Siapa je tak kenal dengan bekas agong kita, Kebawah Duli Paduka Baginda Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Perwatakannya yang bersahaja dan mudah didekati dengan rakyat menjadikan ramai suka akan dirinya.
Walaupun Tunku Azizah sudah tidak menjadi agong negara tapi khidmatnya tidak sampai situ saja.
Kompleks Penjara Bentong
Dirinya tetap aktif bergerak melakukan aktiviti bersama rakyat.
Lihatlah antara aktiviti yang dilakukan bersama banduan dalam program memasak bubur lambuk ‘Air Tangan Tengku Ampuan Pahang’ di Penjara Bentong pada hujung Mac lalu.
Dalam masa yang sama beliau bersama banduan wanita untuk aktivi baking di Bengkel Pastri, Penjara Bentong. Macam sedap je kan semua kek Tunku tunjuk tu.
Kongsi resipi
Tapi apa yang menarik perhatian kami apabila terbaca komen dari netizen meminta Tunku Azizah kongsi resepi kek bahulu yang ditunjuk dalam video tersebut.
Tak sangka, Tunku Azizah membalas komen tersebut siap menamakan kek bahulu tu dengan nama Bahulu Normah sempena resipi dari indvidu bernama Normah.
Okay jom try buat untuk raya nanti hehe