Table of Contents
Rompin merupakan daerah di selatan Pahang yang bersempadan dengan negeri Johor. Kebanyakan tempat menarik di Rompin terletak menghadap Laut China Selatan.
Asal usul daerah ini bermula dengan sebatang pokok Ru yang dijumpai agak unik. Di mana keadaan fizikalnya adalah ramping.
Berdasarkan penceritaan dari ukur lilit pokok pula, pokok ini mampu menjadi tempat berteduh seramai 40 orang.
Lalu ia digelar sebagai ‘ru ramping’. Setelah itu, lama-kelamaan sebutannya berubah kepada ‘rumpin’ ke ‘rompin’ sehinggalah kini.
Senarai tempat menarik di Rompin
Berita baik untuk ‘kaki pancing’ di luar sana! Tempat percutian di Rompin Pahang ini merupakan destinasi yang terkenal sebagai kawasan memancing.
Di mana, Rompin adalah lubuk pelbagai jenis ikan termasuklah ikan layar. Jadi, wajarlah pertandingan memancing saban tahun diadakan di sini.
Baca: 14 Tempat Menarik Untuk Solo Trip Di Malaysia
Bukan itu sahaja, malah udang galah pelbagai saiz juga ada tau! Di sini merupakan tempat makan menarik di Rompin Pahang dengan menu berasaskan udang galah.
Terdapat 16 tempat menarik di Rompin Pahang untuk disinggah terutamanya bagi ‘kaki pancing’ tegar.
Lanjut Beach and Golf Resort
1 Resort di Rompin
Alamat: Kg Lanjut, 26800 Kuala Rompin, Pahang
Telefon: 094158888
Lanjut Beach & Golf Resort yang memiliki rekaan dan dalaman yang menarik ini menghadap ke Pantai Lanjut dan jauh dari kesibukan bandar.
Diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lanjut Resort kini telah ditukar nama ke Villea Rompin Beach Resort atau juga Villea Rompin Resort & Golf.
Antara kemudahan yang disediakan termasuk bilik permainan, bilik mesyuarat, kolam renang, taman, restoran, spa, gimnasium dan padang golf.
Penginapan bertaraf 4 bintang ini merupakan salah satu penginapan terbaik untuk percutian keluarga, pasangan, solo trip, peminat golf, aktiviti memancing dan program korporat.
Kadar purata semalam: RM 204
Review:
“Secara keseluruhan adalah penginapan yang baik kerana tidak banyak pilihan untuk tinggal di sekitar kawasan itu. Dilengkapi dengan sarapan pagi, pantai berdekatan (1 minit berjalan kaki) & kolam renang yang besar.…”
Mirror of The Beach (Pantai Lanjut)
2 Aktiviti photoshoot di Rompin
Alamat: 26800 Rompin, Pahang
Telefon: –
Digelar sebagai ‘mirror of the beach’, Pantai Lanjut memiliki panorama yang cukup cantik untuk dilihat. Pantai di Rompin Pahang ini berada di sepanjang 3.5 km jauhnya.
Pastikan anda tidak terlepas peluang ke tempat menarik di Rompin ini untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.
Sungai Pahang
3 Aktiviti mencari kepah di Rompin
Alamat: Sungai Pahang, Pahang
Telefon: –
Teringin melakukan aktiviti outdoor yang menarik? Apa kata anda cuba mencari kepah di Sungai Pahang?
Pastinya pengalaman yang tidak boleh dijual beli di mana-mana tempat! Anda boleh memilih agensi pelancongan yang menawarkan aktiviti ini.
Pada awalnya, anda akan menaiki bot dari Sungai Pahang ke kawasan lubuk kepah dan bawa bersama bakul untuk mengisi kepah. Kemudian, mulakan operasi anda!
Sungai Rompin
4 Port memancing di Rompin
Alamat: Sungai Rompin, Pahang
Telefon: –
Selain ikan layaran yang susah untuk didapati, udang galah turut terkenal di Sungai Rompin ini.
Alami pengalaman bermakna memancing udang galah di sungai ini sambil menghirup udara segar.
Tambahan pula, anda boleh kunjungi sungai ini pada waktu malam untuk mendapatkan hasil tangkapan yang banyak.
Tetapi harus berhati-hati ya! Kerana buaya agak aktif pada waktu malam.
Al-Habsyi Village
5 Aktiviti adventure di Rompin
Alamat: Kg. Gading, Jalan Muadzam Shah, Kuala Rompin, Malaysia
Telefon: –
Tak puas lagi setelah memancing di Sungai Rompin? Jom ke Al-Habsyi Villa pula! Bukan sahaja memancing, malah terdapat penginapan di tempat percutian di Rompin Pahang ini.
Ia terletak di Kuala Rompin dan menawarkan berbagai aktiviti menarik selain memancing. Antaranya ialah melihat kelip-kelip, jungle trekking, menaiki bot dan banyak lagi!
Kolam Pancing PNK Rompin
6 Tempat memancing di Kuala Rompin
Alamat: Jalan Selancar Laut, Jln Feri Lama, Tanjung Gemuk, 26820 Kuala Rompin, Pahang
Telefon: –
Lagi port memancing yang anda boleh pergi iaitu dalam kawasan Kolam Pancing PNK Rompin.
Kolam ini terletak di Tanjung Gemuk dengan harga yang ditawarkan cukup berpatutan. Sambil-sambil memancing anda juga boleh menenangkan fikiran di sini.
Di sini juga berdekatan jeti Tanjung Gemuk untuk ke Pulau Tioman yang cantik.
Taman Negara Endau-Rompin
7 Tempat menarik di Endau Rompin
Alamat: Taman Negara, Johor
Telefon: 07-922 2875
Antara tarikan popular yang terletak di antara 2 negeri iaitu Taman Negara Endau-Rompin.
Jika anda dari bandar Rompin boleh melalui jalan ke Mersing dan masuk ke simpang Sepayang, Rompin.
Sebelum itu, anda perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu kerana terdapat binatang buas di sini.
Pelbagai pakej aktiviti yang menarik disediakan di sini seperti jungle trekking, camping, mandi-manda di air terjun dan night walk.
Pulau Tioman
8 Pulau terkenal di Pahang
Alamat: Mersing, Pahang
Telefon: –
Siapa sahaja yang tidak kenal tempat percutian di Rompin Pahang ini bukan? Kecantikan yang ada Pulau Tioman menjadikan ia tersenarai dalam 10 pulau tercantik di dunia!
Ia memiliki pasir pantai Rompin yang putih serta kejernihan air laut yang membiru yang best untuk mandi-manda.
Aktiviti laut seperti scuba diving dan snorkeling melihat keindahan hidupan laut yang cantik di sini.
Pantai Hiburan
9 Pantai di Rompin
Alamat: RF3X+VP, 26800 Kuala Rompin, Pahang
Telefon: –
Kira-kira 1 km dari Bandar Baru Rompin, anda boleh menemui sebuah pantai Rompin yang dikenali sebagai Pantai Hiburan.
Pantai di Rompin Pahang ini seringkali menjadi tumpuan pengunjung pada waktu petang dan hujung minggu.
Kebiasaan aktiviti yang dilakukan ialah mandi-manda, bermain layang-layang, bersantai dan menikmati tempat makan menarik di Rompin Pahang.
Hotel Vogue Rompin
10 Hotel bajet di Rompin
Alamat: 4, jalan sepakat indah utama, Taman Sepakat Indah, 26800 Kuala Rompin, Pahang
Telefon: 09-414 1035
Mencari hotel bajet di sekitar Rompin? Anda boleh memilih destinasi penginapan di Hotel Vogue Rompin.
Hotel bajet ini terletak di Kuala Rompin dengan harga serendah RM 124 untuk satu malam.
Kemudahan wifi percuma disediakan bersama 4 jenis bilik dengan street view. Iaitu triple, queen rooms, twin room dan deluxe double room.
Rompin Beach Resort
11 Tempat penginapan menarik untuk keluarga di Rompin
Alamat: 340, Jalan Pantai Hiburan, Kampung Pulau Lang, 26800 Kuala Rompin, Pahang
Telefon: 09-414 3333
Mencari penginapan terbaik untuk seisi keluarga? Kebetulan sama sekali, Rompin Beach Resort yang berkonsepkan penginapan keluarga ini sesuai sebagai destinasi terbaik!
Memiliki bilik dengan pemandangan indah laut dan pantai Rompin, alam semulajadi serta kolam.
Berbagai kemudahan disediakan termasuk hidangan sarapan yang patut anda cuba. Ia menawarkan pilihan kontinental dan bufet.
Lain daripada itu, pihak resort turut menyediakan ping pong, dart dan basikal untuk anda bersantai-santai.
Masjid Tengku Mahkota Abdullah
12 Masjid di Rompin
Alamat: Kampung Sepakat Barat, 26800 Kuala Rompin, Pahang
Telefon: –
Bagi anda pelancong muslim yang bersiar-siar di sekitar Rompin, bolehlah singgah solat di Masjid Tengku Mahkota Abdullah.
Masjid besar dan cantik dan memiliki parkir kenderaan yang luas ini terletak di Kampung Sepakat Barat. Usai solat, bolehlah anda bergambar di sekitar masjid ini tanda kenang-kenangan.
Rumah Rakit Cemara Riverview
13 Chalet di Rompin
Alamat: Sungai Pontian, 26800 Kuala Rompin, Pahang
Telefon: –
Penginapan menarik di Rompin ini berkonsepkan homestay, studio/chalet dan rakit di tepi sungai yakni sesuai untuk anda yang inginkan privasi.
Lokasi Rumah Rakit Cemara Riverview amatlah mudah diakses dengan hanya terletak di Kampung Sepakat Barat.
Bukan sekadar tempat menginap, malah aktiviti memancing turut ditawarkan di sini siap dengan pakej umpan, bot bersama enjin dan jaket keselamatan.
Kuala Pontian
14 Tempat menarik untuk ‘kaki pancing’ di Rompin
Alamat: 26800, Kuala Rompin, Pahang
Telefon: –
Selain Kuala Rompin, Kuala Pontian juga sesuai untuk aktiviti memancing. Anda boleh memilih untuk memancing di jeti ataupun menyewa bot.
Jika anda ingin memancing ikan sahaja hanya cukup memancing di jeti manakala penyewaan bot diperlukan bagi anda yang ingin mencari udang galah atau belangkas.
Lain daripada itu, terdapat chalet bajet berhampiran kuala ini untuk anda ‘kaki pancing’ yang memerlukan tempat penginapan berdekatan.
Restoran Udang Galah LC
15 Masakan berasaskan udang galah di Rompin
Alamat: Jln Sentosa 1, Kampung Tasik, 26800 Kuala Rompin, Pahang
Telefon: –
Mencari tempat makan menarik di Rompin Pahang? Jom singgah ke Restoran Udang Galah LC yang sudah pun masuk cawangan ke-2 di sini.
Bagi anda peminat udang galah, restoran ini menghidangkan menu masakan berasaskan udang galah berbagai saiz.
Antara menu istimewa yang anda boleh cuba ialah udang masak sambal tomato, sambal petai, masak lemak cili dan udang goreng kunyit.
Padang batu / ja’ang waterfall
16 Air terjun Rompin
Alamat: 26800, FELDA SELENDANG SATU, 26800 Kuala Rompin, Pahang
Tel: 013-776 5835
Air terjun daerah Rompin ini sangat cantik dan unik dengan batuan yang tersusun. Perjalanan ke sini agak mencabar. Tapi percayalah, bila tengok tempat ni, anda pasti terdiam!
Bukan itu sahaja, air terjun ini juga mempunyai kolam yang sejuk dan sedikit dalam di mana anda boleh mandi dan berenang tapi dinasihatkan pakai jaket keselamatan.
Anda perlukan kenderaan 4×4 untuk lalui jalan yang sukar, dan sedikit mendaki untuk sampai ke Air Terjun Ja’ang dan mempunyai kawasan sesuai untuk berkhemah.
Sebelum masuk ke dalam hutan ini, anda mesti memohon permit dan dapatkan seorang pemandu. Tempat ni juga dilindungi oleh Hutan Simpan di Pahang.