Setelah sekian lama mendiamkan diri dalam dunia lakonan, pelakon awet muda, Sharifah Amani berkongsi khabar gembira apabila kini sudah berbadan dua.
Perkongsian tersebut dibuat menerusi akaun Instagram miiknya. Bahagia betul reaksi keluarga dan rakan terdekatnya apabila mengetahui perkhabaran ini.
“Bukan bru lepas habis SPM ke?” – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai yang tumpang gembira dan mengucapkan tahniah kepada pelakon berusia 38 tahun itu.
Tapi yalah, kami pun rasa terharu melihat perkongsian video Sharifah ni dan kami doakan anak mereka berdua dilahirkan dalam keadaan sempurna dan sihat.