Media pernah kecoh dengan penampilan isteri Haqiem Rusli, Anis Sofea kerana sudah tidak lagi bertudung.
Sehingga sekarang Anis masih lagi tetap dengan pendiriannya tapi bukan itu yang menjadi topik utama kami.
Apa yang menarik perhatian kami apabila gadis berusia 22 tahun itu memuat naik gambar ketika menyambut ulang tahun hari jadinya.
“Happy birthday..” – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengucapkan selamat hari jadi kepadanya.
“Rambut macam lepas abis pantang,” – Netizen
Malangnya ada juga komen yang berunsurkan negatif dari netizen.
Paling teruk ada yang samakan rambut Anis macam orang pantang, macam-macam lah you guys ni.
Apa pun, kami doakan kebahagiaan pasangan Anis dan Haqiem serta hubungan kekal hingga ke akhir hayat.