Jika anda mengikuti perkembangan balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Noor Hidayah Mohd Ali menerusi media sosial, pasti tahu bagaimana jerih perih dia lalui ujian yang berliku.
Tapi apa yang menarik perhatian kami lagi apabila Hidayah memuat naik posting berdiri sebelah lelaki yang membelakangi kamera dengan berlatar belakangkan pelamin kecil.
Kapsyen pada posting tersebut Hidayah tidak menulis apa apa kecuali emoji warna biru cair. Apakah maksudnya tu?
“Sokong 200%” – netizen
Menjengah ke ruangan komen pada posting tersebut, ramai pengikutnya menghujani komen dengan ucapan tahniah dan tumpang gembira dengan gambar yang dikongsikan ini.
Walaupun Hidayang tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sehingga kini, tapi kami tetap doakan segala urusan Hidayah dipermdahkan.