Semua lelaki karakternya berbeza malah lelaki juga ada cara berlainan memandang perempuan. Bak kata orang, cantik itu subjektif.
Definisi gadis idaman bagi seseorang lelaki juga berbeza. Begitulah juga dengan cara lelaki suka akan seseorang perempuan turut berbeza-beza. Tetapi lelaki boleh dikategorikan ke tiga kategori sikap dan perangai yang aliffchannel.com kongsikan berikut ini.
3 Jenis Sikap Personaliti Lelaki Bila Suka Seseorang Perempuan
Lelaki kebiasaannya nampak seperti tidak mempunyai perasaan dan nampak seperti endah tak endah yang membuat perempuan tidak tahu apa yang lelaki sebenarnya mahukan.
1 Suka secara diam-diam
Jenis yang susah dikenalpasti adakah dia suka kita (perempuan) ataupun tidak. Sebab lelaki jenis ni tidak menunjuk dan suka memendam perasaan. Lelaki jenis ini akan memperhatikan perempuan yang dia suka dari jauh sahaja atau berkawan seperti biasa.
Berkemungkinan, kawan lelaki yang biasa kita berbual-bual setiap hari suka pada kita.
2 Suka secara terang-terangan
Ada lelaki yang terang-terangan menzahirkan rasa suka dia kepada perempuan yang dia suka. Lelaki jenis ni tak susah kita nak kenalpasti. Tapi hati-hati, lelaki jenis ini biasanya jenis ‘playboy’ dan tidak boleh dipercayai.
Tapi tidak bermakna, semua lelaki yang berterus terang, tidak boleh dipercayai. Mungkin kita boleh ambil langkah berjaga-jaga dengan memeriksa latar belakang dia atau bertanyakan kepada kawan-kawan bagaimana kehidupan lelaki tersebut supaya tidak terjebak dengan lelaki playboy.
3 Mengusik/cari gaduh dengan perempuan yang disukai
Lelaki jenis ini jenis yang tak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan dengan perempuan yang dia suka. Boleh jadi juga, dia sengaja cari gaduh/mengusik kerana hanya dengan cara itu sahaja boleh membuatkan perempuan yang dia suka tu memberi respon dan perhatian padanya.
Orang dulu-dulu kata, ‘jangan gaduh-gaduh sangat, nanti jatuh sayang’ atau ‘jangan benci sangat, nanti jatuh suka, siapa nak tanggung’.
Tips Macam Mana Nak Tahu Lelaki Suka Kita?
Ada rahsia lelaki yang anda perlu tahu. Bukan wanita sahaja yang cerewet dalam hal perhubungan, golongan lelaki juga sangat pentingkan beberapa perkara dalam mencari pasangan.
4 Dari pandangan mata
Cara lelaki memandang perempuan yang dia suka dengan perempuan yang dia anggap biasa-biasa sahaja adalah berbeza.
5 Selesa berkongsi cerita
Lelaki akan rasa selesa untuk berkongsi cerita dengan perempuan yang dia suka. Selesa berkongsi masalah dan juga khabar gembira. Tidak segan silu meminta pendapat jika berada di dalam situasi yang sukar.
6 Mengambil berat
Jika lelaki suka akan seseorang perempuan, dia pasti mengambil berat mengenai perempuan tersebut. Bertanyakan khabar dan tak semestinya pertanyaan-pertanyaan itu ditanya secara langsung kepada perempuan yang dia suka.
Boleh jadi, dia bertanya kepada kawan-kawan rapat perempuan tersebut atau memeriksanya dari laman sosial perempuan tersebut.
7 Cuba menjadi yang terbaik
Lelaki rasa hebat dan gembira bila dianggap serba tahu dan serba boleh dalam semua perkara oleh perempuan yang dia suka. Dia cuba nak buat benda yang perempuan dia suka dengan baik dan sempurna.
Apabila bersama dengan perempuan yang dia suka, dia cuba tidak melakukan apa-apa kesalahan walaupun sedikit.
8 Mengingati latar belakang dan hal peribadi
Jika lelaki berusaha keras untuk mengingati hal peribadi kita seperti nama penuh apa, tarikh lahir bila, duduk mana, adik beradik berapa, nama mak apa, nama ayah apa, kampung kat mana dan lain-lain, berkemungkinan besar lelaki itu suka kita.