Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Islamik

Masjid Al-Zhahir Baybars Yang Ditutup 225 Tahun, Kini Dibuka Semula

leav by leav
June 14, 2023
in Islamik, Travel
Masjid Al-Zhahir Baybars Yang Ditutup 225 Tahun, Kini Dibuka Semula
2
SHARES
167
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Negara Mesir terkenal dengan kaya masjid bersejarah yang mempunyai ciri Islamik yang unik kerana setiap satu daripadanya menceritakan kisah peradaban dan budaya kuno yang unik.

Antara masjid bersejarah tersebut adalah Masjid Al-Zahir Baybars, yang ditubuhkan pada tahun 665 Hijrah dan dianggap sebagai salah satu masjid universiti terbesar di Mesir.

Masjid ini terletak di utara Kaherah dan merangkumi kawasan seluas 1.2 hektar sekaligus menjadikannya salah satu masjid terbesar di Mesir.

Malangnya ditutup atas beberapa faktor sejarah dan politik yang mempengaruhi keadaan Mesir pada masa itu sehinggakan mengalami kerosakkan dalaman disebabkan tidak dijaga dengan baik.

Struktur masjid teruk

Tapi kini telah dibuka semula oleh kerajaan Mesir selepas 225 tahun ditutup dan kerja-kerja pemulihan telah dilakukan pada masjid ini dengan tujuan mengembalikan bentuk asalnya.

Susulan itu, Tarek Mohamed El-Behairy, bertanggungjawab dalam penyeliaan dan pemulihan masjid ini.

Dia mengatakan bahawa beberapa bahagian masjid telah musnah sepenuhnya dan perlu digantikan kerana struktur asalnya tidak lagi sesuai kekal dalam masjid.

“Walaupun ada bahagian perlu diganti tapi semuanya berjalan lancar dan proses pemulihan dapat dilakukan dengan baik,” katanya.

ADVERTISEMENT

Setelah berjaya membaik pulih, Mohamed Mokhtar Gomaa, Menteri Wakaf, dan Khaled Abdel-Aal, Gubernur Kaherah, hadir untuk sembahyang Jumaat pertama.

Telan RM35.16 juta kos membaik pulih

Untuk pengetahuan anda semua, kerja-kerja pemulihan ini memerlukan perbelanjaan sebanyak AS$7.68 juta (RM35.16 juta) dan dibiayai bersama dengan bantuan dari Kazakhstan bermula sejak tahun 2007.

Kini, setelah proses pemulihan yang berjaya, masjid Al-Zhahir Baybars telah dibuka semula kepada umum untuk menikmati keindahan sejarah yang tersirat di dalamnya.

Masjid yang penuh sejarah

Dalam sejarah Mesir, tokoh terkemuka di sana Al-Zahir Baybars berjaya menubuhkan kerajaan Mamluk di Mesir yang berlangsung selama tiga abad sehingga tahun 1517.

ADVERTISEMENT

Kesetiaan dan kuasa yang dimiliki oleh Al-Zahir Baybars telah memainkan peranan penting dalam sejarah negara ini.

Rekaan masjid ini, mempunyai empat riwaq (lengkungan) yang mengelilingi halaman tengah dan yang terbesar di antaranya adalah riwaq qibla.

Pada bahagian ruang depan mihrab ditutup dengan kubah besar tapi sayangnya, kubah kayu megah ini sudah lama runtuh.

Paling penting, masjid Al-Zahir Baybars ditandai dengan karakter Islamik, di mana rekaan Mamluk yang unik terlihat dalam deko yang elegan dan warna yang cerah.

Tapi disebabkan dibiarkan, berlaku pelbagai perubahan fungsi selama bertahun-tahun dimana semasa kempen Napoleon di Mesir, masjid ini digunakan sebagai kubu tentera.

Selepas itu, di bawah pemerintahan Uthmaniyyah pada abad ke-19, masjid ini menjadi kilang sabun. Kemudian, pada tahun 1882 apabila British menyerang Mesir, masjid ini digunakan sebagai pusat penyembelihan.

Kemudian ditutup selama 225 tahun, masjid Al-Zhahir Baybars terus dibiarkan secara tak langsung menyebabkan kerosakan yang banyak.

Memulihkan khazanah bersejarah

Sebenarnya, kisah pemulihan Masjid Al-Zhahir Baybars ini adalah satu perkara yang menggembirakan kerana akhirnya, masjid Al-Zhahir Baybars kini menjadi bukti nyata keagungan sejarah yang tersemat di dalamnya.

20230606 egypt mosque 4

Melalui pemulihan ini, kita dapat menghargai keindahan seni bina masa lalu dan kebijaksanaan orang-orang yang hidup pada zamannya.

Akhir kata, memulihkan warisan sejarah seperti ini adalah tugas penting bagi generasi kita untuk mengekalkan dan menyampaikannya kepada generasi yang akan datang.

Source :
Twitter/@amrlamnnn, Astana Times, Middle East Eye
Tags: masjidsejarah

Popular Minggu Ini

  • “Saya Memang Tak Ada Rumah,” – Khairul Amin Dedah Perbelanjaan Hidupnya

    “Saya Memang Tak Ada Rumah,” – Khairul Amin Dedah Perbelanjaan Hidupnya

    563 shares
    Share 225 Tweet 141
  • Sedap Ke? Coca-Cola Buat Resipi Baru Guna Artificial Intelligence (AI) – Y3000 Zero Sugar

    128 shares
    Share 51 Tweet 32
  • Daiyan Trisha Jumpa Pelakon Amerika, Netizen Mengidamkan Kehidupan Sepertinya

    58 shares
    Share 23 Tweet 15
  • Jom Tengok Apa Yang Kitorang Rasa Lepas 2 Minggu Guna lil SOLID Ez

    319 shares
    Share 128 Tweet 80
  • Nahas Kapal Terbang Terhempas Di Elmina Berulang Selepas 46 Tahun

    15 shares
    Share 6 Tweet 4
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Val Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved