Gangguan kebimbangan atau anxiety disorder adalah gangguan kesihatan mental yang menyebabkan penderitanya mempunyai rasa bimbang berlebihan yang diikuti rasa takut dan khuatir yang akan mempengaruhi kehidupan seharian. Gangguan ini dilihat remeh bagi sesetengah orang, namun penyakit mental ini akan menganggu aktiviti dan menyebabkan stres ringan.
Gangguan kesihatan ini sangat umum ditemui. Hampir setiap orang pernah mengalami gejala gangguan kebimbangan. Sekiranya anda sedang mengalami gejala gangguan kebimbangan yang membuat aktiviti terganggu dan kurang produktif, lakukan 5 perkara mudah berikut ini yang boleh membantu anda melalui waktu-waktu gangguan kebimbangan.
1. Lakukan aktiviti yang berguna untuk mengurangkan tekanan stres
Orang yang mempunyai gejala gangguan kebimbangan pasti sering dilanda rasa panik yang akan memicu peningkatan hormon kortisol sehingga menyebabkan penderita mengalami tekanan stres. Disarankan untuk melakukan kegiatan yang dapat menenangkan otak seperti yoga, berjalan-jalan di waktu pagi, berkebun atapun bersantai dan mendaki bukit. Kegiatan tersebut akan membuat otak anda rasa segar dan akan mengurangkan rasa bimbang dan panik yang anda miliki.
2. Tidur dengan cukup dan hindari rasa khuatir
Penderita gangguan kebimbangan biasanya akan mengalami rasa bimbang berlebihan ketika mahu tidur. Fikiran mereka akan dipenuhi dengan kekhuatiran yang akan terjadi pada hari esok. Hal ini menyebabkan mereka sukar untuk tidur.
Tidur berfungsi untuk mengistirahatkan tubuh dan otak setelah seharian beraktiviti. Sebaiknya sebelum tidur, dengarkan musik yang dapat menenangkan minda seperti muzik klasik yang dapat membantu anda tidur cepat.
3. Elak minuman yang mengandungi kafein
Minuman mengandungi kafein mempunyai bahan yang dapat memperburukan lagi gangguan kebimbangan dan panik yang anda miliki. Anda tidak mahu masalah kesihatan yang anda alami rasa lebih teruk kerana kesan kafein. Jadi mulai sekarang cuba untuk mengelakkan minuman kopi dan teh, lebih baik menggantikannya dengan minuman coklat panas yang mempunyai bahan aphrodiak yang akan meningkatkan endorphin.
4. Jangan takut untuk berkongsi masalah anda dengan orang lain
Jika anda mengalami perasaan takut dan bimbang terhadap sesuatu, beritahu masalah anda kepada orang terdekat anda, keluarga, rakan dan pasangan. Beban anda akan rasa berkurangan jika anda meluahkannya dengan orang lain. Selain itu, anda juga akan mendapat sokongan dan input daripada orang yang anda sayangi. Jangan pendamkan masalah anda sendiri, kerana ini hanya akan membuat anda rasa lebih tertekan.
5. Sentiasa berfikir positif
Anda harus memastikan bahawa gangguan kebimbangan adalah sama seperti penyakit lain yang dapat disembuhkan. Jangan biarkan penyakit ini menganggu anda membuat anda tidak selesa hidup. Anda mesti sentiasa positif, sentiasa optimis, walaupun ada kemungkinan kecilnya anda akan mengalami gangguan kebimbangan lagi.
Ia tidak mudah bagi pesakit gangguan kebimbangan untuk benar-benar sembuh dari penyakit ini. Tetapi itu tidak bermakna anda tidak dapat pulih. Anda boleh mengurangkan kebimbangan dan panik anda secara berkala. Dan anda perlu ingat bahawa anda tidak perlu malu disebabkan masalah gangguan kebimbangan ini dan anda mesti belajar untuk menerimanya. Dengan ini, mudah bagi anda untuk mengawal panik yang anda miliki.