Pada 18 Jun lalu, kapal selam Titan OceanGate Expeditions yang membawa lima penumpang melutup ketika turun ke Lautan Atlantik menuju ke lokasi serpihan Titanic hampir 4000 meter (12,500 kaki) di bawah.
Lebih menyedihkan apabila semua kru telah meninggal dunia disebabkan tekanan udara di dasar lautan sangat rendah sehingga menyebabkan kapal titan diremuk dan kemudian meletup.
Menurut laporan media lagi, misi ekspedisi Titan yang berharga sekitar RM1.59 juta per seorang itu tergendala apabila hilang sekitar 370 kilometer dari pantai Newfoundland, Kanada.
Isu Keselamatan, Tujuan & Penerokaan Titan
Titan ni beroperasi di kawasan laut antarabangsa, yang bermakna dia tak terikat dengan mana-mana undang-undang mahupun sekatan berhubung penarafan dan permit kapal selam dia.
Kelompongan undang-undang ini sudah bagi ruang kepada Titan untuk terus menyelam malah sebelum naik Titan, semua penumpang perlu menandatangani satu akujanji.
Akujanji tersebut mengadungi akuan memahami segala fakta bahawa Titan ni adalah kapal selam eksperimen yang tidak pernah diiktiraf selamat oleh mana-mana badan keselamatan dan penyelidikan.
Jadi sebab itu lah mereka perlu menandatangani akujanji tersebut walaupun Titan ini pernah berjaya pergi ke bangkai Titanic beberapa kali sebelum ini.
Adakah Titan dikawal menggunakan pengawal Xbox?
Secara dasarnya itulah kisah ringkas kapal selam Titan yang menggemparkan satu dunia tapi itu bukan yang ingin kami ketengahkan.
Apa yang menarik perhatian kami adalah kapal tersebut dipandu menggunakan video game controller sama seperti alat permainan video di rumah.
Sekiranya difikir dengan logik, agak mustahil untuk mengawal sebuah kapal dalam ekspedisi berisiko tinggi dengan menggunakan alat permainan sekecil itu.
Sejak bila pengawal permainan video digunakan untuk kapal selam?
Bagi yang belum tahu, sebenarnya penggunaan video games controller dalam mengawal kapal telah digunakan sejak 2018, apabila tentera laut US melancarkan kapal selam dengan pengawal Xbox.
Ini kerana, pengawal permainan ni lebih mudah dan murah untuk digunakan daripada kayu bedik, yang tidak mengawal keseluruhan fungsi kapal selam.
Digunakan di pelbagai sektor profesional
Difahamkan pengemudi kapal selam guna controller ni untuk menggerakkan tiang fotonik yang mempunyai fungsi sama seperti periskop.
Selain itu, pengawal permainan video bukan sahaja digunakan pada kapal selam tetapi juga pada meriam laser yang dibina oleh Boeing.
Disebabkan mungkin kita terlalu biasa mendengar pengawal permainan untuk permainan video, perkara ini kemungkinan besar benda baharu buat kita.
Lagi hebat, pengawal permainan itu juga dipercayai mampu mengendalikan peralatan bom yang lain dan telah menjadi standard penggunaan buat juruteknik bom.
Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif OceanFate Expeditions, Stockton Rush yang mengatakan kapal selam atau digelar Titan itu dikawal dan dijalankan menggunakan pengawal permainan tersebut.
“Titan dikawal dan dijalankan sepenuhnya oleh pengawal permainan video,” jelas Rush.
Malah, harga controller PC Logitech kapal Titan ini bernilai RM139 sahaja. Murah!
Bukan pengawal permainan video PlayStation
Bagaimanapun, controller yang digunakan merupakan alat permainan Logitech G F710 yang diubah suai di dalam sub yang tidak memerlukan banyak kemahiran atau teknikaliti untuk mengawalnya.
“Ia sepatutnya seperti lif, tidak sepatutnya memerlukan banyak kemahiran,” kata Rush.
Peralatan itu bukan pengawal PlayStation seperti yang dikatakan oleh sesetengah orang, walaupun itulah yang paling hampir menyerupainya.
Adakah Pengawal Permainan Punca Tragedi?
Apabila ditanya mengenai peralatan tersebut yang diubah suai, Rush berkata bahagian paling penting adalah struktur kapal (tahan tekanan) yang dibina dengan bantuan pakar Boeing, NASA dan Universiti Washington.
Katanya, semua bahagian kapal tersebut boleh dinyah fungsi, walau bagaimanapun penumpang masih akan rasa selamat.
Sementara itu, wartawan koresponden CBS News, David Pogue yang menemuramah Rush turut mendedahkan pengalaman beliau sewaktu latihan kapal selam berkenaan.
Katanya, dirinya pernah mengalami detik sedikit cemas apabila Titan mengalami sedikit masalah mekanikal sewaktu menyelam.
“Sewaktu kami menyelam ke kawasan bangkai Titanic (sebelum ini), kami (bersama kru Titan) hanya mampu menyelam setakat 37 kaki ke bawah sahaja kerana berlaku masalah mekanikal dan memaksa kami naik ke permukaan semula.
“Dan ia adalah masalah tipikal,” katanya, memetik laporan Newsnation.
Jelasnya lagi, risiko seperti itu memang sudah dinyatakan dalam akujanji yang perlu ditandatangani oleh setiap peserta ekspedisi sebelum misi selaman ke Titanic bermula.
Pengajaran buat semua
Ironinya, kedua-dua kapal karam ni terdapat nama yang hampir sama iaitu “Titan” dan “Titanic” yang diambil inspirasi dari mitos Greek.
Nama “Titan” dan “Titanic” ni gambarkan kedua-dua kapal ni sangat kuat dan tak akan tenggelam, kononnya.
Sejarah dudah membuktikan bahawa kedua-dua Titan dan Titanic ni adalah kapal yang dibina oleh syarikat besar.
Kedua-dua Titan dan Titanic tidak ambil peduli pandangan pakar keselamatan dan sombong dengan ciptaan mereka sendiri.
Akhirnya, kedua-dua Titan dan Titanic dah karam berdekatan satu sama lain di Lautan Atlantik.
Pengarah filem Titanic, James Cameron pun ada mengulas, dia amat terkejut dengan betapa samanya tragedi yang menimpa Titan dengan tragedi Titanic.
Kapten kapal Titanic berkali-kali beri amaran bahaya dimana terdapat ais di hadapan tapi kapten tetap maju ke depan dengan kelajuan penuh.
Titanic akhirnya karam selepas langgar bongkah ais hadapan sehingga karam kapal tersebut dan jika kapten kapal Titanic tidak sombong dengan akur amaran yang telah diberikan, pasti tragedi tersebut tidak akan berlaku.
Sama seperti amaran yang diberikan kepada OceanGate dengan kapal selam Titan. Individu yang tidak ingin belajar dari sejarah, akhirnya ulangi semula sejarah.
Dapat dikatakan, tragedi Titan ni dapat menjadi pengajaran tentang bahaya kesombongan dan kegagalan untuk belajar dari sejarah.
Kita kena ambil iktibar dari tragedi ni dan usaha untuk pastikan kesilapan yang sama tak berulang lagi di masa depan.