Semalam kecoh dengan tindakan pelawak Ali Puteh ingin menyelesaikan hutang sebanyak RM75,486.48 termasuk faedah kepada bekas kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali.
Pembayaran tersebut dilakukan menerusi video siaran langsung di aplikasi TikTok, Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan.
Tidak cukup dengan itu Hodayah juga membuat rakaman video sepanjang kejadian tersebut berlaku. Anda boleh menonton video tersebut di bawah.
“Ini isu keselamatan..” – Peguam Hidayah
Tapi apa yang menjadi isu sekarang, Hidayah dan peguamnya menolak pembayaran tersebut.
Keputusan ini membuat ramai yang mempersoalkan kenapa pihak Hidayah tidak terima saja pembayaran itu dan seperti ingin memanjangkan cerita.
Jadi peguam Hidayah tampil membuat penjelasan menerusi aplikasi Instagram menjelaskan mengapa dia membuat keputusan untuk tidak menyerahkan duit tersebut ketika itu.
Lagipun peguma Hidayah sudah memberi beberapa pilihan cara lain untuk menyerahkan duit tersebut selain diserahkan secara terus ke rumah anak guamnya.
Antara cara yang diberi adalah dengan menyerahkan pada firma guaman atau masuk ke dalam bank akaun. Anda boleh menonton video tersebut di bawah.
Jadi itu lah sebab kenapa duit tersebut ditolak oleh Hidayah. Ha, jangan main-main tuduh ye guys!