Pernah dengar tak pasal misteri kereta Volkswagon Kuning di Karak sampai orang kemalangan tu?
Bukan apa, kalau buat carian di Google banyak artikel keluar tentang cerita misteri ini dan Lagenda Volkswagon Kuning ni mula sejak tahun 90-an.
Nak tahu apa sebenarnya yang berlaku? Jom, kita selami sama-sama cerita ni.
Kisah misteri Volkswagon kuning
Kalau kita lalu di Lebuhraya Karak waktu malam, mungkin ada ‘rezeki’ jumpa Volkswagon kuning ni.
Bukan kereta biasa-biasa sebab kereta ni akan tetiba je muncul dari belakang dan lalu dengan laju gila.
Pastu, kalau kita tengok cermin sisi belakang, kereta ni akan hilang secara tiba-tiba! Pelik kan? Makin pelik, sebab ada yang kata kereta tu takde pemandu pun!
Ada juga yang kata, diorang tertembung dengan kereta ni masa kat lebuh raya sehingga menyebabkan kemalangan.
Tapi bila berhenti tepi untuk turun nak tengok, tak ada kesan langgar pun dan kereta tu hilang secara tiba-tiba.
Ada pulak yang kata, kereta ni pernah muncul depan diorang waktu diorang drive laju-laju. Pastu bila diorang cuba elak, kereta tu hilang macam tu je.
Sebab tu lah ramai yang cakap Volkswagon Kuning ni bukan kereta biasa, sebab itu ‘kereta hantu’.
Kata pihak berkuasa
Bagaimanapun, memetik laporan artikel Berita Harian, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor, menyangkal kehadiran Volkswagen itu.
Ini kerana berdasarkan maklumat dari pihaknya, mereka tidak pernah menerima laporan individu diganggu hantu hingga terbabit nahas jalan raya.
Malah, beliau berkata, dakwaan wujud Volkswagen berwarna kuning yang dikatakan mengganggu pengguna lebuh raya sehingga menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Karak di sini, sejak beberapa dekad lalu, adalah mengarut.
Tambah beliau lagi, kemalangan yang kerap berlaku di Lebuhraya Karak adalah disebabkan kecuaian pemandu yang memandu laju, ditambah faktor jalan raya yang berliku serta berbukit.
“Siasatan kami selepas kemalangan juga tidak menemui sebarang perkara pelik, sebaliknya berlaku sama ada berpunca daripada kesilapan manusia atau masalah teknikal pada sesebuah kenderaan,” katanya.
Pandangan Tentang Kisah ni
Legenda ni memang dah jadi sebahagian daripada budaya kita. Ada yang percaya, ada yang tak. Tapi bila fikir balik, kalau benar kereta hantu ni wujud, tak ke berbahaya?
Lagipun, apa motif ‘hantu’ tu nak pandu kereta kuning kat lebuhraya? Ada yang kata, mungkin ada roh yang tak tenang, terperangkap dalam dunia kita.
Ada pulak yang kata, ni semua kerja manusia je, nak buat kerja jahat. Ada jugak yang kata, ni semua benda biasa je, kita je yang terlalu taksub dengan cerita seram.
Cuma itu lah, kalau cakap pasal bukti, tak ada bukti yang betul-betul boleh sahkan cerita ni.
Tapi, ada pakar psikologi kata, fenomena ni mungkin sebab ilusi optik atau sebab penat memandu waktu malam.
Apa pun, tak kira lah kita percaya ke tak, yang penting, bila drive, jaga keselamatan. Kita ni bukan retis Fast and Furious nak berlumba di lebuh raya.
Kalau terjumpa kereta kuning misteri tu, ingat, jangan panik, jangan lupa baca doa. ebab apa-apa pun, yang penting, kita selamat sampai ke destinasi. Walaupun ada banyak cerita dan khabar angin, kita tak boleh terlalu percaya.
Apa pun jom tengok video ringkas yang kami kongsikan dalam video Titkok.