Tempoh hari kecoh dengan pelawak Ali Puteh ingin membayar saman sebanyak RM75 ribu kepada bekas kaka ipar, Siti Norhidayah Mohd Ali.
Isu itu menjadikan ramai memberi pendapat masing-masing tapi apa yang lebih menarik perhatian kami untuk buka topik ini apabila ternampak satu ciapan dari seorang peguam
Apa yang ditulis adalah tentang Ali Puteh dimana sudah kalah saman masih lagi membuli balu arwah dan sering berlaku ‘play victim’ dan sering membuat kacau.
“Aku as lawyer…” – Netizen
Dia sebenarnya seorang peguam dan dia berpihak pada sebelah Hidayah kerana penyerahan duit saman ini memerlukan cara yang betul dan ini adalah etika.
Tambahnya lagi, peguam Hidayah sudah banyak kali tolak ansur dengan Ali kerana ikutkan boleh je mereka teruskan dengan legal option yang lain.
Tapi mereka tidak berbuat begitu memandangkan Ali Puteh masih adik kandung suaminya serta pakcik saudara kepada Syed Hamzah.
Anda boleh baca selebihnya dibawah menerusi akaun twitter milik @nuuraimuni.
“Sejenis client tak ikut nasihat peguam,” – Netizen
Pada akhir tweet @nuuraimuni, client seperti ALi Puteh memang dia tak nak sebab klien yang tak nak ikut nasihat peguam, ego, jenis nak ikut kepala sendiri dan akhirnya menyusahkan orang dan sendiri untuk selesaikan masalah yang dicipta.
Isu dua pihak ni memang agak konflik yang berat jadi kami doakan semuanya berjalan dengan lancar dan berakhir dengan cepat.