Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Travel

10 Tempat Menarik Di Bagan Datuk Untuk Dikunjungi

Nora by Nora
September 15, 2023
in Travel
tempat menarik bagan datuk
3
SHARES
263
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Tempat viral di Bagan Datuk
  • 2. Sungai di Perak
  • 3. Masjid terapung Bagan Datuk
  • 4. Jeti di Bagan Datuk
  • 5. Akuarium di Bagan Datuk
  • 6. Waterfront di Bagan Datuk
  • 7. Dataran di Bagan Datuk
  • 8. Tempat menarik untuk melihat matahari terbenam
  • 9. Replika di Bagan Datuk
  • 10. Tempat makan di Bagan Datuk

Di mana tempat menarik di Bagan Datuk? Sebenarnya, Bagan Datuk terletak di selatan negeri Perak dan bersempadan dengan daerah Manjung, Perak Tengah, dan Sabak Bernam, Selangor. 

Pada asalnya, nama Bagan Datuk dieja sebagai “Bagan Datoh”. Istilah “Bagan” merujuk kepada penempatan Melayu yang dibina di tepi Sungai Perak. 

Manakala, perkataan “Datoh” muncul akibat kesilapan dalam penyebutan oleh orang Inggeris, yang sepatutnya sepatutnya menyebut “Tok Kelah” sebagai “Toh Kelah”. 

Masyarakat di Bagan Datuk terdiri daripada pelbagai etnik seperti Jawa, Banjar dan Kampar, dengan adat dan dialek bahasa tersendiri. 

Selain itu, Pekan Bagan Datuk dibuka pada tahun 1896 dan kawasan daerah Bagan Datuk terkenal dengan penanaman kelapa dan koko.

Senarai Tempat Menarik Di Bagan Datuk

Sunflower Garden

1 Tempat viral di Bagan Datuk

Alamat: A128, Bagan Sungai Burung Bagan Datuk, Perak

Telefon: N/A

Sunflower Garden Bagan Datuk adalah sebuah taman bunga matahari yang menjadi tempat menarik paling popular di Bagan Datuk, Perak. 

Taman bunga matahari Bagan Datuk ini menawarkan keindahan lebih dari 2000 pokok bunga matahari. Pengunjung dapat menikmati keindahan alam sambil berjalan-jalan di sekitar taman. 

Tempat menarik Bagan Datuk ini juga menawarkan pelbagai spot foto yang instagramable dan aktiviti memberi makan ikan. Memang berbaloi datang, view tempat ini memang cantik!

ADVERTISEMENT

Harga tiket: Dewasa (RM 13) & kanak-kanak (RM 5 – RM 10)

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Homestay Terdekat

Sungai Burong

2 Sungai di Perak

Alamat: Sungai Burung Bagan Datuk, Perak

Telefon: N/A

sungai burong

Apa yang menarik di Sungai Burong Bagan Datuk? Sungai Burung di Bagan Datuk menawarkan pemandangan yang indah dan tenang.

Ia menjadi destinasi popular untuk aktiviti memancing, menaiki bot, dan menikmati keindahan alam semula jadi, serta mengunjungi perkampungan nelayan tempatan.

ADVERTISEMENT

Sekiranya bernasib baik, pengunjung berpeluang menyaksikan fenomena air mata biru, di mana fitoplankton mengeluarkan cahaya biru yang memukau.

Kawasan air bercahaya ini dikenali sebagai “Blue Sand” dan menjadi tarikan terbaru di Sungai Burong Bagan Datuk, hanya berjarak kira-kira 20 minit perjalanan bot dari kawasan tersebut.

Homestay Terdekat

Masjid Tuminah Hamidi

3 Masjid terapung Bagan Datuk

Alamat: Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak

Telefon: N/A

masjid terapung bagan datuk yang menarik

Salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi di Bagan Datuk ialah Masjid Tuminah Hamidi. 

Seni bina masjid ini sangat cantik dan pengunjung berpeluang melihat sunset serta jeti dari beranda luar masjid.

Mula dibina pada tahun 2017 dengan kos sekitar RM53 juta melalui dana dari Yayasan Al-Falah yang dimiliki oleh keluarga Ahmad Zahid.

Selain itu, ia mampu menampung 5,000 jemaah pada satu-satu masa dan turut memiliki dewan serbaguna untuk pelbagai acara, dataran terbuka, bilik pameran dan persidangan dua tingkat.  

Masjid ini merupakan masjid terapung keempat yang dibina di negeri Perak, selepas Masjid An-Nur (UTP), Masjid Kampung Telaga Nenas Ayer Tawar dan Masjid Seribu Selawat di Pulau Pangkor. 

Homestay Terdekat

Jeti Beting Beras Basah

4 Jeti di Bagan Datuk

Alamat: 36100 Bagan Datuk, Perak

Telefon: N/A

jeti beting beras basah

Jeti Beting Beras Basah adalah destinasi yang menarik untuk dikunjungi. 

Terletak di Kuala Sungai Perak dan menurut sejarah, inilah tempat di mana Sultan Perak yang pertama mula memasuki Negeri Perak. 

Sebelum sampai di hujung jeti, anda akan melalui jambatan panjang, dan di sana, anda akan menikmati pemandangan yang cantik, hutan paya bakau, dan maklumat sejarah Sultan Perak.

Kawasan pantai pasir ini kadang-kala timbul dan kadang-kala tenggelam apabila air pasang berlaku. 

Jangan lupa membawa air yang mencukupi kerana cuaca di sana agak panas.

Homestay Terdekat

Sungai Burung Aquarium

5 Akuarium di Bagan Datuk

Alamat: 75, bagan sungai burung 36100,bagan datok, 36100 sungai burung, Perak

Telefon: 010-257 4506

aquarium sungai burung
Kredit gambar: tinytanblog

Sungai Burung Aquarium Bagan Datuk adalah tempat yang wajib dikunjungi bagi peminat ikan.

Tempat menarik Bagan Datuk ini bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis ikan yang menarik, tapi juga terdapat pelbagai lukisan dinding yang cantik untuk diambil gambar serta kapal lanun.

Aquarium ini juga menawarkan pengalaman yang menyeronokkan dan mendidik untuk semua usia. 

Jangan lepaskan peluang untuk melihat keindahan alam bawah laut di Sungai Burung Aquarium Bagan Datuk!

Harga tiket: Dewasa (RM 18) & Kanak-kanak (RM15)

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)

Homestay Terdekat

Waterfront Bagan Datuk

6 Waterfront di Bagan Datuk

Alamat: Waterfront Bagan Datuk, Perak

Telefon: N/A

waterfront menarik di bagan datuk perak
Kredit gambar: Instagram @ahevaeva

Bagan Datuk Waterfront menawarkan pemandangan yang indah, terutamanya semasa matahari terbenam.

Nikmati keindahan alam semula jadi sambil bersantai di sekitar pantai. Tempat ini juga menjadi pilihan warga setempat untuk beriadah dan lepak bersama keluarga kerana terdapat taman permainan.

Di sekitar tempat menarik di Bagan Datuk ini terdapat pelbagai tempat makan yang menyediakan hidangan laut segar.

Homestay Terdekat

Dataran Bagan Datuk

7 Dataran di Bagan Datuk

Alamat: Dataran Bagan Datuk, Perak

Telefon:  N/A

dataran bagan datuk
Kredit gambar: Instagram @jeffreykbc

Salah satu tarikan utama di Bagan Datuk ialah Dataran Bagan Datuk yang memukau pengunjung dengan matahari terbenamnya yang indah. 

Pada hujung minggu, tempat ini semakin meriah dengan pelbagai penjual makanan dan aktiviti yang menarik. 

Kanak-kanak juga boleh berseronok di taman permainan berbentuk kapal yang menarik. 

Malah, lihatlah warna-warni bangunan kedai dan mural di sekitar pekan Bagan Datuk. Tempat ini ideal untuk bergambar dan bersantai bersama keluarga.

Homestay Terdekat

Jeti Bagan Sungai Burung 

8 Tempat menarik untuk melihat matahari terbenam

Alamat: Jeti Bagan Sungai Burung, Bagan Datuk, Perak

Telefon: N/A

jeti bagan datuk yang menarik
Kredit gambar: Instagram @dannyhschen 

Pengunjung boleh menikmati pemandangan yang menakjubkan dan berpeluang untuk menyaksikan kecantikan matahari terbenam di Jeti Bagan Sungai Burung. 

Tempat duduk di jeti ini dihiasi dengan dekorasi ‘pokok kelapa’ yang menarik.

Di sekitar kawasan jeti ini, terdapat juga dataran luas, taman permainan kanak-kanak, dan beberapa kedai makan yang boleh anda kunjungi untuk menikmati makanan tempatan.

Homestay Terdekat

Replika kapal Bagan Datuk 

9 Replika di Bagan Datuk

Alamat: Replika Kapal Bagan Datuk, Perak

Telefon: N/A

replika kapal di bagan datuk perak
Kredit gambar: Instagram @ahevaeva

Di Waterfront Bagan Datuk, anda akan menjumpai replika kapal yang menarik perhatian pengunjung dan terdapat juga motor mainan di sekitarnya.

Apa yang membuat replika kapal ini menarik adalah terdapat sejarah dan maklumat berkaitan Bagan Datuk serta permainan yang sesuai untuk kanak-kanak. 

Mercu tanda Bagan Datuk ini jadi tarikan utama pelancong semasa cuti sekolah. Pengunjung juga berpeluang mengambil gambar yang menarik dari atas kapal ini.

Homestay Terdekat

Soto Bagan Datuk

10 Tempat makan di Bagan Datuk

Alamat: Soto Bagan Datuk, Perak

Telefon: N/A

tempat makan sedap di bagan datuk

Seterusnya, kita singgah ke gerai Soto Bagan Datuk yang dikatakan sedap di kalangan penduduk tempatan. 

Tempat makan ini juga berdekatan dengan Masjid Terapung Bagan Datuk. Anda bukan sahaja dapat menikmati soto yang sedap tapi juga bihun sup daging, pecal, dan satay.

Suasana di gerai ini pasti memuaskan selera anda yang mencari hidangan tempatan yang autentik.

Waktu operasi: Sabtu & Ahad (12 tengah hari – 12 malam)

Homestay Terdekat
Tags: bagan datukperaktempat menarik bagan datuk

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Val Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved