Pasangan yang sering menjadi tumpuan netizen, Haqiem Rusli dan Anis Sofea.
Mana tidaknya, nama Haqiem Rusli naik dengan baik sekali dalam industri muzik.
“I love you Sofea,” – Haqiem
Dan apa yang menarik perhatian kami apabila Haqiem memuat naik sekeping gambar bersama isterinya sempena ulang tahun hari lahirnya.
Tapi gambar yang di muat naik adalah gambar diluar jangkaan apabila gambar tersebut menunjukkan Anis memakai tudung.
Seperti kita sedia maklum, Anis sudah tidak bertudung lagi.
“Bagus Haqiem up gambar wife bertudung…” – Netizen
Pada ruangan komen ada netizen yang perasan Haqiem post gambar isterinya bertudung walaupun realitinya Anis tidak berhijab.
Baguslah Haqiem simpan aib isteri tercinta dia, nampaklah kasih dan sayang. Doakan yang baik-baik saja.