Table of Contents
Jika anda mencari idea menarik untuk bercuti hujung minggu ini, datang je tempat menarik Genting Highlands!
Dengan cuaca Genting Highland yang berawan, suhunya rendah dan udara yang segar, ia bakal memikat hati anda seperti Cameron Highlands.
Senarai Tempat Menarik Di Genting Highland
Selain terkenal dengan indoor theme parknya yang sangat best dan pusat peranginan tertinggi di Malaysia, Genting Highlands Pahang ada banyak lagi tempat yang menyeronokkan untuk seisi keluarga!
Jom kita lihat beberapa tempat percutian di Genting Highlands yang pasti membuat hujung minggu anda bermakna! Confirm puas hati!
The Yanne Onsen
1 Hotel best di Genting Highland
Alamat: Tower 4, 1, Jalan Ion Delemen, 69000 Genting Highlands, Pahang
Tel: 0143388221
Nikmati pengalaman menenangkan di Yanne Onsen, terletak bersebelahan Hotel Grand Ion Elemen dan berhampiran taman tema Genting SkyWorlds.Â
Dengan akses percuma ke kolam air panas “Konyoku” dan urutan badan selama sejam, anda pasti berasa segar kembali selepas seharian di Genting.
Keunikan kolam sakura yang dihiasi dengan cantik menambahkan lagi keseronokan berendam dalam air panas dan tidur malam lebih lena.
Angin sepoi-sepoi yang masuk dari tingkap akan menenangkan fikiran dan membuatkan anda rasa sangat selesa.
Apa yang menarik, terdapat kolam lain dengan gelembung nano yang diimport dari Jepun.
Bilik-bilik luas, bersih dan selesa menanti anda dengan kemudahan moden seperti peti sejuk dan kemudahan kopi/teh disediakan.
Selain itu, terdapat juga taman permainan kanak-kanak, gym, sauna, ruang persalinan pakaian, Wi-Fi percuma dan kedai serbaneka 24 jam di sekitar tempat ini.
Bukan boleh healing je, anda juga boleh sambut birthday, bergambar dengan yakuta dan nikmati angin sejuk di taman.
Kadar purata semalam: RM 319
Review:
“Rasanya kami berada di Jepun dan sukakan hiasan di sekeliling kolam. Makanan ringan dan teh juga sangat lazat dan memuaskan. Penginapan kami di Hotel Sky Avenue sangat selesa dan kami menggunakan perkhidmatan Grab untuk bergerak, hanya mengambil masa kira-kira 15 minit setiap hala..
Talking Garden
2 Taman bunga Genting Highland
Alamat: Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang
Tel: N/A
Di Genting Highland, terdapat sebuah taman bunga yang menawarkan pemandangan memukau dan berkabus.
Pengunjung boleh melihat sendiri dari pelbagai jenis bunga dan boleh duduk je di taman tanpa buat apa-apa dengan hanya menikmati me time bersama alam.
Jika anda mempunyai kamera yang bagus, uji kemahiran fotografi anda dalam pencahayaan dengan kabus.
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 9 malam)
Eagle Landing Zipline
3 Aktiviti di Genting Highland
Alamat: Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang
Tel: 0173368343
Dah pernah cuba ‘zip line’ Eagle Landing setinggi 200 meter di SkyAvenue Mall?
Bermula dari atas mall, anda akan merasai detik-detik mendebarkan ketika ‘terbang’ melintasi taman temanya.
Dari ketinggian itu, anda dapat melihat pemandangan yang luar biasa serta orang ramai di bawah.
Jom beli tiket di bawah untuk pengalaman luar biasa di SkyAvenue Mall!
SkySymphony
4 Tempat menarik di Genting Highland percuma
Alamat: Level 1, SkyAvenue, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang
Tel: N/A
Bagi anda yang nak lihat visual dan dengar bunyi yang best, datang je SkyAvenue!Â
Turut dikenali sebagai Theater of Lights and Sound, ia dianggap sebagai instalasi terbesar dan terhebat di Asia.
Sesuai untuk sekeluarga, nikmati persembahan percuma setiap 15 minit setiap dua jam dari 10 pagi hingga 6 petang.
Jangan lepaskan peluang menikmati keindahan visual dan bunyi yang menakjubkan setiap jam dari 6 petang hingga tengah malam.
Butterfly Wonderland
5 Tempat best di Genting Highland
Alamat: 69000 Genting Highlands, Pahang
Tel: 03-6100 1000
Salah satu tarikan utama di Genting Highlands untuk kanak-kanak dan peminat alam semula jadi.
Di Butterfly Wonderland Genting, anda boleh berjalan jalan santai mengelilingi taman, merakam gambar rama-rama dan menyentuhnya dengan tangan sendiri.
Suasana taman lebih mempesonakan dengan air terjun kecil dan kolam ikan koi.
Jika dahaga, singgahlah sebentar di kafe untuk minum atau makan snek ringan sambil berehat dalam suasana yang selesa.
Sangat menyeronokkan lawatan ke sini, anda juga dapat melihat lebah dan banyak rama-rama yang berbeza.
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 7 petang)
Genting SkyWorlds Theme Park
6 Taman tema Genting Highland
Alamat: Genting SkyWorlds, 69000, Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-2718 1118
Salah satu tarikan paling popular di Genting Highland ialah Genting SkyWorlds.
Anda boleh berseronok di SkyWorlds dengan hampir 26 tunggangan dan tarikan tersendiri. Ada Central Park, Robot Rivet Town, Andromeda Space Base dan banyak lagi.
Bukan tu je, boleh jumpa watak animasi kesayangan macam Rio dan Mammoth. Nak shopping? Restoran pun banyak pilihan. Best kan?
Menariknya lagi, taman tema Genting ini ada 9 dunia berbeza berdasarkan siri filem 20th Century Fox World.
Wow! Klik je button bawah ni untuk dapatkan tiket murah!
Waktu Operasi: Setiap hari (11.00 pagi – 6.00 petang)
Genting Skytropolis
7 Permainan di Genting Highland
Alamat: Level 1, First World Plaza Resorts World, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-6101 1118
Lawati Skytropolis Fundland, yang terletak kira-kira sejam dari Kuala Lumpur.
Indoor themepark ini berkeluasan lebih daripada 400,000 kaki persegi, menjamin keseronokan tanpa henti untuk seisi keluarga!
Di First World Plaza yang terletak berhampiran dengan SkyAvenue, anda boleh menikmati lebih daripada 20 rides termasuk kereta kebal dan roller coaster yang menarik.
Dengan pelbagai tarikan untuk semua peringkat umur, taman tema Genting ini ideal untuk keluarga dan rakan-rakan!
Alami pengalaman menaiki carousel nostalgia dan klasik di taman tema!
Jika anda tidak berminat dengan rides, lampu neon dan fun vibe di Skytropolis akan menjadi backdrop sempurna untuk gambar anda.
Waktu Operasi: Setiap hari (2.00 petang – 9.00 malam)
Zombie Outbreak
8 Pengalaman menyeramkan di Genting Highland
Alamat: Level 4, Sky Avenue, 69000, Genting Highlands, Pahang
Telefon: –
Alami pengalaman rumah berhantu yang menyeramkan dan seakan zombi benar-benar wujud di sekeliling anda.
Adakah anda cukup berani untuk ke Zombie Outbreak atau hanya menjerit apabila di sana?
Kanak-kanak tidak disarankan untuk dibawa ke sini. Suasana di sini agak menakutkan seakan cerita siri Walking Dead.
Jika anda mencari tempat yang mesra kanak-kanak, bawalah mereka ke Jungle Gym di mana kanak-kanak boleh bermain sepuas hati.
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam
Ripley’s Believe It or Not! Adventureland
9 Permainan indoor yang menarik
Alamat: Level 4, Sky Avenue, 69000, Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-6436 0690
Jika anda melancong ke Genting Highlands bersama keluarga, jangan lepaskan peluang untuk melawat Ripley’s Adventureland – tempat yang menarik untuk kanak-kanak dan dewasa!
Di sini, anda akan dibawa ke dunia ajaib muzium dengan lebih daripada 400 pameran yang menakjubkan.
Dari replika yang pelik hingga aktiviti yang menyeronokkan, pasti anda dan keluarga akan terhibur.
Jangan lupa singgah juga di Jurassic Research Centre dan Zombie OutBreak yang berdekatan.
Beli tiket anda di bawah sekarang dan nikmati hari yang penuh dengan kejutan!
Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam
Strawberry Leisure Farm
10 Jalan jalan Genting Highland
Alamat: No. 1, Lot 3707, Jalan Jati 2, Bandar Gohtong Jaya, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-6100 1152
Berminat ingin petik strawberi? Ada ladang dekat Genting Highlands tau!
Tidak perlu lagi bersesak-sesak di Cameron Highland hanya untuk melawat ladang strawberi! Anda harus tahu bahawa benih strawberi ini datang dari California!
Terdapat taman bunga lavender dan rose yang indah berdekatan jika anda ingin mengambil beberapa gambar swafoto yang menarik.
Tiba-tiba perut anda berbunyi? Nikmati makanan ringan yang lazat dengan tema strawberi di cafe berdekatan!
Waktu Operasi: Setiap hari: 9.00 pagi – 6:30 petang
Harga Tiket: Dewasa : RM 15, Kanak-Kanak: RM 10
Awana Skyway
11 Cable car di Genting Highland
Alamat: Level 4, Awana SkyCentral, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-6101 1118
Trip ke Genting Highlands tidak akan lengkap tanpa menaiki Genting Skyway!
Dengan menaiki kereta kabel gondola Awana SkyWay selama 10 minit, nikmati udara pergunungan tanah tinggi Genting yang menyegarkan minda.
Sambil mengecas telefon anda di dalam gondola, nikmati pemandangan menakjubkan hutan hujan tropika berusia 130 juta tahun.
Gunakan tiket yang sama serendah RM10, berhenti di Stesen Chin Swee dan melihat Kuil Gua Chin Swee serta persekitarannya yang indah secara percuma.
Waktu Operasi:
- Stesen Chin Swee : Setiap hari: 8.00 pagi – 7.00 malam
- Awana SkyWay : Setiap hari: 7.00 pagi – 11.00 malam
Happy Bee Farm
12 Ootd Genting Highland
Alamat: Lot 6452, Genting View Resorts, KM 11-3, 69000, Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-6100 1000
Ketahui lebih lanjut tentang kitaran hidup serangga dan proses pembuatan madu yang menakjubkan di sini.
Dapatkan peluang unik melihat serangga rare dari seluruh dunia yang hanya boleh ditemui di tempat ini.
Jangan lepaskan peluang melihat rama-rama berkeliaran dengan bebas di Butterfly Wonderland Genting yang berdekatan.
Selain itu, tempat ini juga menjadi destinasi terbaik untuk shopping madu lebah asli yang berkualiti tinggi.
Waktu Operasi: Setiap hari: 9.00 pagi – 8.00 malam
Harga Tiket: Dewasa: RM 16, Kanak-Kanak: RM 12
4D Trick Art Museum
13 Tempat bergambar menarik di Genting Highland
Alamat: Flour 4, SkyAvenue, 69000, Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-2718 1118
Fantasi mana-mana Instagrammer boleh menjadi kenyataan di 4D Trick Art Museum.
Dikelilingi oleh lukisan-lukisan kreatif daripada artis Korea Selatan, anda akan berada dalam dunia fantasi yang menakjubkan.
Karya seni ini mencipta peluang foto yang menakjubkan melalui penggunaan ilusi optik.
Jadi, buat pose terbaik anda dan biarkan jurugambar menangkap semua keseronokan. Pose anda pasti mencuri tumpuan!
Tak minat fotografi? Tenang je, nikmati saja keunikan karya seni yang mempesonakan di sini.
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 8.00 malam
Bona Cinemas
14 Cinema di Genting Highland
Alamat: Level 1, SkyAvenue, 69000, Genting Highlands, Pahang
Telefon: 019-214 4124
Bosan dengan rutin menonton filem di pawangan biasa? Cuba movie trip yang agak berbeza ketika bercuti di Genting.
Lupakan teater biasa, tonton filem di teater IMAX atau D-Box untuk pengalaman menonton filem yang terbaik.
Skrin yang lebih luas dan tempat duduk bergerak bakal membuat anda terasa seolah-olah berada dalam filem itu sendiri.
Namun, teater ini hanya memfokuskan kepada filem luar negara.
SeniKome Péng Hēng
15 Pusat seni dan budaya di Genting Highland
Alamat: Level 4, Sky Avenue, 69000, Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-6101 1118
Di sini, anda akan terpegun dengan keindahan seni dan budaya dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Saksikan pertunjukan wayang kulit, proses pembuatan batik, serta kraf wau yang unik.
Bermain beberapa permainan tradisional bersama keluarga, seperti tingting, batu seremban, congkak dan lain-lain.
Aktiviti ini bukan sahaja membuatkan anda ketawa malah mengimbau kembali zaman kanak-kanak.
Waktu Operasi: 12.00 tengah hari – 10.00 malam
Vision City Video Games Park
16 Tempat lepak malam di Genting Highland
Alamat: Lower Lobby, Genting Grand, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-271 81118
Adakah anda bosan dengan tunggangan di taman tema? Jom ke Sky Vr atau pilihan keduanya ialah Vision City Video Game Park.
Sediakan wang secukupnya untuk membeli token dan bermain pelbagai game yang menyeronokkan sambil hangout bersama rakan anda.
Bagi mereka yang sukakan cabaran, cuba bermain game laser, pac-man atau street fighter. Ada juga machine claw untuk menang hadiah menarik!
Waktu Operasi: Setiap hari: 10.00 pagi – 10.00 malam
Sky Avenue
17 Shopping mall di Genting Highland
Alamat: Resorts World Genting, 69000, Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-6101 1118
Dah pernah ke Genting Sky Avenue? Kalau belum, korang memang kena pergi!
Sebaik sahaja anda keluar dari kereta kabel di Stesen Sky Avenue, anda akan menyedarinya.
Terdahulu dikenali sebagai First World Indoor Theme Park, kini kompleks ini menampilkan lebih daripada 100 jenama butik dan kedai trendy.
Dari restoran terkemuka hingga pawagam, ada segalanya di sini untuk seisi keluarga.
Jangan lupa tengok SkySymphony Genting – persembahan grafik yang memukau dengan muzik yang mempersona. Memang takkan menyesal datang!
Bersiar-siar di sekitar pusat beli-belah yang luas ini, tanpa sedar masa anda berlalu dalam sekelip mata.
Waktu Operasi: Setiap hari: 10.00 pagi – 10.00 malam
Genting Highlands Premium Outlets
18 Outlet mall di Genting Highland
Alamat: KM13, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia
Telefon: 03-6433 8888
Jika anda minat barangan berjenama, jom ke Genting Highlands Premium Outlets.
Pusat membeli-belah ini sentiasa dipenuhi penduduk tempatan dan pelancong asing.
Ada lebih daripada 150 kedai jenama tempatan dan antarabangsa yang menjual pakaian, aksesori, dan barangan elektronik dengan diskaun sehingga 60%.
Inilah outlet premium kedua di Malaysia selepas Johor Premium Outlet.
Bila dah penat berjalan dan shopping, singgahlah kat kedai makan halal di Genting Highlands untuk rehat dan isi perut.
Waktu Operasi: Setiap hari (10.00 pagi – 10.00 malam)
Resort World Genting
19 Genting Highlands resort
Alamat: Resort World Genting, 69000, Genting Highlands, Pahang
Telefon: –
Resort World Genting adalah tempat yang penuh hiburan dan kemewahan. Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti penginapan mewah, restoran , taman tema yang mengasyikkan, anda pasti takkan bosan di sini.
Tempat penginapan menarik di Genting Highland ini menjadikan hujung minggu anda bersama keluarga lebih istimewa.
Kini, anda boleh bercuti di Genting Highland dengan gembira kerana pelbagai pakej Genting Highland yang berbaloi ditawarkan untuk pengunjung.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan indah bukit berkabus putih dari sini.
Awana Golf
20 Hotel dengan aktiviti flying fox dan golf course di Genting
Alamat: Awana Hotel Resorts World Genting, 69000, Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-2718 1118
Salah satu pusat peranginan yang paling mewah di Genting Highland Pahang ini ialah Resort World Awana yang terletak di atas bukit berhampiran KL dan dikelilingi oleh pergunungan.
Bilik yang bergaya dan selesa ini menawarkan balkoni dengan view padang golf dan gunung yang cantik.
Sihatkan badan dengan bersenam di fitness center dan berenang dengan sepuasnya di kolam renang luaran.
Ayu Awana, restoran bertema tropika dan lounge tepi kolam yang pertama di Malaysia, juga terletak di Resorts World Awana.
Jika anda ingin bermain golf atau menyertai flying fox dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga di genting Malaysia, ini adalah tempat terbaik untuk melakukannya.
Glamz at Genting
21 Pengalaman glamping yang menarik
Alamat: 1, Jln Meranti, 69000, Genting Highlands, Pahang
Telefon: 012-664 5269
Mencari penginapan unik dan menarik? Jom glamping di Genting Highlands malam ini!
Seramai 1K+ orang telah booking di laman Klook. Penginapan terbaik di Genting semalam serendah RM203!
Dilengkapi dengan kemudahan yang selesa dan pemandangan indah, glamping di Genting menawarkan pengalaman yang berbeza dari hotel biasa.
Berada di kaki bukit Genting Highlands Pahang, jom chill out dan nikmati kabus sejuk semasa senja dan subuh.
Suasana yang romantis, berinspirasikan alam semula jadi dan santai sesuai untuk berbonding dengan rakan atau pasangan anda.
Jungle Gym
22 Playground menarik di Genting Highland
Alamat: Lot SA – T2C – B17, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: 012-2327525
Taman permainan indoor terbaik yang mesra kanak-kanak, bersih dan selamat. Skyway dan tarikan Genting yang lain terletak berhampiran.
Jungle Gym direka mengikut piawaian keselamatan antarabangsa. Sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun hingga 12 tahun.
Kemudahan asas ditawarkan seperti tandas, loker, dan kafe. Ibu bapa boleh berehat sambil minum kopi dalam persekitaran yang sejuk dan berkumpul dengan rakan-rakan.
Habiskan hari dengan ketawa dan berseronok sambil belajar dan bermain di Jungle Gym Getting Highlands! Tiket serendah RM36 di laman Klook!
Bersedia untuk memanjat, meluncur dan menaiki karusel mini di dalam taman hiburan interaktif ini!
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 8 malam)
Tips Ke Genting Highland
- Elakkan pergi hujung minggu atau cuti umum sebab memang ramai orang.
- Download apps Skyworlds untuk bantuan navigasi, check masa queue dan tempah je fast lane.
- Pastikan tempah tiket tarikan sehari sebelumnya untuk elakkan panjangnya masa menunggu.
- Bawa rain coat kerana cuaca di atas boleh berubah-ubah. Kalau terlupa, jangan risau sebab boleh beli di sana.
- Jangan bawa barang terlalu banyak. Kebanyakan games tidak benarkan bawa barang.
- Pakai pakaian yang sesuai seperti seluar panjang, tshirt, kasut bertapak stabil dan elakkan skirt.
- Bayaran kebanyakannya tanpa tunai, jadi tidak perlukan cash.
- Tahan hati untuk menunggu lama dalam queue. Boleh jadi panjang tapi pengalaman akan berbaloi!
- Waktu operasi Skyworld dari 11 pagi hingga 6 petang. Datang lebih awal untuk nikmati keseronokan permainan tanpa orang ramai.
Memang mustahil untuk cuba semua rides dalam sehari, kecuali waktu tak ramai orang dan tak panjang barisan beratur. Jadi, rancang betul-betul tau!
Cara Ke Genting Highland
Mahu mengetahui cara ke Genting Highland? Jangan risau, berikut kami kongsikan caranya kepada anda!
- Naik Express Rail Link (ERL) dari KLIA
Beroperasi setiap 15 minit pada waktu puncak dan setiap 20 minit pada waktu luar puncak.
Perkhidmatan ini tersedia dari 5 pagi hingga 1 pagi setiap hari.
Nikmati perjalanan pantas selama 28 minit dari KLIA/KLIA2 ke KL Sentral, di mana anda boleh bergerak dengan lancar ke Bas Ekspres Genting untuk perjalanan terus ke Resorts World Genting.
- Pandu ke Genting Highlands
Dari Kuala Lumpur, perjalanan mengambil masa kira-kira satu jam mengikut keadaan trafik.
Waze je ke Taman Tema Genting SkyWorlds atau Resorts World Genting.
Pilih Tol Karak (E8) atau Jalan Genting Sempah (Bentong) untuk ke Stesen Kereta Kabel Genting.
Di stesen, ada tempat parking luas untuk kereta anda. Bayaran parking hanya sekitar RM 5-10 sehari.
Kemudian, naik kereta kabel untuk ke Genting Highlands.
- Bas
Bas Ekspres Genting yang mampu milik ke Genting SkyWorlds boleh didapati di pelbagai lokasi di Lembah Klang.Â
Anda juga boleh guna aplikasi Moovit untuk alternatif lain ke Genting Highland.
Selamat menikmati percutian anda di Genting Highlands! Jangan lupa ambil banyak gambar kenangan.