Masih ingat lagi tak penyanyi Indonesia, Putri Ariani yang meraih Golden Buzzer dalam rancangan realiti teleyisyen America`s Got Talent?
Kini beliau membuat duet bersama penyanyi Hollywood terkenal, Alan Walker dan Peder Elias berjudul Who I Am.
Lagu tersebut telah pun dimuat naik selama sebulan dan kini telah mencecah lebih 17 Juta penonton di YouTube.
“Putri is cold..”
Apa yang menarik perhatian kami apabila, Alan Walker memuat naik potongan video ringkas bersama Putri dan krew yang terlibat apa yang terjadi disebalik rakaman video tersebut.
Menerusi video itu, Alan sedang memegang dan menggosok bahu Putri kerana Putri kesejukkan.
“Sorry not halal,” – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, seperti kami jangka ramai yang menegur Alan supaya jangan pegang Putri kerana bukan muhrim atau erti kata lain, tidak halal.
Tak boleh salahkan Alan juga sebab dia tak tahu batas pergaulan yang diajar dalam agama Islam.
Apa pun, semoga sayap Putri lebar berkembang ke seluruh dunia dan membanggakan rakyat Indonesia.