Jarangla kita dengar gosip tak elok tentang pasangan hangat, Lisa Surihani dan Yusry KRU
Tapi apa yang membuatkan kami nak bercakap tentang pasangan ini apabila tular sebuah video menerusi satu akaun aplikasi TikTok.
Video tersebut menunjukkan Barbie Doll Malaysia, Fyza Kadir bersalaman dengan pengarah filem terkenal, Yusry KRU untuk bertegur sapa.
Reaksi Lisa Surihani
Kemudian, reaksi pelakon Lisa Surihani menjadi bahan jenaka netizen kerana seperti ingin ‘ menerkam’ suaminya.
Yusry pula ketika itu kebetulan sedang berwajah sugul dan termenung jauh.
Video penuh
Bagaimanapun, rakaman video tersebut tidak sengaja dirakam ketika ada yang ingin mempertontonkan keadaan majlis fesyen jenama tudung Ariani.
Kami percaya, ini semua kebetulan dan tiada apa pun, netizen yang cuba memanaskan keadaan untuk membuat bahan lawak.
“Apa jadi kat Yusry pastu ek?” – Netizen
Menerusi video tersebut, ramai yang membuat spekulasi nasib Yusry dan reaksi Lisa. Macam-macam lah korang ni tau!