5 Januari lalu, personaliti media sosial, Farah Lee menamatkan zaman ibu tunggalnya setelah 7 tahun memegang gelaran ini.
Sebelum ini, Farah pernah mendirikan rumah tangga dengan personaliti televisyen dan pengacara, Ally Iskandar pada 20 Januari 2012, malangnya perkahwinan itu tak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada 17 Ogos 2016.
“Sama-sama kita sembuh dari trauma ni,” – Farah Lee
Bukan topik ini yang kami nak ketengahkan tapi penulisan luahan hati Farah menerusi kapsyen posting yang dibuat baru-baru ini tentang kehidupan barunya.
“Bukan mudah nak terima orang baru dalam hidup,” – Netizen
Seperti biasa, kami menjengah ke ruangan komen untuk melihat pandangan dari sisi netizen.
Rata-rata mengatakan mereka memahami apa yang dialami Farah kerana mereka juga ada pengalaman yang sama.
“Sedihnya baca,” – netizen
Ada juga yang turut tempias sedih serta mendoakan kebahagiaan Farah selepas mendirikan rumah tangga yang baru selepas membaca penulisannya.
Dari pihak kami turut mendoakan Fuad dan Farah kekal sehingga akhir hayat bersama Maream.