Buat para pengembara, lapangan terbang kerap menjadi gerbang pertama untuk masuk ke sebuah kota atau negara. Pada kebiasaannya, ciri-ciri khas sesebuah bandar atau negara boleh kita dijumpai di lapangan terbang.
Berikut ini, aliffchannel.com kongsikan beberapa lapangan terbang antarabangsa yang membuat pengunjung rasa kagum dengan senibina bangunan yang futuristik. Dengan itu, lihat foto-foto berikut ini.
1 Ashgabat International Airport
Lapangan Terbang Antarabangsa Ashgabat terletak di Kota Ashgabat, Turkmenistan, ini mempunyai senibina seperti burung helang yang mengembangkan sayap. Lapangan terbang antarabangsa ini juga tercatat di dalam Guinness World Records sebagai lapangan terbang dengan perhiasan terbanyak di bumbung bangunan.
2 Abu Dhabi International Airport
Lapangan terbang antarabangsa Abu Dhabi terletak di United Arab Emirates. Rekaannya seperti kapal terapung yang menunjukkan kemewahan Kota Abu Dhabi.
3 Lyon–Saint-Exupéry International Airport
Lapangan Terbang antarabangsa Lyon-Saint-Exupéry ini berada di Kota Lyon, Perancis. Nama lapangan terbang ini diambil dari nama seorang penulis Perancis yang juga seorang pilot.
4 Marrakesh Menara Airport
Lapangan terbang antarabangsa Marrakesh Menara berlokasi di Kota Marrakesh, Morocco. Lapangan terbang ini mempunyai reka bentuk yang menggabungkan modenisasi ala Eropah dengan budaya tradisional Morocco.
5 Incheon International Airport
Sesuai namanya, lapangan terbang antarabangsa Incheon terletak di Kota Incheon, Korea Selatan. Lapangan Terbang ini diakui sebagai salah satu yang terbaik di dunia sejak tahun 2005.
6 Shenzhen Bao’an International Airport
Lapangan terbang antarabangsa ini terletak di Daerah Bao’an, 32 kilometer barat laut dari pusat Kota Shenzhen, China. Lapangan terbang Shenzhen ini merupakan satu-satunya lapangan terbang antarabangsa di China yang dihubungkan ke pelabuhan untuk penumpang dan kargo.
7 Beijing Capital International Airport
Lapangan terbang antarabangsa Beijing merupakan lapangan terbang yang pertama di China. Keseluruhannya, bentuk bangunan adalah mirip seekor naga raksasa.
8. Washington Dulles International Airport
Lapangan terbang antarabangsa Washington Dulles ini terletak di Kota Washington, Amerika Syarikat. Ianya adalah salah satu lapangan terbang paling sibuk di negara Uncle Sam.
8 Dubai International Airport
Lapangan terbang antarabangsa Dubai merupakan lapangan terbang terbesar di UAE. Selain punya rekaan yang futuristik, lapangan terbang ini mempunyai kemudahan yang sangat lengkap. Mulai dari akses internet berkelajuan tinggi, kabin tidur, sehingga hutan pokok palma asli.
9 John F. Kennedy International Airport
Lapangan terbang antarabangsa John F. Kennedy terletak di Kota New York, Amerika Syarikat. Rekaan salah satu bangunannya hampir serupa dengan Lapangan Terbang Ashgabat yang terletak di Kota Ashgabat, Turkmenistan.
Bagaimana? Lapangan terbang di atas yang pernah anda lawati? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen ya!