Table of Contents
Ada tak hotel mesra kanak-kanak (Kids friendly) di Malaysia? Tentu saja ada! Malaysia merupakan destinasi yang sangat sesuai untuk percutian keluarga dan terdapat banyak penginapan menarik.
Contohnya, hotel dengan view KLCC, hotel KLIA, hotel bajet, theme park hotel, hotel tepi pantai, dan banyak lagi pilihan lain.
Tapi salah satu perkara penting apabila mencari hotel kids friendly adalah adanya kolam renang untuk kanak-kanak.
Ini kerana dengan adanya kolam renang, anak-anak dapat berseronok dengan bermain air sementara ibu bapa boleh berehat dan bersantai.
Jangan risau, jika anda sedang mencari hotel menarik untuk kanak-kanak, berikut adalah beberapa pilihan hotel sesuai untuk kanak-kanak.
Senarai 13 Hotel Mesra Kanak-kanak Di Malaysia
Amverton Cove Golf & Island Resort
1 Family resort di Lembah Klang
Alamat: Jalan Pulau Carey, 42960 Pulau Carey, Selangor
Tel: 03-3123 3888
Terletak di tengah-tengah pemandangan yang hijau, resort Amverton Cove ini terletak di Pulau Carey dan hanya mengambil masa 45 minit dari KL.
Resort ini juga boleh dilalui kerusi roda, mempunyai lif, spa, gym, outdoor pool, padang golf 18 lubang, taman tema air dengan waterslide, perkhidmatan dobi, dan daily housekeeping.
Mempunyai “Taman Survival Riverine” dan Taman Tema Air “Riverine Splash” yang baru, ini memang tempat terbaik untuk keluarga, pasangan atau honeymoon dengan rating 4 bintang!
Semasa bercuti bersama keluarga, anak-anak boleh bermain di taman permainan dan kolam renang kanak-kanak. Tambah lagi, anda boleh jalan-jalan di sekitar tasik di dalam resort ini.
Lakukan aktiviti flying fox, mendaki, archery, paintball, atv dan banyak lagi. Penginapan bilik boleh dipilih dari double, twin, chalet, villa, suite dan studio dengan harga bermula dari RM312.
Apa kata pengunjung?
“Penginapan keluarga yang hebat, terutamanya untuk kanak-kanak. Taman Tema Air sangat hebat!….” – Chun Kiat
“Tempat yang bagus untuk menginap.. sangat tenang… persekitaran juga begitu damai… akan datang lagi dan mengalami lebih banyak aktiviti….” – Iznadia
Swiss Garden Beach Hotel Kuantan
2 Bilik-bilik mewah dengan pemandangan laut
Alamat: 2656-2657, Mukim Sungai Karang, Balok Beach, Beserah, 26100 Kuantan, Malaysia
Tel: 09-548 8288
Resort mewah dan kontemporari ini terletak di pantai Balok. Tempat yang bagus untuk percutian bersama keluarga dan rakan-rakan.
Bilik-bilik yang moden dan bergaya dengan perabot kayu dilengkapi dengan balkoni peribadi yang menawarkan pemandangan taman dan laut China Selatan.
Sarapan, perkhidmatan dobi, tempat letak kereta, dan perkhidmatan van ke bandar adalah percuma.
Spa, pusat kecergasan, bilik permainan, taman, tempat berkelah dan suite keluarga dengan balkoni pun ada.
Luangkan masa di tepi pantai dengan kabana percuma, berseronok di lagoon-style outdoor pool atau taman air dengan harga penginapan bermula dari RM 262.
Jangan lupa singgah juga di Pusat Rekreasi Balok & Pantai Teluk Cempedak yang berdekatan!
Apa kata pengunjung?
“Semua kemudahan adalah baik berhampiran pantai.. kakitangan juga mesra dan membantu menantikan spa untuk menambah lebih banyak rawatan spa seperti facial, sauna..” – Zareen
“Biliknya luas.. Katilnya selesa. Hotel mempunyai kawasan depan pantai sendiri. Persekitaran sekelilingnya cantik. Pilihan sarapan bufet adalah banyak. ” – Tcfong
M Resort & Hotel
3 Berdekatan dengan tarikan utama dan pusat bandar
Alamat: Jln Damansara, Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-7932 6582
Hanya 10 minit pemanduan dari Kuala Lumpur Sentral dan Mid Valley Megamall serta 9 minit berjalan kaki dari Universiti Malaya.
Anda boleh memilih bilik dengan pemandangan golf, bandar atau kolam renang. Tempat melepak juga berdekatan dengan kolam.
Paling penting terdapat kolam kanak-kanak dengan lifeguard, gelongsor air, kolam luar, kid’s club, gym, spa, sauna, perkhidmatan bilik 24 jam, kafe, taman permainan, dan lain-lain.
Jalan-jalan ke tempat menarik KL sekitar resort ini seperti Taman Tasik Perdana, Pusat Sains Negara, dan Semantan.
Pilih dari 4 jenis bilik iaitu bilik deluxe, bilik superior, bilik eksekutif dan bilik standard dengan harga bermula dari RM254.
Apa kata pengunjung?
“Hotel ini sangat selesa. Kami tinggal di suite. Dapatkan ruang istirahat untuk daftar masuk dan nikmati semua faedahnya..” – Wei Wei
“Penginapan yang sempurna terutamanya untuk keluarga. Saya suka bilik yang selesa dan kolam renang yang mengagumkan.” – Aween
Amverton Heritage Resort
4 Hotel dekat Zoo Melaka
Alamat: Jalan Puteri Resort 1, 75450, 75450 Ayer Keroh, Malacca
Tel: 06-232 3333
Hotel kids friendly ini tidak sesuai untuk pengguna kerusi roda, tetapi sangat menarik untuk kanak-kanak kerana terdapat taman air yang menarik.
Terdapat gelongsor besar yang direka khas untuk kolam renang kanak-kanak berumur 6 hingga 10 tahun. Lakukan aktiviti memancing atau sukan air bersama keluarga.
Berdekatan tempat menarik Melaka seperti Taman Botanika Melaka, Zoo Melaka, Taman Tema & Resort Melaka Wonderland, Taman Rama-rama, Hutan Rekreasi Ayer Keroh dan MITC.
Jangan pulang sebelum singgah Jonker Street Night Market!
Tersedia kemudahan kolam renang luar, kid’s club, spa, gim, gelanggang tenis, taman permainan, dan banyak lagi dengan penginapan semalam bermula dari RM 152.
Apa kata pengunjung?
“Anak-anak saya sangat menikmati penginapan, walaupun tidak dikelilingi pantai, masih banyak tempat untuk dikunjungi seperti Taman Buaya, Zoo Melaka dan banyak lagi. Taman tema dan zon kanak-kanak sangat mengagumkan. Anak-anak saya mencuba ATV mini…” – Siti
Legoland Hotel Malaysia
5 Penginapan berkonsep untuk peminat LEGO
Alamat: No 7, Jln Legoland, Bandar, 79250 Johor Bahru, Johor
Tel: 07-597 8888
Hotel LEGOLAND Malaysia di Johor Bahru adalah pilihan hebat untuk keluarga dengan anak-anak yang gemar LEGO.
Penginapan ini selesa, menyeronokkan, dan biliknya juga sangat comel, pastinya disukai oleh orang tua dan muda.
Hotel kids friendly di Johor ini menawarkan bilik-bilik dengan tema menarik seperti Pirate, Adventure, dan Kingdom. Anak-anak akan sangat teruja dengan patung LEGO bersaiz besar di depan hotel.
Berdekatan Legoland Malaysia, Kehidupan Laut Legoland, Miniland, Mall of Medini, Kapitan, Teknik Lego. Tempat terbaik untuk pergi bersama anak-anak!
Terdapat bilik permainan, perpustakaan, taman tema air, servis bilik, restoran [halal], taman permainan, kolam kanak-kanak dan banyak lagi.
Apa kata pengunjung?
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan di Legoland Malaysia kerana membuat percutian keluarga kami begitu hebat. Kami akan kembali tidak lama lagi. Merancang perjalanan 3 bulan sekali untuk anak saya yang berumur 1.5 dan 3.5 tahun.. “ – Simon
“Menginap selama satu malam di bilik bertema Pirate, ia benar-benar pengalaman yang menyenangkan & menyeronokkan untuk kanak-kanak. Mereka gembira dengan hadiah percuma, kawasan permainan, charector walks, aktiviti lain seperti mengukir baloon.. “ – Sudir
Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating
6 Resort pemandangan pantai di Pahang
Alamat: Lot 1303, Mukim Sungai Karang, Cherating, Malaysia
Tel: +60 9581 9500

Terdapat sebuah resort menarik untuk keluarga di Cherating iaitu Holiday Villa Beach Resort Cherating. Tempat ini mempunyai persekitaran yang tenang dengan view laut yang menakjubkan!
Hotel tepi pantai Cherating ini hanya terletak 7 km dari Cherating Turtle Sanctuary dan Bukit Pintu Gerbang. Berdekatan dengan pantai, jadi memang sesuai untuk bergambar ala-ala Instagram atau feeling romantik bersama pasangan!
Paling penting, anak-anak boleh berenang di kolam renang kanak-kanak yang terletak di hadapan chalet Cherating Beach Resort. Selepas berenang, tuala tambahan juga disediakan untuk para pengunjung.

Hotel kids friendly ini juga mempunyai kolam untuk orang dewasa yang agak besar, di mana anda boleh membentangkan tikar untuk berkelah di tepi kolam.
Apa kata pengunjung?
“Penginapan adalah sangat menyenangkan, saya pergi ke sana bersama isteri dan anak saya, kolam renang yang sangat baik, terutamanya kolam kanak-kanak…” – Jay K
“Kami tinggal 3 hari 2 malam di sini. Ini adalah kali kedua saya menginap di sini. Kakitangannya ramah. Hotel ini mempunyai akses terus ke pantai. Pantainya cantik. Ia mempunyai 3 kolam renang. Sesuai untuk ibu bapa bawa anak kecil. Terdapat banyak restoran berhampiran hotel.. “ – Tanpa nama
Hard Rock Hotel Penang
7 Hotel Pulau Pinang untuk keluarga
Alamat: Batu Ferringhi Beach, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Tel: 04-881 1711
Di tepi Pantai Batu Ferringhi, terletak sebuah hotel mesra keluarga bertaraf 5 bintang berkonsepkan muzik dan tema bintang rock.
Di dalam bilik, anda akan merasai suasana yang sejuk dengan elemen kontemporari seperti pencahayaan moden, lampu ungu, permaidani ungu tebal, dan hiasan dinding yang menggambarkan bintang rock!
Terdapat kemudahan seperti kolam renang kanak-kanak, taman tema air, taman permainan mini, gym, spa, dan kolam renang luar.
Anda juga boleh memilih bilik dengan pemandangan panoramik bukit, kolam renang, atau laut.
Terdapat 3 pilihan restoran menarik di hotel mesra kanak-kanak ini:
- Hard Rock Cafe Pulau Pinang (Masakan: Amerika)
- Kedai Makan Starz (Masakan: Asia, Antarabangsa, Tempatan)
- Pizzeria (Masakan: Antarabangsa, Itali)
Jika anda bercuti bersama kanak-kanak, disarankan untuk memilih Suite Roxity Kids! Bilik keluarga ini dilengkapi dengan permainan PlayStation.
Resort ini juga berdekatan dengan beberapa tarikan popular Penang seperti Rumah Agam Pinang Peranakan, Entopia, Taman Tema Escape, dan Pantai Batu Ferringhi.
Aktiviti menarik untuk kanak-kanak:
- Kelab Kanak-kanak Roxity (aktiviti seni kraf, permainan tradisional, menonton filem)
- kelab remaja TABU (meja pool, foosball, Xboxes, pawagam peribadi)
- Lil’ Rockers Infants Club untuk kanak-kanak berumur tiga tahun (rumah mini, permainan dan gelongsor mini).
Apa kata pengunjung?
“Kami datang sejurus selepas Krismas untuk percutian keluarga dan jatuh cinta dengan tempat itu. Saya dan keluarga menghabiskan berjam-jam di kolam renang kerana anak saya suka gelongsor dan berenang di kolam.. Ada pengawal keselamatan Benar-benar 5 bintang….” – Joy
“Ini adalah lawatan kali ke-3 saya ke hotel ini. Perkhidmatan mereka sangat baik, kakitangan begitu sabar dengan anak lelaki saya yang berumur 16 bulan. Persekitaran sangat selesa, rasa seperti di rumah sendiri…“ – Richel
Shangri la Rasa Ria, Sabah
8 Hotel Kota Kinabalu untuk kanak-kanak
Alamat: Pantai Dalit Tuaran, 89208 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-797 888
Terletak di antara hutan dan pantai yang cantik, hotel ini dipilih sebagai tempat kelima dalam senarai “10 Resort Keluarga Terbaik di Asia” pada tahun 2014 oleh pembaca majalah Holiday with Kids.
Di Kids’ Club, anak-anak berumur 5 hingga 11 tahun boleh melakukan aktiviti menarik seperti membuat alat muzik, melukis batik, mendengar cerita, atau belajar membuat anyaman. Biarkan anak-anak di sini dan nikmati waktu romantis bersama pasangan!
Dapatkan bantuan di kaunter penerimaan tetamu untuk melakukan aktiviti luaran seperti menunggang kuda, hiking atau trekking.
Menawarkan penginapan santai dengan kolam renang luaran, taman permainan dan 6 pilihan makanan termasuk hidangan Jepun, hidangan panggang moden, serta hidangan Malaysia dan Asia. Nikmati pemandangan taman atau laut dari balkoni bilik.
Berjalan tepi laut Pantai Karambunai, berbasikal atau menikmati keindahan sunset. Rasa Ria adalah destinasi terhebat untuk menginap dan bercuti bersama keluarga di Sabah!
Apa kata pengunjung?
“Jika anda mencari percutian di Kota Kinabalu, tempat ini pasti menjadi pilihan terbaik anda. Persekitarannya menakjubkan, dengan pantai persendirian betul-betul di hadapan anda, dan ia adalah tempat terbaik untuk melihat matahari terbenam… “ – Seungryeol
“Pergi ke sini bersama rakan-rakan saya untuk staycation, ia adalah pengalaman yang menakjubkan. Bilik luas, pantai sangat cantik dan bersih, resort ini sangat cantik. Pasti akan datang lagi!.. “ – Siti
Shangri la Golden Sands Penang
9 Hotel terbaik di Penang untuk kanak-kanak
Alamat: Jalan Batu Feringgi, 11100 Batu Feringgi, Malaysia
Tel: +604 888 8888
Terletak di Pantai Batu Ferringhi, Shangri-La Golden Sands Penang menawarkan penginapan bertaraf empat bintang. Pilihan bilik termasuklah Double, Suite, dan Twin.
Penginapan di Penang ini merupakan tempat percutian yang sangat disukai, terutamanya untuk keluarga. Menariknya, ibu bapa juga boleh bersantai di kolam renang atau spa mewah.
Menginap di sini juga memberi akses kepada taman air mini Golden Sands yang menarik dengan gelongsor air dan jakuzi whirlpool dalam suasana landskap yang indah.
Terdapat Adventure Zone, kawasan permainan, taman, bilik parti hari jadi bertema, kafe, Splash Zone dan Kids’ Club dengan aktiviti percuma untuk anak-anak.
Nikmati pemandangan hijau tropika atau laut dari balkoni. Hidangan bufet antarabangsa juga disajikan di Garden Café yang menghadap taman tropika.
Berdekatan dengan pasar malam Batu Ferringhi dan 20 minit pemanduan dari pusat bandar Georgetown. Jom rancang percutian keluarga yang best di Pulau Pinang!
Apa kata pengunjung?
“Suasana sekeliling yg menarik, lanscape begitu menarik dan pantai yg bersih. Swimming pool begitu besar utk anak-2 berenang” – Nordiny
“Semua saya suka.. anak2 pun sangat suka menginap di sini, bilik yang luas dan bersih.. banyak pool untuk pilihan anak2.. anak mini water park..” – Hizam
Sunway Lost World Hotel
10 Hotel di Tambun Ipoh
Alamat: 1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak
Tel: 05-540 8888
Terletak di kaki bukit batu kapur Tambun dan dikelilingi dengan kehijauan, hotel Lost World atau juga dikenali sebagai Sunway Lost World of Tambun Hotel, menawarkan akses terus ke Lost World Hot Springs dan Lost World of Tambun Theme Park.
Bukan itu sahaja, tempat penginapan di Perak ini juga mempunyai taman air yang lengkap dengan gelongsor. Kanak-kanak dan orang dewasa pasti gembira!

Paling penting, korang boleh memilih bilik twin, suite, vila, keluarga, outdoor glamping atau berehat di khemah kanvas mewah yang dilengkapi dengan kemudahan hotel.
Apa kata pengunjung?
“Kami menempah hotel ini semasa hari jadi suami saya, ia termasuk sarapan pagi & kemasukan percuma ke Lost World of Tambun mata air panas Night Park, Petting Zoo & Luminous Forest. Harga ditempah pada harga promo. berbaloi… “ – Yew
“Menginap selama 3 hari 2 malam untuk percutian keluarga yang singkat. Penginapan keluarga yang sangat selesa dengan anak-anak… “ – Jeyen
BuBu Long Beach Resort, Pulau Perhentian
11 Penginapan tepi pantai di Terengganu
Alamat: Long Beach, Perhentian Island Kecil, 22300, Terengganu
Tel: 016-260 3541
Apa yang menjadi tarikan utama untuk menginap di sini? Jawapannya, pasir pantai yang putih dan lembut.
Terletak di Pulau Perhentian yang indah, hotel kids friendly ini mempunyai 16 vila yang menarik dan biliknya menghadap laut, lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Antara aktiviti mesra keluarga yang boleh anda lakukan ialah bersiar-siar di tepi pantai, snorkeling, canoeing, memancing, makan malam bertema, menyelam, meredah hutan, mendaki dan sukan air.
Resort ini juga terletak berhampiran Quiver Dive Centre, di mana ia menawarkan pendaftaran PADI untuk kursus menyelam.
Apa kata pengunjung?
“sungguh cantik dan tenang….bersih anak anak pun. Memang seronok sebab laut depan hotel saja..” – Nana
“Berhampiran dengan jeti, boleh pergi snorkeling. Pantai dan laut yang bersih. Mereka mempunyai kerusi pantai dengan payung…” – Andrey
Lexis Port Dickson
12 Hotel Port Dickson sea view
Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Tel: 06-653 2200
Terletak di sepanjang Pantai Port Dickson, penginapan ini menyerupai bunga kebangsaan Malaysia. Resort menarik ini berinspirasikan Bali dan berdekatan Pantai Blue Lagoon.
Setiap chalet juga dilengkapi kolam renang peribadi, balkoni dan panel lantai kaca lutsinar, jadi anda boleh menikmati view air laut yang sangat menenangkan di bawahnya!
Terdapat juga gym, taman permainan, bilik permainan, kolam kanak-kanak dan gazebo untuk anda bergembira bersama keluarga.
Lakukan aktiviti berbasikal, mandi di kolam renang, ikuti sesi urutan atau rawatan kecantikan di LexSpa, memanah, bermain bola sepak pantai, bola tampar, atau sertai aktiviti memancing dan ketam.
Jangan lupa ootd di pantai dan jalan-jalan di tempat menarik Negeri Sembilan!
Apa kata pengunjung?
“Saya mengembara dengan 2 anak lelaki saya dan mereka menyukai kolam renang peribadi. Biliknya luas… ” – Adeline
“Ia adalah kali ke-4 saya melawat hotel ini. Ia sangat bersih & cantik serta ada kolam renang peribadi. Kakitangan sangat sopan, mesra dan keluarga saya seronok tinggal di sana… “ – Zahra
Morib Gold Coast Banting
13 Hotel kids friendly di Selangor
Alamat: PT 294, Kawasan Kanchong Laut, Mukim Morib, Morib Beach, Banting, Malaysia
Tel: N/A
Selain Selangor, Morib Gold Coast juga mempunyai penginapan yang sama di Melaka iaitu Morib Gold Coast Resort Melaka.
Tapi di Melaka, hotel Gold Coast Morib ini mempunyai replika seperti kapal Laksamana Cheng Ho.
Hotel dengan taman tema air ini menawarkan penginapan dalam bentuk studio, penthouse dan apartmen.
Kawasan taman tema airnya dengan gelongsor air yang panjang juga merupakan salah satu yang terbesar di antara penginapan hotel di Malaysia.
Menariknya lagi, resort di Selangor ini juga terletak di hadapan Pantai Morib. Jadi, jika bosan bermain di Morib waterpark, anda bolehlah singgah di pantai itu!
Apa kata pengunjung?
“Jauh dari bandar, tempat yang bagus untuk tinggal dan berehat. Kanak-kanak akan berseronok bermain di taman tema air. Bilik besar, bersih dan selesa. Penginapan yang selesa..” – Chan