Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Travel

15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

Nora by Nora
December 8, 2022
in Travel
tempat menarik di manjung perak terkini

Sumber gambar: pelbagai

0
SHARES
9.6k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Waterpark di Manjung
  • 2. Pulau cantik di Perak
  • 3. Pulau buatan di Perak
  • 4. Muzium di Manjung
  • 5. Tempat menarik di Manjung untuk ootd
  • 6. Tempat makan best di Manjung Perak
  • 7. Tempat menarik untuk keluarga di Manjung
  • 8. Taman bakau di Manjung
  • 9. Pantai di Manjung
  • 10. Air terjun di Manjung
  • 11. Tempat membeli-belah di Manjung
  • 12. Tempat menarik di Lumut Perak
  • 13. Hotel di Manjung Perak
  • 14. Rojak sedap di Manjung
  • 15. Tempat makan menarik di Manjung

Artikel ini akan membawa anda ke salah satu destinasi pelancongan popular di Perak, daerah Manjung. Tempat menarik di Manjung Perak ini mempunyai keunikan tersendiri!

Tarikan utama daerah Manjung ini lebih kepada aktiviti pantai. Daerah Manjung juga mempunyai beberapa pekan lain seperti Sitiawan, Pangkor, Bandar Lumut, dan lain-lain.

Selain menarik daripada kisah sejarah dramatiknya dengan perebutan kuasa, daerah ini kini menarik pengunjung dari dalam mahupun luar.

Senarai Tempat Menarik Di Manjung Perak

Manjung juga merupakan pintu masuk utama ke Pulau Pangkor, melalui Jeti Pulau Marina dan Jeti Lumut. Mungkin anda hanya kenal dengan Pulau Pangkor atau Pulau Batik.

Disini kami akan bawakan pelbagai destinasi di Manjung yang boleh anda lawati. Jom ke Perak, destinasi pelancongan yang sesuai untuk seisi keluarga!

Frenzy Waterpark Lumut

1 Waterpark di Manjung

Alamat: KM 1, Teluk Muroh, 32200 Lumut, Perak

Telefon: 010-546 8611

waterpark di manjung
Sumber gambar: Frenzy Water Park Marina Island Pangkor

Bagi anda yang suka main air, inilah tempat yang sesuai untuk anda. Frenzy Water Park menjanjikan keseronokan untuk peminat sukan air.

Taman tema air di Manjung ini direka dengan idea rancangan realiti Wipeout. Anda boleh menyertai pelbagai aktiviti dan cabaran sukan air di sini. Memang seronok!

Harga tiket untuk pengunjung dewasa adalah sekitar RM 20, manakala kanak-kanak RM 15. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kerja berpasukan!

ADVERTISEMENT

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8 pagi – 7.30 malam)

Hotel Terdekat

Pulau Pangkor

2 Pulau cantik di Perak

Alamat: Pulau Pangkor, 332200 Lumut, Perak

Telefon: –

pulau cantik di manjung perak
Sumber gambar: Desmond Chocholato, Muthuraja S & maja pekaracikova, SYT

Pulau Pangkor terkenal dengan air laut yang bersih dan pantai yang indah. Salah satu pulau terbesar di Malaysia, penduduk pulau ini kebanyakannya adalah nelayan.

Untuk ke pantai, anda perlu menaiki feri dari Lumut. Perjalanan feri biasanya akan mengambil masa sekitar 15-20 minit. Pantai utama yang boleh anda lawati ialah Emerald Bay, Coral Beach dan Royal Bay.

Bagi anda yang gemar snorkeling, ini adalah syurga untuk melihat ikan yang cantik. Anda juga boleh berkayak, memancing dan berkelah bersama keluarga.

ADVERTISEMENT

Jika anda ingin berjalan-jalan di sekitar pulau ini, terdapat beberapa tempat menarik untuk dikunjungi seperti Pantai Puteri Dewi, batu bersurat Pangkor, Kota Belanda dan kilang memproses ikan bilis. Jom bercuti!

Hotel Terdekat

Marina Island

3 Pulau buatan di Perak

Alamat: Marina Island Pangkor, 32200 Lumut, Perak

Telefon: –

2 PANGKOR(1)
Sumber gambar: aqmal, Derrick Lim, mozhgan Ghasern & Frenzy Water Park Marina Island Pangkor

Pulau Marina merupakan salah satu pulau tercantik di Malaysia dan salah satu pulau buatan manusia. Ia mempunyai keluasan 316.9 ekar dan bertentangan dengan Pulau Pangkor.

Jika anda ingin menginap di tempat percutian di Perak, terdapat penginapan yang sesuai dengan pilihan dan citarasa anda. Contohnya, Marina Island Pangkor Resort & Hotel.

Kemudahan lain seperti dewan konvensyen, kolam memancing dan juga taman tema air ada disini. Harga semalam bermula dari RM 195.

Selanjutnya Di Agoda

Muzium Beruas

4 Muzium di Manjung

Alamat: Jalan Besar, 32700 Beruas, Perak

Telefon: 05-674 0160

MUZIUM BERUAS
Sumber gambar: Muzium Beruas, Syabil Amir, Mohamad farid & khamdi haji badli

Muzium ini telah dibuka sejak 1995 dan mempunyai banyak peninggalan menarik serta khazanah lampau yang dipamerkan.

Selain itu, muzium ini mempunyai artifak sekitar 500 tahun dahulu yang hanya dari kawasan Beruas.

Walaupun muzium ini kecil, ia menempatkan kira-kira 300 artifak sejarah. Berbaloi untuk anda menimba ilmu. Masuk adalah percuma.

Waktu operasi: Setiap hari (9.30 pagi – 5 petang)

Hotel Terdekat

Kota Belanda

5 Tempat menarik di Manjung untuk ootd

Alamat: Kota Belanda, 32300 Pulau Pangkor, Perak

Telefon: –

KOTA BELANDA
Sumber gambar: atha, Khairul anuar, Robin chong & Ku Amirul

Kubu di Pulau Pangkor juga dikenali sebagai Kubu Belanda (Fort Dutch). Ia terletak di Manjung, Perak, dan anda boleh menemui runtuhan kubu lama di sana.

Muzium tempatan telah membina semula kubu ini sebagai monumen bersejarah pada tahun 1973. Ia mempunyai tempat letak kereta, taman dan beberapa kedai cenderamata.

Tempat best di Perak ini mempunyai banyak spot yang cantik. Jadi anda bolehlah bergambar sepuasnya!

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Hotel Terdekat

Daddy Café

6 Tempat makan best di Manjung Perak

Alamat: Daddy’s Cafe, 27, Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor, Perak

Telefon: –

tempat makan best di manjung (1)
Sumber gambar: Vladislav Kondratiuk, Facebook Daddy’s Cafe & S.Y

Sambil menikmati pemandangan laut yang indah, anda juga boleh menikmati hidangan yang lazat.

Jom singgah ke Daddy’s Café, tempat makan ini menyajikan menu seafood dan western dengan harga yang berpatutan.

Terdapat banyak jenis makanan di sini, seperti Mango Salad, Chicken Chop, dan Beef Rendang. Ini antara menu yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan.

Tambahan pula, apabila matahari terbenam, ia sangat cantik di sini. Selain mendapat layanan istimewa, nikmati keindahan matahari terbenam!

Waktu operasi: Setiap hari (11 pagi – 11 malam)

Hotel Terdekat

Lumut Waterfront Esplanade

7 Tempat menarik untuk keluarga di Manjung

Alamat: 32200 Lumut, Perak

Telefon: –

LUMUT WATERFRONT
Sumber gambar: Zuhairi Gifted Media & Shaiful Samsudin

Bagi yang tidak tahu, Lumut Waterfront berkeluasan sekitar 3.3 hektar dan berdekatan dengan Terminal Jeti Lumut. Reka bentuk kawasan ini sangat moden dan futuristik, menggabungkan konsep maritim.

Tempat bercuti di Perak ini lengkap dengan taman permainan, wakaf, tandas awam, dan tempat duduk tepi pantai. Tentera Laut Diraja Malaysia terletak berhampiran, jadi anda boleh melihat kapal mereka dari taman permainan.

Selain datang melihat pemandangan, anda juga boleh menyewa basikal, membawa makanan dan berkelah bersama keluarga.

Hotel Terdekat

Taman Paya Bakau (Mangrove Park)

8 Taman bakau di Manjung

Alamat: Jln Pundut Raya 5, Desa Manjung Raya, 32200 Lumut, Perak

Telefon: –

MANGROVE
Sumber gambar: Mat Jun, WA, Kak Iman & Eugene Lim

Hutan Paya Bakau ini penting untuk pemeliharaan beberapa spesies haiwan dan ia juga memberi manfaat kepada ekosistem.

Salah satu tempat orang ramai boleh berehat dan bersantai di Manjung. Jika anda bernasib baik, anda mungkin melihat monyet, biawak, burung dan haiwan lain.

Lakukan aktiviti menarik yang akan mencabar anda, seperti meredah hutan ini atau berjalan di atas jambatan gantung. Bawa keluarga dan rakan-rakan anda ke sini, mereka pasti seronok!

Waktu operasi: Setiap hari (8:30 pagi – 5 petang)

Hotel Terdekat

Teluk Batik

9 Pantai di Manjung

Alamat: Pantai Teluk Batik, 32200, Lumut, Perak

Telefon: 019-393 7529

TELUK BATIK
Sumber gambar: Peacy Latte, Khairun Nazihah, Zues Lieey & Candlelight Teluk Batik

Pantai Manjung yang indah ini sesuai untuk berkelah dan bersantai. Berlatarbelakangkan hutan hujan tropika dan dilengkapi kemudahan asas.

Itulah Teluk Batik yang terkenal dengan keindahan pantainya yang tidak jauh dari jeti Lumut. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan seperti berkayak, banana boat, snorkeling, dan permainan pantai.

Pengunjung suka mandi di Pantai Manjung kerana struktur pantai yang landai dan ombak yang tenang. Jika anda ingin kekal selamat, kami syorkan untuk menyewa pelampung.

Tempat menarik Manjung ini juga menawarkan penginapan mampu milik di Chalet Teluk Batik dan Resort Teluk Batik..

Resort Terdekat

Air Terjun Ulu Licin

10 Air terjun di Manjung

Alamat: Air Terjun Ulu Licin, 32700 Beruas, Perak

Telefon: 011-3787 3882

tempat mandi manda di manjung perak
Sumber gambar: Odd Oddie, Amin Armani, Mohd Ammar & fikry kin

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa daerah Manjung ini mempunyai beberapa pantai yang cantik, tetapi juga mempunyai air terjun yang sangat bersih dan mendamaikan.

Air terjun ini terletak di Hutan Lipur Ulu Licin Beruas. Perjalanan ke sini dari Pekan Beruas mengambil masa 5 minit. Apabila tiba, anda akan disambut dengan alam semulajadi yang indah.

Selain mandi manda dan berkelah, sertai juga aktiviti meredah hutan dan perkhemahan. Sekali sekala hilangkan tekanan dengan alam semulajadi.

Waktu operasi: Setiap hari (6 pagi – 10 malam)

Hotel Terdekat

Bazar Lumut

11 Tempat membeli-belah di Manjung

Alamat: Jalan Iskandar Shah, 32200 Lumut, Perak

Telefon: –

bazaar lumut di manjung perak
Sumber gambar: Shahir Kamaruddin, Mohd Hamizan Yaakub, mommy C & Suhaila.K

Jika anda sedang mencari kraftangan, makanan laut atau pakaian, anda boleh menemuinya di Bazaar Lumut, yang berdekatan dengan Lumut Waterfront.

Di sini anda boleh menemui pelbagai barangan pada harga yang sangat berpatutan. Jangan lupa singgah!

Kebanyakan cenderahati yang dihasilkan sangat comel dan sesuai untuk anda bawa pulang sebagai kenangan buat rakan-rakan terdekat dan ahli keluarga.

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)

Hotel Terdekat

Teluk Rubiah

12 Tempat menarik di Lumut Perak

Alamat: Jln Teluk Batik, Telok Batek, 32200 Lumut, Perak

Telefon: –

teluk cantik di manjung perak
Sumber gambar: Seladang Perak, JeeJon Travel & Annie Ling

Selain dari Teluk Senangin, ini adalah lokasi terbaik untuk memancing di Manjung! Teluk Rubiah juga terkenal dengan pantainya yang cantik.

Nak mandi di sini pun boleh. Datanglah bersama keluarga dan rakan anda!

Pusat peranginan di Perak ini adalah dalam bentuk rumah tradisional. Jadi apa kata anda bercuti di Manjung?

Hotel Terdekat

Ritz Garden Hotel, Manjung

13 Hotel di Manjung Perak

Alamat: 5260 & 5261, Jalan Lumut, 32040 Seri Manjung, Perak

Telefon: 05-688 8811

hotel bajet di manjung perak (1)
Sumber gambar: Hotelbeds, Ostrovok & Muhamad Zaini CA

Hotel bertaraf 3 bintang, Ritz Garden Hotel terletak bersebelahan Pasar Raya Billion. Resort di Perak ini sangat selesa dan penginapan semalam bermula dari RM 155.

Kemudahan seperti kafe, bilik karaoke, perkhidmatan urut, gimnasium, dan WiFi percuma. Selain itu, bilik ini mempunyai peti keselamatan peribadi, cerek elektrik dan tv.

Anda boleh menggunakan ruang mesyuarat, simpanan bagasi dan perkhidmatan cucian kering yang tersedia di kaunter penerimaan tetamu sepanjang masa. Tempat letak kereta juga percuma.

Selanjutnya Di Agoda

Warisan Rojak Manjung

14 Rojak sedap di Manjung

Alamat: Jalan Astaka, Kampung Serdang, 32000 Sitiawan, Perak

Telefon: 012-564 0021

warisan rojak manjung1
Sumber gambar: Ahmad Ibrahim & Facebook Warisan Rojak Manjung

Rojak salah satu kudapan kesukaan rakyat Malaysia. Di Manjung terdapat sebuah gerai yang sangat popular dengan penduduk tempatan.

Dulunya dikenali sebagai Rojak Manjung, restoran ini mempunyai menu yang lazat termasuk nasi lemak, mi goreng, kuey teow goreng, mi rebus, nasi campur, dan semestinya rojak.

Mereka menawarkan rojak daripada hidangan untuk seorang kepada hidangan untuk empat orang. Kalau nak sarapan pagi atau makan tengahari, singgahlah!

Waktu operasi: Ahad – Khamis (7 pagi – 3 petang)

Hotel Terdekat

Horizon Garden Seri Manjung

15 Tempat makan menarik di Manjung

Alamat: No. 7, Persiaran PM 3/2, Pusat Bandar Seksyen 3, 32040 Seri Manjung, Perak

Telefon: 05-6888 799

HORIZON
Sumber gambar: wan S, Ariffin Hakim, Nur Jesiena & aini filviu

Mencari tempat makan bersama kawan-kawan? Jom ke Horizon Garden Seri Manjung.

Maklum balas pelanggan tentang kedai ini sangat bagus, dan anda juga boleh makan nasi Arab Manjung Perak yang berdekatan.

Anda boleh membawa set kampung jika anda mahu, kerana ia tersedia untuk set makanan untuk 2 hingga 12 orang. Set ini sangat berpatutan dan ia didatangkan dengan hiasan ala hotel yang eksklusif.

Jika anda jalan-jalan di Seri Manjung Perak, pastikan anda singgah dan rasai makanan tempatan yang lazat.

Waktu operasi: Setiap hari (12 tengah hari – 3.30 petang, 6 petang – 11 malam)

Hotel Terdekat

Artikel Berkaitan

  • Tempat Percutian Menarik Taiping
  • Tempat Menarik Di Marang
Tags: peraktempat menarik manjung

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved