Baru-baru ini, Xiaomi telah melancarkan Mi Body Composition di India. Peranti ini direka untuk menjejaki pelbagai statistik tubuh apabila dipasangkan dengan aplikasi Mi Fit.
Mi Body Composition pada pandangan pertama kelihatan seperti timbang skala berat yang biasa. Permukaan terbuat dari kaca dengan salutan anti-slip yang dimaksudkan untuk digunakan dengan kaki basah, memetik laman GSM Arena.
Alat timbang pintar ini mempunyai paparan LED besar, yang menyala saat pengguna meletakkan kaki, dan mempunyai tetapan kecerahan automatik yang disesuaikan dengan cahaya persekitaran. Apabila dipasangkan dengan aplikasi Mi Fit melalui Bluetooth (aplikasi boleh dimuatturun dari Android dan iOS), timbangan ini dapat menunjukkan berat badan, indeks massa tubuh, lemak tubuh, massa otot, peratusan air, massa tulang, lemak visceral, metabolism, dan banyak lagi.
Anda boleh membuat sehingga 16 profil untuk beberapa individu, dan secara automatik boleh mengesan sama ada seseorang itu dewasa atau kanak-kanak. Data kemudian boleh digunakan untuk memperbaiki jadual sukan anda atau hanya menyimpan rekod kesihatan.
Timbangan tersebut menggunakan bateri AAA 4x dan boleh bertahan sehingga 8 bulan dengan Bluetooth 4.0 LE. Mi Body Composition berharga pada 1,999 Rupee atau sekitar RM 118, dan boleh didapati secara dalam talian di Mi.com. Mi Body Composition ini boleh didapati dijual di beberapa pusat membeli-belah dalam talian Malaysia dengan harga antara RM 100 hingga RM170.