Gerai cendol sedap di Segamat
Alamat: 1954, Jalan Mentol, Kampung Gubah, 85000 Segamat, Johor
Telefon: 013-612 9977

Sebagai rakyat Malaysia, siapa yang tak suka cendol? Terutama lagi jika makan cendol pada cuaca panas.
Di Bandar Segamat, terdapat tempat popular yang sering dikunjungi, Cendol Segar Amat berdekatan Masjid India. Selain cendol, mereka juga menyajikan rojak yang sedap.
Anda boleh pesan pelbagai variasi cendol seperti durian, jagung, pulut, dan banyak lagi.
Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 6 petang