Masih ingatkah anda kepada pasangan selebriti media sosial, Maryam dan Ryzal Ibrahim atau lebih dikenali netizen sebagai duriankimchi yang sebelum ini pernah terlibat dalam kontroversi.
Tak dinafikan, pasangan ini sering menjadi tumpuan ibu-ibu ‘bawang’ di platform media sosial.
Perkongsian Ryzal di Instagram baru-baru ini sekali lagi telah menarik perhatian ramai selepas memuat naik video yang memaparkan wajah Maryam tersembam di dalam kek.
Dalam rakaman video itu, dilihat Maryam mahu krim kek itu dicubit di hidungnya tetapi Ryzal tiba-tiba menolak kek itu dan membenamkan mukanya ke dalam kek tersebut.
Tindakan itu telah menarik perhatian netizen untuk memberi reaksi agar Ryzal lebih berhati-hati dengan lilin kerana takut terkena mata Maryam.
Ada segelintir netizen beranggapan tindakan ini membawa kepada pembaziran makanan, yang tidak wajar dilakukan terutama bagi umat Islam.
Namun, ada peminat yang memahami cara Ryzal dan Maryam bergurau dalam hubungan mereka.