Siapa je kan tak kenal dengan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI), yang gaya penyampaian bersahaja dan diselit dengan jawapan pekat dengan dialek Terengganu.
Apa yang menjadi isu untuk kami bercakap tentang dirinya apabila pengguna akaun X buka topik tentang pendakwah yang cuba berbahasa Arab untuk kata ganti nama pertama dan kedua.
“Macam Azhar Idrus…” – Netizen
Kemudian, mula ada yang petik nama UAI untuk dijadikan contoh terdekat.
Katanya UAI tak tahu berbahasa Arab malah makna juga tidak faham, hanya hafal saja.
Anda boleh tonton video di bawah untuk menonton bagaimana situasi ini boleh menjadi satu isu.
“Dia boleh cakap arab ke?” – Netizen
Tapi ada yang menyelar kenyataan tersebut, katanya UAI boleh bertutur dan faham bahasa Arab.
Siap muat naik rakaman video pendek UAI balas soalan individu arab tersebut menggunakan bahasa Arab.
“Biasalah orang nak fitnah-fitnah,” – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, ada yang kata posting tersebut berunsurkan fitnah kerana tidak post video penuh.
Apa pun selagi penyampaian UAI kita faham dan selari dengan ajaran agama dalam Al Quran, itu tidak menjadi masalah.
Dia pandai bertutur atau tidak Bahasa Arab, itu hal lain.