Siapa je tak kenal dengan bekas peguam yang kini menjadi pempengaruh media sosial, Reina Lum.
Segala konten yang dikongsikan kebanyakannya maklumat yang bermanfaat buat orang ramai terutama kes berkaitan perundangan mahkamah.
Tapi lain pula jadi apabila dia meluahkan apa yang terjadi tentang kontrak yang dilakukan secara tidak sengaja dengan pihak Coway.
“Salah orang korang main ni,” – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan Reina berkenaan dengan isu ini.
Malah ada yang kata Coway memang silap orang sebab Reina merupakan bekas peguam.
Apa pun, kita sebagai pengguna kena jadi pengguna yang bijak. Good luck Coway!