Siapa je tak kenal dengan Muhammad Noor yang sering memberi info berguna kepada pengikutnya di Tiktok walaupun kadang-kala popular dengan merentannya tentang jalan jem.
Muhammad Noor atau lebih mesra dikenali Madno, berkongsi perjalanan hidupnya bersama isteri tercinta sejak dari awal perkahwinan sehingga kini memiliki anak tiga orang.
Apa yang menarik perhatian kami apabila Madno memuat naik satu posting kuasa doa seorang isteri.
Mana taknya dapat doa yang baik-baik dari isteri, lihatlah cara layanan Madno terhadap isterinya dari awal perkahwinan sehingga kini. Macam puteri!
Dirinya juga berterima kasih kepada bapa mertuanya kerana tidak meletakkan hantaran perkahwinan mereka.
Video tiktok Madno
Anda boleh klik link di bawah untuk lihat video penuh dari posting Madno.
https://www.tiktok.com/@dodosentoso/photo/7358123930856590599
Pengajaran kat sini, jaga isteri baik-baik dan akan berbalik perkara baik kepada keluarga kerana kunci rezeki terletak pada layanan suami pada isterinya.