Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Travel

19 Tempat Menarik Di Turki Pelbagai Monumen Bersejarah

Aira by Aira
August 25, 2022
in Travel
Tempat menarik Turki

Sumber foto: google map

0
SHARES
800
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Bangunan tertinggi di Istanbul Turki
  • 2. Istana lama di Turki
  • 3. Bangunan tercantik di dunia
  • 4. Pasar tertutup terbesar di dunia
  • 5. Belon udara panas di Turki
  • 6. Masjid pertama Sultan Ahmed di Turki
  • 7. Tiang purba di Turki
  • 8. Tangki air purba di Turki
  • 9. Gunung di Turki
  • 10. Pekan di Istanbul Turki
  • 11. Barangan murah di Istanbul Turki
  • 12. Jambatan di Turki
  • 13. Muzium arkeologi laut di Turki
  • 14. Perpustakaan lama di Turki
  • 15. Muzium seni di Turki
  • 16. Hotel di Turki
  • 17. Tempat menarik di Izmir Turki
  • 18. Pameran model bangunan mini terbesar di dunia
  • 19. Muzium terawal di Turki

Tempat-tempat menarik di Turki adalah negara timur tengah yang menjadi medan pertembungan di antara benua Asia dan Eropah.

Ia merupakan bandar pelancongan yang mempunyai banyak monumen bersejarah berlatar belakangkan pemandangan menarik.

Selain itu, Turki terkini mempunyai 81 wilayah dan 957 daerah ini kian dikenali dengan nama Turkiye.  

Senarai tempat menarik di Turki

Kebanyakan monumen mempunyai gambar pemandangan laut yang cantik dan suasana malam yang indah.

Berikut adalah 19 tempat menarik di Turki sebagai tempat yang ingin dikunjungi oleh semua. Jadi, jom ke bandar pelancongan yang unik ini!

Menara Galata (Galata Kulesi) 

1 Bangunan tertinggi di Istanbul Turki

Alamat: Bereketzade, Galata Kulesi, 34421 Beyoğlu/İstanbul, Turkey  

Telefon: +90 212 245 41 41

Tempat menarik Turki - Menara Galata
Sumber foto: google map

Menara Galata setinggi 219 kaki membolehkan aktiviti bergambar pemandangan laut yang cantik di sekitar sini.

Bangunan tertinggi di Istanbul ini pernah berperanan sebagai menara pemerhati tentera.

Menara di Turki terkini dilengkapi dengan kafe, pusat pemerhatian dan restoran serta suasana malam yang indah.    

ADVERTISEMENT

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 10 malam

Istana Topkapi

2 Istana lama di Turki

Alamat: Cankurtaran, 34122 Fatih/İstanbul, Turkey

Telefon: +90 212 512 04 80

Tempat menarik Turki - Istana Topkapi
Sumber foto: google map

Pada abad ke-15, Istana Topkapi merupakan pusat pemerintahan Sultan Mehmet. Selain itu, barangan Nabi Muhammad S.A.W seperti jubah dan pedang turut ditempatkan di sini.

Namun, istana lama Turki terkini dijadikan perpustakaan dan pusat pentadbiran undang-undang Turki.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Rabu – Isnin: 10 pagi – 4 petang

ADVERTISEMENT

Hagia Sophia (Aya Sofya Camii)

3 Bangunan tercantik di dunia

Alamat: Sultan Ahmet, Ayasofya Meydanı No:1, 34122 Fatih/İstanbul, Turkey

Telefon: +90 212 522 17 50  

Tempat menarik Turki - Hagia Sophia
Sumber foto: google map

Hagia Sophia dianggap sebagai bangunan tercantik di dunia dengan pemandangan menarik. Jika dilihati dari pandangan udara dapat dilihat gambar pemandangan laut yang cantik.

Pada asalnya ia merupakan gereja Kristian yang terbesar di dunia sehinggalah statusnya bertukar sebagai masjid ketika penaklukan Uthmaniyyah pada tahun 1453.

Setelah itu, pemerintah Turki menukar status masjid menjadi sebuah muzium pada tahun 1935. Pada tahun 2020 struktur ini kembali sebagai masjid.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: 24 jam

The Grand Bazaar (Kapalı Çarşı)

4 Pasar tertutup terbesar di dunia

Alamat: Beyazıt, Kalpakçılar Cd. No:22, 34126 Fatih/İstanbul, Turkey

Telefon: +90 212 519 12 48

Tempat menarik Turki - The Grand Bazaar
Sumber foto: google map

Jika pasar tertutup terbesar di Malaysia ada Pasar Tanjung Tawau di Sabah manakala pasar tertutup terbesar di dunia pula ada The Grand Bazaar.

Ia mampu memuatkan 5000 buah kedai dan terdiri daripada 9 pintu masuk. Antara barangan yang boleh didapati di sini ialah permaidani, perhiasan, rempah-ratus dan seramik hasil tangan.

Oleh itu, jika anda suka mengumpul barang-barang antik di sini lokasi wajib anda tuju.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 6 petang

Cappadocia Balloon

5 Belon udara panas di Turki

Alamat: Alemdar, Divan Yolu Cad. & Dr. Eminpaşa Sok. No:42, 34400 Fatih/İstanbul, Turkey

Telefon: +90 212 528 83 02

Tempat menarik Turki - Cappadocia Balloon
Sumber foto: google map

Jadikan bandar pelancongan di Turki iaitu Cappadocia Balloon yang mempunyai pemandangan menarik sebagai tempat yang ingin dikunjungi.

Turut menjadi lokasi penggambaran filem tempatan berjudul “Manisnya Cinta di Cappadocia”. Jumlah penumpang untuk menaiki belon udara panas ini ialah 10 hingga 30 orang pada satu-satu masa.

Selain itu, di kawasan ini terdapat banyak lembah batuan yang sangat cantik dan hotel berkonsepkan gua tradisional.

Lihat Peta | Waktu operasi: Setiap hari: 8.30 pagi – 6.30 petang)

Masjid Biru (Sultan Ahmet Camii)

6 Masjid pertama Sultan Ahmed di Turki

Alamat: Sultan Ahmet, Atmeydanı Cd. No:7, 34122 Fatih/İstanbul, Turkey

Telefon: –

Masjid Biru
Sumber foto: google map

Selain Haghia Sophia, Masjid Biru turut menggamit kedatangan pelancong di tempat menarik di Turki ini. Masjid pertama era Sultan Ahmet ini adalah lambang keagungan empayar Islam di Turki.

Ia digelar sebagai “Masjid Biru” ekoran daripada ribuan hiasan dalam masjid yang menggunakan jubin Iznik. Selain itu, kombinasi seni bina Islam dan Ottoman telah diaplikasikan pada masjid ini.

Lihat Peta | Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 7 petang

Hippodrome

7 Tiang purba di Turki

Alamat: Binbirdirek, Atmeydanı Cd. No:53 D:68, 34122 Fatih/İstanbul, Turkey

Telefon: –

Hippodrome
Sumber foto: google map

Tidak jauh daripada kedudukan Masjid Biru, terdapat tempat paling purba yang dibina pada 203 Masihi iaitu Hippodrome. Ia berperanan sebagai perlumbaan kuda dan permainan sebelum dimusnahkan oleh puak Roman.

Dengan itu, hanya tiang-tiang yang mempunyai seni bina kerajaan Romawi sahaja yang tinggal selepas kemusnahan.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: –

Basilica Cistern (Yerebatan Sarniçi)

8 Tangki air purba di Turki

Alamat: Alemdar, Yerebatan Cd. 1/3, 34110 Fatih/İstanbul, Turkey

Telefon: +90 212 512 15 70

Basilica Cistern
Sumber foto: google map

Tidak dari jauh dari Haghia Sophia terletaknya sebuah tangki air purba yang menjangkau usia lebih 1000 tahun di Basilica Cistern.

Terdahulu, pada zaman kegemilangan Rom ia berfungsi sebagai pusat seni, ekonomi dan undang-undang negara Turki.

Selain itu, hiasan dalaman tangki purba ini mempunyai 336 batang tiang serta salah satu tiang ini diukur wajah Medusa.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 7 malam

Gunung Nemrut (Nemrut Dağı)

9 Gunung di Turki

Alamat: Nemrut Dağı Yolu, 02000 Kayadibi/Kâhta/Adıyaman, Turkey

Telefon: –

Gunung Nemrut
Sumber foto: google map

Terletak berhampiran Kota Adiyaman iaitu Gunung Nemrut yang dipercayai sebagai lokasi persemadian para dewa.

Gunung yang berketinggian 2134 m ini diklasifikasikan sebagai tempat bersejarah dengan penemuan beberapa patung dewa Roman. Misalnya, patung dewa Hercules, Zeus, Tyche dan Apollo.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: 24 jam

Istiklal Street

10 Pekan di Istanbul Turki

Alamat: Beyoğlu/İstanbul, Turkey

Telefon: –

Istiklal Street
Sumber foto: google map

Pelbagai tempat yang ingin dikunjungi untuk membeli-belah di Turki seperti di Istiklal Street.

Sebuah pekan di Istanbul yang sentiasa padat dengan laluan pengunjung menempatkan banyak barangan sepanjang 1.4 km. Antaranya ialah buku, restoran, kafe dan banyak lagi.

Lihat Peta | Waktu operasi: –

Mahmud Pasha Bazar

11 Barangan murah di Istanbul Turki

Alamat: Mahmud Pasha Bazar, Turkey

Telefon: –

Mahmud Pasha Bazar
Sumber foto: tripadvisor.com

Ingin mencari berbelanja di Turki dengan harga yang murah? Mahmud Pasha Bazar adalah jawapan yang anda cari.

Pasar ini terdiri daripada 256 kedai yang terletak berhampiran Grand Bazaar dan kawasan kejiranan Mahmutpasa.

Lihat Peta | Waktu operasi: –

Galata Bridge (Galata Köprüsü)

12 Jambatan di Turki

Alamat: Kemankeş Karamustafa Paşa, Galata Köprüsü, 34425 Beyoğlu/İstanbul, Turkey

Telefon: –

Galata Bridge
Sumber foto: google map

Mencari pemandangan suasana malam yang indah di Turki? Jom berkunjung ke Galata Bridge. Ia bukanlah jambatan biasa malah turut menempatkan deretan restoran di bahagian bawah jambatan ini.

Selain itu, sambil menjamu selera di mana-mana restoran bawah jambatan, pengunjung boleh melihat pemandangan indah di sekitar Teluk Golden Horn.

Lihat Peta | Waktu operasi: 24 jam

Bodrum Castle (Bodrum Kalesi)

13 Muzium arkeologi laut di Turki

Alamat: Çarşı, Kale Cd., 48400 Bodrum/Muğla, Turkey

Telefon: +90 252 316 25 16

Bodrum Castle
Sumber foto: google map

Bodium Castle adalah sebuah muzium arkeologi laut yang wujud kira-kira tahun 1402. Selain itu, ia juga dipanggil sebagai “Petronium” dan “Castle of Saint Peter”.

Muzium ini menempatkan sejarah, adat dan budaya masyarakat Turki. Tambahan pula, kapal karam bernilai jutaan dolar turut dipamerkan di muzium ini.   

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 8.30 pagi – 11 malam

Library of Celcus (Celsius Kütüphanesi)

14 Perpustakaan lama di Turki

Alamat: Acarlar, Meryem Ana Yolu No:15, 35920 Selçuk/İzmir, Turkey

Telefon: +90 232 892 60 10

Library of Celcus
Sumber foto: google map

Sebuah perpustakaan lama iaitu Library of Celcus menyimpan sebanyak 12 000 manuskrip zaman dahulu.

Selain itu, nama perpustakaan ini diambil sempena nama ahli Falsafah Greek iaitu Celcus dan makamnya juga ditempatkan di sini.

Meskipun kini hanya tinggal sisa bangunan, namun reka bentuknya yang unik dan berseni masih menjadi tarikan pengunjung.

Lihat Peta | Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 7.30 malam)

Muzium Kesenian Turki dan Islamik (Türk ve Islam Eserleri Müzesi)

15 Muzium seni di Turki

Alamat: Binbirdirek, Atmeydanı Cd. No:12, 34122 Fatih/İstanbul, Turkey

Telefon: +90 212 518 18 05

Muzium Kesenian Turki dan Islamik
Sumber foto: google map

Untuk menyaksikan betapa hebatnya pengaruh Islam di bumi Turki, bolehlah berkunjung ke Muzium Kesenian Turki dan Islamik.

Ia ditubuhkan pada tahun 1983 dan menampilkan beberapa barangan tumpuan seperti seramik, permaidani dan kaca.

Terdahulu, muzium ini merupakan tempat tinggal seorang menteri agung zaman Sultan Suleyman iaitu Pargali Ibrahim Pasha.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 6.30 petang)

Aydinli Cave Hotel

16 Hotel di Turki

Alamat: Aydınlı Sk. No:12, 50180 Göreme/Nevşehir Merkez/Nevşehir, Turkey

Telefon: +90 384 271 22 63

Aydinli Cave Hotel
Sumber foto: google map

Mencari penginapan unik di Turki? Aydinli Cave Hotel merupakan lokasi yang ideal untuk bermalam.

Sebuah hotel yang bercirikan seolah-olah batu gua diluarnya dan di bahagian dalamnya agak moden merupakan keunikan hotel ini.

Hotel yang terletak di bandar Cappadocia ini mempunyai 14 bilik yang dilengkapi dengan hamparan permaidani indah.  

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: –

Izmir Clock Tower (Kemeraltı Çarşısı)

17 Tempat menarik di Izmir Turki

Alamat: Kemeraltı Çarşısı 35360 Konak/İzmir Turkey

Telefon: –

Izmir Clock Tower
Sumber foto: google map

Jika berkunjung ke Izmir Turki jangan lupa singgah ke monumen bersejarah yakni Menara Jam Izmir setinggi 25 m.

Mercu tanda ini dibina pada tahun 1901 oleh arkitek Perancis iaitu Raymond Charles Pere sebagai ulang tahun ke-25 pertabalan Abdul Hamid II.

Lain daripada itu, tempat menarik di Izmir Turki yang lain ialah Gunung Sipylus dan Kadifekale.

Lihat Peta | Waktu operasi: –

Miniature Park (Miniatürk)

18 Pameran model bangunan mini terbesar di dunia

Alamat: Örnektepe, İmrahor Cd. No:7, 34445 Beyoğlu/İstanbul, Turkey

Telefon: +90 212 222 28 82

Miniature Park
Sumber foto: google map

Miniature Park menyandarkan tarikan sebanyak 105 model bangunan mini di kawasan 650 kaki persegi. Ekoran daripada itu, ia dikenali sebagai tempat pameran model bangunan mini yang terbesar di dunia.  

Setiap model bangunan mempunyai informasi sebagai panduan pengunjung. Antara mini model yang ditempatkan di sini termasuklah seni bina dari empayar Byzantine sehingga Uthmaniah.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 7 petang

Muzium Arkeologi Istanbul (İstanbul Arkeoloji Müzeleri)

19 Muzium terawal di Turki

Alamat: Cankurtaran, 34122 Fatih/İstanbul, Turkey

Telefon: +90 212 520 77 41

Muzium Arkeologi Istanbul
Sumber foto: google map

Muzium Arkeologi Istanbul merupakan muzium terawal di Turki yang wujud pada tahun 1891.

Ia agak berbeza dari muzium-muzium yang sedia ada kerana menempatkan makam Alexander The Great (Putera Raja Philip II).

Sementara itu, ia dipecahkan lagi kepada 3 muzium iaitu Muzium Timur Purba, Muzium Arkeologi dan Pavilion Berjubin Sultan Mehmet.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 7 petang

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Pasir Gudang
  • Tempat Menarik Di Kota Belud
  • Tempat Menarik di Kulai
Tags: IstanbulIzmirtempat menarik di Turki

Popular Minggu Ini

  • “This Bitch Pernah Buli Saya. Apa Dia Buat, Dapat Balik” – Uqasha Senrose Kaki Buli Zaman Sekolah?

    “This Bitch Pernah Buli Saya. Apa Dia Buat, Dapat Balik” – Uqasha Senrose Kaki Buli Zaman Sekolah?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PU Syed Keluarkan Hadith & Dikatakan Berlebihan Kritik Peminat Blackpink

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 14 Tempat Menarik Di Tanjung Malim Untuk Jalan-jalan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dulu #makeschoolsafer, Sekarang Bapa Adik Ain Husniza Pula Lakukan Gangguan Seksual?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kerja 45 Jam Seminggu? Ketahui Bagaimana Cara Pengiraan Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved