Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Travel

16 Tempat Menarik Di Pasir Gudang Untuk Berjalan-jalan

Aira by Aira
October 7, 2022
in Travel
Tempat menarik di Pasir Gudang

Sumber foto: setiarisk.com

0
SHARES
1.7k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Muzium layang-layang pertama di Malaysia
  • 2. Pusat pemuliharaan buaya tembaga pertama di Malaysia
  • 3. Tempat menarik untuk keluarga di Pasir Gudang
  • 4. Restoran seafood di Pasir Gudang
  • 5. Masjid pertama di Pasir Gudang
  • 6. Aktiviti bermain layang-layang di Pasir Gudang
  • 7. Sukan perahu layar di Pasir Gudang
  • 8. Resort di Pasir Gudang
  • 9. Sukan permotoran di Pasir Gudang
  • 10. Pusat beli-belah di Pasir Gudang
  • 11. Tempat menarik di Pasir Gudang waktu malam
  • 12. Tempat makan menarik di Pasir Gudang Johor
  • 13. Barangan murah di Pasir Gudang
  • 14. Masakan kampung di Pasir Gudang
  • 15. Shell out di Pasir Gudang
  • 16. Murtabak di Pasir Gudang

Tahukah anda selain terkenal sebagai kawasan pelabuhan ia juga menempatkan bermacam tempat menarik di Pasir Gudang Johor?

Sektor utama bagi bandar yang terletak di daerah Johor Bahru ini adalah industri berat seperti pengangkutan dan logistik serta pembinaan kapal.

Selain itu, daerah Johor Bahru turut berhampiran dengan daerah lain seperti Kulai Jaya, Kota Tinggi dan Pontian.

Senarai tempat menarik di Pasir Gudang

Keistimewaan di Pasir Gudang ialah dengan adanya muzium layang-layang pertama di Malaysia, port terbaik bermain layang-layang serta banyak lagi.

Berikut merupakan 16 tempat menarik di Pasir Gudang terkini untuk anda yang ingin berkunjung ke sini.

Oleh itu, informasi ini dapat membuka mata masyarakat di luar sana bahawa bukan pelabuhan sahaja yang hanya ada di Pasir Gudang Johor.  

Muzium Layang-Layang

1 Muzium layang-layang pertama di Malaysia

Alamat: Komplek Pusat Bandar, Pasir Gudang, 81700, Pasir Gudang, Johor, 81700

Telefon: 07-2527796    

Muzium Layang-Layang
Sumber foto: google map

Muzium Layang-Layang yang dikenali sebagai muzium layang-layang pertama di Malaysia sejak 2002 sudah semestinya menjadikan muzium ini amat istimewa.

Permainan layang-layang sehingga kini masih kekal berterusan menjadi kegemaran bagi kanak-kanak mahupun orang dewasa.

ADVERTISEMENT

Ia menempatkan berbagai-bagai peralatan, jenis dan reka bentuk layang-layang yang unik dan cantik dari dalam mahupun luar negara.

Lain daripada itu, anjuran festival layang-layang setiap tahun secara lazimnya diadakan di Pasir Gudang Johor.

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Hotel Terdekat

Sarang Buaya Tanjung Langsat

2 Pusat pemuliharaan buaya tembaga pertama di Malaysia

Alamat: Jalan Ipil 1, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, 81700 Pasir Gudang, Johor

Telefon: 07-2517208

Sarang Buaya Tanjung Langsat
Sumber foto: google map

Dengan keluasan seluas 8 ekar di kawasan paya bakau, Sarang Buaya Tanjung Langsat menempatkan lebih 500 ekor buaya tembaga.

ADVERTISEMENT

Untuk makluman anda, taman buaya ini merupakan pusat pemuliharaan buaya tembaga pertama di Malaysia seawal usia 15 tahun.

Selain itu, 12 buah kolam dibina bagi menempatkan buaya-buaya tembaga tersebut. 

Tambahan pula, tidak lengkaplah ke taman buaya tanpa melihat pertunjukkan buaya seperti di taman-taman buaya yang lain.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Hotel Terdekat

Taman Pertanian Kong Kong

3 Tempat menarik untuk keluarga di Pasir Gudang

Alamat: Jalan Kong Kong, 81700 Masai, Johor

Telefon: 07-2666707

Taman Pertanian Kong Kong
Sumber foto: google map

Taman Pertanian Kong Kong adalah destinasi agro pelancongan di Pasir Gudang terkini yang sesuai dikunjungi seisi keluarga.

Selain itu, ia dilengkapi dengan tanaman yang berkualiti seperti dusun buah-buahan, taman herba, rumah orkid serta taman kelulut dan nursery.

Menariknya di sini, bukan sahaja dapat melawat di sekitar taman ini malah dapat memetik dan makan buah-buahan yang ada. Seronok seperti di kampung bukan?

Bukan itu sahaja, turut disediakan kolam ikan untuk memancing bagi ‘kaki pancing’ iaitu ikan spesies tilapia, toman dan keli.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Ahad – Khamis (9 pagi – 5 petang)

Hotel Terdekat

Sri Pantai Seafood

4 Restoran seafood di Pasir Gudang

Alamat: Jalan Muafakat, Kampung Pasir Puteh, 81700 Pasir Gudang, Johor

Telefon: –

Sri Pantai Seafood
Sumber foto: google map

Seperti sedia maklum, tempat menarik Pasir Gudang ini kebanyakannya terletak berdekatan dengan laut.

Dengan ini, restoran seafood dengan hasil segar dari laut telah dibuka di sini iaitu Sri Pantai Seafood dengan berlatar belakangkan Pulau Ubin, Singapura.

Selain itu, tarikan utama restoran ini ialah menu berasaskan ketam bangkang atau dikenali sebagai ketam nipah seperti sambal telur, blackpepper dan telur masin.

Lain daripada itu, ada juga menu-menu lain yang digemari oleh pengunjung iaitu tomyam campur, jenahak bakar, butter prawn dan siakap steam lemon.

Waktu operasi: Rabu – Isnin (11 pagi – 12 pagi)

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Whatsapp

Hotel Terdekat

Masjid Jamek Pasir Gudang

5 Masjid pertama di Pasir Gudang

Alamat: Jalan Mesjid, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 81700 Pasir Gudang, Johor

Telefon: 07-2234289

Masjid Jamek Pasir Gudang
Sumber foto: google map

Masjid An Nur atau dikenali sebagai Masjid Jamek Pasir Gudang adalah masjid pertama di Pasir Gudang pada tahun 1991.

Selain itu, masjid seluas 900m persegi ini mampu memuatkan 1300 orang jemaah pada satu-satu masa.

Masjid ini pernah menjuarai pertandingan Landskap Peringkat Kebangsaan bagi Kategori Masjid pada tahun 1993, 1994, 1997 dan 2001.

Untuk muslim yang berada di Pasir Gudang jangan lepaskan peluang untuk beribadah di masjid yang bersejarah ini.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: 24 jam

Hotel Terdekat

Bukit Layang-Layang

6 Aktiviti bermain layang-layang di Pasir Gudang

Alamat: Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 81700 Pasir Gudang, Johor

Telefon: –

Bukit Layang-Layang
Sumber foto: google map

Jika sudah berkunjung ke Muzium Layang-Layang, jangan lupa untuk singgah bersiar-siar ke Bukit Layang-Layang.

Sebuah taman yang seringkali dibanjiri dengan aktiviti bermain layang-layang oleh pengunjung yang terdiri daripada setiap lapisan umur.

Menariknya di sini, kawasan ini saban tahun menganjurkan Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang yang menemukan pelayang-pelayang dari serata dunia.

Tambahan pula, ketika festival ini berlangsung, pengunjung dapat menyaksikan ribuan layang-layang mewarnai langit yang membiru.

Lihat Peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 7 malam)

Hotel Terdekat

Pasir Layar

7 Sukan perahu layar di Pasir Gudang

Alamat: Unnamed Road, Kampung Punggai, 81600 Bandar Penawar, Johor

Telefon: –

Pasir Layar
Sumber foto: google map

Pasir Layar mempunyai lokasi beralun menjadikan aktiviti perahu layar boleh dilakukan di sini. Bukan itu sahaja, bahkan sejak tahun 2003 lagi pantai ini menjadi lokasi Kejohanan Perahu Layar Terbuka Johor.

Selain itu, mempunyai pemandangan yang cantik membolehkan aktiviti bergambar dengan batu-batuan yang unik terdampar di sini namun tidak sesuai untuk bermandi-manda.

Lihat Peta | Waktu operasi: –

Hotel Terdekat

Tanjong Puteri Golf Resort

8 Resort di Pasir Gudang

Alamat: Jalan Tanjong Puteri 1, Taman Tanjung Puteri Resort, 81700 Pasir Gudang, Johor

Telefon: 07-2711888

Tanjong Puteri Golf Resort di Pasir Gudang
Sumber foto: google map

Mencari pusat penginapan di Pasir Gudang terkini yang menarik? Tanjong Puteri Golf Resort pastinya menepati pilihan kediaman anda yang merupakan salah satu resolf golf terbesar di Malaysia.

Jadi untuk anda penggemar sukan golf, bolehlah berkunjung dan menginap di resort ini. Selain itu, resort berkeluasan 833 ekar ini menempatkan 20 bilik, 34 villa 2 tingkat dan 7 bilik mesyuarat yang disediakan.  

Malah, boleh menginap di banglo suite dengan view taman dengan pakej semalam RM180. Nak dapatkan harga diskaun, klik link kat bawah!

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 8 malam)

Selanjutnya Di Agoda

Litar Pasir Gudang

9 Sukan permotoran di Pasir Gudang

Alamat: Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 81700 Pasir Gudang, Johor

Telefon: 07-2521313

Litar Pasir Gudang
Sumber foto: google map

Bukan di Sepang sahaja yang ada litar untuk sukan permotoran, malah di Pasir Gudang turut ada. Satu-satunya litar yang ada di Johor ialah Litar Pasir Gudang atau nama lainnya Litar Johor.

Selain itu, ia dirasmikan oleh Yang di Pertuan Agong ke-8 iaitu sultan Johor ketika itu Almarhum Sultan Iskandar pada tahun 1986.

Tambahan pula, litar ini pernah menjadi tuan rumah bagi perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 1998 dan Superbike World Championship pada 1992 – 1993.

Lihat Peta | Waktu operasi: –

Hotel Terdekat

Aeon Mall Permas Jaya

10 Pusat beli-belah di Pasir Gudang

Alamat: 1, Jalan Permas Utara, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor

Telefon: 07-3860600

Aeon Mall Permas Jaya
Sumber foto: google map

Umum mengetahui Aeon yang dahulu dikenali sebagai Jaya Jusco kini mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Begitu juga kira-kira 10 minit dari Pasir Gudang menempatkan Aeon Mall Permas Jaya.

Pelbagai outlet barangan yang ditempatkan di sini iaitu butik kecantikan, pakaian, tempat hiburan serta food court. Oleh itu, ‘kaki shopping’ jangan lupa ya untuk serbu ke pusat beli-belah ini!

Lihat Peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)

Hotel Terdekat

Uptown Pasir Gudang

11 Tempat menarik di Pasir Gudang waktu malam

Alamat: Jalan Meranti 5, Taman Rinting, 81750 Masai, Johor

Telefon: –

Uptown Pasir Gudang
Sumber foto: google map

Mencari tempat menarik waktu malam di Pasir Gudang, tapi tidak tahu ke mana? Jom kunjungi Uptown Pasir Gudang sambil mencuci mata mahupun membeli-belah di sini.

Di samping itu, bukan barangan sahaja yang dijual di sini bahkan terdapat kafe tidak berbumbung dan persembahan nyanyian daripada para busker.  

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (6 petang – 1 pagi)

Hotel Terdekat

Char Kuey Teow Sentap

12 Tempat makan menarik di Pasir Gudang Johor

Alamat: 8A, Jalan Rusa, Taman Scientex, 81700 Pasir Gudang, Johor

Telefon: –

Char Koey Teow Sentap
Sumber foto: Instagram @syifa.kitchen, @johorfoodie, google map

Penggemar char kuey teow yang mencari tempat menarik khususnya di Pasir Gudang, di sini lah destinasi makan anda seterusnya.

Char Kuey Teow Sentap menjadikan char kuey teow ketam sebagai menu utamanya mampu menarik perhatian pelanggan untuk ke sini.

Ketam yang dihidangkan dalam char kuey teow bukan kecil tau tetapi besar saiznya! Tambahan pula, mee goreng, nasi goreng serta kuey teow goreng ada juga di sini.

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Rabu – Isnin (4 petang – 11.45 malam)

Hotel Terdekat

ECO Shop @ Nusa Damai

13 Barangan murah di Pasir Gudang

Alamat: No 44, 50 B, Jalan Perdagangan Damai, Taman Nusa Damai, 81700 Pasir Gudang, Johor

Telefon: 07-2830123

ECO Shop @ Nusa Damai di Pasir Gudang
Sumber foto: google map

Kedai ‘berhantu’ dalam kalangan kaum wanita khususnya menjadi tumpuan untuk membeli-belah ke Eco Shop @ Nusa Damai.

Mana tidaknya, barangan yang dijual di sini cukup berbaloi dan murah serendah hanya RM 2.10 sahaja!

Antara barangan popular belian pelanggan adalah barangan rumah, permainan kanak-kanak dan makanan ringan.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)

Hotel Terdekat

Restoran Selera Sambal

14 Masakan kampung di Pasir Gudang

Alamat: No 5, Jalan Pengkalan 5, Kampung Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang, Johor

Telefon: –

Restoran Selera Sambal
Sumber foto: google map

Mencari tempat makan yang ngam dengan selera kampung? Jangan risau, Restoran Selera Sambal kan ada!

Nama restoran pun ada perkataan ‘sambal’ bererti siap menu yang dihasilkan mempunyai sambal yang menepati citarasa kampung.

Selain itu, pelbagai hidangan penyet tradisional jawa yang disediakan di sini iaitu ayam penyet, udang penyet dan sotong penyet.  

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (10.15 pagi – 7.30 malam)

Hotel Terdekat

Leva Leur Cafe

15 Shell out di Pasir Gudang

Alamat: 110, Jln Sierra Perdana 4/1, Taman Sierra Perdana, 81750 Masai, Johor

Telefon: 07-3862622

Leva Leur Cafe
Sumber foto: google map

Hiasan yang indah dipamerkan pada bahagian dalam Leva Leur Café, sudah semestinya mampu menambahkan lagi selera makan pengunjung di sini.

Oleh itu, untuk anda yang mencari tempat best untuk makan shell out bolehlah berkunjung ke kafe ini.

Selain itu, kebiasaannya kafe ini dikunjungi oleh pengunjung yang datang beramai-ramai. Makan ramai-ramai baru la syok!

Waktu operasi:

  1. Selasa – Khamis & Sabtu – Ahad (11 pagi – 10 malam)
  2. Jumaat (3 petang – 10 malam)

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web

Hotel Terdekat

Murtabak Spesial Cheese Amir

16 Murtabak di Pasir Gudang

Alamat: D’MAWAR CAFE, Jalan Mesjid, Taman Mawar, 81700 Pasir Gudang, Johor

Telefon: –

Murtabak Spesial Cheese Amir
Sumber foto: Instagram @amir_murtabak

Untuk penggemar murtabak, anda wajib singgah ke Murtabak Special Cheese Amir yang dijamin sangat sedap dan terbaik.

Pelbagai jenis murtabak yang disediakan iaitu jenis daging, daging cheese, ayam dan ayam cheese

Selain itu, bukan murtabak sahaja malah mee goreng mamak, rojak asma, nasi biryani dan nasi dalca turut dijual di sini.

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 6 petang)

Hotel Terdekat

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Dungun
  • Tempat Menarik Di Genting Highland
  • Tempat Menarik Di Georgetown
  • Tempat Menarik Di Turki
Tags: johortempat menarik di Pasir Gudang

Popular Minggu Ini

  • Kerja 45 Jam Seminggu? Ketahui Bagaimana Cara Pengiraan Sebenar

    Kerja 45 Jam Seminggu? Ketahui Bagaimana Cara Pengiraan Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 14 Tempat Menarik Di Tanjung Malim Untuk Jalan-jalan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Muar Terkini

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved