Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Travel

16 Tempat Menarik Di Dungun Yang Menenangkan Fikiran

Aira by Aira
October 7, 2022
in Travel
Tempat menarik Dungun

Sumber foto: Facebook @AzMa Beach Homestay

0
SHARES
3.4k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Tapak perlombongan bijih besi di Dungun
  • 2. Tempat camping, hiking dan diving di Dungun
  • 3. Tempat ootd di Dungun
  • 4. Tasik buatan di Dungun
  • 5. Hutan rekreasi di Dungun
  • 6. Tempat bersejarah di Dungun
  • 7. Air terjun di Dungun
  • 8. Resort menarik di Dungun
  • 9. Kapal-kapal berlabuh di Dungun
  • 10. Pantai cantik di Dungun
  • 11. Taman rekreasi di Dungun
  • 12. Teluk di Dungun
  • 13. Pusat pemuliharaan penyu di Dungun
  • 14. Tempat makan best di Dungun
  • 15. Penetasan penyu di Dungun
  • 16. Pulau di Dungun

Berkeluasan sekitar 2735km persegi menempatkan banyak tempat menarik di Dungun yang menenangkan fikiran ketika bercuti di Terengganu.

Selain itu, nama Dungun Terengganu diambil daripada nama spesies pokok yang tumbuh di paya air tawar iaitu pokok Dungun dan terdiri daripada 9 mukim.

Dungun yang berhampiran dengan Kemaman merupakan kawasan yang pernah menjadi kubu serta aktiviti perlombongan bijih besi.

Ekoran daripada itu, Dungun dikenali dalam kalangan negara luar seperti Jepun dan Korea dalam industri pengeluaran besi.

Senarai tempat menarik di Dungun

Mari jalan-jalan Dungun kerana banyak tempat bercuti di Terengganu terbaik di sini seperti pantai Terengganu cantik, aktiviti pantai dan banyak lagi.

Terdapat 16 tempat menarik di Dungun telah disenaraikan dengan berbagai aktiviti menarik yang ditawarkan.

Jadi apa tunggu lagi, mari rancang percutian anda ke Dungun Terengganu yang semestinya mampu menenangkan fikiran anda.

Bukit Besi

1 Tapak perlombongan bijih besi di Dungun

Alamat: Bukit Besi, Terengganu

Telefon: –

Bukit Besi
Sumber foto: google map

Meskipun ia hanyalah sebuah bandar kecil di dalam kawasan Dungun Terengganu, namun ia menyimpan banyak sejarah penting negara.

ADVERTISEMENT

Hal ini kerana, ia merupakan kawasan tapak perlombongan bijih besi dan nama Bukit Besi diambil bersempena dengan aktiviti berkenaan.

Selain itu, dikatakan bahawa penempatan awal telah wujud di Bukit Besi iaitu manusia Zaman Paleolitik Akhir hingga ke Zaman Neolitik.

Tambahan pula, penemuan alat batu berupa kapak batu licin mengukuhkan lagi bukti kewujudan manusia zaman tersebut.

Lihat Peta | Waktu operasi: –

ADVERTISEMENT
Homestay Terdekat

Sungai Bangan

2 Tempat camping, hiking dan diving di Dungun

Alamat: Sungai Bangan, Terengganu

Telefon: –

Sungai Bangan
Sumber foto: Instagram @nrizhshry._ , rileklah.com

Antara sungai paling jernih di Malaysia yang boleh dijadikan tempat menarik di Dungun ialah Sungai Bangan.

Selain itu, turut dikenali dengan nama Sungai Balu dan Sungai Bangang menjadi tumpuan para pengunjung untuk melakukan aktiviti camping, hiking dan diving di kawasan ini.

Di samping itu, untuk sampai ke destinasi sungai ini terdapat 3 titik utama perlu dilalui iaitu puncak Chemerong, Gunung Berembun dan Air Terjun Langsir.

Lihat Peta | Waktu operasi: –

Hotel Terdekat

Pantai Batu Pelanduk

3 Tempat ootd di Dungun

Alamat: 36, AH18, 23050 Kuala Dungun, Terengganu

Telefon: –

Pantai Batu Pelanduk
Sumber foto: google map

Pantai Batu Pelanduk yang terdiri daripada batu-batuan besar yang unik ini semestinya menjadi tarikan untuk ootd di pantai Terengganu cantik ini.

Selain itu, pantai yang bersih serta tersergam indah ini terletak hanya di tepi laluan utama Kuala Terengganu-Kemaman dan bersebelahan Rantau Abang.

Lain daripada itu, pengunjung berpeluang menyaksikan penduduk kampung berhampiran ini memproses ikan bilis hasil daripada tangkapan para nelayan di sini.  

Lihat Peta | Waktu operasi: –

Hotel Terdekat

Tasik Puteri Bukit Besi

4 Tasik buatan di Dungun

Alamat: Tasik Puteri Bukit Besi, 23200 Bukit Besi, Terengganu

Telefon: –

Tasik Puteri Bukit Besi
Sumber foto: google map

Umum mengetahui bahawa tasik buatan yang terkenal di Terengganu adalah Tasik Kenyir.

Namun begitu, mungkin ada yang tidak tahu terdapat juga tasik buatan lain yang terdapat di Terengganu iaitu Tasik Puteri Bukit Besi.

Bagi anda yang sukakan akan keindahan alam bolehlah mengunjungi ke sini selain bermandi-manda di air terjun yang ada di kawasan ini.

Tambahan pula, di perkarangan kawasan tasik yang indah ini lazimnya menjadi lokasi photoshoot wedding bagi pasangan mempelai.

Lihat Peta | Waktu operasi: 24 jam

Homestay Terdekat

Rimba Bandar Bukit Bauk

5 Hutan rekreasi di Dungun

Alamat: Jalan Paka, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Telefon: –

Rimba Bandar Bukit Bauk
Sumber foto: Tripadvisor.com, google map

Hanya 6km melalui jalan Dungun – Kuantan, pengunjung dapat menyinggah ke satu lokasi yang amat mendamaikan iaitu Rimba Bandar Bukit Bauk.

Selain itu, hutan rekreasi ini menyediakan fasiliti seperti trek joging, pusat informasi dan dataran hijau. Di samping itu, aktiviti kebiasaan yang dilakukan ialah bersenam, berjoging dan beriadah.

Lihat Peta | Waktu operasi: –

Hotel Terdekat

Makam Sultan Yahya Siak

6 Tempat bersejarah di Dungun

Alamat: Kampung Che Lijah, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Telefon: –

Makam Sultan Yahya Siak
Sumber foto: google map, Facebook @Rakan Sejarah Dungun

Mari memperingati pejuang sejarah terdahulu dengan melawat ke makam Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah atau dikenali sebagai Sultan Yahya Siak.

Almarhum merupakan sultan Siak ke-7 dalam sultan Kerajaan Siak Sri Indrapura dan memerintah dari tahun 1782 hingga kemangkatkan beliau pada 1784.

Di samping itu, kompleks makam almarhum “Marhum Mangkat di Dungun” ini dipenuhi dengan seni ukiran rumah Melayu tradisi.

Lain daripada itu, tempat bercuti di Terengganu yang lain adalah Pantai Teluk Bidara dan Pantai Tanjung Jara.

Lihat Peta | Waktu operasi: –

Hotel Terdekat

Air Terjun Chemerong

7 Air terjun di Dungun

Alamat: Hutan Simpan Pasir Raja, 23000, Dungun, Terengganu

Telefon: 09-8481404

Air Terjun Chemerong
Sumber foto: google map

Menikmati keindahan air terjun yang indah dan mendamaikan Air Terjun Chemerong di dalam Hutan Lipur Chemerong sejak 1993.

Meskipun ia terletak sejauh 100km dari Kuala Terengganu, namun percayalah perjalanan anda ke air terjun yang indah ini tidak akan sia-sia.

Pelbagai aktiviti yang menarik boleh dilakukan di sini iaitu berkhemah, merentas denai, mendaki Gunung Berembun dan berkelah di tempat lapang yang disediakan.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: –

Hotel Terdekat

Tanjong Jara Resort

8 Resort menarik di Dungun

Alamat: Batu 8, Off Jalan Dungun, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Telefon: 09-8451100

Tanjong Jara Resort
Sumber foto: google map

Berkonsepkan tradisi masyarakat Melayu zaman dahulu dengan melambangkan keindahan istana Melayu pada abad ke-17 adalah kelainan yang ditampilkan bagi resort ini.

Tanjong Jara Resort menyediakan pelbagai jenis bilik dengan harga serendah RM 150 satu malam termasuk perkhidmatan spa bagi merehatkan badan anda.

Resort 5 bintang ini dilengkapi dengan bilik jenis bumbung room, bumbung sea view room, serambi room, serambi sea view room, anjung room dan anjung seafront room.

Lain daripada itu, ia turut terletak berhampiran dengan Pantai Tanjung Jara yang sesuai untuk melakukan aktiviti pantai bersama seisi keluarga.

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Sentiasa dibuka

Selanjutnya Di Agoda

Pantai Paka

9 Kapal-kapal berlabuh di Dungun

Alamat: Pantai Paka, 23100 Paka, Terengganu

Telefon: –

Pantai Paka
Sumber foto: google map

Terletak bersempadan dengan daerah Kemaman iaitu Pantai Paka diletakkan sebagai salah satu tempat menarik Dungun.

Menariknya, dari pantai ini dapat dilihat pemandangan Bukit Bauk serta kapal-kapal yang berlabuh di Kertih Port bagi mengambil minyak.

Lain daripada itu, terdapat berbagai gerai jualan khususnya keropok lekor yang terdapat di sini. Berbagai aktiviti pantai kebiasaan yang boleh dilakukan di sini.

Namun begitu, pengunjung tidak disarankan untuk bermandi-manda di Pantai Paka disebabkan oleh ombak yang kuat terdampar di sini.

Lihat Peta | Waktu operasi: –

Resort Terdekat

Pantai Teluk Gadung

10 Pantai cantik di Dungun

Alamat: Sura Hujung, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Telefon: –

Pantai menarik Dungun
Sumber foto: google map

Pantai Terengganu cantik tidak lain tidak bukan di Pantai Teluk Gadung yang berhubungan dengan Pantai Teluk Lipat.

Terletak hanya bersebelahan kampus UiTM Dungun membolehkan para pelajar di kampus ini merehatkan minda seketika melihat keindahan ciptaan Tuhan ini.

Di samping itu, pantai ini mempunyai hutan lipur dan tasik kecil dan pasir pantai yang halus cantik terbentang di sepanjang tepian pantai.

Selain itu, turut disediakan pondok berehat untuk pengunjung berkelah sambil menghirup angin pantai.

Lihat Peta | Waktu operasi: –

Hotel Terdekat

Taman Tasik Tanjung Sura

11 Taman rekreasi di Dungun

Alamat: Taman Tasik Tanjung Sura, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Telefon: –

Taman rekreasi yang menarik di dungun
Sumber foto: google map

Juga terletak berdekatan UiTM Dungun, Taman Tasik Tanjung Sura ini merupakan tumpuan pengunjung untuk bersantai-santai sambil melihat alam semulajadi.

Selain itu, berbagai fasiliti yang terletak di sini iaitu trek joging, pondok rehat, jeti, tempat berniaga, tandas awam, tasik, bilik persalinan dan taman permainan kanak-kanak.

Di samping itu, menikmati keindahan tasik, berjoging, bersantai dan bersenam adalah aktiviti kelaziman pengunjung ke sini.

Lihat Peta | Waktu operasi: –

Hotel Terdekat

Pantai Teluk Lipat

12 Teluk di Dungun

Alamat: Jalan Teluk Lipat, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Telefon: –

Pantai Teluk Lipat
Sumber foto: google map

Kawasan teluk yang terjadi disebabkan hakisan ketika musim tengkujuh dan monsur timur laut menjadikan ia dikenali sebagai Pantai Teluk Lipat.

Selain itu, bagi anda yang mencari tempat penginapan berdekatan pantai ini boleh menginap di Mayang Sari Resort Dungun, Ulek Beach Resort ataupun Hotel UiTM Dungun.

Lain daripada itu, anda tidak perlu khuatir mencari tempat makan kerana setibanya anda di sini beraneka restoran dan gerai yang disediakan di sepanjang pantai ini.

Lihat Peta | Waktu operasi: 24 jam

Resort Terdekat

Pusat Penyu Dan Ekosistem Marin

13 Pusat pemuliharaan penyu di Dungun

Alamat: No. 1, Rantau Abang, Terengganu, 23000 Kuala Dungun

Telefon: 09-8458169

tempat lihat penyu di dungun
Sumber foto: google map

Seperti sedia maklum, Terengganu amat dikenali sebagai kawasan pendaratan dan penetasan penyu khususnya di Rantau Abang.

Terdapat pusat pemuliharaan penyu yang terdapat di Dungun iaitu Pusat Penyu Dan Ekosistem Marin.

Selain itu, pengunjung berpeluang melihat dan menimba ilmu tentang penjagaan spesies haiwan terancam ini secara depan mata. Menarik bukan?

Dalam pada itu, antara spesies penyu yang boleh dilihat di sini ialah spesies agar, karah dan lipas.

Lihat Peta | Facebook | Waktu operasi: Isnin – Khamis (8.30 pagi – 5 petang)

Hotel Terdekat

Hola West Dungun

14 Tempat makan best di Dungun

Alamat: 561-A, Jalan Pantai Sura, Kampung Sura Selatan, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Telefon: –

cafe menarik di Dungun
Sumber foto: google map

Setelah puas jalan-jalan Dungun, sudah semestinya lapar bukan? Jadi jom singgah ke Hola West Dungun yang menyajikan pelbagai menu barat yang menyelerakan dengan harga berpatutan.

Antara menu popular yang terkenal di sini ialah steak, chips, pasta, roti john, sandwich, burger, nasi lemak berlauk dan mocktails.           

Tambahan pula, dekorasi kedai yang menarik dengan konsep warung kampung semestinya menambatkan lagi hati pengunjung untuk menjamu selera di sini.

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Whatsapp | Waktu operasi: Ahad – Khamis (9 pagi – 3 petang)

Hotel Terdekat

Pantai Rantau Abang

15 Penetasan penyu di Dungun

Alamat: Pantai Rantau Abang, 23050, Terengganu

Telefon: –

pemandangan indah pantai di dungun
Sumber foto: google map

Rata-rata mengetahui bahawa Rantau Abang semestinya dikaitkan dengan kehadiran haiwan eksotik iaitu penyu.

Begitu juga di Pantai Rantau Abang yang terletak 17km dari Dungun ini acapkali menjadi destinasi pendaratan spesies penyu belimbing dan agar untuk bertelur.

Untuk makluman anda, musim penyu bertelur ialah pada bulan Mei hingga September. Jadi anda boleh merancang masa yang sesuai untuk berkunjung ke pantai ini.

Lain daripada itu, anda juga boleh melakukan aktiviti pantai seperti bermandi-manda dan berkelah.

Lihat Peta | Waktu operasi: –

Hotel Terdekat

Pulau Tenggol

16 Pulau di Dungun

Alamat: Pulau Tenggul, Terengganu

Telefon: –

Pulau menarik di dungun
Sumber foto: Instagram @kevin.kung.93, @fr_picturesque, @zifeng_0119, @peihua_7687

Tahukah anda terdapat pusat peranginan yang lain di Terengganu selain Pulau Kapas, Pulau Redang dan Pulau Perhentian?

Jika anda tidak tahu atau mungkin anda tahu jadi bolehlah berkunjung ke Pulau Tenggol. Pada asalnya, pulau ini tidak berpenghuni namun kini telah dimajukan dengan adanya pusat penginapan resort.

Selain itu, aktiviti laut seperti scuba diving dan snorkeling melihat keindahan hidupan laut serta batu karang dapat dilakukan di sini.

Untuk makluman anda yang ingin berkunjung ke sini boleh menaiki bot di jeti bot ekspres yang terletak di tepi jambatan Kuala Dungun.

Lihat Peta | Waktu Operasi: –

Resort Terdekat

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Genting Highland
  • Tempat Menarik Di Pasir Gudang
Tags: tempat menarik di Dungunterengganu

Popular Minggu Ini

  • “This Bitch Pernah Buli Saya. Apa Dia Buat, Dapat Balik” – Uqasha Senrose Kaki Buli Zaman Sekolah?

    “This Bitch Pernah Buli Saya. Apa Dia Buat, Dapat Balik” – Uqasha Senrose Kaki Buli Zaman Sekolah?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PU Syed Keluarkan Hadith & Dikatakan Berlebihan Kritik Peminat Blackpink

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 14 Tempat Menarik Di Tanjung Malim Untuk Jalan-jalan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dulu #makeschoolsafer, Sekarang Bapa Adik Ain Husniza Pula Lakukan Gangguan Seksual?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kerja 45 Jam Seminggu? Ketahui Bagaimana Cara Pengiraan Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved